Pelukis ini mencipta namanya di aplikasi TikTok. Tak sangka hobinya kini bertukar menjadi kerjaya sehingga tak menang tangan.

Uncategorized

Zul menjadikan bidang seni itu sebagai sumber pendapatannya. Bermula sekadar hobi di zaman sekolah, kini dia tak menang tangan melayan permintaan pelanggan. Begitulah kisahnya mengenai Muhd Zulfadhli Ismail, 27, pelukis mural dan potret dari Besut, Terengganu yang semakin dikenali ramai. Mesra disapa Zul, dia berkata rezekinya semakin mencurah-curah selepas dia banyak berkongsi hasil karyanya menerusi aplikasi TikTok.

“Hakikatnya ia sekadar hobi je. Dulu saya suka conteng buku latihan sekolah. Kemudian saya melukis dan kongsi video di TikTok. Bermula di situ saya mula dapat permintaan, kemudian ia menjadi kerjaya. Saya tak nafikan, ada ramai pelukis di Malaysia. Tapi Alhamdulillah saya boleh perkenalkan diri melalui TikTok. TikTok juga yang melonjakkan nama saya. Saya dapat beribu-ribu mesej. Dari situ saya fikir, kenapa tak buat bisnes?

Zul minat melukis sejak zaman sekolah lagi.

“Tapi saya ambil harga murah-murah, kebanyakan dalam TikTok pun orang muda,” ujarnya. Kata Zul, dia dihujani banyak permintaan untuk menghasilkan potret, namun menetapkan had 30 keping sahaja dalam tempoh seminggu. Ujarnya, kerjaya utamanya adalah pelukis mural dan dia sudah banyak melakarkan karyanya di negeri Terengganu, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Kelantan.

TikTok ni ada positif, ada negatif. Jadi kita ambillah yang positif.

“Dulu saya kerja kilang, sekarang pelukis mural sepenuh masa. Potret tu sampingan je. Mural ni saya dah buat dalam lima tahun. Potret pun saya buat suka-suka je. Harga saya letak dalam lingkungan RM70 ke RM90 sekeping. Biasanya orang tempah untuk hari lahir, untuk pengantin… untuk diri sendiri pun ada,” ujarnya.

Zul tidak sangka TikTok banyak melonjakkan namanya sehingga dia dikenali ramai.

Dalam pada itu, Zul mendedahkan dia pernah membuang aplikasi TikTok dalam telefonnya kerana kebanjiran kandungan yang tidak berfaedah suatu masa lalu. Namun katanya, dia kembali mendaftar akaun TikTok pada 2018 dan mengakui kini ia banyak diisi dengan pelbagai kandungan bermanfaat oleh warganet.

Video-video lukisan Zul di TikTok.

“Dulu pernah install, kemudian uninstall. Dulu banyak menari je. Tak lama kemudian saya install balik dan mula kongsi video lukisan saya. TikTok ni ada positif, ada negatif. Jadi kita ambillah yang positif. Kita boleh kembangkan bakat hingga boleh menjana pendapatan melalui TikTok.

Zul memiliki ratusan ribu pengikut di TikTok.

“Jangan kita ragu. Sekarang ramai anak muda dah mula lihat yang TikTok boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan,” ujarnya lagi. Sehingga kini, Zul memiliki lebih 420,000 pengikut di TikTok. Untuk rekod, Zul yang juga graduan Seni Halus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pernah memenangi pertandingan TikTok 1million Audition Competition dalam kategori seni sehingga dia diterbangkan ke Korea Selatan pada tahun 2019.

Harga Untuk Buat Haji Di Jepun Sekitar RM23k Hingga RM26k Seorang. Rakyat Malaysia Ini Tampil Kongsi Macam Mana Jepun Urus Jemaah Haji

Macam yang kita sedia maklum,sebagai rakyat Malaysia, mudah untuk kita mengerjakan ibadah haji kerana negara kita ada institusi utama yang kelolakannya iaitu Lembaga Tabung Haji. Adakah anda pernah terfikir bagaiman pula dengan negara lain yang minoritinya orang Islam?

Terbaru, seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun, Zunita Ramli ada berkongsi sedikit info tentang bagaimana umat Islam di negara matahari terbit itu mengerjakan ibadah haji.Adakah benar wujud ‘Lembaga Tabung Haji Jepun’? Mari ikuti perkongsiannya ini.

Umumnya,Kalau di Malaysia, kita ada Lembaga Tabung Haji, tapi di Jepun prosedur haji biasanya diuruskan oleh masjid-masjid Jepun dan antara yang popular adalah syarikat pelancongan seperti H.I.S.Berbeza dengan jemaah haji Malaysia yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji, jemaah haji Jepun ni tak ada subsidi ye. Jadi harga untuk buat haji di Jepun ni agak berbeza dengan di Malaysia iaitu sekitar ¥610,000 – ¥660,000 (RM23k – RM26k) seorang.

Untuk haji, pihak HIS atau masjid juga bertanggungjawab untuk sediakan beberapa siri seminar untuk ajar cara nak mengerjakan haji dan perkara yang berkaitan dengan itu.Untuk orang bukan Jepun tapi tinggal di Jepun (seperti saya contohnya), juga boleh tunaikan haji dari Jepun. Sebenarnya kalau saya nak mengerjakan haji dari Jepun ni peluang tinggi untuk dapat sebab tak ramai yang mohon, cuma sediakan je lah duit RM26k tu. Hehe.

Manakala di Jepun tak ada sistem giliran sebab permohonan nak pergi haji tak ramai dan ianya diuruskan secara “independent” oleh syarikat yang uruskan Haji.Menariknya, kerajaan Arab Saudi ada menaja (kuota 20 orang pada 2019) orang Jepun yang baru memeluk Islam dan generasi kedua mualaf Jepun untuk buat Haji secara PERCUMA. Ini untuk menggalakkan mualaf baru untuk mendekati Islam dengan lebih mudah.Begitulah. #CatatanZunitaDiJepun. p/s: Special thanks to Kaiji Wada & Tuan Zulkarnain Hasan Basri for some info regarding this topic.

Berikut di bawah adalah foto-foto yang turut dikongsikan Zunita tentang suasana persediaan & ibadah haji warga Jepun di sana.Di atas ini adalah seminar persediaan ibadah haji yang dijalankan oleh syarikat pelancongan HIS untuk bakal jemaah haji.

“Gambar ini pernah viral dulu. Sekumpulan jemaah haji dari Jepun dilihat bawa plastik sampah dan mengutip sampah di sepanjang perjalanan mereka.“Hmm. Begitulah yang sepatutnya jika kita benar-benar mengamalkan Islam, kan?” kata Zunita dalam kapsyen gambar tersebut.

Menurut Zunita lagi, bilangan umat Islam di Jepun juga dikatakan berkembang pesat, dipercayai hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.Anggaran tersebut dirujuk melalui sumber Tanada Hirofumi dari Waseda University.

Untuk rekod, merujuk data The Economist, bilangan umat Islam di Jepun pada 2010 dahulu hanyalah sekitar 110,000 orang.Namun menurut rekod terkini pada 2019, bilangan angka tersebut dilapor meningkat ke 230,000 orang, di mana 50,000 daripadanya adalah mualaf Jepun.Sumber: Zunita Ramli

Ulasan Berkenaan Penggunaan Vaksin Dalam Kalangan Umat Islam. Dr Zulkifli Tampil Beri Keterangan Lanjut Tentang Isu Tersebut

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini, minggu depan selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai hal itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas itu bersidang semalam.”Perkara ini sudah dibincang tetapi kita akan mengikut secara tertib dan berhemah yang mana kita akan persembah perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Insya-Allah tidak ambil masa yang lama, dalam minggu depan kita akan bagi kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan video kreatif bersempena Maulidur Rasul 1442H, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata beliau dalam proses mengeluarkan majalah khas untuk memberi penjelasan dan ulasan berkenaan penggunaan vaksin dalam kalangan umat Islam sebagai usaha menangani permasalahan ummah dengan memberi kefahaman yang sebenarnya mengenai perkara itu.Beliau berkata, majalah setebal 40 muka surat itu akan diterbitkan dalam bentuk santai dan mudah difahami kira-kira dua minggu lagi.

Pemergian Pengasas Artortoise Mengejutkan Orang Ramai. Dr Zulkifli Titip Doa Diberi Ganjaran Syurga Dan Dedahkan Sesuatu Tentang Cenderahati Yang Dia Terima

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (gambar kecil) turut berkongsi khabar duka mengenai pelukis itu menerusi media sosial miliknya.PELUKIS karikatur terkenal, Mohamad Ikhsan Kamarudin atau Ise dilaporkan hembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi Selasa.Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Artortoise.

“Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan Kamarudin telah kembali ke rhmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.”Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya beliau ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja,” ujar pengendali Facebook itu.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut berkongsi khabar duka mengenai pelukis itu menerusi media sosial miliknya.Makluman mengenai pemergian pelukis itu menerusi Facebook.Dalam posting itu, Dr Dzulkifli turut berkongsi foto cenderahati yang mempamerkan karikatur dirinya yang diberikan oleh Ikhsan sebelum ini.”Setiap kali terpandang beg cenderahati di pejabat saya, pasti teringat @artortoise.

Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena.

“Lukisan itu hadiah beliau kepada saya. Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena.”Sama-sama kita sedekahkan bacaan Surah al-Fatihah,” ujarnya.Untuk rekod, Allahyarham pernah tampil menerusi temubual mStar pada 12 Februari lalu.

Beg cenderahati pemberian Allahyarham kepada Dr Dzulkifli.Dia pada waktu itu meluahkan rasa terkilan apabila karikatur pelawak, Allahyarham Abam Bocey yang dilukis digunakan sesuka hati oleh pihak tertentu tanpa mendapat kebenarannya.Sebelum itu, dia juga pernah menghasilkan banyak karikatur figura terkenal termasuklah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Persoalan Berkaitan Letak Tangan Di Dada Gantikan Berjabat Tangan Di Norma Baharu Ikut Agama Lain. Ini Jawapan Dr Zulkifli Susulan Soalan Tersebut Meraih Perhatian Ramai

“Tuan, nak tanya bukankah letak tangan di dada sebagai tanda beri salam itu sama seperti menirv cara kaum yahvdi?”Persoalan ini sering diketengahkan oleh masyarakat tentang SOP norma baharu yang dijalankan di negara kita bagi mengelakkan daripada jangkitan wabak Covid-19. Seperti yang kita tahu, letak tangan di dada sebagai tanda hormat menggantikan bersalaman yang menyebabkan sentuhan secara fizikal.

Jadi, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulfikli Al Bakri menjawab persoalan tersebut menerusi laman Twitternya. Jadi, ini jawapan yang jelas daripada beliau.Ia adalah persoalan mushabahah (persamaan), bukan tasyabbuh (penyerupaan). Bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Sheikh Bin Bayyah ada ulas panjang lebar.

Nabi SAW pernah pakai sandal bulu sebagaimana rahib. Rujuk Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar, 1/622.Saya mohon maaf, tetapi saya tidak bertemu apa-apa rujukan yang menyatakan meletakkan tangan di dada menyerupai Yahdi. Apa yang hampir adalah perbuatan menepuk dada (chest thumping) pada hari perayaan Yom Kippur. Pun begitu, ia berbeza dengan perbuatan meletakkan tangan di dada.

Jadi, selepas mendengar dan meneliti tentang penjelasan ini, kita sebagai umat Islam tidak perlulah khuathir dan was-was. Paling penting adalah sama-sama kita menjaga kesihatan dan memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda dunia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *