Kahwin tahun lepas dan difahamkan suami sanggup buat 3 kerja sejak bujang. perkongsian yang dibuat oleh pasangan ini secara tak langsung raih perhatian

Viral

Lumrah bagi pasangan yang sudah memasuki alam perkahwinan, sudah tentu mahu kan cahaya mata yang pastinya menjadi pelengkap dalam kehidupan mereka. Baru baru ini, satu perkongsian di Tiktok raih lebih setengah juta tontonan dan memaparkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya tidak lama lagi.

Dalam perkongsian itu, memaparkan Shahrul Amri Ibrahim sebak apabila isterinya, Nurul Akma Abd Rasid menunjukkan alat ujian kehamilan dengan tanda ‘positif’ yang diletakkan di dalam sebuah kotak.Tak kekok bercerita,dia yang mesra disapa Shahrul mengakui cukup bersyukur atas berita gembira itu yang dianggap sebagai hadiah paling manis selepas mendirikan rumah tangga pada 11 November tahun lalu.

“Isteri ada mengadu tak sedap badan. Jadi dia ajak pergi beli alat ujian kehamilan. Selepas dah balik rumah dan dia tunjuk yang test tu positif, automatik mengalir air mata saya.“Sebenarnya kami pun tak jangka. Tapi kami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Bila Allah nak bagi zuriat, saya anggap ia nikmat terbesar dalam kehidupan.

“Bila dapat tahu isteri hamil, terus fikir nak kena bagi lebih perhatian selepas ini, sebab kandungannya juga masih di peringkat awal. Nak kena jaga betul-betul,” ujarnya. Difahamkan masing-masing berusia 25 tahun, Shahrul dan isterinya turut terkejut apabila video detik bersejarah mereka tular di TikTok.

Jelas Shahrul lagi, dia bersyukur apabila menerima banyak komen positif termasuklah doa dan kata-kata semangat untuk dia sekeluarga.“Saya kongsikan video itu sebagai tanda kenangan. Tak sangka akan tular. Saya cuma hasilkan video sebab teruja nak tengok result kehamilan isteri.

“Kebanyakannya bagi komen positif dan doa. Ada juga yang bagi nasihat. Saya terharu dengan semua komen.“Sangat bersyukur dikurniakan ramai insan yang baik-baik, Allah hadirkan mereka semua untuk bagi nasihat dan kata-kata semangat buat kami.“Pada masa sama, ada juga pasangan yang kongsi kisah mereka menanti zuriat. Saya doakan mereka semoga dikurniakan zuriat secepat mungkin, InsyaAllah,” ujar Shahrul.

JElas Juruteknik Perubatan di sebuah hospital itu, dia membatalkan segala rancangannya pada hari itu selepas menerima berita gembira kehamilan isteri.Shahrul yang menetap di Bangi, Selangor turut melakukan dua lagi kerja untuk menyara kehidupan.“Saya sebenarnya buat tiga kerja, sejak sebelum kahwin lagi. Dulu tujuannya untuk kumpul wang kahwin. Kemudian saya teruskan, sebab ada banyak komitmen. Isteri saya pula merupakan guru tadika.

“Pada hari dapat tahu isteri saya hamil, saya sebenarnya nak keluar buat GrabFood. Tapi saya batalkan niat dan duduk di rumah bersamanya,” ujar Shahrul berseloroh.Menceritakan mengenai perkenalan mereka pula, Shahrul mendedahkan dia dan isteri berkenalan pada tahun 2017 menerusi laman cari jodoh Muslim, Baituljannah.

“Saya kenal dia lebih kurang dua tahun sebelum kami kahwin, jumpa jodoh dekat laman web cari Baituljannah.“Selepas habis diploma dulu, saya memang hasrat nak cari kerja, pada masa sama saya fikir nak cari calon isteri. Jadi, kami berkenalan di situ sebelum mendirikan rumah tangga tahun lepas,” ujarnya lagi.

Ada Hari Sekeping Capati Pun Tak Terjual. Anak Kepada Cef Ini Kongsi Ayahnya Sanggup Kejar 2 Kerja Sehari Sehingga Undang Sebak Dalam Kalangan Warganet

Seperti yang kita semua maklum selepas sahaja kerajaan membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi secara dine in atau makan di premis dengan prosedur SOP bermula 10 Feb,membuatkan peniaga kecil menarik nafas lega.

Baru baru ini keluhan seorang anak kepada penjual capati pada malam sebelum kebenaran itu mengundang sebak di kalangan warganet.”Aku kasihan dengan ayah aku, kalau kerja pagi buka gerai petang. Kalau kerja petang, buka gerai pagi. Aku kerja dekat pusat kuarantin, jadi belah pagi aku tak dapat tolong.

“Jadi, tolong petang je sampai tutup malam. Tapi sebab PKP tak boleh dine-in ni, slow ,” tulis seorang pemuda yang merujuk kepada prestasi jualan capati yang mengecewakan.Pemuda tersebut, Farhat Nadzmi Mohd Nizam berkata, bapanya mula berniaga capati di sebuah medan selera di Bandar Enstek, Negeri Sembilan sejak Oktober lalu.

Selain itu,dia memberitahu bapanya melakukan kerja sepenuh masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.”Ayah kerja syif di KLIA. Jadi, ayah buka gerai capati selepas atau sebelum syif bertugas, atau sepanjang hari pada hari ayah tidak bekerja.

“Tapi bila PKP tak membenarkan dine-in, bisnes capati ayah terjejas sampaikan nak tengok orang datang bungkus pun susah,” kata pemuda berusia 20 tahun itu kepada mStar.Sementara itu, bapa Farhat iaitu Mohd Nizam Abu Bakr pula berkata, dia sebenarnya mempunyai pengalaman sebagai cef kira-kira 25 tahun itu.

Jelas Bapa kepada dua anak itu, dia kini bertugas di bahagian kargo, tetapi sebelum itu bertugas sebagai cef untuk pengendalian makanan dalam pesawat.”Tugas saya bertukar ke bahagian kargo ekoran penerbangan komersial terjejas akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur kerana masih bekerja walaupun gaji dipotong.

Pada peringkat awal, katanya, secara purata capati yang dapat dijual adalah antara 40 hingga 50 keping sehari, dan prestasi merosot ketika PKP dikuat kuasakan.”Bila tak boleh dine-in waktu PKP, ada hari sekeping capati pun tak terjual. Memang kecewa tapi faham dengan SOP yang ditetapkan dan dugaan apabila berniaga,” ujarnya.

NAmun begitu, posting anaknya menjadi perhatian sehari sebelum kelonggaran orang ramai kembali dibenarkan makan di kedai makan telah membuatkan jualannya meningkat.”Hari pertama kelonggaran iaitu pada 10 Februari, jualan capati naik antara 30 hingga 35 keping. Lepas tular terus naik mendadak sehingga 100 keping!

“Sebenarnya selepas posting itu tular, ramai yang nak tempah lebih daripada itu. Tapi, saya dan anak-anak tak menang tangan dengan keupayaan yang terhad. Jadi, kami letakkan had 100 keping capati sehari untuk menjamin kualiti,” katanya.

Dia bersyukur dengan kelonggaran yang diberikan dan penularan posting, Mohd Nizam turut menerima banyak cadangan supaya menghasilkan capati bagi makanan sejuk beku.”Misi saya untuk mempunyai central kitchen (dapur berpusat) pada masa akan datang bagi membolehkan saya membuka lebih banyak cawangan menjual capati, insyaAllah,” katanya.

Pengantin Tengah Syok Bergambar Sekali Terkejut Bila Tiba Tiba Kena Angkut Dengan Lori Polis Gara Gara Ingkar Arahan Pkp. Sekali Ini Yang Pengantin Ni Kena Buat Ramai Terkedu.

LANGKAWI – Sepasang pengantin berpakaian sedondon yang sedang leka bergambar kenangan di kawasan sungai berhampiran kongsi bilis, Taman Nilam di sini ditahan polis kelmarin. Selain pasangan tersebut, 17 individu termasuk pengiring pengantin turut ditahan polis pada pukul 6.30 petang susulan ingkar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari berkata, kesemua mereka dit.ahan sepasukan polis yang kebetulan melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut. “Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun dit.ahan sebelum dibawa ke balai polis.

“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP. “Hasil pemeriksaan juga mendapati kebanyakan mereka menetap di Taman Nilam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shariman, kesemua mereka dibebaskan pada hari yang sama selepas tlndakan kompaun dikenakan. Dalam perkembangan sama, Shariman memberitahu pihaknya meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan susulan orang ramai suka berkumpul di tepi sungai dan padang tersebut. Terdahulu, tular satu video berdurasi 23 saat menunjukkan kumpulan pasangan tersebut dibawa ke balai menaiki lori polis bersama beberapa individu.

Tengah Pkp Selamba Je Boleh Buat Majlis Pertunangan. Ramai Yang Bengang Bila Ank Sheila Rusly Buat Majlis. Mengejutkan Siap Ada Yang Nak Keluarkan Surat Saman Lagi.

Baru-baru ini, anak sulung Sheila Rusly dan Jinggo telah selamat bertunang dengan pelakon, Elisya Sandha. Pertunangan itu dimaklumkan kedua-dua pihak melalui media sosial masing-masing termasuklah kakak Elisya sendiri, Fasha Sandha.

Bagaimanapun, menurut Gempak, majlis tersebut mendapat kritikan dan dipersoalkan oleh warganet di Twitter memandangkan ianya dilakukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sedang berlangsung sejak 13 Januari lepas.

Umum mengetahui, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP tidak membenarkan sebarang majlis keramaian. Melalui Twitter, seorang pengguna mempersoalkan tindakan kedua-dua buah keluarga itu melangsungkan majlis itu.

Kenapa ada anak artis buat majlis tunang? Bukan SOP PKP tak boleh buat majlis pertunangan ke? Ramai orang terpaksa cancel majlis merisik & tunang sebab PKP, tapi artis elok je buat, siap upload IG lagi.” Bukan itu saja, mereka juga turut mengaitkan situasi berkenaan dengan isu ‘double standard’ apatah lagi ramai rakyat marhaen yang terpaksa batalkan majlis dan ada yang ditangguhkan berkali-kali kerana keadaan tidak mengizinkan.

Ramai kot terpaksa tangguh berkali kali majlis merisik tunang, ada yang tak tunang terus kahwin sebab nak patuh SOP PKP, kalau ingkar kena sman.” Tapi tu la, yang ni semua rakyat biasa la. Untuk artis SOP lain kot.”

“Sila keluar surat saman” Melalui ruangan komen, ramai jugalah warganet lain yang bersetuju dan mengaku turut berfikir tentang hal yang sama. Mereka juga rasa geram dengan situasi sebegitu kerana seharusnya pihak berkuasa bersikap adil dan sama rata tidak kira status seseorang.

Ada yang turut tag pihak berwajib dan meminta agar kes itu disiasat serta tindakan sepatutnya diambil terhadap pihak sana kerana terang-terangan telah ingkar SOP ketika PKP. Bukan itu saja, ramai yang berpendapat situasi itu tidak adil bagi mereka

yang telah membatalkan atau terpaksa menangguhkan majlis kerana perlu patuhi SOP ditetapkan oleh kerajaan. Namun, golongan ‘kayangan’ pula sewenang-wenangnya boleh ingkar SOP tanpa dikenakan apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: Lobakmerah

Majlis Diadakan Secara Sederhana Dan Dihadiri 15 Tetamu. Sheila Rusly Bongkar Punca Dia Terima Elisya Sandha

Semalam heboh tentang gambar Sheila Rusly memeluk seorang wanita memakai busana putih. Berhubung dengan isu tersebut,pelakon dan penerbit Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya,Uzair Haqimy,25 telah selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon iaitu Elisya Sandha,21 petang semalam. Sheila berkata,majlis diadakan secara sederhana dan dihadiri 15 tetamu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga pelakon popular,Fasha Sandha.

Kata Sheila,”Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.”Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.

“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,”Sheila berkata, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.

“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.”Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” ujarnya.

Menceritakan kriteria Elisya membuatkan hati terbuka menerimanya sebagai bakal menantu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mendedahkan, selain gadis idaman Haq, pelakon Misteri Mona itu juga diyakini mampu membahagiakan anak sulungnya itu.”Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.

“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” cerita Sheila.Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.

Sementara itu, Elisya ketika dihubungi meluahkan rasa syukur dengan statusnya sebagai tunangan orang.”Maaf saya agak sibuk hari ini. Apa-apapun, Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik. Terima kasih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.Majlis pertunangan itu turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial mereka.Perkongsian itu dibanjiri ucapan tahniah apabila masing-masing gembira dengan penyatuan dua keluarga itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *