Pernah diduga kehilangan kandungan sebelum ini. Kali ini Dr Say maklumkan berita gembira tentang kehamilan isterinya dan perkembangan terbaru

artis

Untuk makluman,senelum ini Dr Say Shazril kongsi khabar sedih setelah isterinya alami kehilangan kandungan di saat usia kandungan memasuki tempoh 12 minggu. Jelas doktor,bahawa jantung bayinya tidak kelihatan dan sedih sekali bayi itu tidak bergerak.

Baru baru ini,Dr Say kongsi satu posting di IG berkaitan berita kehamilan isterinya,Dr Azura. Tahniah!Alhamdullilah, Adik Ace In The Making. Masa sebulan bini missed period dan positive urine pregnany test, ikutkan hati nak sy kongsi kat satu dunia berita baik ni. Tapi pengalaman dan kesedihan kehilangan kandungan lepas mengajar sy untuk bersabar (plus bini sekeras-kerasnya tak kasi sy share kat socmed). Lepas 3 bulan menahan, arini tuk julung kalinya kami pergi scan dengan pakar sakit puan kami (sebelum tu kami scan sendiri2 ja). Kelihatan sihat dan lincah bergerak kandungan bini.

Ulasnya,Terukir senyuman luas pada muka saya dan bini. Alhamdullilah lekat. Keluar dari klinik tadi tak sempat sy nak mintak izin bini, terus dia cakap “u nak btau satu dunia lah tu kan?”. Sy tersenyum malu, tapi mahu! Maka Alhamdullilah peeps!Menurut Dr Say, selepas tiga bulan isterinya mengalami kehilangan kandungan, mereka dikurniakan rezeki sekali lagi. Dia percaya kata warganet apabila sekali kehilangan kandungan, yang seterusnya akan senang untuk lekat. Ujarnya lagi, mereka tidak merancang dan menganggap ini rezeki sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga. Ini kerana, sewaktu PKP mereka banyak menghabiskan masa makan, tidur dan bersama setiap hari.

Dalam perkongsiannya, Ampun sy lama menyepi sebab kali ni alahan bini kuat sikit berbanding pregnancy sebelum ni so kena jaga well being dia sikit. Sy tau ampa mesti curious jantina nya. Tak kisah apa jua jantina yg penting kali ni #TeamDaddy #SayJr! P/S : Tajm mata ampa tengok kat post bini & story sy ampa boleh nampak baby bump bini ye. Jenuh sy cover cakap tu buncit penangan Musang King ahaha.

Dia juga turut memberitahu waktu tiga bulan yang genting telah berlalu. Masih tinggal 7 bulan sahaja lagi untuk dia dan isteri bakal mendapatkan cahaya mata kedua mereka. Dr Say turut memohon doa daripada semua agar kandungan isterinya itu sihat sejahtera. Mengenai soal jantina, Dr Say tidak kisah sama ada lelaki mahupun perempuan.

Warganet Persoalkan Punca Dr Say Memerlukan Azam Yang Rendah. Dr Say Akhirnya Jelaskan Kenyataan Tersebut Berdasarkan Buku Biologi

Dr Say berkongsi keinginannya untuk mempunyai anak yang ramai. (kanan) Dr Say bersama anak lelakinya, Ace berusia lebih setahun.SETIAP pasangan suami isteri pasti mahu dikurniakan cahaya mata.Tidak cukup seorang, hasrat untuk menambah seri dalam keluarga dengan bilangan anak yang lebih ramai tentunya ada dalam perancangan.

Selepas isteri mengalami kehilangan kandungan pada Ogos lalu ketika usia kehamilan 12 minggu, seorang doktor popular ini terus melangkah ke hadapan dengan harapan besar.”Doc nak berapa anak? Antara soalan yang agak kerap saya dapat masa Q&A (soalan dan jawapan) tempoh hari was this. Siap awal-awal cakap tak nak jawapan ‘bergntung rezeki’ doc.

“Jawapannya saya nak tiga. Tak tahu kenapa tapi tiga sound perfect, mungkin sebab saya tiga adik-beradik. Saya ada dua kakak dan saya yang bongsu,” tulis Dr Muhammad Shazril Shahruddin di laman instagram beliau.

Dr Say (kiri) bersama isteri, Dr Azura (tengah) dan anak mereka, Ace.Saat diajukan soalan yang sama kepada isteri, Dr Azura Abas, jawapan yang sama turut diberikan iaitu tiga anak walaupun isterinya itu mempunyai enam beradik.

Walaupun anak merupakan anugerah Tuhan dan amat berkait rapat dengan rezeki, namun beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Say mengakui kemahuan itu perlu disertakan dengan usaha.”Semuanya bergntung rezeki tapi kalau tak usaha, rezeki tu definitely tak datang betul tak? Takkan la gelak-gelak, cuit-cuit poof terus mengandung bini saya betul tak?

“Perlukan keazaman yang rendah dan timing (masa) yang bersesuaian, betul tak? Bini saya kehilangan kandungan empat bulan dah. Ace pun setahun tujuh bulan dah. Maka masa untuk keazaman rendah dan timing bersesuaian pun tiba dah,” katanya yang merujuk kepada anak lelakinya berusia lebih setahun, Aezril atau lebih mesra dengan panggilan Ace.

Dr Say (kiri) berharap anaknya, Ace akan mendapat seorang adik pada masa akan datang.Sehubungan itu, Dr Say yang merupakan pengacara program Tanya Doktor dan My Doctors mengharapkan doa pengikutnya agar beliau dan isterinya dikurniakan cahaya mata kedua.”Kasihan juga tengok Ace keseorangan, maka doakan kami. Ada rezeki insyaAllah pasti mengandung biniku nanti. Yang penting usaha.

“Yang sedang mencuba di luar sana, ingat pesan saya, jangan sesekali kalian berputus asa, teruskan usaha kerana nikmat zuriat tu indahnya tak terkata,” ujar doktor berusia 32 tahun itu.Dalam pada itu, Dr Say menjawab persoalan warganet yang bertanyakan tentang kenapa beliau ‘memerlukan azam yang rendah’.

Perkongsian Dr Say di laman Instagram.Mengimbas kembali subjek Biologi yang dipelajarinya sewaktu tingkatan empat, beliau berkata, terdapat buku yang menerangkan tentang perancangan keluarga.”Ada satu buku Biologi cerita cara rancang keluarga adalah dengan ‘buang luar’ atau ‘kuah asing’. Tapi buku biologi tu tambah lagi ‘akan tetapi cara ini tinggi kadar kegagalannya kerana ia memerlukan keazaman yang tinggi’.

“Lepas kahwin baru saya tau apa yang buku biologi tu maksudkan dengan memerlukan keazaman yang tinggi untuk kuah asing. Maka kalau nak dapatkan anak, pastikan keazaman anda rendah ya wahai para suami,” ujarnya secara berseloroh.

Ikutkan Dah Masuk 12 Minggu. Dr Say Kongsi Cerita Bila Dikhabarkan Isterinya Mengalami Kehilangan Kandungan Baru Baru Ini Dan Harap Semua Doakan Yang Terbaik Buat Isterinya

Doktor selebriti yang kini bergelar pelakon, Dr. Say Shazril berkongsi satu khabar dvka apabila memaklumkan bahawa isterinya mengalami kehilangan kandungan. Menurut Dr. Say, denyutan jantung anaknya itu sudah tidak kelihatan saat isterinya membuat imbasan sendiri terhadap kandungannya itu.

Lalu, dia dan isteri segara berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian. “Innalillahiwainnailaihiroajiuun Anak Syurgaku. Rabu minggu lepas bini saya merasakan sesuatu tak kena maka dia scan dirinya sendiri. “Jantung baby tak kelihatan, baby tak bergerak. Dia call saya menangis saying dia tak nampak denyutan jantung bayi.

“Sepatutnya temu janji bersama pakar sakit puan kami hari ni tapi akibat risau kami cepatkan kepada Jumaat minggu lepas.“Masa sedang discan pakar bertanya “ade berlakunya pengeluaran cecair merah atau sakit perut tak?”, bini reply “tiada, rasa biase je”, pakar sambung “jantung baby tak kelihatan ni”. Bini akur, mother instinct & scannya sebelum ni terbukti tepat.

Khabar sedih tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu menerusi akaun Instagram miliknya.Akui berasa amat sedih namun, Dr. Say menjelaskan bahawa dia dan isteri redha dengan ujian yang dilalui mereka ketika ini.

“Begitulah kisah kehilangan anak dalam kandungan kami. Kalau ikutkan masuk 12 minggu dah anak kami. Sedih? Semestinya.“Parents mane tak sedih kehilangan anak walaupun anak tu hanya dalam kandungan. But it was a wonderful 12 weeks having u. Tiada alahn, tiada kesusahan.

“Akan tetapi kami redha. Pasti ada hikmah dengan kejadian ini. Walaupun kami tak tahu apa hikmahnya tapi kami pasti banyak perubahan hidup yang ingin kami lakukan.“Mungkin kisah kami boleh dijadikan iktibar yang Anything Is Possible In This Life & It Could Happen To Anyone.

Dalam pada itu, Dr. Say turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan dia dan isteri selama ini.“Tak pernah langsung kami menjangkakan kami akan melalui kesedihan sebegini but maybe this is for the best.

“Mungkin ini petanda yang kami harus tumpukan perhatian kepada Ace dahulu. Dalam kesempatan ni saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas doa anda semua masa awal-awal saya buat post wife saya hamil dulu.“Mungkin kali ni bukan rezeki kami, InsyaAllah satu hari nanti maybe. Allah Is The Best Planner, walaupun mommy & daddy tak kenal raut wajahmu, tunggu mommy & daddy di akhirat kelak wahai anak syurgaku.Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersedih selain turut menitipkan ucapan takziaah buat Dr. Say dan isteri.

Sumber: Instagram Dr. Say

Belajar tinggi sampai jadi doktor dan terbaru jadi pelakon. Dr Say kongsi dia pilih untuk kekal pekerjaannya berbanding berlakon. Tapi ini pula pendapat Fahrin Ahmad

Pengacara dan doktor viral, Dr. Say Shazril meluahkan rasa teruja selepas berpeluang berlakon bersama orang-orang hebat seperti Fahrin Ahmad, Nabila Razali dan Mona Ellen menerusi drama berjudul Kebaya Kasut Kanvas.Menurut Dr. Say, banyak perbezaan di antara berlakon drama dan juga iklan malah, rakan-rakan artis juga disifatkan tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

“Sememangnya TERBAIK! Yang membezakan drama dengan iklan is drama super chill “Nak olah script ikut keselesaan sendiri boleh janji point tu ada sebab tu kalau korang perasan tadi saya gelar “I YOU” sebab saya biasa guna I & You dengan wanita. Kalau iklan kena ikut 100% scriptnya.“Lepastu saya ingat artis-artis ni jenis tak sembang dengan orang macam saya. Saya anak ikan ja peeps, @fahrinahmad_fa @nabila.razali @mona.allen ni sume bapak & mak ikan tapi depa layan saya seadanya.

“Fahrin siap bagi tahu saya yang in life kena pelbagaikan bakat yang kita ada untuk kekal “laku” macam dia boleh berlakon, hosting & ada bisnes sendiri.“Bella pulak bagi tahu saya yang in life kita kena grab opportunity yang datang sebab opportunity comes once in a lifetime & tengoklah di mana dia berada sekarang.Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Dr. Say menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Dr. Say turut menjelaskan antara sebab dia tidak menceburi bidang lakonan dari awal adalah disebabkan oleh stigma masyarakat mengenai profesyen berkenaan.“Sambung cerita semalam, salah satu sebab saya tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah saya memikirkan impression others terhadap saya.“Yelah “Belajar tinggi-tinggi tuptap end up berlakon. Apo cito? ”At least itu ape yang parents saya bisingkan bila saya cerita hasrat saya nak berlakon. Tapi bila fikir balik “why not?” & “what’s wrong with doktor berlakon?”.

“Apa pendapat korang? Korang rasa doktor tak patut atau tak sesuai ke menceburi bidang lain? Apa-apa pun it was a good 1st experience for me.“Bersyukur sangat ditemukan dengan production house yang sporting & well organized yakni Orange Tree. Tak dilupakan juga barisan pelakon veteran ygan banyak berkongsi tips dengan saya.Lantaran itu, Fahrin turut dilihat memberikan pendapatnya berhubung kenyataan yang diberikan oleh doktor selebriti tersebut.

“Bro Doc @say_shazril  hahaha ni abang IKAN nak ceghita haha. iI understand the basic dilemma and confl1ct, been there and always been. Dulu my parents lagi la risau dan garu kepala, apatah lagi mereka guru & pensyarah.“I studied Law & graduated Law, tapi tak practice. Well talking about nowadays, to think to much about impression of others, it can be anything, infinite and endless.

“Talking about rezeki, ia datang dalam pelbagai cara. Definisi bahagia & berjaya pun berbeza dalam diri setiap manusia yang pasti dalam hidup yang saya belajar apa yang penting adalah antara kita & tuhan, attitude paling asas dan paling terdalam diri kita ( ikhlas dan niat) , insan2 tersyg dlm hidup kita ( ibu bapa, isteri, anak).“And talking about surviving & better living nowadays, we should never stop exploring how multi-talented / multi-skilled we can be. At the end of d day, LUCK IS CREATED , IT DOES NOT COME BY ACC1DENT OR COINCIDENCE. Proud to have you on board!,” jelasnya. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat Dr. Say untuk terus berkarya selepas ini.

Sumber: Instagram Dr. Say Shazril

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *