Tular perkongsian si ayah yang sebak apabila kini dia hanya keseorangan. Sekali ini pula respon warganet.

Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Rintihan si ayah menjadi bualan warganet dan pelayar di laman sosial Twitter semalam. Apabila seorang pemuda muat naik satu screenshot dari perbualan whatsapp menunjukkan seorang ayah yang sedang selfie sendirian di meja makan disertakan dengan menyatakan rindukan semua anak-anaknya ketika makan bersama dan menyatakan bahawa dirinya sudah biasa sendiri dan bila sudah pergi nanti semua akan sendiri di dalam tempat persemadian nanti.

Rintihan seorang ayah, bila anak-anaknya membesar dan tak lagi duduk bersama, makan bersama. Kenyataan dari si ayah itu mengundang rasa hiba dan sedih rata-rata warganet. Ini kerana setiap orang akan merasa pengalaman ini. Dimana bila anak-anak sudah besar, semuanya sudah bekerjaya dan kebanyakkan akan tinggal di kota manakala ibubapa tetap dikampung, perasaan sunyi itu pasti akan menyinggah ke sudut hati si ibu dan si bapa terutama apabila waktu makan.

Suatu ketika dahulu, waktu makan sangat riuh rendah dengan gelak tawa si anak manakala apabila waktu berlalu, seorang demi seorang pergi dari keluarga ke kota mencari rezeki atau sambung belajar. Tempat duduk di meja makan semakin kosong sehingga tinggalah si bapa dan ibu sendirian. Ya mungkin ada yang berkata tak semua akan melalui, akan tetapi pasti akan ada yang melalui pengalaman ini. Menjengah ke ruangan komen rata-rata pelayar berkongsi pengalaman keluarga sendiri.

“Seronok bercerita.., sedar2 dh habis 3 pinggan..,”

“dia punya rinduu rasa nak k0rek tempat persemadian..,”

“kan.., sunyi ayah dia..,”

“Kitaran hidup namanya..,”

Sumber : Twitter @amrlamnnn by Media Kita

Bapa Seorang Imam Serta Garang Dan Anak Pula Suka Main PUBG. Pemuda Ni Tak Sangka Ayah Dia Hadiahkan Sesuatu Ini

Tanpa kelengkapan seperti kerusi game atau gaming chair bagi seorang kaki game yang gemar bermain permainan video dalam talian sudah tentu rasa tidak lengkap. Perkongsian kali ini mengisahkan seorang anak yang tak disangka diberikan kejutan berupa kerusi game yang merupakan pemberian hadiah istimewa daripada bapanya.

Untuk makluman,perkongsian tersebut dibuat di Tiktok. Pemuda berusia 24 tahun menjelaskan dia sebenarnya baru membeli beberapa kelengkapan untuk kemudahannya bermain permainan video hampir sebulan yang lalu.

“Saya ni memang dah lama ‘hantu’ PUBG. Nak bagi selesa, saya beli beberapa kelengkapan seperti meja dan keyboard secara online.Lebih mesra disapa Elham, katanya, ‘kehilangan’ salah satu daripada enam kerusi meja makan itu menjadi tanda tanya ibunya.

“Mula-mula hilang tu mak bising juga, tapi lepas tu mak okay je. Tapi paling saya tak sangka bila ayah saya buat kejutan hadiah kerusi game untuk saya.”Mak saya suka beli barang online, mungkin mak cadangkan ayah supaya belikan kerusi game tu secara online dengan bantuan abang saya,” ujar anak ketiga daripada empat beradik itu.

Jelas pemuda dari Parit Sulong di Batu Pahat, Johor itu, bapanya yang berusia 52 tahun merupakan salah seorang imam di sebuah surau di Kampung Parit Sentang Batu.”Ayah dulu memang garang dengan anak-anak. Tapi sejak jadi imam ni, perwatakan ayah lebih penyayang dan lemah lembut.

“Dan ayah sporting dengan minat saya bermain game. Ayah pun kadang-kadang suka main PlayStation 4 (PS4) di ruang tamu bila ada masa lapang,” ujarnya yang bekerja sebagai jurujual.”Memang tak sangka ayah buat kejutan. Walaupun saya tahu ayah begitu sayangkan anak-anak dia, tapi saya terharu sangat. Dapat kerusi game tu, memang teruja!

“Sebenarnya elok sangat ada kerusi game ni sebab selain empuk, ia juga menjaga postur tulang belakang kita. Siap ada kemudahan mengurut lagi,” katanya.Dalam kegembiraan itu, bapanya yang juga merupakan penyelia di sebuah kilang turut titip pesanan penting buatnya.”Ayah kata main game, main game juga, tapi jangan tinggal solat. Ayah juga pastikan anak-anaknya selalu baca al-Quran,” katanya.

Suami Ingat Ada Makanan Dalam Kotak Kejutan Sebab Suami Suka Makan. Bila Buka Kotak Ini Hadiah Yang Istimewa Buat Suami

Menarik dan kreatif sungguh idea wanita ini khas buat suami dia yang tercinta. Difahamkan bukan satu tetapi tiga kit ujian kehamilan diletakkan dalam sebuah kotak yang dihias cantik disertakan sekeping nota ringkas, ” Assalamualaikum,hai daddy.”

Perkongsian yang dibuat di Tiktok memeparkan si suami yang berseragam tentera sebak membuka hadiah kejutan tersebut sebelum memeluk isterinya menandakan dia gembira dengan hadiah tersebut. Jelas Isterinya, Nurafidah Ahmad Yusof berkata, kejutan itu dibuat untuk suaminya pada Disember tahun lalu, tetapi video tersebut baru dimuat naik di TikTok pada minggu ini.

Terus berkongsi kisah di sebaliknya, wanita berusia 28 tahun itu memberitahu, ia juga merupakan hadiah paling bermakna sejak mereka mendirikan rumah tangga pada Mac 2019.”Sejak berkahwin, dugaan PJJ (perhubungan jarak jauh) adalah perkara biasa apabila suami yang bertugas sebagai pegawai tentera perlu bertugas di luar kawasan. Pernah dalam enam bulan tu, dua kali je suami balik ke rumah.

“Saya pula adalah suri rumah sepenuh masa kerana suami mahu saya memberi tumpuan pada rumah tangga dan rancangan kami untuk mendapatkan anak,” katanya.Namun sepanjang tempoh hampir dua tahun perkahwinan, dia yang lebih mesra dengan panggilan Effy berkata, rezeki tidak berpihak kepada mereka.

“Setiap kali saya lewat datang bulan (haid), saya yang paling nervous sebab akan periksa sama ada saya hamil atau tidak. Memang menjadi tanda-tanya.”Setiap kali ujian kit beri keputusan negatif tanda saya tak hamil, setiap kali itu juga saya dan suami menangis kerana sentiasa berharap,” ujar anak kedua daripada tiga beradik itu.

Sampai ke satu tahap pada Oktober 2019, katanya, suaminya meminta untuk tidak lagi membuat pemeriksaan apabila lewat datang bulan tetapi jangan berhenti berdoa.”Saya kemudian sekali lagi lewat datang bulan, tapi saya pun biarkan saja. Selepas itu, suami rasa mual, pening, muntah dan tak sedap badan, dan saya pula tak syak apa-apa.

“Tapi period saya delay lagi. Saya tergerak hati nak check, dan terkejut bila kit tunjuk dua garisan tanda hamil. Saya tak percaya, siap call tanya kakak dan mak, mereka kata hamil.”Sampai tiga kit berbeza saya check dan keputusan masih sama, sah saya hamil! Macam tak percaya tetapi syukur Alhamdulillah, dan saya rancang buat kejutan untuk suami bagi memaklumkan saya hamil.

“Bila suami balik ke rumah, dia pada mulanya ingat ada makanan dalam kotak kejutan tu sebab dia ni kuat makan.”Sebaik buka kotak, dia mula-mula blur tengok tiga kit ada dua garis tu sebelum menangis. Tengok suami menangis, saya pun ikut sama menangis,” katanya sambil menambah dia mengalami mual, pening dan muntah tanda-tanda hamil seminggu selepas kejutan tersebut dibuat.

Walaupun suami yang berpangkat kapten sebenarnya begitu tegas ketika menjalankan tugas, namun kata Effy, suaminya juga berhati lembut terutama berkaitan tentang anak.”Sebelum ini saya ada beritahu suami andai kata Tuhan makbulkan doa kami dikurniakan zuriat, suami kena botakkan kepala.

“Suami sebenarnya cukup sayang dengan rambut tapi dia botakkan kepala juga atas anugerah yang Allah SWT beri pada kami. Selepas tu, dia berhari-hari tengok cermin dan ambil gambar selfie sebab tak percaya kepala dia dah botak,” ujarnya secara berseloroh.Menerusi video TikTok itu, Effy yang kini hamil tiga bulan turut mendedahkan sebanyak 11 kit ujian kehamilan dengan keputusan negatif masih disimpannya sehingga kini.

“Sebenarnya lebih banyak kit yang negatif, tapi tak simpan dah buang sebab frust sangat. Tapi walaupun stres atau frust, jangan sesekali berputus asa.”Sebelum ni setiap kali hujan yang dilihat satu rahmat, saya berdoa kepada Allah SWT agar dimakbulkan hajat kami untuk dikurniakan zuriat,” katanya.

Berkahwin Sejak Berusia 14 Tahun Dan Memiliki Dua Orang Anak. Ibu Muda Ini Kongsi Cerita Ditinggalkan Suami

Sudah menjadi lumrah setiap manusia yang hidup pasti akan pergi,tak semua kekal untuk selamanya. Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan momen sedih yang terpaksa diterima walaupun agak pahit untuk ditelan. Lebih menyedihkan lagi apabila ikatan cinta yang terjali terputus dan anak anak langsung tidak dapat kasih sayang seorang bapa.

Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan salah satu momen sedih yang terpaksa diterima walaupun pahit untuk ditelan. Lagi menyedihkan, apabila ikatan cinta yang terjalin selama ini terputus dan anak-anak sama sekali tidak mendapat kasih seorang bapa.

Berdasarkan perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Siti Aishah, berusia 22 tahun, menceritakan pengalamannya menjadi ibu tunggal apabila dia telah ditinggalkan oleh suaminya. Tidak berakhir di situ, video tersebut juga telah trending dan ditonton hampir 200 ribu oleh pengguna laman TikTok.

Ceritanya bermula, apabila wanita ini mula mendirikan rumah tangga ketika dia baru sahaja berusia 14 tahun. Pada masa yang sama dia turut menjelaskan dia sudah melakukan prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah bagi membenarkan dia berkahwin pada usia tersebut.

Dan nak dijadikan cerita hasil perkahwinan tersebut, dia dan suami dikurniakan putera sulung ketika dia baru sahaja berusia 15 tahun, dan selepas dua tahun dia sekali lagi dikurniakan puteri sulung ketika berusia 17 tahun. Kalau 17 tahun ni, tengah tunggu giliran nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun begitu, jodohnya tidak berpanjangan dengan suaminya dan terpaksa membesarkan kedua-dua anaknya tanpa kehadiran suami yang sepatutnya menjadi tulang belakang di sisi. Pada masa yang sama, wanita ini turut menceritakan anak sulungnya sempat berjumpa dengan ayahnya.

Apa yang lebih menyedihkan apabila anak keduanya sama sekali tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan ayah kandungnya sendiri. Hal ini demikian kerana, si ibu telah berpisah dengan si suami ketika dia sedang sarat mengandung tujuh bulan anak keduanya. Walaupun kedua-dua anaknya semakin membesar sehingga ke harini, mereka tidak lagi berjumpa dengan ayah mereka sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini bersama kedua-dua anaknya. Pada masa yang sama, warganet turut mendoakan supaya si ibu terus kuat menjalani hari-hari yang mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *