Belajar silap mata hanya sekadar suka suka. Pekerja operator kilang ini dedah ada yang sanggup cakap macam macam lepas dikenali di IG dan YT serta Tiktok

Viral

Beliau sempat berkata yang beliau bukan ahli silap mata, tetap ianya sekadar suka suka untuk berkongsi bakat dengan orang ramai. Itulah apa yang dikatakan oleh Muhammad Aizat Osman yang berumur 22 tahun dan merupakan seorang operator kilang yang makin dikenali kerana sering menggunakan kad menerusi IG,YT dan Tiktok

Aizat yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan mendedahkan mula belajar helah silap mata sejak berusia 15 tahun.”Biasalah dulu, waktu akhir tahun kita boleh bawa mainan ke sekolah. Masa tu saya baru belajar silap mata menerusi YouTube.”Jadi saya tunjukkan helah kad kepada kawan-kawan di sekolah. Mereka pun suka, jadi saya rasa makin seronok.

“Bermula dari situ saya belajar dan terus belajar. Mula-mula kongsi di Instagram, kemudian YouTube dan seterusnya TikTok,” ujarnya.Dibesarkan di Kajang, Selangor, Aizat menjelaskan dia kemudian terjebak dengan TikTok pada Oktober tahun lalu selepas dia alami patah hati akibat putus cinta.

“Saya aktif kongsi video silap mata di TikTok sebab bosan, baru lepas break up tahun lepas.”Tak sangka view di TikTok agak tinggi berbanding Instagram dan YouTube. Alhamdulilah, saya pun terharu.”Saya sebenarnya nak tunjuk pelbagai helad kad, bukan silap mata semata-mata. Silap mata tu sekadar sampingan. Tapi semua tu saya belajar sendiri menggunakan YouTube saja,” ujarnya lagi.

Anak kedua daripada empat beradik itu, dia juga tidak terlepas menerima komen negatif.Namun katanya, dia bersyukur apabila lebih ramai warganet di media sosial sering memberikan kata-kata positif buat dirinya.”Buat silap mata pun kena kritik. Ada yang kata helah yang saya buat tu tak menjadi, kantoi dan sebagainya.

“Ada juga yang kaitkan dengan benda mengarut, kata saya bela jin.”Sebelum saya post video, saya dah sematkan dalam fikiran bahawa akan ada orang suka, ada juga orang yang tak suka. Jadi saya dah bersedia.”Terima kasih yang kritik, teruskan selagi anda bahagia, sebab saya tak rugi apa-apa.

“Terima kasih juga pada yang sokong, banyak komen positif sebenarnya berbanding komen negatif,” ujarnya lagi.JElas Aizat, ada juga rakan-rakan yang meminta dia berkongsi ilmu silap mata, namun rata-ratanya hanya belajar separuh jalan sahaja.

“Sekarang kalau nak ajar orang, saya fikir banyak kali juga.”Dulu dah pernah ajar, bila dah setengah jalan, mereka malas… tak ada semangat dan berhenti macam tu je,” katanya lagi.Menjadikan silap mata dan helah kad sebagai hobi masa lapang, Aizat juga mendedahkan dirinya cukup meminati permainan Mobile Legend sejak tahun 2017.
Ujar Aizat lagi, dia berazam untuk menghasilkan satu video setiap hari jika berkelapangan dan berharap usaha itu dapat memberi kegembiraan kepada mereka yang mengikuti laman sosial miliknya.

Luar Biasa Dan Lain Daripada Yang Lain . Lelaki Ini Berjaya Pancing Ikan Dari Rumah Dan Ini Antara Komen Warganet

Tak dinafikan musim PKP ini memang banyak idea yang orang dapat untuk hilangkan rasa bosan. Contohnya, ada yang buat projek DIY dengan keluarga,ada yang memancing,ada yang belajar memasak dan bermacam lagi. Ya percaya atau tidak ada seseorang ni memancing dari rumah.

Kalau yang memancing dari rumah tu lokasinya dekat sungai kita boleh terima lagi, tapi ni dari apartment. Yang bestnya siap dapat ikan lagi tu.Dapat pulak tu!Tak pasti kejadian ni berlaku kat mana. Tapi yang pastinya bukan dekat Jengka, Pahang seperti yang didakwa dalam tweet tu. Kalau tengok cara lelaki tu memancing, admin rasa dia memang pro dalam bab memancing ni. Hebat betul!

Barikut antara komen warganet.Memang power habis mamat ni. Dah lah jauh, tinggi pulak tu. Ilmu apa dia pakai admin pun tak pasti. Jangan ditebar jala dari atas. Nanti bukan ikan yang dapat. Silap-silap burung tengah bertenggek kat rumah bawah yang masuk jala.Memancing dari rumah pun boleh. Nak saman pun tak tau nak tulis apa. SOP semua ikut dah. . 

Sanggup Ambil Gambar Usahawan Otai Solat Di Gerai Dan Tak Sangka Ia Tular. Sekali Ini Respon Warganet Dan Ini Punca Dia Minta Maaf

Difahamkan hampir setiap hari melihat anak muda yang bernama Firdaus mengerjakan solat di gerai burger,gadis yang bernama Farha tergerah hati untuk membuat rakaman video. Menceritakan pengalamannya, Nur Farhana Kamarrudin, 19 berkata dia tidak berniat untuk menularkan kisah penjual burger tersebut tetapi sekadar ingin berkongsi kegigihan seorang umat Islam yang tidak lupa melaksanakan kewajibannya.

“Semoga urusan dipermudahkan, syurga buatmu anak muda,” tulisnya pada kapsyen TikTok .Nur Farhana yang berkerja di sebuah restoran di kawasan Plaza Indah, Kajang itu berkata selepas video tersebut tular, dia tiba-tiba berasa serba salah kerana merakam video pemuda yang berusia awal 20-an itu tanpa kebenarannya.

Farhana yang membuat rakaman itu pada Ahad lalu, kira-kira pukul 5 petang ketika Muhammad Firdaus Hakimy Afinddy sedang menunaikan solat Asar di gerainya berdekatan lokasi tempatnya bekerja.Video yang dimuat naiknya di aplikasi TikTok itu tular sehingga mendapat lebih 42,000 likes dan 300 komen.

“Sebenarnya, masa saya nak rakam video tu pun memang dah rasa serba salah sebab ambil tanpa pengetahuan dan izin dia.”Hampir setiap hari saya nampak dia solat di situ tiba-tiba sahaja hari tu tak tahu kenapa saya terdetik hati nak rakam, edit dan kongsi dengan orang ramai.

“Sehinggakan kakak penjual burger tu pun komen minta saya hantar video adiknya kepada dia.”Tetapi selepas saya terbaca beberapa komen warganet yang cakap tak baik tularkan pemuda tu, terus saya terdetik nak jumpa dia dan minta maaf,” ujarnya.

Oleh itu, pada Isnin Farhana bersama rakannya Nurainaa Jasri, yang seusia dengannya telah ke gerai burger tersebut untuk bertemu dengan Firdaus dan memohon maaf.”Saya dengan kawan tak sedap hati sebab video tu sampai tular kan.. takut dia terasa hati atau rasa kurang selesa.

“Masa saya datang minta maaf tu saya tanya dia tahu tak video dia tular.. Dia cakap tahu sebab ada kawan hantar di grup WhatsApp.”Saya minta maaf sangat. Dia cakap tak apa dia tak kisah pun malah siap cakap terima kasih,” katanya.

Bagi dia,Perlakuan lelaki itu kata Farhana menampakkan dia seorang yang baik, juga pemalu kerana dia asyik tunduk ketika bercakap dengannya.”Tenang je hati berdepan insan macam ni,” katanya.Sementara itu, berdasarkan pemantauan di ruangan komen mendapati ada beberapa individu yang mempunyai pengalaman bekerja dengan francais Otai burger memberitahu mereka telah dididik untuk mengerjakan solat terlebih dahulu sebelum berniaga..

“Kalau nak tahu pekerja Otai semua duduk asrama dan dididik bangun solat subuh, jemaah bersama.”Terima kasih kak, saya salah seorang usahawan Otai… Kami satu hati satu jemaah, amin,” tulis beberapa individu di ruangan komen.

Farhana berkata biarpun dirinya belum menutup aurat dengan sempurna, namun dia menganggap tidak salah berkongsi perbuatan baik seperti ini.”InsyaAllah, siapa tahu pengalaman ini akan membuatkan saya berubah ke arah kebaikan walaupun sedikit,” jelasnya.

Gerai Beroperasi Depan Rumah Sahaja Dan Kelihatan Seperti Kafe Hipster. Wanita Ini Cerita Inspirasi Yang Dia Peroleh

Sempena musim PKP ketika ini membuatkan lebih ramai berusaha untuk menjana pendapatan dengan cara yang kreatif. Ini termasuklah bisnes secara kecil kecilan dari rumah.Walau hanya ‘kedai biasa’, tetapi gerai seorang wanita yang beroperasi di hadapan rumahnya kelihatan seperti sebuah kafe hipster.Pengusaha gerai berkenaan, Nur ‘Atiqah Bahirah Raidah Ahmad Zubaidi berkata, gerai tersebut dibuka di kediamannya di Seri Manjung, Perak.

Tambahnya Wanita berusia 36 tahun itu, idea untuk menjalankan bisnes tersebut adalah inspirasi daripada perniagaan ibunya yang sebelum ini mengusahakan gerai minuman.”Mak pernah buka gerai minuman selama lima tahun sehingga 2016. Mak jual cendol dan air Milo depan rumah, lokasi yang sama saya buka gerai jual kopi sekarang.

“Kebanyakan pelanggan mak adalah pelajar memandangkan rumah kami terletak berdekatan dengan sekolah dan menjadi laluan utama mereka,” katanya .Lebih mesra disapa ‘Atiqah, katanya, gerai kopinya mula beroperasi sejak pertengahan Januari lalu ketika PKP 2.0 mula dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak.



Persiapan untuk mengecat semula kabinet kayu lama.Tanpa perlu berbelanja besar, kabinet kayu lama di rumahnya telah diubah suai dan dan dicat semula, sebelum dijadikan sebagai kaunter yang beroperasi seawal pukul 8 pagi hingga 6.30 petang.”Dulu kabinet kayu tu jadi tempat simpan barang-barang lama, diletakkan di luar rumah. Daripada terbiar, saya ubah suai jadi kaunter untuk ambil pesanan pelanggan,” ujarnya.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia menghadapi cabaran kerana ketika PKP ini sebahagian besar pelajar masih menjalani kelas secara dalam talian dari rumah.”Jadi, tak ramai pelanggan yang datang. Tapi syukur, ada 11 cawan yang terjual masa hari pertama gerai beroperasi.”Bila ada rakan yang kongsi pasal gerai saya di laman Twitter dan menjadi viral, terus naik sebanyak 40 cawan pada hari ketiga dan pelanggan semakin bertambah,” ujar ‘Atiqah..Membuat persiapan di ‘dapur’.

Bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) itu berkata, kedai biasa yang diusahakannya itu juga mempunyai kelebihan kerana menjual kopi pada harga ‘biasa-biasa’.”Bukan semua orang mampu nak rasa minuman kopi di kafe-kafe popular sebab harganya bukan murah. Jadi, saya tawarkan harga mampu beli antara RM4 hingga RM7.

“Dan percaya atau tidak, budak-budak yang ramai datang membeli,” tambahnya.Gerai dikunjungi ramai pelanggan.Walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga mahupun menjadi barista sebelum ini, namun ‘Atiqah menjadikan kegigihan ibunya mencari rezeki sebagai idolanya.

“Mak dulu jual cendol tengah panas bila orang nak pergi atau balik sekolah. Ramai masa tu yang datang membeli. Kepuasan mak berniaga tanpa kenal penat lelah tu membakar semangat saya.”Kalau saya tak cuba, saya tak tahu. Sekurang-kurangnya mencuba dan banyak saya belajar dari laman YouTube.”Tak ada ilmu atau tak pernah kerja sebagai barista tak apa, yang penting saya belajar untuk jadi seperti mereka yang berpengalaman,” katanya yang mempunyai impian untuk mengusahakan kafe sendiri pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *