Tomok sendiri yang menghantar pembantu rumah ke lapangan terbang. Sebak satu keluarga Tomok terpaksa hantar bibik balik kampung

artis

Baru baru ini, penyanyi Tomok telah membuat perkongsian yang mereka sekeluarga sebak apabila pembantu rumahnya sudah tamat perkhidmatan dan akan dihantar pulang ke Indonesia. Melihat ruangan komen, Ramai yang turut merasai suasana tersebut setelah melihat anak sulung Tomok, Arrian dan isterinya,Ayu.

Bak kata orang, setiap pertemuan akan ada perpisahan. Terima kasih Daimah jaga keluarga saya dengan baik selama dua tahun. Selamat pulang ke Indonesia. Sampai jumpa lagi. Tambah Tomok menerusi kapsyen yang ringkas dikongsikannya itu mengucapkan ucapan terima kasih kepada pembantu rumahnya. Dia sendiri yang menghantar pembantu rumah ke lapangan terbang sambil disaksikan oleh isteri, ibu dan anaknya dengan perasaan sedih.

Ramai waragnet turut bersedih melihat video yang dikongsikan Tomok ini. Mereka turut menyifatkan Tomok dan keluarga beruntung kerana pernah memiliki seorang pembantu rumah yang sayangkan mereka sekeluarga.

Tomok Dan Anak Anak Siap Belajar Mengaji Dengan Isteri. Tak Sangka Kapsyen Tomok Ini Yang Menjadi Perhatian Warganet

Tak dinafikan mendidik anak berkenaan ilmu asas agama adalah merupakan antara perkara wajib dilakukan oleh para ibu bapa. Sangatlah disarankan sejak anak masih kecil bagi bagi memudahkan untuk mereka membentuk sahsiah diri. Anda mesti pernah dengar pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jelas Shah Indrawan Ismail atau gemar dipanggil Tomok, dia telah membuat perkongsian yang mereka mengamalkan pengajaran mengaji Al-Quran di rumah.

Tomok tak lupa juga memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan isterinya,Siti Rahayu sedang mengajar mengaji kepada anak anaknya iaitu Arrian dan Andra. Namun begitu,penyanyi lagu Bagaikan Bidadari itu juga dilihat turut sama belajar dengan isterinya.

“Alhamdulillah, hari ini takda rotan kat sebelah,” tulis Tomok di bahagian kapsyen.Difahamkan lagi, kapsyen itu merujuk kepada ‘posting’ terdahulu di mana Tomok berkongsi gambar isterinya yang memakai telekung sambil memegang sebatang rotan.

Haaa ni barulah betul pasangan yang ‘sweet’! Walaupun sudah meningkat usia, tidak salah untuk pasangan suami isteri bersama-sama menuntut ilmu agama lebih-lebih lagi memperbetulkan bacaan al-Quran.Melihat ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikutnya memberi pelbagai reaksi positif terhadap perkongsiannya tersebut.Vokalis kumpulan New Boyz itu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.

Pernah Mempelajari Bahasa Sepanyol Dan Mandarin. Nabila Huda Kongsi Keterujaan Bila Belajar Iqra Bersama Anak

Baru baru ini,Nabila Huda berkongsi keterujaannya belajar mengaji Iqra bersama anaknya,Keissha Laila bagi memenuhi masa eskoran PKP dijalankan semula. Yang menarik sekali, ini kali pertama aktres itu belajar membaca Iqra seumur hidupnya.

Kata pelakon berusia 37 tahun itu,bahkan sebelum ini dia pernah mempelajari bahasa Sepanyol dan Mandarin dan berasa sangat teruja kerana dapat menyertai kelas mengaji bersama anaknya.“Assalamualaikum. Selain daripada belajar bahasa Sepanyol dan Mandarin, hari ini merupakan hari pertama kami belajar Iqra bersama,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Menurut aktres filem Munafik itu lagi, sebelum ini dia bersama Keisha selalu berentap untuk menang dalam apa sahaja pertandingan dan bersetuju untuk sama-sama mengikuti kelas mengaji bersama anaknya.“Semestinya saya teruja sebab tidak pernah belajar Iqra seumur hidup. Masa dahulu kita belajar Muqaddam sahaja. Jadi kita lawn tengok siapa paling handal ,okey?” kata Nabila yang turutmemuat naik sekeping foto mengenakan hijab bersama anaknya dalam Instagram.

Perkongsian tersebut turut mendapat respons dalam kalangan rakan-rakan selebriti. Masing-masing memuji usaha anak kepada penyanyi legenda, Amy Search itu.“Hanya doa yang baik untuk awak dan seisi keluarga. Allah SWT memberkati awak dan orang yang awak sayangi selalu,” kata penyanyi Faizal Tahir. – K! ONLINE

Sekali Lagi Alami Kehilangan Kandungan. Nabila Huda Luah Rasa Sedih Dan Cerita Punca Dia Disahkan Kehilangan Kandungannya Buat Kali Kedua

Pelakon Nabila Huda berkongsi khabar sedih bayi yang dikandungnya gugu kali kedua pada Isnin.Dedah Nabila, dia mengalami pengeluaran cecair merah sebelum disahkan kehilangan kandungan.”Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya kehilangan kandungan lagi buat kali kedua.”Masa pertama kali tahu saya macamtu, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.

“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat.”Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paran0id. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatvh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim),” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di Instagram Stories pada Rabu.

Nabila yang merupakan salah satu juri The Masked Singer Malaysia yang kini hangat ditayangkan di Astro Warna setiap Jumaat pukul 9 malam mengatakan dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut.”Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat….

“Jangan bimbang, saya ada di rumah. Semalam seharian fikir… Sakit rasanya…,” tambahnya.Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan sejak Disember 2015 pernah kehilangan kandungan pada April tahun lalu.Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang berusia 10 tahun.

Tak Terlintas Untuk Cetuskan Kontroversi Bila Muat Foto Kurang Sopan. Nabila Huda Ulas Lebih Lanjut Mengenai Kritikan Yang Sering Dia Terkena Bila Melibatkan Pakaian

KUALA LUMPUR: Aktres, Nabila Huda, 36, tidak terlintas mahu mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto berkemban menerusi laman sosial, Instagram, baru-baru ini.Sebaliknya, pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 menerusi filem Munafik itu melihat foto yang diambil ketika menjalani penggambaran di Terengganu mempunyai nilai seni.

“Jadi isu ke gambar berkenaan? Saya tak nampak ada yang mempertikaikan gambar ini apabila melihat ruangan komen.Saya kongsi gambar kerana ia cantik dan ada nilai seni. Saya berkemban bukan sebab babak dalam lakonan, tetapi sebab cuaca panas ketika itu.”Saya sedang menjalani penggambaran di Terengganu, waktu itu. Rumah pula tepi laut. Secara kebetulan, suami, Mohd Izwan Johar merakamkan gambar, jadi saya bergaya sakan sambil menyelitkan bunga di tepi telinga. Hasil gambar memang menakjubkan dan pencahayaan, latar belakang dan kain batik yang disarungkan memang cantik.

“Atas faktor itu, saya kongsi dalam laman media sosial. Setakat ini, saya tak nampak pula komen negatif, mungkin warganet tahu saya bukanlah jenis yang suka menunjuk tubuh semata-mata untuk meraih perhatian khalayak. Saya juga bukan sengaja nak cipta kontroversi untuk memuat naik gambar berkemban,” katanya kepada BH Online.

Nabila berkata, tidak nafikan ada kemungkinan warganet takut nak komen negatif disebabkan dirinya sering membidas sesiapa sahaja yang mengkritik tanpa usul periksa.”Jika warganet takut baguslah (ketawa). Sebelum ini, jika saya ada menerima mesej peribadi dalam IG, saya akan tanya balik apakah tidak ada kaum keluarga mereka yang berkemban.

“Bagaimanapun, tidaklah selalu saya membidas komen negatif yang dilmparkan kerana saya tahu kebanyakan yang mengkritik adalah budak sekolah.”Sebenarnya, ikut mood saya juga. Jika saya mahukan hiburan berikutan bosan, saya akan cari mana-mana komen negatif yang ditulis dan orang itulah akan menjadi sasaran. Jadi, janganlah mudah untuk memperkotak-katikkan orang dengan komen negatif dan sesuka hati,” katanya.

Anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu berkata, perasaan bersalah menghantui dirinya apabila perkongsian video dalam situasi cemas selepas kediamannya dikatakan dicer0bohi seorang individu mencurigakn menimbulkan kebimbangan kepada keluarga dan rakan selebriti.Bagaimanapun, katanya, itu hanyalah teaser awal program The Masked Singer Malaysia yang menampilkannya sebagai salah seorang juri tetap bersama lapan selebriti lain.

“Sejujurnya, timbul rasa kasihan terutama kepada rakan artis yang menyangkakan kejadian ini memang terjadi. Saya pula mana pernah bergurau dengan cara begini.”Mereka tahu apabila membabitkan soal kerja, saya akan serius. Tetapi, apabila melihat reaksi mereka pan1k, sampai ada yang nak datang rumah dan membuat laporan polis, saya pula cuak. Terfikir apakah lakonan saya keterlaluan hingga mereka percaya saya dalam bahaya.”Apabila keadaan menjadi kecoh, rasa bersalah pula menghantui diri. Tak tahu nak buat apa untuk meredakan keadaan. Apa yang mampu dilakukan hanyalah meminta maaf pada mereka,” katanya.-metro

Bakal Menggalas Tanggungjawab Sebagai Juri Dalam Sebuah Program. Nabila Huda Dedahkan Dia Sanggup Habiskan 70 Peratus Daripada Gaji Dia Untuk Semata Sesuatu Ini

Nabila membuat persiapan sebulan awal untuk jadi juri program terbaharu.MENGALAS tanggungjawab sebagai juri tetap program The Masked Singer Malaysia, pelakon Nabila Huda memberitahu dia sudah membuat persiapan sejak sebulan lalu.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, 36, dia sanggup menghabiskan 70 peratus bayaran yang diterima untuk tampil bersesuaian dengan konsep program nyanyian itu.”Semua orang tahu Abil kalau kat drama atau filem memang tak suka make up dan kebanyakkan karekter Abil mesti naked face saja. Tapi bila Abil jadi pengacara atau juri, Abil mesti go all out dan saya akan cipta stail sendiri.

Nabila berkongsi perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.“Buat research dan sepakat dengan team yang Abil percaya mereka boleh tunaikan setiap permintaan. untuk #themaskedsingermalaysia special sikit kali ni, me and my team dah buat persiapan sebulan awal.

“Baju Abil custom dan dah siap dengan mood board. Jadi, semua dah rancang dan tersusun dengan baik sebab I’m very fussy (cerewet) dan bnci kena fikir last minute sebab boleh jadi marah.”Abil sanggup habiskan duit untuk pastikan Abil selesa dengan apa yang Abil mahukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *