Siap guna sudip yang ada dekat tangan tapi tak berjaya. Wanita ini cerita tentang dia dan kucingnya berhadapan dengan seekor ular

kucing

Buat sesiapa yang sememangnya pencinta kucing, haiwan tersebut bukan sahaja dianggap sebagai haiwan peliharaan semata mata malah sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Tambahanpula,golongan ini tidak kisah menghabiskan wang demi haiwan peliharaan mereka kekal sihat.

Bukan sahaja menghabiskan wang,ada juga yang mempertruhkan nyawa sendiri demi selamatkan kesayangan. Demikianlah perkongsian oleh wanita ini di FB Kucing Sepahkan Apa Hari Ini. Wanita tersebut,rozza Zainal sempat berkongsi kisahnya pernah berglut dengan seekor ular sawa yang cuba makan salah seekor kucing peliharaannya,Belang.

Ternyata prrkongsian tersebut nyata mengundang rasa sebak dan terharu warganet yang kagum dengan kasih sayang antara manusia dan haiwan.Menurut Rozza Zainal, sungguhpun kisah berkenaan sudah hampir lima tahun berlalu, namun ia tetap segar dalam ingatannya kerana ia antara detik-detik paling teruk yang pernah dialaminya.

“Ketika itu saya baru je balik kerja. Selepas bagi tujuh ekor kucing makan termasuk Belang, saya pun ke dapur untuk memasak. Sedang memasak, tiba-tiba saya terdengar Belang mengiau cukup kuat. Biasanya kalau macam tu, mesti dia berbalah dengan seekor lagi kucing, Uteh.

“Saya pun pergi jenguk dari mana datangnya suara tu, tiba-tiba nampak Uteh berlari masuk. Peliklah, siapa yang berbalah dengan Belang? Makin lama makin perlahan bunyi hinggalah ke belakang rumah, mata saya terpaku lihat Belang sedang diblit seekor ular sawa.”Lemah lutut saya dibuatnya. Masa tu saya tinggal seorang saja jadi memang panik. Dalam kalut, saya hampiri ular tu dan ketuk dengan sudip yang ada dekat tangan tapi tak berjaya.

“Masa tu air mata pun mengalir laju sambil panggil nama Belang. Lihat matanya berkedip-kedip buat air mata makin laju. Tak berjaya pukul dengan sudip, saya berlari ambil parang, ketuk dengan gayung, siram dengan air… semua tak berjaya,” kata wanita berusia 30an ini kepada mStar.Entah dari mana keberaniannya datang, Rozza berkata dia akhirnya nekad menarik badan ular sawa berkenaan sekuat hati sambil mencari-mencari kepala ular berkenaan untuk diketuk dengan parang.

“Dengan lafaz Bismillah saya ketuk kepala ular sawa tu. Berganjak ke belakang ular tu… sekali lagi dia tegakkan kepala. Saya ketuk kuat lagi, bukan ketuk dengan mata parang, tapi ketuk dengan belakang parang. Niat saya cuma nak dia lepaskan Belang, bukan untuk cederakan dia.

“Saya hayunkan sekali lagi parang lebih kuat. Ular sawa tu terus menunduk, perlahan dia menyelinap masuk dalam lubang tandas tu. Terus saya berlari dapatkan Belang saya sambil memeluknya. Syukut Belang selamat,” katanya yang menetap di kawasan perkampungan di Bukit Gambir, Johor.

Tambanya lagi, apabila peristiwa berkenaan terimbas di mindanya, dia sendiri tidak dapat menjelaskan bagaimana dirinya memperoleh kekuatan dan keberanian untuk berdepan dengan seekor haiwan yang berbahaya.”Saya pun tak boleh nak cerita… apa yang saya tahu, saya nak selamatkan ‘anak’ saya saja. Tapi sebenarnya selepas kejadian itu, saya termuntah beberapa kali kerana terbayang lagi geli geleman masa pegang ular sawa tu.

“Saya sekadar kongsi group Kucing Sepahkan Apa Hari Ini kerana tiba-tiba teringatkan Belang. Tiga tahun lepas kejadian tu, Belang hilang. Saya balik kerja, panggil nak beri makan tapi Belang tak ada. Dari petang membawa ke malam saya cari keliling rumah, tapi tak jumpa.”Selama dua minggu saya cari Belang… akhirnya saya reda walaupun sedih sangat. Tak tahu sama ada dia mati atau apa nasibnya. Bila ke pasar atau pergi mana-mana, kalau nampak kucing iras Belang, mesti saya pergi belek untuk pastikan tapi hampa… saya cam Belang sebab ekornya bengkok,” ujarnya lagi.

Walaupun dia ada memelihara kucing baharu selepas kehilangan Belang, namun si bulus kesayangannya itu tetap di hati dan tiada pengganti kedua.”Belang saya pelihara dari kecil. Sanggup saya ambil dia dari longkang di pekan, masuk pasar raya beli tuala untuk balut dia sebelum bawa pulang. Tambahan pula dialah satu-satunya kucing yang saya pertaruhkan nyawa… memang takkan saya lupakan.”Bagi pencinta kucing, jagalah si bulus dengan penuh kasih sayang… jangan memilih antara kucing jalanan atau kucing baka. Layanlah sama rata,” katanya lagi.

Lain Daripada Yang Sampai Jaga Haiwan Ni. Seorang Rider Ini Sanggup Turun Padang Bantu Kucing Dan Ajak 50 Rider Untuk Buat Sesuatu

Menarik sekali kisah seorang pencinta haiwan ini,Saifullah membela ular di kediamannya di Pengkalan Chepa,Kelantan. Katanya,jupo kucing bui makey (jumpa kucing bagi makan).Itulah tanda pagar (hashtag) yang digunakan oleh Saifullah Omar, 31, rider yang terlibat dalam aktiviti memberi makan kepada kucing terbiar di negeri Kelantan.Terkini dia yang juga Pengerusi Pet Lover Kelantan bersama hampir 50 rider penghantar makanan yang lain, turun padang untuk membantu kucing-kucing terbiar di sekitar negeri itu.Mesra disapa Saifullah, dia sewaktu dihubungi mStar meluahkan rasa syukur apabila program itu berjaya direalisasikan pada malam Khamis lalu.

“Sebelum ini, sekitar dua tahun lepas saya sudah membuat kerja-kerja ini bersama isteri. Tapi aktiviti ini terhenti apabila adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”Kemudiannya, saya baru sahaja menjadi rider sebulan yang lalu. Jadi saya ambil kesempatan dengan kerja saya untuk hidupkan semula aktiviti itu.

Dan untuk pengetahuan Program yang diadakan pada Khamis malam.”Saya ajak 50 rider untuk buat program ini. InsyaAllah akan teruskan lagi pada masa akan datang.”Pada masa sama, saya syorkan agar ia dilakukan setiap hari. Setiap rider boleh bawa satu botol makanan kucing, simpan dalam bakul motor. Kalau nampak kucing, boleh terus bagi makan,” ujarnya. Jelas Saifullah yang menetap di Pengkalan Chepa, program itu juga dilaksanakan bagi membersihkan persepsi negatif yang sering diberikan terhadap golongan rider.”Rider, sering dikaitkan dengan cerita-cerita busuk.

“Mungkin ada segelintir, tapi tak semua. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”Jangan disebabkan adanya cerita yang tak elok, masyarakat dah tak nampak semua kerja amal yang rider buat.”Bila ada tanggapan negatif, semua rider yang lain pun akan terkena. Niat saya nak bagi persepsi positif sahaja,” ujarnya lagi.Bercerita mengenai dirinya, Saifullah mendedahkan dia dan isteri juga merupakan peminat haiwan.Di kediamannya, dia membela empat ular sawa burma, dua katak, seekor cicak geeko dan empat kucing.

Ternyata warganet di ruangan komen turut memuji usaha murni kumpulan rider berkenaan.Malah, mereka turut mendoakan kumpulan itu agar terus berbakti kepada masyarakat dan pada masa sama, tidak lupa menjaga keselamatan diri.”Alhamdulillah. Semoga semua murah rezeki yang memberi anak-anak ini makan.”Semoga semuanya dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah.”Semoga kalian semua diluaskan rezeki dan sentiasa dilindungi Illahi,” tulis warganet

Ada Yang Mengatakan Makanan Lambat Sampai Ke Tangan Pelanggan Gara Gara Rider Leka Bermain TikTok. Rider Ini Tampil Beri Penjelasan Tentang Hal Tersebut

Kata Haikal.dia baru sahaja menyertai Tiktok pada awal tahun ini. Seperti yang kita tahu, setiap individu ada cara tersendiri dalam menghilangkan tekanan kerja. Begitu juga rider penghantar makanan ini apabila menjadi aplikasi Tiktok sebagai medium penghibur buat dirinya. Baru je buka akaun Tiktok pada awal tahun ini,Muhammad Afiq Haikal Fared Fahishal,23,sama sekali tidak menyangka video yang dibuatnya akan meraih perhatian ramai. Akaun tiktoknya:karitulistiwa

Jelas Haikal,”Saya dah jadi rider sejak tahun 2019. Baru aktif TikTok sejak tahun ini, tapi dah ‘masuk air’ sejak lahir.”Saya main TikTok untuk release tension. Dulu takut, takut kena kritik. Tapi sekarang, orang kritik pun tak apa… yang penting puas hati.”Kita geng-geng motor, mana nak main menari macam ni? Lepas saya mulakan, ramai kawan-kawan download TikTok juga. Ia bantu dari segi keyakinan diri nak bercakap depan kamera,”

Mesra disapa Haikal, pemuda dari Putrajaya itu berkata dia seronok dengan penerimaan warganet terhadap golongan rider sepertinya di TikTok.Namun katanya, dia tidak terlepas menerima komen negatif segelintir individu termasuklah yang mengatakan makanan lambat sampai ke tangan pelanggan gara-gara rider leka bermain TikTok.”Memang terkejut. Alhamdulillah rasa sangat teruja dengan penerimaan semua. Tapi kami faham, kami pun tahu bila nak main TikTok.

“Ada yang salah tanggapan. Tapi saya tak ambil hati. Saya jenis happy go lucky. Apa pun, saya seronok sebab ramai yang hargai.”Saya main TikTok masa dengan kawan-kawan, atau di luar waktu kerja,” ujarnya lagi.Menrut Haikal, dia turut terharu dengan komen positif orang ramai yang mendoakan serta memberi kata-kata positif buat rider di media sosial.Haikal mencari masa yang sesuai untuk membuat video agar tidak menggnggu kerjanya.”Saya nak cakap kepada yang sokong kami dalam industri penghantaran makanan, terima kasih. Kami tahu kadang-kala ada kekurangan, kami minta maaf dan cuba lakukan yang terbaik.“Peristiwa manis sepanjang jadi rider tentunya apabila dapat duit tip daripada pelanggan. Kena marah sebab makanan lambat tu biasalah.”Saya berani ambil kerja ni, kena berani terima apa yang diberikan. Pengalaman seram pula memang tak ada sebab saya tak takut hantu,” ujarnya berseloroh.

Haikal kini bukan lagi rider sepenuh masa.Dedah Haikal, dia kini hanyalah rider sambilan dan hanya melakukan kerja itu pada waktu lapang kerana sudah bekerja sebagai recruiter dalam sebuah syarikat penyedia khidmat penghantaran makanan.Namun katanya, dia komited terus menghasilkan video menghiburkan dan bermanfaat agar golongan rider terus dekat di hati masyarakat.

Gadis Ini Sebak Lihat Lelaki Uruskan Ibunya Yang Sakit Dan Sempat Merakam Video Sehinggakan Ia Tular Di TikTok. Ini Rupanya Cerita Di Sebalik Rakaman Video Tersebut Dibuat

Sebuah rakaman memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata warganet .Dalam rakaman tular yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani operasi kaki.

“Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.”Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.”Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula tular. Lagipun saya rakam senyap-senyap,” ujarnya kepada mStar.Rakaman ini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.”Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah tular.”Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?”Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

“Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat… untung mak dia,” kata Umi lagi.Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.Ibunya yang juga penghidap diabetis baru sahaja menjalani operasi untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.”Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.“Jangan sakiti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tidak Pernah Lupa Akan Satu Wasiat Besar Yang Disampaikan Oleh Bapanya. Gadis Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Perkongsian Videony Yang Tular Di TikTok

Syasya (tudung merah jambu) membuat perkongsian video mengenai meja baharu yang dibeli untuk adiknya.PEMERGIAN bapa tercinta yang maut dalam kejadian kejadian yang tidak diingini 11 tahun lalu ternyata memberi impak cukup besar buat gadis ini.enurut Nurulayu Natasha, 19, dia juga sama sekali tidak pernah lupa akan satu ‘wasiat’ besar yang disampaikan oleh bapanya, Mohd Azahari Khan Mohd Sidik pada hari dia pergi buat selamanya. “Abah bekerja sebagai pemandu lori penghantaran. Lori abah dilnggar sehingga dia tercmpak keluar dari cermin depan dan terhntak di tiang lampu.

“Saya masih ingat pada pagi kejadian, saya merajuk dengan abah. Tapi saya lupa apa punca merajuk.”Abah pesan supaya jaga dua orang adik. Petang tu dapat call kata abah dah tiada. Saya baru bangun tidur, rasa macam tak percaya. Saya fikir ia satu guruan,” ujarnya kepada mStar.

Imbas gadis itu lagi, dia yang agak ralat kerana enggan bersalaman dengan bapanya pada pagi kejadian nekad menjaga amanah yang disampaikan kepadanya.Syasya (kiri) bersama adiknya, Nurulana Nabila (kanan).Malah, pemergian bapanya turut menyebabkan timbulnya minat dalam bidang perniagaan dengan azam untuk membantu keluarga.“Ada rasa menyesal masa tu, sebak. Pagi tu kali terakhir dapat tatap muka dia. Walaupun masa tu saya sekolah rendah lagi, saya berazam nak buat sesuatu.”Nak bekerja keras, beri kebahagiaan kepada adik. Saya yang kena buat sebab abah dah tiada.

“Dari zaman sekolah saya berniaga. Jual pemadam, tabung, baju, kasut, makanan dan macam-macam lagi.”Tahun ni saya mula jual produk kecantikan dan Alhamdulillah ia memberi rezeki buat saya untuk bahagiakan adik-adik,” ujarnya.Terbaharu, tular video memaparkan Syasya membuat kejutan membelikan sebuah meja buat adik perempuannya.Menurut Syasya, dia simpati melihat adiknya, Nurulana Nabila yang mengulang kaji pelajaran di atas lantai kerana meja lama sudah patah. “Saya tengok adik study atas lantai. Dia kata meja patah. Meja tu sebenarnya meja saya, sekarang diturunkan kepada dia.

“Saya buat bisnes pun untuk bantu keluarga, jadi dengan rezeki yang ada, saya belikan meja baharu untuk dia.”Masa mula-mula bawa pulang, saya minta dia angkat dari kereta ke dalam rumah.”Dia macam malas nak angkat, dia fikir itu barang perniagaan saya. Lepas pusing baru tahu ia meja baharu. Dia pun sangat gembira,” kata penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah, Melaka itu.Paparan skrin video yang dikongsi.Menurut Syasya, dia dan adiknya yang berusia 16 tahun menetap bersama nenek mereka di Melaka.Seorang lagi adiknya menetap di Johor bersama ibunya yang bertugas di sana.Selain itu, Syasya turut mempunyai seorang abang dan kakak, hasil perkahwinan terdahulu ibunya.Dalam pada itu, video kejutan meja baharu oleh Syasya untuk adiknya sehingga kini menerima lebih 80,000 tontonan menerusi aplikasi TikTok.Malah, ia turut dihujani pelbagai komen yang memberikan kata-kata semangat agar dia terus cekal berniaga demi membantu keluarga.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar

Guru Ini Sedih Tiada Seorang Pun Calon SPM Hadir Ke Kelas Online. Mengagumkan Sekali Anak Kepada Guru Ini Sanggup Tularkan Situasi Ayahnya Dan Ini Tindakan Yang Diamil Oleh Warganet

Penutupan sekolah susulan Cov1d-19 yang melanda negara, memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah.Namun, salah satu masalah yang dihadapi oleh para guru ialah apabila pelajar mengambil mudah dan tidak mengikuti kelas yang diadakan.Dianggap umpama ‘cuti sekolah’, sebilangan pelajar tidak peduli akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar seperti kisah yang dikongsikan di Twitter oleh individu yang dikenali sebagai Nuha.Dia tampil menceritakan pengalaman bapanya yang menunggu pelajar untuk masuk ke dalam kelas online tetapi hampa apabila tiada seorang pelajar pun yang hadir dan memberikan kerjasama.Lebih menyedihkan, mereka menutup telefon ketika bapanya cuba menelefon pelajar itu seorang demi seorang untuk meminta mereka hadir ke kelas.

Malah, menurut Nuha, ada pelajar yang memberikan alasan mereka berkerja, sedangkan pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari depan.Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya diperlakukan sedemikian, kemudian bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.Menurut Nuha, pada awal, bapanya begitu teruja meminta mereka mengajarnya membuat kelas secara online menggunakan aplikasi zoom dan google meet.Sudah tentu bapanya merasa sebak, apabila pelajar tidak hadir dan menghargai jasa guru yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu.

Setelah posting tersebut tul4r, terdapat beberapa akaun daripada warganet yang mendaftar masuk ke kelas bapanya sebagai usaha memberikan semangat dan menggembirakan hati guru tersebut.Bapanya yang dikenali sebagai Mustakim, turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan semangat kepada beliau.Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan pelajar-pelajar tersebut untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam SPM kelak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *