Tular jurubahasa ini mengalami gangguan sewaktu sedang melakukan rakaman. Tak sangka tiba tiba boleh jadi seperti ini pula.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Kain yang dijadikan sebagai latar belakang tercabut sewaktu jurubahasa, Azlina Mohamed Isa sedang membuat rakaman. Situasi pandemik Covid-19 yang masih belum reda menyebabkan kita semua perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Hampir segala aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian (online) kerana ketika ini rakyat dinasihatkan untuk bekerja dari rumah. Sudah tentunya situasi ini mempunyai pelbagai cabaran yang tersendiri, sama ada dari sudut rangkaian internet, kelengkapan, situasi sekeliling dan sebagainya.

Baru-baru ini tular satu video di mana seorang pensyarah mengalami ‘gangguan’ ketika sedang membuat rakaman sebagai seorang jurubahasa isyarat. Menerusi perkongsian seorang pelayar, Muhammad Azhari Hafiz Kamal Ariffin di Twitter, dia berkongsi detik lucu yang berlaku ketika ibunya sedang tekun beraksi di hadapan kamera.

Perkongsian Azhari mengenai gelagat ibunya menjadi tular di Twitter.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, kedengaran bunyi cicak beberapa saat selepas rakaman berjalan, sebelum secara tiba-tiba kain yang dijadikan latar belakang pula terjatuh.

“Alahai comel jer my mum nak record video tetiba background tercabut,” tulisnya pada perkongsian video berkenaan yang sehingga kini meraih hampir 11,000 retweet.

Kejadian tersebut membuatkan warganet terhibur namun tidak kurang juga ada yang bersimpati dengan ibu pemuda berkenaan yang kelihatan seolah-olah kepenatan. Menurut pemuda berkenaan dan juga adiknya, Nurul Aiman Izzati yang berkongsi cerita, kejadian lucu yang berlaku beberapa hari lalu itu adalah sewaktu ibu mereka, Azlina Mohamed Isa merakamkan video untuk segmen berita Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Antara komen warganet yang kagum dengan kesungguhan ibu Azhari meskipun kepenatan.

“Rakaman dijalankan waktu petang. Sebenarnya sepanjang hari tu ibu ada urusan, jadi berkesempatan rakam video waktu petang tu saja. Kami tolong ibu masa proses rakaman termasuk suntingan kain ‘green screen’ yang dijadikan latar belakang. Masa tu kalau tak silap dah kali keenam rakaman. Sebab tu ibu nampak kecewa sikit. Sebelum tu bunyi motorlah, ada tak jadilah… kali keenam tu background pula yang tercabut. Kami tergelak secara spontan bila tengok background terjatuh sebelum betulkan semula,” katanya.

Menurut Azhari, dia yang bertujuan untuk berkongsi video lucu bersama rakan-rakan pengikutnya di Twitter sama sekali tidak menyangka ia menjadi tular.

Ada yang komen adik saya tak patut ketawa seoalah-olah tak hormat ibu. Sebenarnya, ibu tahan ketawa… disebabkan penat, dia tak jadi nak ketawa.

Gembira dengan respon positif warganet yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat ibu mereka, Azhari dalam pada itu tidak menafikan ada juga warganet yang beranggapan mereka tidak sepatutnya ketawa ketika itu.

“Iya, ada yang komen lucu tapi kesian. Ada yang komen adik saya tak patut ketawa seoalah-olah tak hormat ibu. Sebenarnya, ibu tahan ketawa… disebabkan penat, dia tak jadi nak ketawa. Sebenarnya benda macam tu normal sahaja dalam keluarga kami. Bila video ni viral, ibu terkejut dan malu-malu juga sebab ada rakan staf yang Whatsapp,” ujar pemuda ini.

Ibu Azhari dan Izzati merupakan seorang jurubahasa dan juga pensyarah.

Bercerita serba sedikit perihal ibunya, Azhari berkata wanita itu merupakan pensyarah di sebuah Insitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTA) dan juga jurubahasa isyarat untuk stesen televisyen.

“Ibu memang seorang yang komited. Sekarang ni bila kena bekerja dari rumah, sebelum mulakan pengajaran secara online, dia akan pastikan dah buat persediaan lebih awal. Waktu malam tu dia sedia dah dengan bahan-bahan. Biasalah, peringkat usia macam ibu, pasti agak sukar sikit nak biasakan dengan segala macam teknologi. Kami adik beradik yang akan bantu ibu kalau bab-bab ni. Nampak ibu struggle nak berikan yang terbaik untuk pelajarnya. Jadi baik tenaga pengajar dan juga pelajar, harus sama-sama ada toleransi antara satu sama lain,” katanya lagi.

Tular Di Laman Sosial Guru Ini Alami Gangguan Sewaktu Sedang Buat Sesi PDPR. Sekali Ini Respons Guru Tersebut.

Video Cikgu Sohailawati yang mempunyai gangguan ketika sedang melakukan PDPR bersama anak muridnya menjadi tular di media sosial baru-baru ini. Dikala situasi pandemik kini yang belum dapat bayangannya untuk pulih telah mengubah cara sesi pengajaran dan pembelajaran yang terpaksa dilakukan dalam norma baharu. Pada waktu kini pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telah dilakukan mengikut kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah masing-masing.

Norma baharu ketika ini pastinya memberikan pelbagai dugaan malah bukan sahaja pada pelajar dan ibu bapa tetapi turut terkesan oleh guru-guru yang berusaha sehabis baik untuk memastikan ilmu dapat disampaikan walau apa jua keadaan. Baru-baru ini tular satu klip video menunjukkan seorang guru wanita berdepan ‘gangguan’ ketika sedang membuat rakaman pengajaran di rumahnya.

Menerusi video tersebut, kedengaran bunyi kokokan ayam yang nyaring sewaktu guru berkenaan sedang membuat rakaman, sehingga dia akhirnya tidak dapat menahan ketawa lantas secara spontan mengeluarkan perkataan lucu dalam dialek Kelantan. Sohailawati Ibrahim berkata, kejadian lucu itu berlaku pada hari pertama sesi PdPR iaitu pada 20 Januari.

“Ketika itu waktu pagi kira-kira pukul 9… sedang saya buat rakaman untuk sesi orientasi murid prasekolah, tiba-tiba terdengar bunyi kokokan nyaring. Entah dari mana datangnya ayam-ayam ni… sebelum itu saya dah dua kali ‘take’, tak ada pula bunyi ayam. Tiba-tiba masa tekan butang ‘on record’ kali ketiga, ayam pun berkokok. Masa itulah mereka buat hal… Itu yang terkeluar secara spontan perkataan ‘nate aye’ (binatang ayam) tu. Bunyi itu nyaring sebab ‘meja kerja’ saya tempatkan di ruang tamu,” katanya sambil ketawa kecil. Menurut guru berusia 41 tahun ini, rakaman berjalan lancar selepas dia menghalau ayam-ayam berkenaan.

“Ayam-ayam tu ayam hutan peliharaan kami. Memang nyaring sikit bunyinya. Lepas dah halau tu baru saya rakam semula. Sebenarnya saya tak tahu ia boleh jadi viral sebab saya tak muat naik di media sosial. Selepas buat rakaman, kami para guru prasekolah berkongsi video masing-masing di Group WhatsApp untuk kongsi pandangan dan sebagainya. Masa itu saya berseloroh jangan share di mana-mana, nanti viral. Pada mulanya dikongsi di group sekolah dan keluarga saja… entah macam mana viral baru-baru ini. Masa dapat tahu viral, terkejut campur takut… bimbang juga sebab saya cikgu, takut bagi kesan kepada imej sekolah dan pendidik. Tapi pihak sekolah okay saja. Malah dapat kata-kata positif yang hargai usaha para guru untuk sampaikan ilmu walaupun berdepan cabaran,” ujarnya yang menetap di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ayam-ayam tu ayam hutan peliharaan kami. Memang nyaring sikit bunyinya. Lepas dah halau tu baru saya rakam semula.

Bercerita lebih lanjut, Sohailawati yang merupakan guru di Prasekolah Pelangi, SK Pulau Kundor, Kota Bharu, berkata antara cabaran lain sesi PdPR adalah masalah liputan internet.

Untuk mengatasi masalah liputan internet, Sohailawati dan guru yang lain akan mengaturkan perjumpaan mingguan dengan ibu bapa bagi mengagihkan bahan pembelajaran kepada anak murid.

“Liputan internet di rumah saya okay tapi cabarannya adalah anak-anak murid saya sebab sekolah kami walaupun di Kota Bharu, lokasinya sedikit pedalaman. Jadi ada masalah dari segi liputan internet. Dalam pada itu, tak semua anak murid saya ada akses internet kerana sebahagian besarnya bukan orang senang… ibu bapa mereka adalah golongan nelayan dan pencanting batik. Jadi untuk atasi masalah ini, kami akan adakan perjumpaan mingguan dengan ibu bapa untuk menghantar dan mengambil bahan pembelajaran murid. Ia dilakukan mengikut masa yang ditetapkan guru untuk elakkan perkumpulan.Itulah inisiatif yang kami lakukan untuk pastikan ilmu sampai kepada murid. Yang penting, kami cuba lakukan sehabis baik untuk murid-murid,” ujarnya.

Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Kundor, tempat Cikgu Sohailawati mengajar murid prasekolah.

Tidak menyangka sama sekali videonya tular, Sohailawati bagaimanapun gembira kerana ramai yang terhibur malah turut menzahirkan pujian kerana kagum dengan kesungguhan golongan pendidik.

“Itulah…. kerana ayam, tak sangka pula tuannya viral. Saya okay saja jika ia menghiburkan ramai orang. Dalam pada itu, saya nak ucapkan tahniah kepada semua guru yang gigih untuk memastikan PdPR berjalan seperti biasa walaupun kini dalam norma baharu,” ujar anak jati Kelantan ini lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *