Tak dapat tahan sebak sehingga mengalirkan air mata . Riena Diana kongsi kisah seorang insan ini dan dia akui insaf lepas tengok orang lebih susah

artis

Riena Diana yang terkenal dengan watak Lailer dalam Kampung People kongsi tentang kisah wanita OKU yang bernama Siti Mariam. Riena akui dia pernah menangis bila terkenangkan dirinya perlu bekerja keras namun begitu semua itu berubah sebaik sahaja melihat ramai lagi orang luar sana yang harungi dugaan lebih mencabar. Terkini Riena pula yang mengusahakan perniagaan laksa bagi memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak terikat dengan sebarang aktiviti penggambaran.

Jelas Nur Qamariena Diana Zulreal atau lebih disapa Riena, 24, perkara itu membuatkan dirinya insaf sekali gus ingin mengadakan segmen mengetengahkan insan-insan yang kuat berusaha dalam kehidupan mereka menerusi Instagram TV (IGTV) miliknya pada setiap minggu.

Menerusi perkongsian Riena di IG ,dia tidak menahan sebak sehingga mengalirkan air mata melihat kesusahan pengasas produk kesihatan C-Mary, Siti Mariam yang meupakan orang kurang upaya.”Contohnya macam saya sendiri, beberapa hari lepas menangis sebab risau dengan kehidupan serta terpaksa bekerja keras… sebenarnya ada orang lain lagi yang lebih susah daripada kita.

“Jangan sesekali mengeluh kerana ada orang yang lebih susah daripada kita sebagai contoh kisah Kak Siti tetapi dia tetap kuat,” katanya. Menerusi IGTV Riena, Siti Mariam berkongsikan kisahnya tergelincir ketika pulang bekerja pada lapan tahun lalu menyebabkan dia tidak mampu berjalan seperti biasa sehingga membuatkan kisah wanita itu tular di laman Twitter, baru-baru ini.

“Biarpun diuji dengan pelbagai ujian, Kak Siti nekad untuk mencari penawar sakitnya sehinggalah tampil dengan produk sendiri yang mampu memulihkan keadaan kesihatannya.”Kisah Kak Siti ini buatkan saya terinspirasi untuk buat segmen ini pada setiap minggu, sama-sama nak membantu tanpa mengira sesiapa pun kita. Macam saya, mungkin pengikut saya ramai dan itulah rezeki saya, saya cuba kongsikan segala apa yang boleh,” ujarnya.

Tak Nak Peminat Ingat Watak Saya Sebagai Lailer. Riena Diana Akui Janggal Bawa Satu Watak Ini Dan Dia Mesej Yang Nak Disampaikan Dalam Drama Ini Dapat Diterjemahkan Dengan Baik

Riena Diana ingin mencabar diri dengan pelbagaikan watak lakonan selepas ini.PELAKON Riena Diana tidak menafikan sehingga ke hari ini peminat masih lagi memanggil dirinya sebagai Lailer biarpun drama Kampung People sudah lama menamatkan siarannya tahun lalu.

Menurut Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, dia berharap dapat move on daripada watak tersebut agar peminat dapat melihat pelbagai lagi karakter lain yang mampu dijiwainya selain daripada watak komedi.

Terbaharu, Riena muncul dengan drama bersiri yang memaparkan realiti kehidupan petugas barisan hadapan berjudul Hadiah Dari Tuhan.Menerusi drama itu, Riena membawakan watak lebih serius yang memaparkan kehidupan golongan berpendapatan sederhana dalam berhadapan pandemik Covid-19.

“Kali ini saya rasa janggal sedikit bawa watak serius sebab dah biasa bawa watak kelakar.”Nak lari daripada imej watak gadis bimbo Lailer yang saya pernah bawakan sebelum ini, saya hanya ikut sahaja arahan daripada pengarah drama agar mesej yang nak disampaikan dalam drama ini dapat diterjemahkan dengan baik.

“Kali ini saya tak nak peminat ingat watak saya sebagai Lailer, watak itu macam dah sebati dengan diri tapi saya harap orang nampak juga watak-watak lain yang saya cuba bawakan selepas ini,” katanya kepada mStar.Riena Diana dikenali menerusi watak Lailer dalam Kampung People.

Menceritakan lebih lanjut mengenai proses penggambaran Hadiah Dari Tuhan yang berlangsung sepanjang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada November lalu, Riena akui ada ketika dia berasa sedikit kurang selesa untuk memakai topeng muka namun ia harus dilakukan demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Penggambaran drama ini memang pihak produksi jaga dan ikut SOP dengan ketat.”Memandangkan drama ini memang menceritakan tentang kisah petugas barisan hadapan, memang kita perlu ikut semua SOP yang ditetapkan agar dapat tunjukkan realiti sebenar kehidupan para frontliners kita sepanjang mereka bekerja dalam tempoh sukar ini.

Hadiah Dari Tuhan memaparkan realiti kehidupan keluarga petugas barisan hadapan.“Kita bekerja dalam tempoh yang agak lama jadi agak sedikit kurang selesa (pakai topeng muka) sebab susah nak bernafas… tapi itu tidak menjadi masalah buat saya sebab pengalaman yang kita dapat (berlakon dalam tempoh PKPB) amat bernilai untuk dikenang pada masa akan datang.

“Setakat ini, penonton memberikan respon yang baik terhadap drama Hadiah Dari Tuhan, tapi mereka tetap mengaitkan nama saya sebagai Lailer dalam setiap komen yang diberikan.”Mungkin lepas ini saya kena ambil satu watak yang betul-betul heavy untuk keluarkan imej Lailer itu dari diri saya,” ujarnya berseloroh.

Selain Riena, drama arahan Fairuz Loy itu turut dibintangi Amy Mastura, Izreen Azminda, Syafi Tee, Elisya Sandha, Sophia Barakbah dan Ashraf Muslim.Ia ditayangkan di slot Lestary pada setiap Rabu hingga Sabtu bermula 30 Disember lalu, pukul 9 malam di TV3.

Dimasukkan Ke Hospital Lepas Munth Berterusan. Riena Diana Dedahkan Punca Dia Masuk Ke Hospital Melalui Satu Video Dan Perkongsiannya Meraih Perhatian Ramai

Baru baru ini Riena memuat naik video dia terbaring di atas katil yang ditolak seorang jururawat. Gara gara bekerja tanpa henti dan tidak cukuo rehat,pelakon Riena Diana atau lebih popular dengan nama Lailer dimasukkan ke hospital swasta selepas mengalami munth berterusan. Menurut Nur Qamarina Diana Zulreal 23,dia dinasihatkan doktor untuk mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja semula.

Riena yang popular dengan watak sebagai Lailer menerusi drama Kampung People berkata, keadaannya semakin sihat dan kini berehat di rumah neneknya di Kuala Lumpur.Riena dinasihatkan untuk berehat secukupnya sebelum bekerja semula.”Saya ditahan di wad selepas alami munth yang berterusan dan badan lemah akibat tidak cukup rehat.

“Doktor pun suruh saya rehat saja dan Alhamdulillah… keadaan saya pun dah semakin baik. Mungkin disebabkan beberapa bulan saya kerja tanpa henti, itu yang badan jadi tak sihat.”Terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan saya. Buat masa sekarang saya berehat di rumah nenek dan akan sambung kerja selepas betul-betul sihat,” katanya kepada mStar.

Pada Isnin lalu, Riena berkongsi foto di Instastory yang memperlihatkan dia sedang baring di atas katil yang ditolak seorang jururawat.Sebelum ini, Riena terkndas di Muar, Johor disebabkan menjalani penggambaran sebuah drama namun dapat pulang ke Kuala Lumpur selepas mendapatkan kebenaran daripada polis.

Dalam pada itu, Riena mendedahkan dia terpaksa menolak semula tawaran berlakon yang sudah diterima pada saat akhir berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.Biarpun pada mulanya mengakui berasa bimbang akan dimarahi produksi dan stesen TV3 namun bersyukur kerana kedua-dua pihak itu memahami keadaannya.

Riena terpaksa menolak tawaran yang sudah diterima.”Buat pertama kali saya terpaksa tolak tawaran berlakon pada saat akhir. saya tak pernah buat perangai macam ini.”Sampaikan saya overthinking… takut ada pihak yang marahkan saya. Tapi saya cuba jelaskan dekat produksi yang saya tak dapat nak buat.”Nasib baik, pihak produksi dan TV3 memahami keadaan saya. Selepas ini saya kena berpada-pada ambil tawaran kerja,” ujarnya.

Laman Instagram Elly Mazlein Meraih Perhatian Ramai Bila Dia Bongkarkan Tarikh Berlangsungnya Kampung People 2. Berikut Keistimewaan Dalam Musim Kedua

Bagi penonton setia drama bersiri Kampung People, ini merupakan satu berita gembira untuk anda.Menerusi laman Instagram milik pelakon Elly Mazlein memaklumkan drama bersiri Kampung People musim kedua bakal menemui penonton di kaca televisyen pada 17 September depan.

A K A N D A T A N G Kampung People 2 “Absolutely Correction”,“Mulai 17 September, jam 9 mlm ,Rabu hingga Jumaat, di Tv3,” tulisnya.Lalu, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabat untuk menonton drama bersiri tersebut.Kampung People musim kedua dibintangi oleh pelakon Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem, Adibah Noor, Nam Ron dan ramai lagi.Drama ini bakal bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di slot Lestary, TV3.Foto: Instagram Elly Mazlein

Adibah jadi emak ‘over’ dalam Kampung People 2

KUALA LUMPUR: Drama rantaian popular, Kampung People 2 yang sedang menjalani penggambaran, bakal menyaksikan kemunculan Adibah Noor memegang watak baharu dalam drama komedi itu.Pelakon dan penyanyi terkenal itu memberitahu, dia memegang watak sebagai Dona iaitu ibu kepada Mona lakonan Elly Mazlein, menerusi drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu.

“Sudah tentu saya teruja dan rasa tidak sabar untuk masuk set penggambaran, akhir bulan ini. Saya bakal membawa watak Dona yang juga ibu kepada Mona lakonan Elly.”Dari segi mencipta keserasian, saya rasa tiada masalah. Walaupun saya tidak pernah bekerja dengan Elly, tapi kami pernah beberapa kali berjumpa dalam beberapa acara hiburan.

“Berdasarkan skrip diberi, watak Dona memang agak ‘over’ daripada anaknya. Mona sendiri tidak mampu untuk melawan aksinya yang melampau itu,” katanya kepada BH Online.Sebagai pelakon yang sering membawakan watak komedi, penyanyi Terlalu Istimewa ini mengaku tidak berdepan masalah untuk membawakan watak Dona.

“Lagipun saya memang penonton setia drama ini dan sudah faham daripada segi watak dan perwatakan pelakon lain serta konsepnya.”Jadi, rasanya, saya tiada masalah untuk membawa watak Dona itu,” katanya.Bulan lalu, produksi yang menerbitkan drama ini, KL Motion Pictures mengadakan proses uji bakat atas talian untuk mencari pelakon tambahan.Kampung People 2 yang mendapat pujian ramai ketika ditayangkan buat kali pertama di TV3, tahun lalu, mengekalkan pelakon asal seperti Rashidi Ishak, Elly, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqifshah.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *