Tak sangka Maryam Duriankimchi lebih memilih islam berbanding sesuatu ini. Dan ini yang Ryzal harapkan.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Dengan gabungan pasangan suami isteri daripada Malaysia dan Korea Selatan, maka tercetuslah Duriankimchi. Nama itu adalah bersempena penyatuan cinta antara Ryzal Ibrahin dan Maryam Younarae yang kini menetap di Malaysia. Kisah mereka mungkin sudah ramai yang ketahui, dengan Maryam memilih Islam dan berkahwin dengan Ryzal.

Pada 12 Februari 2021, satu video telah dikongsikan di Instagram Duriankimchi. Melalui caption, Ryzal menceritakan tentang Maryam yang telah meninggalkan seekor anjiing peliharaannya kerana berpiindah ke agama Islam

“Maryam tinggalkan nenek dan anjiing kesayangan. Setelah 4 tahun membesarkan anjiing, Maryam terpaksa menyerahkan pada orang lain. Sebaknya hati Ryzal bila Maryam lebih memilih Islam daripada anjing yang dulu salah satu punca Maryam teruskan hidup. Lebih menyayat hati bila satu-satunya nenek kesayangan dia membesar bersama juga terpaksa ditinggalkan demi mengikut suaminya.”

Viideo itu juga menunjukkan Maryam menangis kerana terpaksa berpisah dengan haiwan yang dijaganya selama 4 tahun itu. Selain itu, Maryam juga terpaksa berjauhan dengan neneknya setelah berkahwin dengan Ryzal. Tambahan lagi kini jarak lebih memisahkan mereka antara Malaysia dan Korea. Melihat usaha yang dibuat isterinya itu, Ryzal berharap dapat menjadi seorang suami yang terbaik untuk Maryam:-

“Ya Allah, jadikan aku suami terbaik untuk isteriku Maryam. Jauhilah aku dari mengguriskan perasaannya. Kuatkan ikatan cinta kita berdua hingga akhir hayat kami. Untuk sayangku @maryamyunrrr” Maryam kini kelihatan sangat ceria dan boleh menceriakan orang lain pula. Semoga rumah tangga yang mereka bina ini berkekalan selamanya. Sumber: Instagram Duriankimchi

Kain Baju Kurung Maryam Dibuat Samping Ke Majlis Nikah. Ryzal Duriankimchi Kongsi Demonstrasi Menggunakan Kain Baju Kurung Berwarna Hijau Gelap Kepunyaan Isterinya

Ryzal menunjukkan cara memakai samping menggunakan kain baju kurung sambil diperhatikan Maryam.PASANGAN Instafamous yang merupakan suami-isteri Malaysia dan Korea Selatan terus menjadi perhatian, terbaharu dengan kisah demonstrasi pemakaian samping.

Korang (anda) tiada samping untuk ke majlis kahwin? Jangan risau, guna sahaja kain kurung isteri atau mak korang!” menurut keterangan video yang dimuat naik di laman Instagram ryzalibrhm.Popular dengan gelaran Ryzal ‘duriamkimchi’, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim menunjukkan demonstrasi menggunakan kain baju kurung berwarna hijau gelap kepunyaan isterinya, Maryam You Narae untuk dijadikan sebagai samping.

Video tersebut dianggap lucu dan menghiburkan sebelum warganet terkejut apabila tidak menyangka Nik Muhammad Ryzal benar-benar memakai kain baju kurung itu sebagai samping, menerusi video kedua di laman instagramnya yang dikongsi.


Ryzal (kanan) pada mulanya memakai kain baju kurung milik Maryam (kiri).Bercakap kepada mStar, Nik Muhammad Ryzal, 28, berkata, dia memakai samping menggunakan kain baju kurung berwarna krim milik isterinya ke majlis perkahwinan sepupunya di Kuala Lumpur, pada Ahad.

Lebih dikenali sebagai Ryzal, dia sebelum itu telah mencari sampingnya di rumah untuk dipakai ke majlis pernikahan sepupunya di sebelah pagi di Masjid Abu Hurairah di Jalan Ipoh.”Memang hilang betul, dua jam pusing-pusing cari dalam rumah. Akhirnya jumpa kain (baju kurung Maryam) dalam almari nampak macam boleh gantikan, jadi saya cubalah.

“Sebenarnya, saiz pinggang Maryam 27 inci dan saya antara 29 dan 30 inci. Jadi kain baju kurung hijau gelap tu ketat sangat, kena tanggalkan balik dan cari yang sedikit longgar,” katanya kepada mStar.Ryzal (kiri) dan Maryam (kanan) hadir pada majlis perkahwinan sepupunya (dua, kiri). foto ihsan Nik Muhammad Ryzal

Ryzal yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, kain baju kurung kedua berwarna krim milik Maryam yang dicubanya lebih padan berbanding kain pertama.”Ngam-ngam. Longgar sedikit yang kedua ni untuk dilipat dan dijadikan samping untuk pakai ke majlis kahwin.

“Mula-mula tergelak juga dan terfikir nanti orang cakap tak betul tapi bila kemaskan dan lipat kain tu sebagai samping memang langsung tak perasan ia adalah kain baju kurung.”Maryam pun mulanya kata pelik sama macam yang saya fikir, siap tanya banyak kali serius ke saya nak ke majlis dengan kain tu,” katanya.

Ryzal (kanan) dan Maryam kelihatan sedondon dengan busana biru.Setibanya di majlis pernikahan dan persandingan sepupunya, Ryzal bernasib baik kerana tiada seorang pun hadirin yang menyedari samping itu adalah kain baju kurung.”Dah sampai, tak ada seorang pun perasan, jadi Maryam pun diam sajalah,” ujarnya secara berseloroh.

Keselesaan ‘samping’ itu membuatkan Ryzal mampu bertahan memakainya sehingga tempoh enam jam, sambil menambah kain baju urung boleh dipertimbangkan lagi menjadi pengganti samping pada masa akan datang.”Saya buat video tu pun sebab ada follower nak tengok betul ke saya pakai samping guna kain Maryam tu di majlis nikah dan sanding sepupu,” tambahnya.


Ryzal selesa memakai samping menggunakan kain baju kurung isterinya.“Selesa, nak buka senang dan nak lilit balik pun senang sangat. Lebih mudah daripada samping biasa. Cuma ketat di bawah kain bila nak masuk kereta sebab kain tak terbuka jabis.

“Boleh dipertimbangkan sekiranya berlaku situasi kecemasan macam ni. Kepada yang ingin cuba cara baru dan lebih jimat kos cubalah cari kain-kain isteri yang dah lama tak pakai.”Menjimatkan masa dan wang. Tak perlu pening fikir nak beli samping corak yang mana. Kalau tak muat boleh buka zip cuma bahagian kaki tu yang leceh sikit,” katanya.

Warganet Hairan Lihat ATM Paparkan Skrin Di Bahagian Atas Mesin. Mesin Keluar Duit Di Sebuah Negara Ini Menarik Perhatian Ramai Setelah Satu Perkongsian Di Twitter Ini Mula Tular

Kebiasaanya bila tiba masanya untuk keluarkan duit di mesin keluar duit (ATM), ramai akan lebih selesa menggunakan mesin yang tidak digunakan oleh ramai orang.Bukan sahaja dapat jimatkan masa daripada beratur panjang, malah kurang la perasaan diperhatikan oleh orang-orang dibelakang nanti.

Ye lah, semua orang mahukan privacykan?Tapi jangan haraplah untuk dapatkan privasi kalau korang terpaksa gunakan mesin ATM ni.“Memang nak bagi orang tengok ke?”Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun Twitter milik @wapres2024, mesin ATM yang disediakan di satu kawasan di Indonesia ini menarik perhatian ramai.

Manakan tidak, biasanya skrin paparan hanya dilihat oleh pengguna sahaja, tapi lain pula dengan ‘teknologi’ baru ini. Video ini menunjukkan skrin paparan bagi ATM mesin ini diletakkan di bahagian atas mesin, dan boleh dilihat oleh orang yang berada di sekitarnya. 

Ini bukan bohong ya, mesin ini memang betul-betul wujud.Bagaimanapun menerusi akaun Twitter Bank Central Asia (BCA), mereka menjelaskan bahawqa mesin ATM tersebut sudah diperbaiki dan boleh digunakan seperti biasa semula.Yang menarik perhatiannya, rata-rata warganet lebih mementingkan soal baki akaun yang dapat dilihat umum berbanding perihal keselamatan yang sepatutnya diutamakan.

Tular Lelaki Ini Sanggup Lamar Bakal Isteri Dengan Hantaran RM87k Rumah Mewah Serta Set Berlian. Menarik Sekali Status Pasangan Ini Meraih Perhatian Di Indonesia

Benarlah jika ada perumpamaan mengatakan bahawa cinta itu bvta. Kalau hati dan sayang dan berkenan, apa sahaja pasti sanggup dilakukan demi mendapatkan cinta. Malah, ada yang sanggup mmpertrhkan nyawa mereka dan sanggup habiskan wang ringgit. Setuju tak?Seperti perkongsian ini dimana seorang ahli perniagaan sanggup gunakan hartanya demi memiliki gadis idamannya. Bukan sikit jumlah hantaran namun semua dilakukan demi cinta.

Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia selepas sepupu kepada pengantin perempuan memuat naik status mengucapkan tahniah. Difahamkan,seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM87,000).

Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza yang berusia 29 tahun pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Menurut saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti.

Berdasaran maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar. Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.Sumber : Tribun News

Tular Kluster Kenduri Kahwin Di Indonesia. Pemergian Pengantin Perempuan Serta Ibu Bapanya Jadi Tumpuan Ramai Setelah Mengadakan Majlis Perkahwinan 24 Oktober Lalu

Malang tidak berbau. Itu yang boleh digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang pengantin perempuan di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, apabila dia hembuskan nafas terakhirnya bersama ibu bapanya kerana dijangkiti Covid-19.Menurut laporan CNN Indonesia, kes tersebut berpunca gara-gara pihak keluarga mereka mengadakan majlis perkahwinan pada 24 Oktober lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika pengantin perempuan dikenali sebagai L (28), pulang dari Jakarta pada Khamis (22 Oktober), dua hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung di kediamannya.Setelah selesai majlis, L dan suaminya berangkat ke Wonogiri untuk majlis menyambut menantu pada hari Isnin (26 Oktober).

Tetapi dalam perjalanan, L mengeluh bahawa dia merasa sakit dan dibawa ke Hospital Dr. Moewardi di Solo, dan disahkan positif Covid-19.Setelah beberapa hari dirawat, L kemudiannya hembuskan nafas terkhirnya pada hari Khamis (5 November).Lebih memilukan, sehari setelah dia pergi, ibunya (57), disahkan turut dijangkiti dan hembuskan nafas terakhir keesokkannya (6 November) sebelum disusuli ayahnya (60) pada hari Isnin (9 November).

Kes tersebut dikategorikan sebagai kluster baru berkaitan majlis perkahwinan di mana setakat ini seramai 113 kontak rapat telah dikesan.“Kluster baru di Sragen berkaitan majlis perkahwinan di mana tiga orang dalam satu keluarga pergi buat selamanya, dan setelah dikesan, 113 orang menjadi kontak rapat dan sedang menunggu hasil ujian,” kata Ketua Pejabat Kesihatan Kabupaten Sragen, Hargiyanto ketika dihubungi CNN Indonesia.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *