Warganet luah rasa kurang senang dengan layanan yang diterimanya di Taman Botani Perdana dan kait foto yang dikongsi Dr Sheikh Muszaphar

berita

Susulan PKP yang berlangsung ,pihak kerajaan ada mengumumkan SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia dalam menangani virus Covid19. Namun begitu,ada juga kalangan masyarakat yang mnegatakan kerjaan memberi layanan istimewa kepada golongan tertentu dibandingkan dengan rakyat biasa.

Baru baru ini, di Twitter dan sebuah perkongsian oleh Afif Fathullah yang meluahkam rasa kurang senang dengan layanan yang diterimanya semasa berada di Taman Botani Perdana. Berdasarkan perkongsian itu, lelaki ini menyatakan bahawa dia dan anak lelakinya telah pergi ke Taman Botani Perdana tetapi setibanya di sana, penjaga di kawasan itu mengatakan bahawa pihak DBKL tidak membenarkan kanak-kanak memasuki taman tersebut.

Tetapi pada keesokan harinya dia melihat Instagram angkasawan pertama negara iaitu Dr. Sheikh Muszaphar memuatnaik gambar empat orang anaknya sedang beriadah di taman berkenaan. Lelaki ini mengakui agak ‘keliru’ dengan layanan tersebut selain meminta pihak DBKL menjelaskan SOP yang sebetulnya.

Tambahnya lagi, perkongsian tersebut dikatakan bukanlah bertujuan untuk menyalahkan Dr. Sheikh Muszaphar atau melemahkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebaliknya dia berharap agar SOP tersebut dipraktikkan oleh setiap orang secara adil dan tidak dikecualikan kepada golongan tertentu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet n yang mendakwa mereka langsung tidak berdepan dengan apa-apa masalah ketika memasuki taman tersebut walaupun membawa kanak-kanak. Malah, tidak kurang juga yang meluahkan rasa terkilan terhadap DBKL.

Kenalkan Penggunaan Kad Imbasan Kepada Bayi. Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Untuk Panduan Bersama

Baru baru ini, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan angkasawan negara mendedahkan waktu terbaik untuk kenalkan penggunaan kad imbasan ataupun flashcards kepada bayi. Melalui posting terbaharu di IGnya ,Dr Muszaphar berkongsi beberapa tips terbaik buat ibu bapa yang ingin mencuba.

Perkongsian itu juga turut disertakan dengan video pendek merakamkan beliau sedang menunjukkan cara menggunakan flashcards kepada pasangan bayi kembarnya, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.Berikut merupakan tips yang dikongsi Dr. Muszphar:1.Masa terbaik untuk melakukan Flashcards adalah selepas memberi makan – ketika bayi merasa selesa.

2.Anda dapat melihat di mata mereka – fokus sepenuhnya dan rasa ingin tahu.3.Jarak terbaik adalah sekitar 18 inci.4.Gunakan Flashcards bersaiz 12 “x12” yang besar5.Tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju6.Hanya bertahan selama 1-2 minit, 3 kali sehari7.Lakukan untuk setiap kategori selama 5 hari.8.Baca dengan kuat dan jelas9.Jangan uji Anak anda – idea penggunaan ini adalah untuk memberikan daya ingatan kepada mereka

Untuk pengetahuan anda, Dr. Muszaphar dan Dr. Halina Mohd Yunos telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan, Sophea Isabella, Sophea Natasha serta cahaya mata kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah pada 27 Julai 2017.Rezeki buat Dr. Muszaphar dan Dr. Halina apabila pasangan ini sekali lagi dikurniakan pasangan kembar yang dinamakan Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia pada 20 November 2020.Sekadar info: Flashcards atau kad imbasan merupakan salah satu teknik pembelajaran memaparkan gambar objek, huruf atau nombor yang selalu digunakan kepada bayi.

Sheikh Muszaphar Mahu 6 Anaknya Ikut Jejak Langkahnya Sebagai Doktor. Ini Yang Dia Didikkan Pada Anaknya Sejak Kecil.

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar meluahkan hasratnya untuk melihat kesemua enam orang anaknya nanti membesar mengikut jejak langkahnya menjadi seorang doktor.Menurut Sheikh Muszaphar disebabkan itu, beliau cuba mendedahkan anak-anaknya dengan segala hal berkaitan dunia perubatan seperti yang pernah dilakukan bapanya kepadanya dulu.

“Impian saya mahu menjadikan semua anak saya sebagai seorang doktor.”Dr. Isabella, Dr. Natasha, Dr. Adam, Dr. Noah. Dr. Eusoff, Dr. Emelia,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.Dalam entri tersebut Sheikh Muszaphar berkongsi foto terbaharu anak kembarnya, Eusoff dan Emelia yang menjalani sesi fotografi berkonsepkan profesion sebagai doktor. Pada masa sama, beliau turut mengimbau kenangan perjalanannya menjadi doktor yang didorong oleh bapanya. Saya bercita-cita mahu menjadi doktor sejak berumur 6 tahun. Bapa saya perkenalkan dengan stetoskop, mikroskop, buku-buku berkaitan biologi sejak usia muda membuatkan saya cakap pada diri ‘saya mahu bergelar doktor’ sebanyak 10 kali sehari. Ada poster pada dinding untuk ingatkan saya setiap kali saya bangun tidur,” katanya.

Bahkan, pada usia muda, katanya dia juga sudah mula berjinak-jinak melakukan ‘pembedahan’ ke atas haiwan.”Pertama kali bedah katak pada usia 8 tahun. Saya tak pernah mahu menjadi selain doktor, malah saya bangga saya berjaya capai impian itu.”Ayah saya menggunakan kuasa visual ketika membesarkan saya. ‘‘What the mind believes, the body can achieve’ (badan akan peroleh apa yang minda percaya) . Inilah apa yang ayah beritahu setiap hari dan saya lakukannya pada anak-anak saya pula,” katanya.

Dr. Sheikh Muszaphar, 48, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Halina, 39, pada 10 Oktober 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9, Sophea Natasha, 7, dan anak kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun serta sepasang kembar, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang lahir pada 20 November lalu.

Anak Kembar Sheikh Muszaphar Genap 5 Hari. Tetapi Anak Kembarnya Perlu Menjalani Satu Rawatan Ini.

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa kedua-dua anak kembarnya yang baru berusia lima hari mengalami jaundis atau demam kuning hari ini. Menurut Dr. Sheikh Muszaphar, anak kembarnya itu kini perlu menjalani rawatan fototerapi berikutan bacaan paras bilurubin anaknya agak tinggi.

“Kedua-dua anak kembar saya mengalami demam kuning hari ini. Paras bacaannya tinggi iaitu 210.  Mereka kini menjalani rawatan fototerapi. Harapnya ini hanyalah jaundis fisiologi sahaja,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instgaram awal pagi tadi.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut memuat naik sebuah video yang memaparkan sepasang anak kembarnya itu menjalani rawatan fototerapi.Pada masa sama, Dr. Sheikh Muszaphar berkata, anaknya juga perlu menjalani pemeriksaan dar4h setiap hari bagi mengenal pasti tahap kesihatannya.

“Penting untuk mereka kekal hidrasi, teruskan penyusuan badan dan dedahkan pada sinaran matahari pagi atau fototerapi. Ujian harian perlu untuk memantau sama ada trend bacaan meningkat atau menurun. Maksudnya hari-hari kena cucuk, kasihan pula, dan setiap kali itu jugalah saya yang merasai kesakitannya. 

“Bertahan anakku, Daddy akan sentiasa berada di sini. InsyaAllah semuanya akan beransur baik,” katanya. Sebelum ini, isterinya, Datin Dr. Halina Mohd. Yunos melahirkan anak kembar kedua mereka pada 20 November lalu. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Kami Mengharapkan Kelahiran Normal Kali Ini. Dr Sheikh Muszaphar Dedahkan Keadaan Bayi Mereka Dalam Kandungan Sekarang Yang Hanya Bergantung Kepada Sesuatu Ini.

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengakui beliau dan isteri, Dr. Halina mengharap kelahiran normal buat sepasang bayi kembarnya yang kini sudah berusia 32 minggu dalam kandungan. Pun begitu, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu ia bergantung kepada kedudukan bayi dalam kandungan sebelum kelahiran mereka.

“Alhamdulillah, anak kembar membesar dengan baik dalam perut. Bayi kembar lelaki kini 2.1 kilogram (kg) dan perempuan pula 1.9 kg. “Kami mengharapkan kelahiran normal kali ini tetapi semuanya bergantung pada kedudukan bayi pertama. Kepalanya perlu berada di bawah. “Nampaknya yang si perempuan itu seronok bermain akrobat dan kedudukannya songsang,” katanya. Dr Sheikh Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut beliau memuat naik rakaman video doktor sedang melalukan imbasan di perut isterinya.

Bercerita lanjut mengenai keadaan isterinya, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu Dr. Halina sedang sarat dan sering mengalami sakit belakang. “Halina kini semakin sarat, dia sering mengadu sakit belakang dan sukar untuk tidur malam. Sehinggakan dia hendak menangis menahan kesakitan. Kalau lah saya dapat mengambil alih tempatnya.

“Apa-apa pun saya doakan agar ia dipermudahkan,” katanya lagi. Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.- GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *