Berpisah dengan suami ketika usia 50 tahun. Suami kahwin lain dan tinggalkan isteri nombor dua atas satu sebab. Doktor ini dedahkan kisah sedih pasangan itu

Kehidupan

Setiap orang ada dugaan masing masing. Bagi setiap masalah juga pasti ada penyelesaiannya. Setiap kesulitan itu adalah satu ujian, malah kebahagiaan juga adalah ujian dalam kehidupan.Begitulah pengalaman yang dilalui seorang doktor ketika berhadapan dengan wanita yang hadir menziarah pesakit lelaki yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).”Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri. Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU.

“Wanita itu berpisah pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring tak sedarkan diri diatas katil,” tulis Dr Nur Ilyani Bujang di halaman Facebook yang kini tular.Dr Nur Ilyani berkata, wanita itu kemudian memaklumkan mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinannya bersama pesakit.

“Anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya. Sejak kami bercpisah anak-anak jauh hati dari ayahnya,” ujarnya yang memetik kata-kata wanita itu.Pakar anaesthesiologi dan rawatan rapi itu kemudian bertanyakan mengenai waris pesakit, dan dimaklumkan pesakit telah berkahwin lagi selepas penceraian pertama.

“Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk dua bulan lalu.”Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini. Di saat lelaki ini terdampar tak sedarkan diridi atas katil ICU,” tambah beliau.

Menurut Dr Nur Ilyani, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari dan mengenal pasti waris pesakit, sambil menambah segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris.

“Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak. Kenapa? Kerana lupa diri.”Ramai yang berkata ‘wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang’. Itulah yang aku selalu lihat di depan mata.”Wanita yang berpisah kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat semuanya sudah stabil, pekerja ramai.”Hanya rileks dan kaut untung sahaja. Masa, duit banyak. Jadi, hati pun kembali muda,” katanya sambil menambah ia sedikit-sebanyak mendorong kepada sikap menduakan.

Dr Nur Ilyani berkata, pesakit itu hembuskan nafas terakhir keesokan hari, tanpa dihadiri waris melainkan petugas kesihatan di hospital.”Hanya kami yang mengajar kalimat suci di telinga. Tanpa keluarga, isteri… atau lebih elok disebut bekas isteri. Tanpa isteri muda yang sudah lari.”Tanpa anak-anak yang menjauh hati, tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri. Hanya dia dan kami.

“Kami kemas jnzh itu untuk dibawa pergi ke bilik mayat, tanpa waris yang mengiringi. Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti. Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan,” katanya.

Tular Di Laman Tiktok Anak Merakam Video Bapanya Yang Sedang Makan Nasi Kosong. Sekali Jawapan Bapa Ini Buatkan Orang Lain Rasa Sebak.

Baru-baru ini tular di laman TikTok satu video seorang bapa makan nasi kosong sehingga undang simpati orang ramai. Video itu dirakam oleh anaknya sendiri yang sememangnya aktif di aplikasi tersebut dan sering berkongsi rutin sehariannya. Menurut bapa berkenaan, video itu bukan tujuan meraih simpati atau lakonan seperti did4kwa sesetengah warganet.

Video ini mula viral di TikTok selepas individu yang dikenali sebagai Nissa berkongsi video mereka di laman Twitter sehingga mendapat 7k retweet. Rata-rata sebak melihat video itu dan tak kurang juga yang tersentuh melihat kasih sayang dua anak beranak ini. Difahamkan anak beranak itu hanya tinggal di Kuala Nerus, Terengganu berdua selepas berpisah dengan bekas isteri pada tahun 2019.

Kami pilih doa lagi

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat. Memang ada setengah sahabat nak bantu, minta akaun kami. Kami terus terang cakap, kalau dengan duit beribu, kami pilih doa lagi dari duit. Itulah perjalanan kami. Doa lagi bernilai dari wang ringgit, dan kekayaan. Kami tak perlukan apa-apa, kami cuma perlukan doa untuk kami, sihat waalfiat. Syukur kepada Allah SWT.

Menurut lelaki itu, dia menerima banyak mesej untuk membantu dia dan sahabat kerana melihat kesusahan mereka. Namun dia tidak memerlukan duit, dia hanya memerlukan doa dari semua orang. Akhir sekali dia berterima kasih buat semua yang tidak henti-henti mendoakan mereka.

Sumber : OhBulan

Satu Keluarga Menjual Nasi Kukus Perniagaan Turun Temurun Dari Bapanya. Sekali Tak Sangka Pula Dulu Bapa Pergi Sebab Ini Tapi Kali Ini Ibu Pula.

Bapa Bella yang pergi pada tahun 2015 bersama ibunya yang kini terlantar sakit, dipercayai akibat terkena buatan orang. “Jangan malu nak mengaku kita susah.”

Itulah kata-kata yang menjadi pegangan Nur Salshabila Muhammad Rufdi, 21, sejak kematian bapanya pada tahun 2015. Terbaharu, kisah gadis itu serta perniagaan nasi kukus keluarganya yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas menjadi tular di laman Twitter.

Menurut gadis yang mesra disapa Bella itu, kedai nasi kukus mereka di Uptown Shah Alam, Selangor terpaksa dihentikan operasi dan ‘direhatkan’ sepanjang tahun lalu. Baru-baru ini, dia serta adik-beradik yang lain tampil dengan alternatif baharu dengan membuka gerai nasi kukus di Bandar Putera 2, Jalan Kebun Nenas, Shah Alam. Kata Bella yang juga anak kelima daripada enam beradik, dugaan itu cukup berat memandangkan dia dan adik beradiknya yang lain sama-sama mencari rezeki dengan perniagaan itu sejak sekian lama.

Bella bersyukur menerima sokongan ramai di Twitter.

“Kami berniaga di Uptown sejak tahun 2005. Jadi sekarang terpaksa cari alternatif lain, kami buka gerai. Kami bahagikan tugas, ada abang dan kakak uruskan gerai, saya dan kakak yang lain uruskan proses penyediaan di rumah. Masa awal PKP tahun lepas kami tak boleh berniaga langsung. Mama pun korek duit simpanan yang ada. Tahun lepas sangat sukar untuk kami. Tahun ni baru je bisnes nak elok, PKP lagi sekali,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah.

Menurut Bella, ibunya kini hanya berehat di rumah kerana uzur sejak beberapa tahun lalu. Dakwa Bella, ibunya terkena buatan orang yang dipercayai iri hati dengan perniagan mereka.

“Masakan nasi kukus tu memang resepi turun-temurun ibu. Tapi sekarang kakak saya yang masak. Mak sakit, berniaga ada orang dengki. Boleh cakap macam terkena buatan oranglah. Papa pun kena macam tu, tapi telah pergi kena sakit jantung.

Sebahagian ahli keluarga Bella.

“Mak sakit sejak 2016. Tak boleh nak jalan sangat, mak banyak berehat je,” ujarnya yang juga penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan. Dalam pada itu, Bella turut berkongsi kata-kata bapanya yang masih menjadi pegangan sehingga ke hari ini. Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah. Sebab kami memang susah dari dulu. Sebelum buka kedai nasi kukus, ibu bapa saya bangun pukul 3 pagi buat kuih, hantar ke kilang.

Hidangan nasi kukus ini menjadi punca pendapatan mereka sekeluarga sejak sekian lama.

“Itulah satu kata-kata semangat dari papa sebelum dia tinggalkan kami,” ujar Bella yang juga seorang model sambilan. Dalam pada itu, posting Bella mengenai gerai nasi kukus keluarganya menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Ujarnya, dia bersyukur menerima sokongan ramai, sekali gus membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga. “Sangat terharu sebab ramai bagi sokongan, ramai yang cakap nak datang,” ujarnya lagi.

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *