Ada yang sanggup guna identiti orang lain untuk cari jodoh. Pegawai JPN ini dedahkan identitinya diambil oleh individu yang langsung tak bertanggungjawab

Viral

Sejak kebelakangan ini banyak kes melibatkan akaun palsu mahupun seangkatan dengannya. Wanita ini tak sangka ada individu yang tidak bertanggungjawan mengambil identtinya untuk mencari jodoh. Memang kedengaran agak lucu, namun perkara sedemikian sebenarnya memberi impak buruk kepada si pemilik asal.

Berdasarkan perkongsian di Twitter, wanita bernama Arifah Raedah memuat naik dua paparan skrin memaparkan akaun palsu Facebook yang diwujudkan oleh ‘scmmer’ menggunakan nama dan fotonya bertujuan mencari pasangan hidup.

Jika dilihat sehingga kini perkongsiannya meraih melebihi 4,000 retweet. Arifah yang juga seorang pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN) berkata dia hanya menyedari perkara tersebut selepas beberapa kenalan dan bekas anak muridnya memaklumkan kepadanya.

“Beberapa hari lalu ada kenalan dan pelajar hantar mesej di WhatsApp dan Direct Message (DM) beritahu. Memang terkejut juga. Orang tu ambil gambar-gambar saya dari Instagram dan buat akaun baru Facebook… untuk iklankan diri di grup cari jodoh pula tu.

“Bukan satu, tapi dua grup dia iklankan diri. Itu yang saya jumpa, yang saya tak jumpa pula? Gambar dan nama memang sama, tapi butira-butiran diri semuanya salah. Tapi yang tak boleh tahan, bahagian status tu dia letak ‘ibu tunggal kepada dua anak’. Padahal suami saya ada lagi.”Bahagian umur pun sama… dia main suka hati letak umur 44 tahun, padahal saya muda lagi,” ujarnya

Tanpa mengambil masa, beliau yang berpengalaman mengajar selama 11 tahun ini segera membuat perkongsian di media sosialnya untuk menjelaskan perkara tersebut seterusnya meminta rakan-rakan untuk membuat ‘report’ kepada Facebook.

“Kewujudan akaun tu dah berapa lama, saya tak pasti pula. Tapi rasanya sekarang mungkin akaun palsu tu dah tak ada sebab ramai report.”Bila suami tahu pasal ni, terutama pasal ibu tunggal tu, reaksinya hanya tergelak saja… tak melenting pun. Kami anggap ini kerja orang yang tak matang,” ujar wanita berusia 35 tahun ini yang juga merupakan ibu kepada empat cahaya mata.

Jelass Arifah, buat masa ini dia akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).”Bukan apa, kita bimbang orang salahguna untuk buat penipuan lagi selepas ni. Sekarang ni dia menipu sebab iklan diri nak cari jodoh, takut dia guna untuk tipu orang untuk tujuan lain pula, contohnya jual produk atau sebagainya.

“Sudah semestinya kena letak mode ‘public’ dan muat naik gambar. Benda ini untuk membantu ekonomi orang lain juga,” katanya.Tambah Arifah, dia tidak menolak untuk mengambil tindakan lebih tegas sekiranya perkara yang sama berulang.”Kepada yang di luar sana, jadilah diri sendiri, tak perlu jadi orang lain… tak perlulah ambil identiti orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri,” ujarnya lagi.

Berkahwin Sejak Berusia 14 Tahun Dan Memiliki Dua Orang Anak. Ibu Muda Ini Kongsi Cerita Ditinggalkan Suami

Sudah menjadi lumrah setiap manusia yang hidup pasti akan pergi,tak semua kekal untuk selamanya. Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan momen sedih yang terpaksa diterima walaupun agak pahit untuk ditelan. Lebih menyedihkan lagi apabila ikatan cinta yang terjali terputus dan anak anak langsung tidak dapat kasih sayang seorang bapa.

Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan salah satu momen sedih yang terpaksa diterima walaupun pahit untuk ditelan. Lagi menyedihkan, apabila ikatan cinta yang terjalin selama ini terputus dan anak-anak sama sekali tidak mendapat kasih seorang bapa.

Berdasarkan perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Siti Aishah, berusia 22 tahun, menceritakan pengalamannya menjadi ibu tunggal apabila dia telah ditinggalkan oleh suaminya. Tidak berakhir di situ, video tersebut juga telah trending dan ditonton hampir 200 ribu oleh pengguna laman TikTok.

Ceritanya bermula, apabila wanita ini mula mendirikan rumah tangga ketika dia baru sahaja berusia 14 tahun. Pada masa yang sama dia turut menjelaskan dia sudah melakukan prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah bagi membenarkan dia berkahwin pada usia tersebut.

Dan nak dijadikan cerita hasil perkahwinan tersebut, dia dan suami dikurniakan putera sulung ketika dia baru sahaja berusia 15 tahun, dan selepas dua tahun dia sekali lagi dikurniakan puteri sulung ketika berusia 17 tahun. Kalau 17 tahun ni, tengah tunggu giliran nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun begitu, jodohnya tidak berpanjangan dengan suaminya dan terpaksa membesarkan kedua-dua anaknya tanpa kehadiran suami yang sepatutnya menjadi tulang belakang di sisi. Pada masa yang sama, wanita ini turut menceritakan anak sulungnya sempat berjumpa dengan ayahnya.

Apa yang lebih menyedihkan apabila anak keduanya sama sekali tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan ayah kandungnya sendiri. Hal ini demikian kerana, si ibu telah berpisah dengan si suami ketika dia sedang sarat mengandung tujuh bulan anak keduanya. Walaupun kedua-dua anaknya semakin membesar sehingga ke harini, mereka tidak lagi berjumpa dengan ayah mereka sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini bersama kedua-dua anaknya. Pada masa yang sama, warganet turut mendoakan supaya si ibu terus kuat menjalani hari-hari yang mendatang.

Dilabelkan Sebagai Antara Pasangan Kahwin Campur Yang Menjadi Kegemaran Rakyat Malaysia. Warganet Terhibur Lihat Pasangan Malaysia Amerika Ini

Keluarga Kumaar menarik perhatian ramai selepas video ‘burung merah’ menjadi tular, baru-baru ini.BUKAN mudah bagi pasangan yang berasal dari dua negara yang berbeza untuk menyesuaikan diri dalam budaya masing-masing.Sudah tentu aspek seperti agama, adat resam, makanan, bahasa pertuturan, pakaian dan sebagainya menjadi antara perkara utama yang menjadi cabaran.

Namun itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara, sebagaimana pasangan Malaysia-Amerika ini yang mula meraih tumpuan ramai sejak kebelakangan ini.Baru-baru ini video gelagat Logesh Kumaar dan isterinya, Rachel Kumaar yang sedang membeli belah di sebuah pasaraya menjadi tular selepas dimuat naik di Twitter.

Menerusi video tersebut, berlaku situasi lucu di mana Rachel yang sedang mencari bawang merah tersasul menyebut ‘burung merah’, malah dengan yakin mengulang perkataan tersebut ketika ditanya oleh suaminya.”Bukan senang nak ajar isteri omputih (orang putih) Bahasa Melayu. Tapi saya akan terus mencuba sampai dia fasih,” demikian kapsyen pada video tersebut yang mencecah 16,000 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, Logesh yang berasal dari Selangor berkata dia sama sekali tidak menyangka video tersebut menjadi tular di media sosial.Gelagat keluarga ini yang dipaparkan menerusi saluran YouTube Kumaar Family menarik perhatian ramai.“Mula-mula rasa terkejut tengok reaksi warganet tetapi kami gembira kerana dapat membuatkan ramai orang ketawa dan terhibur. Matlamat memperkenalkan Malaysia memang lebih senang dengan sokongan rakyat Malaysia,” kata lelaki berusia 33 tahun ini yang kini menetap di California.

Logesh yang bekerja sebagai Media Strategist di sebuah agensi pemasaran di Amerika berkata, dia sememangnya menerapkan budaya masyarakat Malaysia dalam kehidupan keluarga kecilnya kerana mahu mengangkat identiti negara yang begitu indah.”Ya, saya memang selalu mengajar pasal budaya, pakaian dan perayaan Malaysia. Kalian boleh melihat video-video kami di YouTube channel yang ada merayakan Hari Raya, Deepavali dan juga sekeluarga memasak banyak masakan Malaysia termasuk nasi lemak, nasi ayam, kuih-muih dan banyak lagi.

“Dari mula, saya rasa kaedah terbaik mengajar isteri adalah melalui pengalaman bertutur dalam bahasa Melayu hari-hari.”Rachel kadang-kala stres kerana tak boleh faham bila kami bertutur dalam bahasa lain tetapi dia memang rasa seronok boleh belajar bahasa baharu. Dari mula kami dating pun, Rachel dah suka loghat saya bercakap bahasa Melayu,” katanya sambil menambah isterinya gemar menikmati hidangan ayam rendang, kuih Puteri Ayu dan teh tarik, selain gemar mengenakan sari.

Logesh menerapkan budaya Malaysia bukan sahaja kepada isteri, malah anak-anaknya turut diajar mengenali budaya Malaysia.Tambah Logesh, sebelum berpindah ke luar negara, dia sendiri tidak kisah mengenai budaya dan adat resam negara sendiri, namun situasi itu berubah selepas menetap di negara Uncle Sam itu.

“Setelah menetap di sini, baru saya sedar bahawa budaya kita memang sangat indah dan ia lambang identiti saya. Hargailah budaya dan asal usul kita kerana kitalah ‘duta’ kecil mewakili negara tercinta apabila merantau ke negara asing. Jangan malu untuk mempamerkan cara-cara hidup kita,” ujarnya.

Memiliki akaun YouTube, Kumaar Family yang mendapat 112,000 langganan sejak ditubuhkan pada Mei 2020, Logesh berkata idea asal mewujudkan akaun itu tercetus ketika tempoh kuarantin dikuat kuasakan di negara tersebut.”Dari mula, kami hanya memilih untuk membuat video pasal budaya dan makanan Malaysia kerana ramai di luar negara tidak pernah dengar pasal Malaysia. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia.

“Mula-mula kami memang tak sangka ramai orang akan menyukai konten kami ini kerana trend masa sekarang adalah video pranks (gurauan) dan juga video lawak. Tetapi kami tetap nak membuat konten yang kami suka dan mewakili identiti keluarga kami sebenarnya.”Dan kami sangat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia. Memang tidak boleh terus buat lebih banyak video tanpa sokongan semua,” ujarnya.

Dilabelkan sebagai antara pasangan kahwin campur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, bapa kepada Zaden Kumaar dan Kyren Kumaar ini begitu terharu dengan sokongan yang diterima.Kumaar tidak pernah melupakan adat dan budaya negara sendiri meskipun sudah 10 tahun menetap di Amerika.

“Kami masih rasa kami orang biasa. Tapi kami gembira kerana dapat mempamerkan yang pasangan interracial boleh hidup dengan harmoni antara satu sama lain sambil belajar mengenai budaya masing-masing,” ujarnya.Sudah menetap di negara itu hampir 10 tahun, Logesh mengakui dia begitu rindu untuk pulang ke Malaysia, namun terpaksa memendamkan hasrat tersebut susulan situasi pandemik Covid-19.

“Kali terakhir pulang ke Malaysia adalah 2019. Kami selalu balik sekali setiap tahun tetapi terpaksa membatalkan pelan balik 2020 kerana Covid-19. Sebaik sahaja situasi Covid tenang sedikit, kami akan terus pulang melawat Malaysia kesayangan kami,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *