Kesan transaksi yang tidak sah bagi permohonan pengeluaran tabungan melalui skim iLestari. KWSP jelaskan lebih lanjut berkenaan hal tersebut

berita

Terbaru, KWSP telah mengesan transaksi yang tidak sah bagi permohonan pengeluaran tabungan melalui skim i-Lestari yang dilakukan oleh individu lain,menggunakan akaun ahli. Difahamkan perkara itu dikenal pasti susulan siasatan dalam yang dilakukan selepas seorang pengurus syarikat dedah berlakunya transaksi pengeluaran daripada akaun simpanan melalui skim itu sedangkan tiada permohonan dibuat

Dalam satu kenyataan yang dibuat KWSP, hari ini dimaklumkan menerusi siasatan yang dibuat, didapati ahlinya itu memang tak buat sebarang permohonan iLEstari malah transaksi tersebut diklasifikasikan sebagai tidak sah.”Tindakan pembatalan permohonan itu sudah dilakukan dan pemulihan akaun saudara Muammar Gadafi Othman sedang dijalankan.

“KWSP memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh saudara Muammar dan kami sudah berhubung dengan beliau untuk memberikan keterangan lanjut,” katanya.Menurut kenyataan, KWSP juga mengucapkan terima kasih kerana pendedahan itu membawa perhatian mereka terhadap kes berkenaan.

“Berikutan kes ini serta sebilangan kes berbaur penipuan oleh ‘scammer’ yang masih berlaku dalam kalangan ahli, KWSP menasihat ahli supaya sentiasa peka dengan aktiviti akaun, terutamanya transaksi yang meragukan.”Untuk memudahkan ahli menyemak aktiviti akaun, ahli dinasihatkan untuk mendaftar i-Akaun untuk semakan berkala,” katanya.

Berdasarkan kenyataan itu, aduan boleh diajukan kepada Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03- 89226000 dari jam 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat atau melalui laporan secara dalam talian di laman web KWSP di http://enquiry.kwsp.gov.my. Sebelum ini, menerusi artikel BH yang bertajuk ‘Pengurus syarikat kesan pengeluaran i-Lestari pihak tidak dikenal’ yang disiarkan pada 14 Februari lalu, Muammar mendakwa berlaku transaksi mencurigakan dalam akaun KWSP miliknya.

Jelas Muammar, 43, awalnya tidak menyedari mengenai pengeluaran berkenaan sehinggalah mahu mengeluarkan wang dalam akaun terbabit, pada November tahun lalu.Katanya, pada ketika itu, beliau menyedari ada permohonan pengeluaran i-Lestari setiap bulan daripada November hingga Mac 2021 untuk dikreditkan terus ke satu akaun lain.

“Saya nampak ada nombor akaun lain tertera, namun tidak mengesyaki apa-apa sebelum menukar kembali ke nombor akaun saya.”Saya sekali lagi memeriksa akaun KWSP hari ini (14 Februari) dan mendapati individu terbabit berjaya mengeluarkan RM500 daripada akaun saya, pada 17 November lalu secara cek bank,” katanya.Beliau kemudian meminta isterinya turut memeriksa akaun KWSP dan mendapati berlaku pengeluaran i-Lestari oleh individu lain.

Ramai Masih Buntu Cara Untuk Memohon Dan Semakan ILestari KWSP RM500 Sebulan. Ini Rupanya Cara Paling Ringkas

Difahamkan ahli boleh membuat pengeluaran minimum RM50 dan jumlah maksima sebanyak RM500 sebulan daripada akaun 2 KWSP tertakluk kepada baki. Sebarang info bantuan boleh lah merujuk kepada website BantuanPrihatinRakyatMalaysia. Bagi pengeluaran i Lestari pula adalah berkonsepkan secara bulanan dan berulang untuk bulan bula berikutnya.

Makluman ahli akan terima wang berikut bermula bulan depan daripada tarikh kelulusan sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu pada 31 Mac 2021. Contoh yang pertama, Jika permohonan diluluskan pada April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 12 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.

Kedua, Jika permohonan diluluskan pada bulan Oktober 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 8 bulan iaitu sehingga 31 Mac 2021.Bagi Ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, Ahli tidak layak memohon pengeluaran iLestari ini kerana telah layak untuk membuat Pengeluaran Umur 55 tahun.

Ahli boleh membuat permohonan pengeluaran iLestari ini secara online, emel atau pos.Ahli juga boleh membuat permohonan pengeluaran i-Sinar sehingga RM10,000 bermula 21 Disember 2020.Berikut cara permohonan Melalui Portal I-Lestari Online.

Pertama,pergi ke Portal iLestari di https://ilestari.kwsp.gov.my dan klik pada Permohonan Baru.Kedua, masukkan nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon bimbit, alamat e-mel (jika ada) dan alamat surat menyurat.Ketiga, pilih amaun pengeluaran yang dikehendaki.

Keempat,Pilih nama bank dan masukkan nombor akaun bank simpanan/semasa. Pastikan akaun bank simpanan/semasa yang masih AKTIF.Kelima Klik pada kotak perakuan terma dan syarat. Ahli dikehendaki untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan perakuan terma dan syarat. Klik pada butang SETUJU.Keenam, Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang HANTAR.

Berikut pula cara Permohonan Melalui E-Pengeluaran KWSP.Untuk menggunakan cara ini, ahli dikehendaki memiliki i-Akaun KWSP. Pertama, Log masuk ke i-Akaun (Ahli).Kedua, Pilih Tab Pengeluaran.Seterusnya, Klik e-Pengeluaran. Keempat, Klik Permohonan Baru.Akhir sekali,. Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.

Manakala, Permohonan Secara Manual (Pos).Ahli juga boleh membuat permohonan pengeluaran melalui pos.Pertama. Muat turun Borang Permohonan i-Lestari terlebih dahulu.Kedua. Lengkapkan borang berserta tandatangan atau cap ibu jari kiri atau kanan Ketiga,. Sertakan bersama dokumen berikut:Salinan MyKad (depan dan belakang) yang jelas,Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia),Salinan buku bank/penyata akaun bank (simpanan/semasa) Ahli yang AKTIF.AKhir sekali. Hantarkan borang permohonan bersama dokumen tadi kepada:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya.
(UP : i-Lestari)

Ini antara cara SEMAKAN PERMOHONAN ILESTARI

Ahli boleh terus membuat semakan permohonan selepas 2 hari dari terikh memohon.Pertama. Ahli boleh membuat semakan di Portal Semakan i-Lestari KWSP.Kedua, Masukkan nombor MyKad dan nombor telefon bimbit.Ketiga, Klik pada kotak ‘Saya bukan robot’ (reCAPTCHA) dan klik pada butang SEMAK.

Semakan Pembayaran.Ahli akan menerima SMS apabila pembayaran telah dikreditkan ke dalam akaun.Bagi yang mendaftar menggunakan e-Pengeluaran, ahli boleh login ke i-Akaun untuk membuat semakan bayaran.Sekiaranya ahli tidak menerima apa-apa bayaran pada bulan itu, sila hubungi hotline KWSP 03 8922 6000.Info Bantuan Rakyat Malaysia . http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Terkini Rakyat Sekali Lagi Kecewa Bila Terpaksa Semak Semula Status I Sinar. Pihak Kwsp Tampil Jelaskan Punca Sebenar. Rupanya Ini Yang Terjadi.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meminta kepada pemohon i-Sinar untuk menyemak semula status permohonan selepas terdapat masalah teknikal. Kenyataan yang dibuat tengah malam tadi hadir beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online. Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” kata kenyataan tersebut.

Pemohonan Kategori 2 adalah melibatkan ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020. Laporan ini semestinya mendapat pelbagai reaksi warganet, kebanyakan daripada pemohon menyatakan sudah gembira apabila status i-Sinar mereka sudah diluluskan.

Namun apabila mereka menyemak semula pagi ini, ada ahli yang permohonannya masih dalam proses. Tidak pasti bagaimana masalah ini boleh terjadi, namun diharapkan KWSP memudahkan para ahlinya yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri

Kempunan Nak Merasa Duit Kwsp Sendiri. Wanita Ni Sebak Bila Cerita Tentang Suami Yang Dah Pergi Menghadap Illahi Teringin Nak Keluarkan Duit Kwsp. Tak Sangka Ini Yang Yang Terjadi.

MALAYSIA: Isu mengeluarkan duit dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukanlah satu isu baru kerana ia sering diperdebatkan di media sosial. Terbaru tular beberapa hari lepas kisah mengenai sebuah keluarga yang mana suaminya tidak sempat untuk merasa wang KWSP apabila telah pergi menghadap illahi terlebih dahulu.

Kisah ini diceritakan oleh Ariahni Eny pada 28 Januari yang lalu. Menurutnya sebelum suaminya pergi menghadap illahi dia sibuk menyuruh Ariahni untuk memohon KWSP dia (suaminya). Nak buat repair rumah dan bayar hutang. Sanggup suaminya telefon kawan-kawan dia ambikkan gambar dan slip gaji dia. Nak cuba untuk mohon kali ke-2. sebab kali pertama dalam proses jadi mereka mahu mohon untuk kali ke-2.

Hantar dokumen, tepat jam 12 malam. suami suruh dia buat tapi tak boleh sebab sistem ketika itu tergendala. Pada jam 1 lebih suami kejut suruh buat sekali lagi. Tapi ketika itu masih lagi tergendala. Katanya susah betul untuk dapatkan duit sendiri. Bermacam-macam syarat. Pada pukul 6 lebih kata Ariahni dia terbangun tengok suami dah terbaring. Sebab selama ini, suaminya memang tidak pernah tidur baring.

Dia akan tidur duduk, Allahuakbar, perasaan terus jadi tak sedap ambik henfon dan bukan “touchlight” Tengok sudah tidak bergerak. Buka lampu, kejut suami memang dah tak bangun katanya. suami dan pergi tinggalka aku dan 4 orang anak kami untuk selamanya.Patutlah malam itu dia suruh aku bersungguh-sungguh untuk mohon KWSP dia. Al fatihah (dibaca) semoga suami aku Mohd Afizinorisham Bin Md Fauzi tenang di sana. AMinn. Tulis Ariahni Eny.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *