Wanita ini bersuara dan salahkan KKM sselepas pemergian bapanya dan 10 saudara mara disahkan positif. Rupanya ini yang terjadi

berita

Terbaru, seorang wanita ini luah kekecewaannya dan rasa marah terhadap KKM kerana dikatakan cuai dalam menguruskan kes Covid19 sehingga menyebabkan bapanya pergi buat selamanya dan mengjangkiti 10 saudaranya yang lain.

Menerusi laporan Malaysian Insight,Safeena Nasreen imbau kembali kejadian yang dilalui keluarganya sehingga menyebabkan bapanya hembuskan nafas terakhir yang mempunyai sakit leukimia.Kecuaian KKM sebabkan pemergian bapa saya dan kami tak dapat memberikan persemadian yang sempurna untuk dia.Malah, kami juga tak nampak data tentang punca pemergian bapa saya dikeluarkan oleh KKM walaupun dalam sijil pemergian mengatakan yang dia hembuskan nafas terakhir kerana Covid-19.”

Untuk makluman, sebelum ini bapa Safeena telah dimasukkan ke dalam Hospital Ampang kerana sakitnya dan dibenarkan pulang ke rumah pada 23 Januari.Namun, pada 29 Januari, wanita ini terima mesej WhatsApp mengatakan yang salah seorang pesakit di Hospital Ampang dijangkiti Covid-19 tapi tak ada orang yang beritahu mereka mengenai perkara ini walaupun bapanya ditempatkan dalam wad yang sama dengan pesakit tersebut.

Difahamkan Safeena telah membawa bapanya ke klinik swasta untuk membuat ujian saringan dan kemudiannya membawa bapanya ini ke Hospital Ampang selepas mengalami sesak nafas.Bagaimanapun, hospital tersebut tak buat ujian saringan ke atas bapanya dan benarkan lelaki itu pulang ke rumah.

Malah ketika itu, keadaan bapa Safeena bertambah teruk pada 31 Januari dan bila wanita ini telefon klinik, ujian mendapati bapanya positif.Kami risau kerana dia termasuk dalam golongan berisiko tinggi kerana knsernya. Bila kami tahu dia positif, kami cuba hubungi KKM tapi tak ada respon.

Seterusnya kami cuba telefon Hospital Ampang tapi dorang beritahu dorang tak boleh terima kes ini dan suruh kami tunggu panggilan dari KKM. Kemudian, membuat panggilan ke Hospital Sg Buloh. Pada mulanya kami dapat respon yang sama dari Hospital Ampang tapi lepas kami jelaskan bapa kami ada knser, dorang beritahu yang dorang tak boleh nak hantar ambulans.Salah seorang dari keluarga kami perlu menghantar dia ke hospital. Abang saya hantar bapa saya ke Hospital Sg Buloh dan dia ditahan pada 31 Januari.”

Selepas disahkan bapanya ini positif, kesemua keluarganya telah membuat ujian saringan di klinik swasta dan 10 dari mereka didapati positif.Namun, keluarga ini hanya mendapat panggilan dari KKM pada 2 Februari untuk bertanya perihal bapa mereka.Kami terima panggilan dari KKM pada 2 Februari tanya tentang bapa saya yang sedang bertrung nyawa di hospital.Bila kami jelaskan situasi kami, KKM suruh kami buat ujian di Klinik Kesihatan Selayang pada 3 Februari.

Dia kemudiannya berkata yang dia mendapat berita mengenai pemergian bapanya pada jam 4 pagi, 3 Februari.Kami kecewa. Bayangkan kami, termasuk ibu kami tak dapat nak hadir persemadian bapa kami kerana terpaksa menjalani ujian saringan Covid-19.Kami hanya dapat saksikan persemadian melalui video call abang saya yang tinggal berasingan dan didapati negatif.”

Bahkan bukan itu sahaja, Safeena turut berkata pemergian bapanya ini juga tak dimasukkan dalam statistik harian oleh KKM.Saya tak tahu apa yang dorang cuba sorok. Bapa saya umur 64 tahun dan punca pemergiannya adalah radang paru-paru teruk akibat Covid dan mempunyai AML.

Saya tak jumpa perkara ini dapat data yang dikeluarkan oleh KKM, dah tujuh hari selepas pemergiannya.Safeena turut mengatakan abangnya yang menghantar bapanya ke hospital adalah antara yang dijangkiti Covid-19 tapi dia hanya diarahkan untuk kuarantin pada 9 Februari.

Tambahnya lagi, semua ini boleh dielak jika pegawai kesihatan beritahu keluarganya tentang pesakit positif di Hospital Ampang atau berikan rawatan yang cepat ke atas bapanya.Wanita ini salahkan KKM atas sikap sambil lewa dan kecuaian mereka atas pemergian bapanya itu.

Berusaha Untuk Membangunkan Ibunya Yang Tidak Bangun Bangun. Kisah Sedih Gadis 10 Tahun Terus Jadi Yatim Piatu Setelah Ibunya Tiada Akibat Covid19

Baru baru ini,seorang gadis berusia 10 tahun di desa Benda Baru,Kabupaten Pamulang,Kota Tangerang Selatan,Indonesia tinggal sebatang kara apabila Covid19 mengambil nyawa ibunya. Kisah sedih ini telah mnimpa adik Aisyah Alusa selepas ibunya pergi tinggalkannya buat selama lamanya akibat daripada virus COVID19 pada 15 Januari 2021 yang lalu.

“Ayahnya sudah pergi buat selamanya ketika Aisyah masih berumur 2 tahun,” kata Marliansyah A. Baset, Ketua RW 18, Benda Baru, kepada wartawan.Baset juga turut menceritakan tentang nasib malang yang menimpa adik Aisyah ini. Bermula pada pagi Jumaat yang lalu, Allahyarham Rina, ibu kepada adik Aisyah, mengadu pening kepala, batuk dan demam kepada jiran di rumahnya. Kemudian, Rina telah dihantar ke Pusat Kesihatan Benda Baru untuk mendapatkan rawatan.

Ketika tiba di pusat kesihatan tersebut, Rina telah menjalani ujian rapid test dan telah disahkan positif terhadap virus COVID-19. Kemudian, pusat kesihatan tersebut telah merujuknya ke Hospital Permata bagi menjalani ujian swab PCR.

“Hasilnya dia telah disahkan positif COVID-19 dan telah diberikan pilihan sama ada mahu dirawat di hospital atau mengkuarantinkan diri di rumah. Kerana risau untuk tinggalkan anaknya keseorangan di rumah, dia telah memutuskan untuk mengasingkan diri di rumah sahaja,” kata Baset.

Kemudian, ketika dia sampai di rumah, Aisyah menjaganya dan memberinya makan. Sehingga akhirnya pada petang Sabtu, Aisyah telah berusaha untuk membangunkan ibunya yang masih tidur bagi bersiap-siap untuk solat Maghrib secara berjemaah, namun ibunya itu tidak bangun-bangun.Tubuh ibunya menjadi kaku, dia terus menggoncangkannya dengan harap agar mata ibunya itu terbuka memberi respon kepada Aisyah.

Hingga akhirnya, Aisyah telah menangis sambil memanggil-manggil ibunya. Jiran-jirannya yang terdengar teriakan itu terus pergi ke kawasan rumah Aisyah.“Kami juga berasa serba salah kerana kami tahu bahawa almarhumah telah dijangkiti COVID-19. Dan tidak ada siapa pun yang diizinkan masuk ke rumahnya, disebabkan itu saya segera menghubungi pusat kesihatan,” kata Baset.

Kemudiannya, doktor dari pusat kesihatan datang dengan memakai sut PPE yang lengkap dan telah mengesahkan bahawa pesakit itu telah tiada. Sejurus selepas itu, jnzhnya itu telah dirapikan di atas tempat tidur sementara menunggu pasukan petugas COVID-19 datang untuk mengsemadikanya.“Kerana sudah malam, persemadian tidak dapat dilakukan, para petugas hanya datang keesokan harinya,” kata Baset.

Pada hari Ahad, 17 Januari 2021, pasukan petugas COVID-19 yang berpakaian lengkap dengan sut PPE telah datang. Selepas ibunya dimandikan, ianya segera disemadikan.“Hari minggu itu juga saya bawa Aisyah ke hospital untuk melakukan ujian swab. Ternyata Aisyah juga telah dijangkiti dengan COVID-19 daripada ibunya. Aisyah terus dibawa ke Rumah Lawan COIVD-19 di Tangsel,” ujar Baset.

Sehingga kini, Aisyah masih lagi dalam rawatan sementara penduduk setempat memerhatikan pengambilan makanannya serta apa yang diperlukannya semasa dirawat.“Kami memastikan segala keperluan Aisyah mencukupi, kami memantaunya setiap hari, kami memberikan makanan yang sedap-sedap dan sihat, untuk pastikan dia terus bersemangat demi kesihatannya,” kata Baset.Sumber: Liputan6

Sebak Dengan Kisah Budak Lelaki Ini Bila Dia Kehilangan Ayahnya Sebab Covid19 Masa Dalam Kuarantin Dan Lebih Menyedihkan Lagi Apabila Melihat Riak Wajah Adik Ini

Sungguh mengharukan, seorang anak muda kehilangan ayahnya akibat Covid-19 ketika dirinya sedang menjalani tempoh kurarantin.Tak dapat menatap buat kali terakhir, apatah lagi mencium dahi kerana pandemik yang membahayakan ini.Video adik ini tular di Twitter setelah perkongsian daripada Fahmi ini telah meraih sebanyak hampir 7K retweets dalam masa 13 jam ia dikongsikan.

Adik ini dikatakan sedang menjalani tempoh kuarantin di Maeps Serdang. Orang ramai yang turut bersimpati di dalam pusat kuarantin itu turut memberikan sokongan moral.Mereka membuat bacaan yassin dan tahlil untu arwah ayah adik ini. Orang ramai yang berada disana juga turut memberikan sumbangan kepada adik ini.

Sudah semestinya  ia membuatkan kami rasa sebak bahkan warganet juga apabila mengenangkan nasib ini, lebih menyedihkan lagi apabila melihat riakk wajah adik ini. Mungkin dia sunyi berseorangan dalam pusat kuarantin sebab ayah dia dah tak ada.Tak boleh bayangkan kalau aku ada dalam situasi ini – Warganet

Orang ramai yang ingin salurkan bantuan boleh berikan sumbangan anda ke nombor akaun Maybank,  Nur Kamilatul Alifah, 162021615921 atau ke nombor akaun ibunya NORASAH BINTI ABDUL AZIZ, Agrobank seperti yang tertera dibawah.

Sebelum Ini Kecoh Video Budak 5 Tahun Naik Ambulans Seorang Diri Selepas Disahkan Positif Covid 19. Ini Keadaan Terkininya.

Ketika ambulans sampai untuk mengambil anak perempuannya, Nur Saffiya di rumahnya di Sepang malam tadi, hati Ira Hazwani tidak tenteram. Baru berusia lima tahun, Saffiya disahkan positif Covid-19, sedangkan ibu dan adik perempuannya tidak dijangkiti virvs berkenaan.

“Semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambil Safiyya, saya tak dapat ikut untuk hantar dia. Kalau saya ikut, saya perlu bawa anak yang kecil sekali. Ini akan merisikokan anak kedua saya yang baru berusia tiga tahun,” kata Ira Hazwani kepada Malaysiakini hari ini.

Saffiya dipercayai mendapat virus itu daripada ayahnya, yang disahkan positif selepas disaring di tempat kerja. Ayahnya, Muhammad Ifwan ditempatkan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setelah Saffiya disahkan positif, Ira Hazwani berkata KKM memindahkan suaminya ke Hospital Kuala Lumpur, supaya dia dan Saffiya dapat bersama. Meskipun tahu Saffiya akan tinggal bersama ayahnya, Ira Hazwani tetap risau untuk melepaskan anak perempuannya itu ke hospital menaiki ambulans seorang diri.

“Perasaan saya memang sedih dan risau, sebab dia baru umur lima tahun, kena pergi seorang-seorang naik ambulans. Takut tak jumpa ayah dia dekat sana. Tapi bila tanya dia, ‘Kakak okay ke naik ambulans seorang-seorang? Mama tak ada’ Dia jawab, ‘Kakak okay. Kakak nak jumpa ayah. Nak peluk ayah. Sekarang dia dah bersama ayah dia,” kata Ira Hazwani.

Dalam satu video yang dirakam Ira Hazwani, Saffiya kelihatan tenang dan bersemangat ketika mengucapkan selamat tinggal. Satu lagi video yang dirakam Muhammad Ifwan selepas itu pula, menunjukkan Saffiya teruja apabila dapat bertemu dengan ayahnya. Ira Hazwani mengucapkan rasa terima kasih buat KKM kerana membantu Saffiya untuk diwadkan bersama Muhammad Ifwan.

“Terima kasih sangat pada KKM yang sangat-sangat bertoleransi dalam situasi kami ini, dan dapat satukan wad anak dan suami,” katanya lagi. Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri

Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri. Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *