Sewaktu pembaca berita ini sedang sibuk live di televisyen. Ada pula warganet yang tersedar satu perkara ini dan ini pula kata warganet.

Amalan Infomaklumat Kehidupan Viral

PETALING JAYA- Gambar seorang pembaca berita lelaki di sebuah stesen televisyen milik kerajaan tular apabila dia dikatakan mengenakan pakaian seakan cheongsam ketika bersiaran pada Tahun Baharu Cina Jumaat lalu. Tindakan pembaca berita itu, Mohd Dhihya Sahlan yang mengenakan pakaian tradisi kaum Cina berwarna merah itu turut mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna laman media sosial.

Seorang warganet, Patrick Teoh, menyifatkan, sekiranya gambar itu benar, ia memberi gambaran jurang yang wujud dalam kepelbagaian budaya di Malaysia. “Pembaca berita dan stesen televisyen itu tidak sedar yang lelaki itu mengenakan cheongsam,” tulisnya.

Bagi Shahron Lim pula, tindakan pembaca berita itu mengenakan cheongsam perlu dihargai berikutan usahanya ketika menyampaikan berita.“Terima kasih kerana mencuba walaupun ia mungkin mempunyai kesilapan dalam cara pemakaian,” jelasnya.

Difahamkan, berita itu disiarkan di stesen televisyen kerajaan pada Jumaat petang, di mana pembaca berkenaan menyampaikan berita semasa dari negeri Sabah.

Reaksi Orang Ramai

Laaa…mmg betul dh dia pkai…nama xsilap samfoo ke apa…lupa dah…cheongsam perempuan lain… siap tbelah kaki nmpk peha… kot la warganet nampak betis ayu pmbaca berita tu lain citer….hahahahahahahahahaha. Tak kan cheongsam beso gitu. Ngan bentuk fizlkalnya.. Biasa cheongsam pinggang kerengga tau tak. Biasa je xpelik lah. Ada kan dlm movie pasal org lama2 dlu kesah maharaja. Cuma pembaca ni bdn dia myb sad0, itu nampak pelk skit.

Hubungan kaum harmoni ikut perspektif Islam

Islam satu sistem hidup yang bersifat rabbani dan menganjurkan kepada manusia agar sentiasa berlaku adil dalam setiap tindakan yang diambil. Islam menyeru agar meletakkan sesuatu pada tempat yang sewajarnya, memberikan hak kepada yang berhak menerimanya serta menghukum manusia yang bersalah dengan hukuman setimpal tanpa membezakan antara manusia, antara perkara sangat ditekankan dalam ajaran Islam.

Seperti Islam memberikan penekanan kepada kedamaian hidup individu, baik daripada aspek fizikal dan mental seseorang, Islam juga melalui sistem hidupnya menggalakkan keharmonian masyarakat dan keamanan bersama agar semua manusia dapat menjalankan kehidupan di dunia dengan aman dan damai. Konsep persamaan dalam Islam perlu diasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia yang pelbagai etnik, bangsa dan keturunan adalah satu fitrah kehidupan yang perlu diterima oleh setiap insan.

Malah kepelbagaian etnik, bangsa dan keturunan yang tentunya melahirkan kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup ini begitu indah untuk dikongsi bersama. Asas pemikiran Islam kepada hubungan etnik ialah persamaan antara sesama manusia. Semua manusia, biar dari mana asal mahupun keturunan adalah sama sahaja kejadiannya.

Manusia diciptakan Allah dengan sebaik-baik ciptaan berbanding makhluk lain, bebas hidup dan meneruskan kehidupan. Hak itu tidak sedikitpun terhalang kerana berbeza agama, bangsa, keturunan atau minoriti dalam sesebuah negara.

Hak persamaan diletakkan oleh Islam tidak berdasarkan kepada kedudukan mengikut jantina, keturunan atau bangsa. Setiap orang, lelaki atau perempuan, Islam atau bukan Islam, kaya atau miskin adalah sama. Mereka ada hak sama untuk hidup sebagai manusia bermaruah, peluang sama untuk mencari rezeki dan kekayaan di bumi Allah, hak sama untuk mendapatkan pendidikan, ada kedudukan sama di sisi undang-undang dan peluang sama untuk melakukan ibadat kepada Allah.

Setiap orang akan diberikan ganjaran dan balasan sama atas perbuatan yang dilakukan. Jelaslah Islam tidak mengiktiraf perbezaan fizikal dan lahiriah seperti pangkat, keturunan, etnik dan warna kulit sebagai halangan untuk mendapat perhatian dan perhitungan yang sama daripada Allah. Terdapat banyak dalil daripada al-Quran dan hadis mengenai prinsip persamaan ini seperti dalam surah al-Isra’ 17:70, surah al-Hujurat 49:13 dan khutbah Nabi sewaktu haji al-Wida’.

Dalam surah al-Isra’ 17:70, ayat terbabit menjelaskan bahawa Allah memuliakan anak cucu Adam seluruhnya dengan tidak mengira bangsa dan golongan dan Allah juga telah melebihkan mereka daripada makhluk yang lain. Dalam surah al-Hujurat 49:13 pula, Allah menerangkan tiada kelebihan di antara satu sama lain mengikut nilai kejadian mereka. Lebih atau kurangnya manusia di sisi Allah sebenarnya diasaskan kepada perbuatan mereka dan sejauh mana mereka menjaga syariat yang ditetapkan oleh Islam. Kredit : Kosmo

Seorang Pembaca Berita Tular Apabila Dia Diam Berdiri Selama 2 Minit Ketika Sedang Live Di Televisyen. Sehinggakan Warganet Menganggap Sebegini.

Menerusi satu perkongsian di Tik Tok, satu rakaman video mengenai seorang pembaca berita yang hanya berdiri tanpa membaca sebarang berita telah tular di aplikasi tersebut sejak semalam.

Hanya diam selama 2 minit

Video yang sempat dirakam oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nick_sohide itu menjadi bualan warganet kerana berasa pelik dengan momen tersebut. Pembaca berita itu juga sempat keluar daripada frame dan masuk semula untuk mengakhiri siaran langsung itu.

Ingat TV yang rosak

Menerusi maklumat daripada pengguna Tik Tok itu, hampir dua minit pembaca berita terbabit tidak bercakap dan hanya diam berdiri sehingga memaklumkan mereka mempunyai masalah teknikal. Walau bagaimanapun, kejadian itu membuatkan warganet ‘heboh’ kerana berita tersebut bersiaran secara langsung dan masing-masing pastinya tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

Masa dia datang balik tu awkward pulak

Skrip tak gerak la tu

Walau bagaimanapun, masih ramai yang faham akan keadaan yang dialami oleh pembaca berita itu kerana bukan mudah bekerja ketika siaran langsung ini. Masalah teknikal seperti itu sememangnya sukar untuk dielakkan dan para perkerja yang mengendali acara siaran langsung hendaklah selalu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

Rasa kasihan pun ada

Sumber: nick_sohide

Beli Televisyen Masa Ada Sale 11.11 Tahun Lepas. Lepas 9 Bulan Baru Perasan Barang Yang Dipesan Langsung Tak Sampai Rumah. Satu Hari Akhirnya Terbongkar Keberadaan Televisyen Tersebut

Seperti yang kita tahu 11.11 adalah antara sale yang dinanti-nantikan ramai orang. Lebih-lebih lagi untuk orang yang suka beli barangan online. Tapi rupanya, ada yang masih tak dapat lagi barang yang dorang dah beli masa sale ni tahun lepas!Ceritanya, seorang wanita dari Daerah Panyu di Guangzhou, China telah membeli sebuah TV semasa sale 11.11 tahun lepas melalui platform dalam talian yang menggunakan perkhidmatan SF Express untuk menghantar produk.

Menurut Oriental Daily, ketia wanita yang dikenali sebagai Ms Li ini membeli TV tersebut, dia tak rushing pun nak guna sebab tu dia tak kisah sangat bila barang yang dia beli ni sampai lambat.Hinggakan, bila dah masuk Julai 2020, baru wanita ni teringat yang dia ada beli TV tapi barang masih tak sampai-sampai.

Wanita ini kemudiannya menelefon perkhidmatan pelanggan dan mendapat tahu TV yang dibelinya itu telah pun dihantar kepada orang lain namun alamat tersebut berada di Daerah Tianhe, jauh dari tempat tinggalnya.Selepas membuat semakan lanjut, Ms Li dapat tahu semasa proses pembelian tersebut, suaminya tersalah masuk nombor telefon orang lain dan syarikat penghantaran tu telah menghubungi pemilik nombor tersebut.

Pemilik nombor telefon itu mengatakan, ketika dia mendapat panggilan dia telah meminta syarikat tersebut untuk hantar barang itu ke pemilik yang sepatutnya tapi perkhidmatan kurier tersebut tetap menghubunginya dan mendesak lelaki ini untuk tanda-tangan barang tersebut.Kerana tak tahan diganggu, lelaki ini telah menukar alamat dan tanda tangan barangan tersebut di bawah nama suami Ms Li dan memberikan TV tersebut kepada rakannya.

Selepas dihubungi Ms Li, lelaki ini telah pun mengambil semula TV tersebut dari rakannya tapi wanita itu tak mahu menerima barang itu kerana mengganggap nilai TV tersebut dan tak sama dengan harga yang dia beli. Dah jadi barang secondhand lah…Ms Li menganggap, walaupun lelaki tersebut telah menolak barang tersebut sebelum ini, tapi lelaki itu tetap tandatangan resit jadi lelaki itu perlu bayar semula harga asal.

Peguam terlibat dalam kes ini mengatakan yang Ms Li dan suaminya turut bersalah kerana tersilap letak nombor telefon tapi ia tak bermakna lelaki yang tandatangan dan syarikat kurier tersebut tak bersalah.Ini kerana, menurut undang-undang, lelaki ini sepatutnya memulangkan TV tersebut kepada pembeli asal dan syarikat kurier sepatutnya lebih berhati-hati dan menyemak dulu maklumat sebelum hantar barang.So, next time kenalah ingat bila beli barang tu, at least takdelah sampai dah jadi barang secondhand baru nak teringat.

“Habis duit saya dia kerjakan” – Suami Sebak Bank Account Dari RM90 Jadi RM13.50 Lepas Isteri Shopping Sakan Sale 11.11

Baru-baru ni, sale kaw-kaw sempena tarikh 11.11 telah menarik perhatian ramai warganet termasuklah admin sendiri untuk membeli-belah di platform macam Shopee, Lazada, Shopback dan macam-macam lagi lah!Haa bukan senang kan nak dapat barangan dengan harga 50-90% lagi murah dari asal! Tapi kalau korang tengah sesak dari segi kewangan tu, admin rasa eloklah korang shopping berpada-pada sebab takut jadi macam si suami malng ni.

“Dalam bank saya ada RM90 kini hanya tinggal RM13.50” Menerusi perkongsian di Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang suami meluahkan rasa hiba dan sebak di hatinya apabila isteri yang disayangi telah bershopping sakan sempena sale 11.11 menggunakan akaun banknya.

Lagi teruk, si suami ni tak tahu menahu isterinya guna akaun bank dia untuk bershopping tu sampai wang dalam bank yang ada RM90 terus jadi RM13.50! “Tak salah nak shopping tapi tengoklah kemampuan suami” Rata-rata warganet yang membaca posting ni kebanyakannya bersimpati dengan nasib si suami tu sebab kita manalah tahu kot-kot suaminya ini orang susah dan wang banyak tu je ada dalam akaun kan.

Sepatutnya si isteri kenalah bertimbang rasa dan bertanya dengan suami dulu kalau berkaitan bab duit ni. Mau tak stress baru awal bulan dah kering akaun jadi RM13.50!“Redo jela, bukan selalu… moga wang yang dibelanjakan oleh isteri tu, Allah taala akan gandakan rezeki” Walau bagaimanapun, ada juga warganet yang berpendapat tak salah kalau takat nak spend RM80 je untuk isteri. Amaun tu tidaklah banyak mana dan Tuhan akan gantikan dengan rezeki yang lebih banyak dari sekarang. Hmmm…Apa-apapun admin doakan si suami tabah dalam hadapi dugaan ni. Kalau kita diletakkan kat tempat suami dia pun, mesti susah hati kan sebab duit dalam bank ada RM13.50 je. Lambat lagi nak dapat gaji ni. 

“Kalau gitu baik takyah tunggu sale” – Suami Cuba Bahayakan diri Bila Tengok Isteri Shopping 11.11 Sampai RM170K

11.11 semalam mesti korang shoppig kaw-kaw kan? Paling tak pun korang mesti akan beli satu dua barang.Ya lah, macam durian runtuh, dekat aplikasi perbankan, atau sesiapa yang pakai kad kredit, pasti akan tergoda dengan cashback yang mereka tawarkan, apatah lagi dengan voucher-voucher penghantaran percuma daripada aplikasi tu.

Promosi ni bukannya dekat Malaysia je tau, hampir seluruh dunia. Tapi, berpada-padalah kalau ada sale pun, janganlah sampai overspent daripada bajet asal macam kes ni.Mungkin disebabkan nak self reward sampai beli segala barang yang ada promo, tapi kalau overspent sangat, baik tak yah tunggu hari promosi. Belanja sampai lebih daripada kadar bajet macam wanita dari China yang dikenali sebagai Zhan ni.

Dia bershopping sakan sampai suaminya Wang stress. Bukan calang-calang stress, kalau kena kat admin pun sama!Lapor World Of Buzz, pihak polis ada menerima laporan daripada seseorang yang cuba nak terjn dari bangunan 33 tingkat.Ketika polis sampai di tempat kejadian Wang dilihat sangat emotional sebab terkilan dengan sikap isterinya. Nak tahu sebab apa?

Isterinya pergi shopping barang sampai lebih 300,000 yuan (RM177,559)! Dia beli beg tangan, perfume mahal, baju dan banyak lagi lah secara online.Tahun lepas RM 118 k. Tapi apa yang membuatkan Wang hampa adalah, ini bukan kali pertama dia buat perkara sedemikian, isterinya selalu online shopping barang.

Lebih-lebih lagi lepas mereka dah menimang cahaya mata pertama tahun lepas, boros makin menjadi-jadi.Di China 11.11 juga dikenali sebagai Single Day, tahun lepas pun isterinya belanja sampai 200,000 yuan (RM118,374), lepastu orang yang kena bayarnya adalah Wang. Ini kerana isterinya pernah janji dengan nak control sikap boros tapi gagal.

Makin boros adalah.Ia merupakan satu bebanan buat Wang sebab gaji sebulan Wang cuma beberapa ribu sahaja, dan nafkah keluarga bergantung dekat dia sorang je.Tak jadi bunh diri lepas polis pujuk.Isterinya pula dulu kerja di bahagian hartanah tapi dah resign lepas bersalinkan anak. Masa dia dapat tahu yang isterinya shopping teruk, dia buat keputusan untuk bnh diri sebab tak tahu nak bayar macam mana.

Bagaimanapun, mujur polis selamat pujuk Wang untuk tidak melakukan tindakan sedemikian, polis ambil masa setengah jam untuk pujuk dia.Polis bawa dia balik kepada keluarganya, isterinya janji untuk tidak online shopping lagi. Pasal bayaran tu, Wang akan cuba untuk ikhtiar macam mana. Alahai, kalau admin pun pening

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *