Reaksi bapa yang menerima sesuatu daripada anaknya ini mendapat perhatian warganet. Sekali tak sangka ini responnya setelah menerima ini.

Amalan Kehidupan Keluarga Viral

Jasa ibu bapa kita memang tidak akan terbalas dengan duit harta benda atau apa-apa sahaja. Namun, sebagai seorang anak sudah tentu kita mahukan ibu bapa sentiasa bahagia di samping kita. Tiada apa yang dapat menggembirakan selain daripada melihat mereka tersenyum.

Baru-baru ini tular satu video seorang bapa yang menerima hadiah ikhlas dari anaknya itu telah mendapat perhatian ramai warganet. Video itu jelas menunjukkan bahawa seorang lelaki yang nampak sangat gembira setelah memegang bean bag.

Malah reaksi bapa yang sangat gembira yang menerima dan mencuba hadiah ini telah meraih perhatian ramai. Berikut adalah rakaman yang dikongsikan semula oleh Instagram Era.Je baru-baru ini:

Wah, seronok tengok keluarga bahagia ini! Gembira betul si bapa terima hadiah dari anaknya. Perkongsian video tersebut telah meraih lebih 223 ribu tontonan dan 33 ribu likes. Rata-rata warganet turut tumpang gembira menonton rakaman ini dan meninggalkan komen seperti berikut:

Sumber: era.je , HCL

Gadis Ini Sebak Kongsi Sarung Topi Konvo Pada Bapanya Dengan Cara Ini. Warganet Sempat Mendoakan Kesejahteraan Bapanya.

Kehilangan insan tersayang dalam kehidupan sememangnya sesuatu yang sangat memilukan. Lebih-lebih lagi jika insan itu merupakan ibu atau bapa kita. Baru-baru ini, seorang gadis berasal dari negara jiran, Indonesia memuat naik satu video menerusi akaun TikTok miliknya, @yussrilinnah.

Video pendek itu memaparkan gadis itu sedang menziarahi tempat persemadian bapanya, yang dipanggil ‘abah’, dan dia dilihat memakai jubah lengkap dengan ‘mortar board’ di atas kepala kerana baru sahaja menamatkan pengajiannya.

“Mungkin jika abah ada sewaktu majlis tamat pengajian kelmarin pasti seperti ini,” tulisnya pada video berkenaan. Namun, apa yang menyedihkan dalam video tersebut adalah saat dia menanggalkan ‘mortar board’ dan meletakkannya di atas batu tempat persemadian, seakan-akan dia sedang menyarungkannya di atas kepala bapanya. Akibat tidak dapat menahan kesedihan, dia mengusap kedua-dua pipinya berkali-kali untuk mengesat juraian air mata yang jatuh merindui bapanya.

Jika bapanya masih ada, kalau waktu diputar kembali, dia ingin meluahkan segala kegembiraan dalam hati, memandang tepat ke anak mata bapanya dan memberitahu: ‘Abah, anakmu ini telah berjaya membuat abah bangga!’. Tetapi sayang seribu kali sayang, luahan itu tidak akan sampai kepada orang yang dituju kerana bapanya itu telah pergi buat selama-lamanya. Tiada lagi senyuman serta pujian daripada seorang ‘bapa’, tanda bahagia tatkala melihat kejayaan yang diperoleh oleh anak gadisnya itu di dunia ini.

Di ruangan komen pula, rata-rata warganet sebak dengan tindakan dan situasi yang menimpa gadis ini. Tidak lupa juga, rata-rata mereka turut berkesempatan untuk mendoakan buat bapanya dan juga beri semangat buat gadis ini.

Semoga bapa kamu ditempatkan di syurg4 paling tinggi

Bapa kamu sangat bangga dengan kamu

Tahniah sis, kuatkan semangat

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan pergi menghadapNya. Sementara mereka masih bersama dengan kita, hargailah kedua orang tua kita dan luangkan masa bersama selagi berpeluang. Hidup ini sementara. Tunjukkan pada mereka betapa kita sayangkan mereka… Semoga sis itu kuat menghadapi segala ujian dalam hidupnya. Amin! Sumber: TikTok @yussrilinnah

Pemuda Ini Sehinggakan Menangis Teresak Esak Di Hari Konvo Hanya Kerana Satu Sebab Ini. Dan Lagi Yang Tak Disangka Pak Guard Garang Itu Datang Memujuknya Pada Hari Itu.

Fairuz mengimbas semula kenangannya sewaktu majlis konvokesyen di universiti. Majlis konvokesyen pastinya menggamit kenangan terindah buat mereka yang menamatkan pengajian di universiti. Namun, seorang pemuda melalui pengalaman yang menyayat hati apabila detik manis menerima skrol di atas pentas tidak dapat disaksikan oleh keluarganya.

Berkongsi pengalaman, pemuda itu, Mohammad Fairuz Junaidi berkata, kejadian berlaku selepas tamat pengajian peringkat Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital pada majlis konvokesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor pada 2009. Bagaimanapun, pemuda berusia awal 30-an itu mengakui sedih kerana majlis tersebut tidak disertai oleh keluarganya di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Jubah universiti yang mengingatkan Fairuz mengenai kenangan konvokesyen.

“Saya tahu famili tak dapat datang sehari sebelum majlis, masa tu saya okay je. Tapi bila tiba hari konvo, saya mula sebak bila tengok rakan-rakan dengan keluarga masing-masing. Perasaan sebak saya ditahan-tahan sehingga naik ke pentas terima skrol. Tapi bila semua keluar dewan tengok kawan-kawan peluk keluarga masing-masing dengan hadiah dan bunga, saya tak boleh tahan dah,” katanya kepada mStar sambil menambah dia merupakan pelajar di UiTM cawangan Melaka. Lebih mesra disapa Fairuz, katanya, dia kemudian pergi ke kawasan parkir berdekatan dewan bagi menenangkan perasaannya bersendirian.

Banyak kenangan suka duka Fairuz pada majlis konvokesyen.

“Masa tu saya duduk di tembok batu dan menangis teresak-esak. Tiba-tiba ada orang tegur dari belakang macam nak marah. Pak guard (pengawal keselamatan) di universiti memang terkenal dengan garangnya, susah nak cari yang friendly (mesra). Bila pak guard tu datang ke depan tengok saya menangis teresak-esak, personaliti dan riak mukanya yang garang berubah sama sekali,” ujarnya yang berasal dari Kuantan, Pahang. Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik itu, pengawal keselamatan berbadan gempal dengan ketinggian sederhana serta berkulit sawo matang itu kemudian duduk di sebelahnya.

Sebahagian keluarga yang hadir pada majlis konvokesyen di University of Sdyney.

Kata Fairuz, sesekali pengawal keselamatan berusia lewat 30-an itu menepuk-nepuk bahunya sebagai cubaan memujuk untuk menenangkannya. “Tak sangka pak guard yang pada mula garang itu memujuk saya dan beri kata-kata semangat. Walaupun sekejap, tapi saya rasa tenang. Saya masih ingat keperibadian dia yang baik hati tu. Sepanjang lima tahun saya di UiTM, hanya sekali tu saja saya bertemu dengan pak guard tu.

Setiap kali melihat jubah konvo, saya terkenang pertemuan singkat saya bersama pak guard garang tu

“Di manalah dia sekarang. Harapnya dia sihat bersama keluarga. Saya doakan dia sentiasa dimurahkan rezeki dan kalau ada anak, moga anaknya itu berjaya nanti,” katanya sambil menambah keluarganya hadir pada majlis konvokesyennya di UiTM pada 2011 selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik dan Media Digital. Fairuz yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Penerbitan di Universiy of Sydney di Sydney, Australia kemudian mengambil keputusan untuk membawa sebahagian keluarganya menyaksikan majlis konvokesyennya di negara Kangaroo itu, pada 2015.

Fairuz (kanan) bersama keluarganya di Sydney.

Tambahnya, semua perbelanjaan termasuk tiket penerbangan ditanggungnya, hasil simpanan dengan upah bekerja sebagai ‘housekeper’ sepanjang tempoh pengajiannya selama setahun di Sydney.

“Tak mahu kejadian sedih berulang, jadi saya bawa famili termasuk mak ke Sydney tengok saya konvo. Memang saya dah nekad sampai habis kosong baki akaun bank saya. Tapi saya puas hati dan gembira sebab famili ada bersama pada hari saya konvo. Walaupun tak menangis teresak-esak macam konvo diploma dahulu, tapi kenangan saya dipujuk pak guard garang tu memang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. Saya beli jubah konvo di University of Sydney untuk simpanan peribadi. Setiap kali lihat jubah tu, saya terkenang pertemuan singkat bersama pak guard garang tu,” katanya.

Tular Pemuda Ini Buat Majlis Konvo Di Rumahnya Sendiri. Ibu Serah Sijil Dengan Beruniform Lengkap.

Umum sedia maklum bahawa tahun ini, tiada sebarang majlis ataupun istiadat konvokesyen dilakukan di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) baik awam ataupun swasta. Hal tersebut berikutan wabak pandemik yang melanda negara bahkan seluruh dunia sehingga membuatkan seluruh masyarakat perlu menjalani norma baharu kehidupan dengan sentiasa menjaga jarak. Oleh sebab itu, sesetengah IPT di Malaysia mengambil inisiatif dengan menghantar sahaja sijil para graduan menggunakan perkhimatan pos ke rumah masing-masing.

Posmen hantar dekat rumah

Perkara tersebut turut dirasai sendiri oleh seorang graduan daripada Universiti Kuala Lumpur apabila menerima sijil ijazahnya melalui pos dan membuat video penyerahan ijazah tersebut yang dilakukan oleh ibunya sendiri yang masih lengkap beruniform kerja.

Mak yang serah skrol ijazah

Video dimuat naik oleh Ahmad Nabil di Twitter telah tular dan mendapat perhatian warganet kerana terhibur melihat ‘majlis konvokesyen’ yang hanya dibuat di dalam rumah sahaja.

Terima kasih buat semua insan disekeliling

Dalam perkongsian tersebut, Nabil sempat menulis sedikit ucapan penghargaan buat insan-insan disekelilingnya kerana berjaya menggenggam ijazah setelah tamat belajar walaupun tiada sebarang upacara konvokesyen dijalankan.

Tahniah bil walaupun kelakar

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah diatas kejayaannya menamatkan pelajaran. Ada juga sebahagian daripada mereka mengenang nasib yang sama apabila terpaksa berkonvokesyen di rumah sahaja memandangkan penularan pandemik masih berlaku.

Patut kena ada bunyi alat tradisional ni

Tinggi pangkat mak dia ni

Sumber: Ahmad Nabil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *