Tuan rumah terkejut bila penyewa rumahnya beri kejutan macam ni. Tak sangka penyewa tak jelaskan bayaran bil sehingga capai jumlah begini.

Amalan Dunia Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Setiap keluarga yang kurang berkemampuan untuk membeli rumah pasti akan mencari rumah sewa untuk menjadi tempat berteduh mereka. Tapi tak sangka pula bila ada penyewa yang sanggup tinggalkan rumah itu dalam keadaan yang sangat berbeza berbanding sewaktu rumah yang mula-mula mereka dapat. Itulah keadaan buat bekas penyewa yang sesuka hatinya mengosongkan rumah yang disewa oleh mereka dengan membiarkan lampin bayi yang sudah digunakan dan masih terdapat najis.

Ianya disedari oleh seorang gadis bersama adik perempuannya ketika mereka mengunjungi sebuah rumah yang disewakan kepada sebuah keluarga ini. Kekecewaan gadis tersebut diluahkan menerusi video di laman TikTok. Gadis berkenaan akui rumah ini adalah milik datuknya yang berusia lewat 60-an yang diberi sewa kepada satu pasangan suami isteri bersama empat orang anak mereka.

Antara perabot lama yang dibiarkan.

Gadis ini menggelarkan dirinya sebagai Intan, rumah teres satu tingkat yang terletak di Kota Tinggi, Johor itu disewa oleh keluarga itu sejak tahun 2016, malah dia merupakan antara salah seorang ahli keluarga yang memegang amanah oleh datuknya untuk mengutip bayaran sewa rumah berkenaan.

Kesan conteng lukisan kanak-kanak.

“Bagaimanapun, baru-baru ini kami sekeluarga didatangi oleh seorang individu yang bertanyakan tentang rumah tersebut untuk menyewa dan mahu melihatnya terlebih dahulu. Kami pelik sebab rumah tu masih ada penyewa. Tapi kemudian kami dimaklumkan oleh jiran-jiran yang rumah tersebut baru saja dikosongkan dan penyewa sekeluarga itu telah berpindah ke tempat lain,” katanya ketika dihubungi. Gadis berusia 19 tahun itu berkata, mereka kemudian menghubungi penyewa tersebut berhubung perkara yang berlaku dan memintanya untuk memulangkan kunci rumah.

“Bila saya datang periksa rumah sewa tu, keadaannya tak seperti mula-mula mereka masuk menyewa. Ada banyak barang seperti perabot lama yang ditinggalkan dan tidak dibuang. Dinding rumah luar dan dalam dipenuhi conteng budak-budak. Saya tahu mereka ada anak-anak kecil dan paling besar pun berusia enam tahun, tapi takkan pindah keluar tinggalkan macam tu saja… nak jadikan wallpaper (kertas dinding) untuk penyewa baru ke?” soalnya.

Menurut Intan, di bahagian dalam rumah pula terdapat lampin bayi yang masih belum digunakan selain lampin bayi yang telah digunakan dengan dipenuhi air kencing.

Sampah merata-rata.

“Mereka tak kemas seluruh rumah sebelum pindah keluar. Lantai tak disapu, sampah merata-rata. Paling teruk di dapur, sampai ada longgokan sampah yang sudah berulat. Bekas-bekas telur ditinggalkan. Bila kami alihkan, rupa-rupanya ada tikus buat ‘sarang’. Banyak tahi tikus yang kami jumpa sana sini,” ujar anak sulung daripada dua beradik itu.

Jadikanlah rumah sewa itu seperti rumah sendiri, ada rasa tanggungjawab. Bukannya dibiarkan teruk macam dah tak serupa rumah

Namun, apa yang paling mengejutkan Intan adalah bil air berharga kira-kira RM224 yang dijumpai di tingkap hadapan rumah sewa berkenaan.

“Bila saya kemas-kemas di bahagian dapur, terjumpa satu lagi bil elektrik bulan Januari 2021 dalam longgokan kertas yang mana jumlahnya adalah lebih RM3,300. Kedua-duanya adalah bil pada bulan lepas dan saya tengok jumlahnya tinggi disebabkan tunggakan. Tapi kenapa dibiarkan saja dan tak bayar sebelum keluar rumah, takkan tuan rumah pula yang kena bayarkan tunggakan bil air dan elektrik mereka,” katanya.

Lantai tidak disapu dan perabot lama ditinggalkan.

Intan berkata, keluarganya kini cuba untuk berurusan dengan bekas penyewa berkenaan bagi melunaskan tunggakan bil yang tidak dijelaskan selain membayar kos untuk membaik pulih disebabkan beberapa kerosakan di rumah yang dihuni mereka selama bertahun-tahun.

“Rumah bersepah, kotor dengan dinding penuh conteng itu satu hal, ada soket di dinding yang rosak dan perlu diperbaiki. Kami tuan rumah yang kena kemaskan untuk mereka. Saya mahu ingatkan kepada penyewa-penyewa atau bakal penyewa di mana-mana, jadikanlah rumah sewa itu seperti rumah sendiri, ada rasa tanggungjawab. Kalau mula-mula masuk rumah tu cantik dan bersih, macam tulah keadaannya bila pindah keluar. Bukannya dibiarkan teruk macam dah tak serupa rumah,” katanya dengan nada kesal.

Tuan Rumah Ini Terpaksa Keluarkan Duit Yang Banyak Atas Apa Yang Jadi. Rupanya Ini Yang Penyewa Rumah Ini Buat.

Kisah rumah sewa yang ditinggalkan dalam keadaan yang teruk memang selalu kita dengar. Banyak kali juga berlaku di mana, tuan rumah terpaksa menanggung kerugian yang sangat tinggi apabila kejadian ini terjadi. Di Facebook, seorang tuan rumah yang dikenali sebagai Inca Madina, berkongsi beberapa foto mengenai keadaan rumahnya sebaik sahaja ‘penyewa dari neraka’ itu dipercayai lari meninggalkan rumah berkenaan.

Nak menangis rasa

Menerusi beberapa foto yang dikongsikan oleh Inca, keadaan rumahnya boleh dikatakan terlalu teruk dan tidak dijaga oleh penyewa yang lari itu. Jika dilihat di ruangan dapur, pelbagai sampah sarap termasuk kotak telur dibiarkan begitu sahaja. Lebih teruk, ruang tamu rumahnya juga kelihatan seperti ‘tapak pembinaan’ yang dipenuhi pelbagai tin, botol serta tong besar.

Menjengah di ruangan bilik pula, pelbagai kain turut dibiarkan sebegitu sahaja tanpa disusun. Malah, perabot seperti meja dan almari juga dibiarkan dalam keadaan yang tidak teratur.

Buruknya perangai

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa geram sebaik sahaja melihat keadaan rumah yang dikongsikan oleh Inca itu. Mereka turut berharap setiap penyewa rumah mempunyai rasa tanggungjawab ketika hendak keluar dari rumah sewa yang didiami. Sumber: Inca Madina

14 Pelajar Universiti Terpedaya Dengan Seorang Ejen Rumah Sewa. Sudah Diberi Deposit Sebanyak Ini Sekali Kunci Tak Diserahkan.

Rumah sewa yang dijanjikan. Kemudahan lampu dan kipas masih tidak dipasang selepas bayaran deposit dibuat. Sekumpulan pelajar universiti tidak menyangka hasrat untuk menyewa sebuah rumah buat pertama kali berakhir dengan nasib buruk seperti ini.

Rumah sewa yang dijanjikan bukan sahaja masih belum dilengkapi katil untuk penyewa, malah tiada kemudahan elektrik dan air. Lebih menyedihkan apabila kunci rumah sewa tidak diberikan meskipun mereka telah membayar deposit berjumlah hampir RM4,000. Salah seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Nurin berkata, dia bersama 13 rakan menyewa sebuah rumah berkonsepkan town house dua tingkat dengan empat bilik di Nilai, Negeri Sembilan.

Iklan rumah sewa yang menarik perhatian sekumpulan pelajar.

Pelajar berusia 20 tahun itu memberitahu, mereka baru pertama kali mahu menyewa di luar kampus kerana sebelum ini diberikan kemudahan asrama oleh pihak universiti bagi tahun pertama pengajian.

“Kami jumpa seorang lelaki yang jadi ejen untuk rumah sewa tu. Masa datang mula-mula tu lampu, kipas dan meter air pun tak ada sebab kawasan perumahan baharu. Tapi katanya pemasangan segala kemudahan termasuk pengubahsuaian akan dibuat sepanjang tempoh cuti semester kami,” katanya kepada mStar sambil menambah bahawa bayaran deposit telah dibuat pada September lalu.

Nurin berkata, pengajian untuk sesi baharu sepatutnya dibuka pada November lalu bagaimanapun diteruskan secara dalam talian berikutan arahan yang dikeluarkan oleh pihak universiti kerana peningkatan kes Covid-19.

Individu yang didakwa berurusan dengan mereka untuk rumah sewa

“Tapi pada pertengahan November, kami dapat notis untuk kembali mengikuti pengajian di universiti pada Disember. Kami call dia (ejen) untuk minta kunci rumah, tapi dia tak muncul seperti yang dijanjikan dengan pelbagai alasan. Tiga hari berturut-turut dia bagi alasan dan dia masih tak bagi kunci rumah sewa. Bayangkan sebahagian daripada kami datang dari kampung nak masuk rumah, tapi tak dapat. Antara kami menangis fikir mana nak tidur malam pertama sampai di Nilai hari tu. Mujur ada kawan-kawan lain yang menyewa berdekatan sudi menumpangkan kami sementara mendapat kunci rumah sewa,” katanya dengan nada kesal.

Apa yang menjadi tanda tanya adalah milik siapakah rumah yang kononnya nak disewakan tu. Sebab dia tak nak bagi kunci rumah tapi pintu rumah tak berkunci.

Selepas mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan lain yang merupakan bakal penyewa, Nurin yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor memberitahu, mereka memutuskan untuk tidak mahu menyewa di rumah tersebut dan menuntut bayaran balik deposit.

“Ada antara kami datang semula ke rumah sewa tu pada Disember lalu untuk ambil barang-barang yang kami tinggalkan pada Ogos sebelum bercuti. Tapi rumah tak berkunci. Tapi apa yang paling mengejutkan adalah kipas dan lampu masih belum dipasang selepas tiga bulan. Katil lagilah tak ada. Kami rasa dah tertipu dengan lelaki ini,” ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

Tiada pengubahsuaian atau pemasangan kemudahan dibuat selepas lebih tiga bulan.

Susulan perkongsian kisah rumah sewa dikongsikan mereka di laman sosial menjadi tular, jelasnya, beberapa individu turut mendakwa ditipu dengan lelaki yang sama seperti tidak membayar hutang seperti yang dijanjikan, malah tidak membayar sewa rumahnya sendiri.

Menurut Nurin, dia bersama rakan-rakan merancang untuk membuat laporan polis sekiranya lelaki berkenaan masih berdolak-dalik untuk memulangkan semula bayaran deposit.

“Kami sebelum ini tiada pengalaman menyewa rumah, dan perkara yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati. Kerana terlalu percayakan orang sampai tak ambil kunci rumah walaupun bayaran deposit telah dijelaskan. Namun, apa yang menjadi tanda tanya adalah milik siapakah rumah yang kononnya nak disewakan tu. Sebab dia tak nak bagi kunci rumah, tapi pintu rumah tak berkunci. Adakah dia ejen atau ia sebenarnya rumah kosong?” katanya sambil menambah sebahagian mereka terpaksa menyewa di rumah sewa yang baharu susulan kejadian itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *