Wanita janda ini terkejut bila tiba tiba dirinya bersalin tanpa merasakan dirinya hamil. Sekali dia tampil dedahkan perkara sebenar ini.

Amalan Semasa Uncategorized Viral

Setiap pasangan yang bernikah sudah pasti menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumahtangga, penyambung keturunan dan meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya itulah matlamat berkahwin pada asalnya. Namun, setiap rezeki itu ditentukan oleh Allah SWT. Ada yang berkahwin bertahun-tahun pun namun masih belum dikurniakan rezeki itu. Ada pula yang berkahwin tidak lama sudah dikurniakan cahaya mata, begitulah manusia yang rezekinya berbeza-beza.

Namun, kejadian aneh telah berlaku di sebuah daerah di Kabupaten Cianjur, Indonesia apabila seorang wanita yang berstatus janda tiba-tiba melahirkan anak tanpa mengetahui dirinya hamil sebelum ini. Menurut laporan Tribun News, wanita yang bernama Siti Jainah berusia 25 tahun itu merasakan ada sesuatu yang memasuki ke dalam r4him lalu perutnya membesar. Tidak lama kemudian ia kembali normal, sebelum membesar lagi dan melahirkan seorang bayi.

“Beberapa jam sebelum melahirkan saya merasa ada yang masuk ke dalam r4him saya dan terasa sakit. Setelah itu selama 15 minit perut saya tiba-tiba buncit dan membesar. Selang dua minit perut saya kembali rata dan akhirnya saya sakit perut lalu melahirkan bayi yang berjantina perempuan,” jelasnya. Walau bagaimanapun, sewaktu melahirkan bayi berkenaan Siti telah dibantu oleh seorang bidan dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lepas.

“Jujur sehingga sekarang saya masih terkejut. Mungkin ini sudah takdir dari Allah SWT. Yang penting saya dan bayi dalam keadaan sihat,” katanya. Khabarnya, Siti sebelum ini pernah menikah bersama seorang jejaka warganegara Agrabinta, namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan terpaksa berpisah pada empat bulan lalu.

KOMEN WARGANET :

Wanita bernama Muliana Sahar ini kongsi, Kalau rezeki anak tu boleh di beli di pasar ikan, tak ada lah fertility centre diwujudkn di muka bumi ini.

BILA NAK MENGANDvNG?

Soalan lazim tuk semua org yg x ada anak n yg baru berkahwin. Kalau rezeki anak tu boleh dibeli dri pasar ikan, x de lah fertility centre diwujudkn dimuka bumi ini. Akak misi nk share pengalaman akk sepanjang 5 thn akk bekerjaya misi lenggang kangkung nie.

Sepanjang akk keje nie, ade beberapa psngan yg akk jumpe. 5 tahun kawen. 8 tahun kawen. 10tahun kawen, 11tahun kawen, 12 tahun kawen, 16 tahun kawen.

Angka yg akk sebut kt ats nie adalah jangka masa pesakit akk baru dikurniakan cahaya mata yg pertama. Dulu mase student, pemahaman akk..sekali je “on” terus ada anak. Rupanya tdk. Pemahaman akk meleset ke laut china selatan rupanya. Rezeki anak nie Allah yg tetapkan. Allah akan bgi on time bila kita mampu selayaknya. Kita rancang, Allah tentukan.

Bila mak pak bawang ckp, rugi kau kawen lewat nt anak kau x ade, zuriat kau x ade, ps tu umur dah tua bangka kau masih hantar ank sekolah, kau tua2 nt kau x rehat lagi. Org lain dh beranak pinak, kau masih lagi berdua. Golongan seperti ini sila elakkan diri. Sebenarnya mereka hidup dgn hati yg x ade iman dimana mereka tdk percaya qada n qadar Allah.

Nampak cm biasa tpi hakikat, mereka miskin iman. Meh akak misi bagi cth. Akk misi baru terima kes..mak umur 42 tahun, bapak umur 45 tahun bru dpt cahaya mata. Happy for them. Rezeki mereka.

Bgi kamu semua tu rezeki lewat sampai. Mereka dah tua baru nak ade anak kecik. Nanti penat nak jaga lah ape lah. Tu bgi kau yg tak pernah bersyukur dgn ape yg Allah beri.

Dari segi positive.

Bgi akak, Allah bagi mereka anak on time dimana, kedudukan kehidupan mereka stabil dari segala sudut..ekonomi, rumah, kereta, harta semua mereka dh stabil. Mereka x perlu risau dimana mereka nak cari duit setiap bulan tuk besarkan ank mereka. Mereka x perlu pening mana nak buat overtime tmbh pendapatan, nak sediakan segala peralatan tuk anak mereka nt. Mereka x perlukan semua itu. Kerana mereka punya segala.

Sekarang urusan mereka adalah fokus pd anak. Menjaga n mendidik anak mereka sebaik mungkin Saat umr mereka 60 thn nt, anak mereka akan sentiasa berada bersama mereka.

See.. Nampak x yg Allah tuliskan jalan takdir hidup mereka dgn baik tuk mereka. Dari yg ade anak berderet tpi culas dlm pemberian tgjawab anak. Dari ade anak tpi anak terabai. Stress tiap bulan, duit x cukup bagai dan yakin bila tua nt anak yg dijaga skrg akn jaga mereka balik.

Nobody knows what happen in future beb. Allah yg pegang hati manusia. Kalau Allah nak duga hati anak tu, sekelip mata je Allah palingkan anak tu derhaka n tinggalkan kau. Ingat, setiap perkataan yg kau berikan akan dtg balik kt kau. Kebanyakkan rumah org tua dihuni oleh orang2 yg mempunyai anak berderet . Biar lambat asalkan berkualiti. Biar anak sikit, asalkan anak tu berbakti.

Setiap manusia diberikan zon masa sendiri. Tak ade kes cepat atau lewat. Allah bgi on time. Yg penting sentiasa muhasabah diri. One more thing, sepanjang akk terima kes cm nie, kebanyakkan akak jumpa suami yg setia dgn isteri bertahun2 walaupun isteri x mampu lahirkan zuriat tuk dia. Akak tabik spring dgn suami macam nie.

Gila setia punya orang. Suami yg kahwin bukan kerana nafsu tpi kawen kerana adanya satu tanggungjawab yg perlu mereka jaga. Semoga syurga buatmu wahai si suami n isteri. Btw, org yg asyik tanya soalan cm nie.. Sila muhasabah diri baik2 ya. Jaga perasaan org lain. Bukan semua org bertuah seperti kamu.

Akak doakan kpd yg belum mengandung, dipermudahkan urusan kalian dlm mencari rezeki. Jangan menangis syg, Allah nak tgk kesabaran kalian. Allah akan bgi tuk kalian saat kalian bersedia dlm segala hal. Yakin dgn Allah Akak x kawen lagi, jdi akak share pengalaman pesakit akk je.

Sumber: Tribun News Kredit : BorakDaily / Persona Pengantin

Guna Cara Unik Untuk Hilangkan Rasa Takut Semasa Bersalin. Wanita Ini Sanggup Minta Wajahnya Disolek Cantik Cantik Dan Ternyata Ramai Terkesima Dengan Apa Yang Berlaku

Lumrah bagi setiap wanita,melahirkan anak adalah momen yang paling bermakna namun juga paling ditakuti kerana memikirkan contraction yang perlu hadap. Ia sememangnya saat yang paling akan diingati dan mungkin dirindui oleh setiap ibu. Pastinya,para suami permu menjadi peneman isteri di kala menghadapi saat saat genting itu.

Pun begitu, berbeza pula dengan wanita ini yang mempunyai cara unik untuk menghilangkan rasa takut semasa bersalin.Menerusi video yang tular di TikTok, wanita yang dipercayai berasal dari Indonesia itu meminta agar wajahnya disolek semasa dalam proses melahirkan anak.Video itu juga memperlihatkan wanita tersebut kelihatan tenang dan menggunakan teknik pernafasan yang betul.Dalam satu video lain, wanita itu tetap kelihatan tenang sehingga akhirnya selesai proses bersalin.Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dan ‘terkesima’ melihat betapa tenangnya wanita itu bersalin.

Pemuda Ini Sebak Bila Ibu Terdesak Nak Gunakan Wang. Minta Wang Walaupun Belum Musim Gaji Dan Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Ibunya.

baru-baru ini perbualan laman WhatsApp Amin dan ibunya tular di laman sosial media Twitter. Situasi pandemik yang tidak berpenghujung ini bukan sahaja meragut banyak nyawa, malah turut memberi impak pada mata pencarian masyarakat di negara ini. Di laman Twitter, tular paparan skrin perbualan WhatsApp antara seorang anak lelaki bersama ibunya sehingga mernyentuh hati warganet.

“Mak dah tak boleh kerja sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). So aku aje la kena kerja lebih sedikit untuk keluarga aku. Doakan aku dimurahkan rezeki ya,” tulis Muhammad Amin Masri, 20, di Twitter. Mesra disapa Amin, pekerja kedai telefon di Shah Alam, Selangor itu mengakui luluh hati tatkala membaca mesej ibunya yang berusia 51 tahun meminta sedikit wang pada Sabtu.

Amin bekerja di sebuah kedai telefon bimbit di Shah Alam.

“Saya di Shah Alam, mak pula tinggal di Bera, Pahang bersama adik yang berusia 18 tahun. Mak dulu kerja makcik kantin asrama. Disebabkan PKP, dari tahun lepas mak tak boleh bekerja. Mak mesej minta sedikit duit gaji untuk buat belanja. Sedih, mak tak pernah hubungi saya seperti itu. Dengan gaji saya RM1,200. Nak bayar rumah sewa RM700, paling kurang pun saya kena bagi RM250 kepada mak nanti dapat gaji. Masa tu baru balik kerja, baru siap-siap masak. Tiba-tiba dapat mesej macam tu, terus sedih,” ujarnya kepada mStar. Menurut pemuda itu, dia tidak sangka paparan skrin mesej WhatsApp yang dikongsi di Twitter itu akan tular.

Saya tak ada sesiapa nak kongsi cerita, sebab tu saya kongsi di Twitter.

Lebih mengharukan apabila ramai yang turut meluahkan rasa simpati, tak kurang juga yang berhubung dengannya dan meluahkan hasrat untuk memberi sumbangan. “Ada yang hubungi saya untuk nak beri sumbangan, memang tak sangka jadi macam ni. Setakat ni ada lima ke enam orang nak bagi wang. Ramai yang nak bantu dari malam tadi, saya sebak gila. Terharu dapat macam ni. Tak sangka ramai yang prihatin.

“Saya tak ada sesiapa nak meluahkan atau berkongsi masalah, sebab tu saya kongsi di Twitter. Saya syukur dengan apa yang berlaku bila tweet tu viral,” ujarnya lagi. Tambahnya, dia mahu mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang mendoakan dia sekeluarga menerusi Twitter.

Menurut Amin, dia juga bercita-cita untuk menjadi anggota Bomba demi mengubah nasib keluarganya suatu masa nanti. Sehingga kini, posting berkenaan meraih lebih 2,500 ulang kicau (Retweet).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *