Nasib tidak menyebelahi pemuda ini bila dirinya sedang asyik test drive. Sekali ini yang berlaku dan ada juga yang mengkritik dirinya.

Amalan Semasa Uncategorized Viral

Nasib yang tidak baik menyebelahi pemuda ini, begitulah pepatah yang sesuai digambarkan dengan kisah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Yazeed Hair Johari ini. Menerusi sebuah ‘posting’ semalam, Yazeed memuat naik video serta gambar kejadian yang tak diingini membabitkan seorang pemandu dan penumpang yang menaiki kereta berjenama mewah Mercedes-AMG E43.

Difahamkan lagi, mereka sedang melakukan ‘test drive’ sebelum berlaku kejadian tersebut yang tidak dapat dipastikan lokasinya. Melalui sebuah rakaman yang dikongsi, kelihatan pemandu berkenaan begitu teruja melakukan percubaan, maklumlah kereta ‘mewah’ dengan enjin berbunyi kuat membuatkan dia seolah-olah terleka ketika memandu.

Ye sedap memang sedap

Sewaktu sedang ‘syok’ menekan minyak dengan kuat… Secara tiba-tiba, pemandu dipercayai cuba untuk mengambil ‘corner’ namun tidak dapat mengawal kenderaan tersebut sebelum terbabas ke tepi jalan serta merempuh sebatang paip air.

“Ya sedap memang sedap. harap penumpang selamat. Apa pun nyawa nombor satu. Serious wey, kereta ‘test drive’ sekalipun, korang jangan ‘lenjan’ macam ni. Cukuplah tarik sikit-sikit untuk rasa sedapnya ‘traction’ dia. Anyway insurans ‘cover’ ke?” tulis Yazeed di bahagian kapsyen.

Menurut Yazeed, kereta baru dan ‘berjenama’ memanglah ‘sedap’ dipandu. Namun, nyawa tetap nombor satu. Dalam pada itu dia berpesan kepada orang ramai agar tidak terlalu teruja ketika memandu walaupun sewaktu ‘test drive’.

Di laman sosial Twitter pula, video berkenaan menjadi tular sehingga meraih 87,600 tontonan apabila ia dikongsi semula oleh @MOFASAD. Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet memberikan pelbagai reaksi termasuk mengkritik tindakan pemandu berkenaan.

Dapat pekerja macam ni, rugi syarikat

Terbabas sebab laju sangat

Pandu rileks2 lah… Nak laju dekat ‘highway’

Siapa sahaja yang tak teruja pandu kereta mewah kan? Apa pun, betul seperti kata brader Yazeed. Nyawa lebih penting! Hati-hatilah sewaktu memandu dalam apa situasi sekalipun. Sumber: Facebook Yazeed, Twitter @MOFASAD

Kini Sudah Menjadi Satu Trend Guna Tayar Jenis Hellaflush. Sekali PDRM Mula Keluarkan Kenyataan Ini Pada Pengguna Kenderaan Yang Menggunakannya.

Kenderaan seperti kereta sudah menjadi satu keperluan di ketika ini. Boleh dikatakan setiap rumah atau keluarga memiliki setidaknya sebuah kereta. Tidak kira golongan berumur atau golongan muda, sesetengahnya minat dengan kereta yang dalam keadaan asal dan ada juga yang minat ubahsuai. Ia terpulang kepada citarasa masing-masing.

Trend modifikasi ‘tayar kang kang’ di Malaysia agak terkenal dan menjadi fenomena kepada pemilik kereta buatan tempatan mahupun buatan luar negara semenjak beberapa tahun lalu hingga kini. Trend ini ada peminatnya tersendiri. Terbaru, Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan melalui Facebook Page rasmi mereka, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pemilik-pemilik kenderaan yang masih menggunakan tayar hellaflush atau lebih dikenali tayar ‘kang kang’.

“Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisik0kan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain,” terang pihak PDRM.

Tambahnya lagi, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Dalam situasi kehidupan kian meruncing sekarang ini, disarankan agar pemilik untuk ubah semula tayar kereta menjadi seperti asal kerana ia menjadi satu kesalahan. – Sumber dipetik dari The v0cket, Facebook Polis Diraja Malaysia 

Heboh Sama Ada Boleh Makan Makan Dine In Dalam Kereta. Sekali Ini Respon Ketua Polis PJ Bagi Menjelaskan Segalanya.

Macam yang kita semua sedia maklum, buat masa ini (PKP) tidak membenarkan mana mana individu untuk makan atau dine in di kedai mahupun di restoran. Malahan hanya perkhidmtan take away sahaja yang dibenarkan.

Jika dilihat, sekarang sudah menjadi trend orang ramai menikmati makanan di dalam kereta dan kenderaan dipakir di hadapan kedai makan berkenaan. Situasi tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai terhadap penularan Covid-19. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ada jawapan dan responnya.

Persoalan terhadap isu ‘dine-in’ makan di dalam kenderaan ini bagaimanapun telah ditanya oleh penyampai radio Kool FM iaitu Izwan Azir Saleh kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.Menurut Asisten Komisioner Nik Ezanee, dia tiada masalah dengan mana-mana individu yang parkir dan makan di dalam kenderaan selagi tidak melnggar syarat dan SOP.

Kalau dia duduk di dalam kenderaan, dia tidak lnggar jumlah tu tak apalah. Kalau dia single atau dua orang, okaylah. Bagi saya, saya tengok tiada pelanggaran syarat di situ. Syarat kata dua orang dalam satu kereta.Tambahnya, sehingga kini di daerah Petaling Jaya masih belum menerima laporan dari mana-mana individu berhubung isu ini. Malah, dia tidak mempunyai masalah dengan konsep ‘dine-in’ di kedai makan tersebut selagi tidak menerima arahan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi saya, tiada pelanggaran kecuali kalau keluar SOP baharu kata tidak boleh makan dalam kereta, baru saya kena lakukan sesuatu di situ. Saya tidak peduli warganet, saya ambil kira arahan pucuk pimpinan saya. Di Petaling Jaya, tiada orang complain atau laporan dibuat.

Tular Pula Servis Dine In Dalam Kereta. Sekali Ini Respon Warganet Lepas Perkongsian Itu Dibuat

Macam yang semua orang sedia maklum.PKP tidak membenarkan orang awam untuk makan di luar ataupun dine in serta di restoran. Hanya perkhidmatan bungkus iaitu take away sahaja dibenarkan buat masa ini. Dan beberapa hari lalu,tular di media sosial orang ramai yang makan di dalam kereta menggunakan sebuah meja kecil yang diletakkan di bahagian sterimg. Susulan tindakan segelinit pengusaha kedai makan yang menawarkan perkhidmatan ini demi memudahkan pelanggan.

Perkongsian yang berdurasi seminit itu memaparkan pasangan ini makan menggunakan meja tersebut di dalam kereta. Menarik sekali apabila makanan tersebut dihidang menggunakan pinggan seperti di dalam restoran. Namun ada segelintir warganet beranggapab dine in dalam kereta seperti ini tak perlu diteruskan bagi menyekat penularan pandemik. TAmbah mereka,orang ramai perlu bungkus dan makan di rumah atau di tempat tertutup sahaja memandangkan PKP kini dilaksanakan di seluruh Malaysia kecuali Sarawak.Sumber : Amey Musa

Warganet Ini Tampil Berani Kritik Kepada Peniaga Yang Tak Pandai Masak Dan Masih Jual Makanan. Sekali Ini Respon Warganet Lain

Bak kata warganet,tak semua orang meiliki kebolehan untuk memasak dalam skala yang agak besar,khususnya dijadikan sebagai bahan jualan. Banyak ragam pelanggan yang menjadi cabaran utama buat setiap peniaga. Tak dinafikan ada pelanggan yang cerewet,mengada ngada dan ada pula yang baik hati dan cukup memahami kesusahan para peniaga.

Terkini,lain pula ceritanya apabila rungutan seorang pelanggan yang tular di laman FB dan Twitter.Kata individu yang tidak dikenali itu,dia memohon mereka yang tidak pandai memasak agar tidak menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan.

“Siapa yang tak pandai masak, tolonglah jangan berniaga. Stress betul la, beli-beli tak sedap.”Bukan tak bersyukur, tapi kalau dah tak reti masak tu, tak payah berniaga boleh tak?” soal individu itu.Rungutan seorang individu mengenai kualiti rasa makanan yang dibeli tular di media sosial.

Katanya lagi, dia berhak berkata demikian memandangkan makanan tersebut dibeli menggunakan wang miliknya sendiri.”Ingat orang beli guna daun ke? Kalau tak reti masak, belajarlah. Ni dah tahu tak sedap, masih nak jual.”Time awak masak, awak tak try ke benda tu sedap atau tak?” soalnya lagi.

Dikongsi di Facebook, paparan skrin kenyataan lelaki itu ditularkan pula ke laman Twitter sehingga menerima lebih 5,600 ulang kicau (Retweet).Jika disoroti ruangan komen, ramai warganet turut meluahkan pendapat dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Tambah warganet lagi, tak semua individu memiliki kebolehan untuk memasak dalam skala besar, khususnya untuk dijadikan sebagai bahan jualan.Malah, ada dalam kalangan peniaga sendiri yang turut bersetuju degan kenyataan itu.”Betul tu! Dulu sebelum saya mula niaga pun saya test banyak kali sampai kena kat tekak baru jual. Kesianlah kat pembeli kan kalau dapat yang tak sedap.

“Betul. Tekak nak makan laksa, bila dapat rasa macam makan cuka je. Kurang sedap tak apa, jangan sampai hilang rasa makanan tu.”Yang paling sedih bulan puasa, mak ayah kumpul duit nak beli makanan kesukaan anak-anak, last-last dapat yang entah apa-apa.”Yang aku pelik tu, keluarga dia tak rasa dulu ke makanan tu sebelum jual?” soal beberapa wargamet di Twitter.

Tak Sangka Ikan Ini Hanya Chef Ternama Yang Sering Masak. Warganet Terkejut Dengan Harga Ikan Yang Semahal Ini Dan Ini Respon Warganet.

Pastinya di pasar-pasar basah terdapat macam-macam jenis ikan yang tersediakan untuk dijual pada orang ramai. Harga-harganya juga mengikuti jenis ikan dan berat ikan itu sendiri. Malah, tahukah anda, ada juga ikan yang mencecah sehingga ribuan ringgit. Namun siapa sangka, walaupun harganya yang begitu mahal, permintaannya juga tetap tinggi dalam kalangan peminatnya sendiri. Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Humansicks, menceritakan mengenai spesis ikan yang dijual dengan harga yang mahal. Rata-rata warganet terkejut apabila mengetahui harga sebenar ikan tersebut, memang ikan kayangan ni!

Ikan kayangan

Mengikut gambar tersebut, Ikan sejenis Empurau ini kebiasaannya dijual dengan harga RM500 per kilo. Jadi jika dikirakan semua, ikan ini seberat 11 kilogram dan menjadikan harganya sebanyak RM5,700. Dengan harganya yang sebanyak ini dah mampu beli Iphone 12 Pro Max.

Hasil info yang diperoleh, ikan ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sarawak dan ia merupakan ikan paling mahal pernah dijual di Malaysia. Malahan, ikan Empurau ini mempunyai beberapa nama lain iaitu Raja Ikan Sarawak, Ikan Kelar dan bagi di semenanjung ikan ini dikenali sebagai Ikan Tengas. Manakala, dari segi rasa pula, ikan ini dikatakan mempunyai rasa-rasa lemak-lemak manis.

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersetuju dan menyatakan ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga mahal berikutan kesukaran untuk mendapatkan ikan jenis ini. Malahan, ikan-ikan ini lazimnya dimasak di hotel dan restoran-restoran mahal mengikut permintaan pelanggannya.

Info ikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *