Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina akui akan buka satu perniagaan ini. Sekali dia menceritakan soal ini dan buat orang sebak.

artis Dunia Hiburan Uncategorized Viral

Siapa tidak kenal dengan produk Aina Beautykan. Produk yang telah membuat ramai anak-anak muda diluar sana berjaya hanya dengan menjual produk tersebut. Pengasas Aina Beauty iaitu Hafiz Mahamad dan isteri Syafiqah Aina sering menjadi perhatian kerana pasangan yang sangat sempurna dimata orang ramai. Pasangan ini juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Raissa.

Terbaru Hafiz telah berkongsi satu video dilaman sosial. Video yang dikongsi menceritakan susah payah beliau bersama isteri untuk membina empayar Aina Beauty sehingga berjaya. Dalam pada masa itu juga beliau menyatakan bahawa beliau bersama isterinya bakal membuka sebuah klinik yang diberi nama Aina Clinic tidak lama lagi. Klinik yang bakal dibuka dalam proses pembinaan.

Video yang dikongsi dengan kapsyen yang sangat menyayat hati sampai membuatkan ramai sebak meraih lebih 500k tontonan dan lebih 2k komen dari warganet.

“Tiba tiba isteri menangis. Tadi saya & wife pergi ke Klinik yg kami nak tubuhkan. Memang hati ni Ya Allah. Bila tengah interview tadi, saya tak tahu kenapa tiba tiba isteri menangis. Bila dengar kata kata dia, hati lelaki ni rasa sayu sangat. Saya nak awak semua faham 1 perkara ni.

Tangan saya masih terasa penat, kaki saya masih terasa lenguhnya, hati saya masih terasa sakitnya & otak ni masih lagi rasa stressnya bila teringat usaha usaha diawal dulu hingga sekarang. Semuanya sebab apa? Sebab perjuangan untuk “cinta sejati” saya AINAA.

Seronok tengok orang boleh beli rumah besar untuk isteri, saya tak malu cakap saya masih “menyewa” & cakap dengan isteri kita sabar sikit. Bukan sebab tak mampu beli, tapi kita kejar capai impian ni dulu. Kami muda lagi, taknak kami kalah dengan n4fsu harta. Harta bukan sumber inspirasi untuk kita & jangan ajar orang lain tengok harta kita, tapi perjalanan, kesungguhan & perjuangan kita yg perlu mereka nampak

@ainaaclinic , Klinik? Dulu saya hanya impikan. Sebab saya taknak orang pandang rendah pasa kebolehan isteri saya AINAA. Alhamdulilah kita mencapainya. Perjalanan baru sahaja bermula, ia akan jadi 1 sejarah dengan izin Allah. Saya akan buat betul betul untuk @ainaabeautyofficial & @ainaaclinic. Semuanya adalah dari “cinta”. Cinta Allah & cinta dari awak semua.”

KOMEN WARGANET:

“Aina yg yaya kenal susah sgt untuk mengalirkan airmata..”

“Masya Allah inspirasi banget..”

Semoga semuanya dipermudahkan segala urusannya. Semoga ramai yang dapat dibantu lagi. Min sampai mengalirkan airmata sebak dengan pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk membina empayar sendiri dengan penat lelah bersama suami tercinta.. Hargailah segala pengorbanannya..

Hafiz Mahamad Kini Tampil Untuk Bantu Keluarga Ini. Tak Sangka Ini Yang Berlaku Pada Keluarga Ini.

Instafamous dan usahawan, Hafiz Mahamad membuatkan orang ramai memberikan pujian kepadanya apabila dia berkongsikan kisah tentang pasangan yang menghadapi kesulitan lalu dibantunya. Suami kepada usahawan terkenal, Syafiqah Aina ini memberitahu bahawa dirinya ke Johor Bahru kerana sedih melihat keluarga berkenaan yang mana suami kehilangan kerja akibat PKP manakala rumah dan kereta juga sudah banyak bulan tidak dibayar.

Perkongsian Hafiz Mahamad bagaimanapun disertakan bersama satu rakaman video memaparkan sepanjang dia memberikan bantuan kepada keluarga itu dengan membantu mencarikan rumah serta terus membayarkan sewa sehingga lelaki itu kembali mempunyai perkerjaan.

“Hari ini saya pergi carikan rumah sewa dan bayarkan terus sewa dia sehingga suami dia ada kerja balik. Kereta & roadtax yang tertunggak saya bayar untuk suami dia buat kerja ninja Van. Saya tanya mereka, makan minum macam mana. Suami dia cakap, sejak hilang kerja. Duit makan minum Alhamdulillah ada sedikit sebab isteri berniaga @ainaabeautyofficial, isteri dia team saya.”

Ruangan posting dikongsikan Hafiz Mahamad bagaimanapun mengundang peminat dan pengikut membanjiri ruangan komen bagi memuji tindakannya itu.

Sumber: BacaViral

Kini Hafiz Mahamad Pula Tampil Memberi Bantuan Pada Tok Wan Yang Memerlukan. Turut Siap Bantu Uruskan Barang Keperluan Utamanya Ini.

Personaliti media sosial, Hafiz Mahamad mendapat perhatian selepas membantu mangsa kebakaran yang dikenali sebagai Tokwan.Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Hafiz memberitahu dia telah membina sebuah rumah baharu buat Tokwan bagi meringankan bebannya. Menurut Hafiz, bukan rumah Tokwan sahaja yang terbakar sebaliknya wang hasil pencarian titik peluh dan motosikal anaknya juga turut musnah.

“Sedih dengar cerita mereka, motor dua biji habis dan barang-barang dalam rumah semua habis. Paling sedih, duit Tokwan hasil dari padi baru je dapat pun habis terbakar. Saya cuba bantu mereka untuk bina sebiji rumah yang baru atas tanah yang sama. Alhamdulilah cukup semuanya cost yang diperlukan setakat ini. Saya belikan motor untuk anak bongsu Tokwan, sebab motor yang biasa dia hantar anak-anak pergi sekolah dah terbakar juga. Walaupun rumah terbakar, Tokwan setiap hari datang rumah tu pukul 8 malam – 11 malam. Dia tak sayang rumah tu, dia rindu kenangan yang ada bersama isterinya dalam rumah tu. Mereka tak henti ucap terima kasih. Alhamdulilah walaupun saya baru kenal mereka dari ujian ni. Mereka adalah sahabat sahabat saya. Ada sedikit bahagian dari perniagaan saya dan sahabat sahabat saya semua. Saya kongsikan pada sahabat kita yang memerlukan, kamu semua sahabat saya. Terima Kasih, saya sayang awak semua,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih kepada Hafiz atas niat murninya. “Alhamdulillah… Moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada Hafiz dan keluarga. Moga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah juga buat Tokwan dan keluarga,” komen @_wanisrosley_.“Allahuakhbar, sedihnya! Semoga dipermudahkan dan semoga abang Hafiz sekeluarga murah rezeki amin,” doa @ zahirahabdullah_.Hafiz yang juga merupakan suami kepada Instafamous Syafiqah Aina sebelum ini terkenal sebagai antara individu pemurah.

Hafiz Mahamad Sanggup Nak Belanja 100 Orang Untuk Sesuatu Ini. Ramai Yang Mendoakan Kesejahteraannya.

Sebelum ini, usahawan dan personaliti media sosial Hafiz Mahamad disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Pulau Pinang atas urusan kerja. Hari ini, usahawan berusia 27 tahun itu terpanggil untuk membantu seramai 100 individu yang tidak berkemampuan bagi melakukan ujian saringan Covid-19.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Hafiz berkongsi berita baik tersebut kepada para pengikutnya demi membantu mereka yang memerlukan.

“Esok saya nak bantu 100 orang untuk buat swab test. Minta doa sahabat semua, ada sebab saya buat. Swab test harga RM200-300. Bukan semua yang mampu & mereka tak tahu macamana keadaan mereka. Saya kesian sangat bila dengar ada yang cakap ‘nak buat mcmana bang, ok tak ok kami kena kerja mcm biasa sebab nak buat swab pun kami kena perah tenaga. InsyaAllah, apa sedikit yang ada saya cuba bantu sebab awak semua sahabat-sahabat saya,” tulisnya pada kapsyen posting.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan usahawan tersebut kerana sering menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan. Malah, ada juga yang ingin mengambil ujian secara percuma berkenaan serta mencadangkan individu yang perlu diberi keutamaan.

Alhamdulillah! Moga dimewahkan rezeki

Semoga dilimpahkan rezeki untuk Hafiz sekeluarga

Mashaa Allah baik sangat

Beri keutamaan kepada mereka…

Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Syafiqah Aina pada 24 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Raisya Arisa. Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Hafiz Mahamad Dan Syafiqah Aina Tidak Sangka Boleh Terima Bantuan Tepi Jalan. Rupanya Ini Ceritanya Bagaimana Dia Bertemu Individu Ini.

Nama Hafiz Mahamad sememangnya sudah dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas video beliau membantu menguruskan sahabat baiknya tular sehingga ke negara jiran, Indonesia. Kini, giliran Hafiz dan Aina pula dibantu oleh penduduk kampung di sekitar Gua Musang.

Semenjak 3 Disember lepas, kita telah dikejutkan dengan berita kejadian banjir, tanah runtuh serta kesesakan jalan raya di seluruh negara. Seperti biasa, Hafiz pastinya akan kongsikan apa-apa update yang berlaku sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan tanpa disangka keluarga kecilnya itu turut memerlukan bantuan segera.


Tidak menyangka akan tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, Hafiz dan Aina tidak menyangka bahawa susu dan pampers anak mereka iaitu Raisya Narisa tidak mencukupi. Disebabkan itu, Hafiz telah membuat Instagram live untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk setempat mengenai kedai runcit yang berhampiran.

Tidak sangka rupa-rupanya ada pemandu lain berdekatan telah menonton siaran Instagram live Hafiz dan bergegas memberi bantuan kepada mereka. Terharu dengan apa yang berlaku, Hafiz berjanji untuk berjumpa dengan dua individu berkenaan selepas tiba di Kuala Lumpur nanti.

Rata-rata warganet terharu dengan kejadian tersebut dan meninggalkan komen bahawa ini merupakan balasan kepada Hafiz yang sentiasa bermurah hati untuk membantu orang lain. Semoga perkara ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua untuk terus membuat kebaikan kepada orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *