Jiran ini ambil keputusan ini setelah mendengar jeritan dari rumah sebelah. Rupanya ini yang berlaku.

Amalan Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga Semasa Uncategorized

Isu rumah tangga di mana si isteri dilakukan seperti ini oleh suami yang tidak bertanggungjawab bukan satu isu yang baharu di negara kita. Bahkan, menerusi statistik yang dikeluarkan oleh yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 3,753 kes dicatatkan melibatkan si isteri menjadi individu tempat melepaskan kemarahan suami sendiri.

Pada masa yang sama, lazimnya isteri akan bertindak berdiam diri kerana tidak mahu suaminya ditahan oleh pihak polis. Seperti video yang dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Miss Janda di laman TikTok, yang tampil membuat laporan polis selepas mendakwa jirannya telah dilakukan seperti ini oleh suami sendiri.

Laporan polis dibuat

Menerusi video tersebut, wanita ini mendakwa jirannya telah dilakukan sesuatu oleh suaminya sendiri berikutan terdengar suara jirannya yang menjerit menahan sakit. Pada masa yang sama, teori tersebut dikuatkan lagi, apabila anak kepada jirannya turut menjerit supaya ayahnya tidak lagi lakukan seperti itu pada ibunya.

“Kau jangan berani dalam rumah, kau keluar rumah duduk depan ini. Aku cakap dengan kau, jangan berani pukul dia je. Kau dah kahwin dengan dia patut jaga dia, bukan pukul dia. Kau nak aku report polis ke.”

Berikutan terdengar jeritan itu, wanita ini tampil untuk berdepan dengan lelaki itu dan memberi amaran untuk membuat laporan polis jika lelaki itu masih melakukan seperti ini pada isterinya. Pada masa yang sama, dia sempat mempersoalkan tindakan lelaki itu, yang sepatutnya menjadi pelindung buat keluarganya bukan sebaliknya.

Ok polis sampai, selepas kita buat report. Sebab dia tak nak keluar polis sampai. Kita tengok apa yang terjadi. Susulan pada itu, wanita ini tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan daripada jirannya terus dipukul.

Jiran prihatin

Sumber: Miss Janda

Isteri Ajak Berdepan Bersama Suami Dan Kekasihnya Untuk Selesaikan Masalah. Sekali Tak Sangka Ini Pula Yang Suami Cakap Pada Isteri.

Nama saya Aina dan suami saya Zikri. Saya bekerja sebagai doktor dan suami pula Engineer. Baru-baru ini, kami baru sahaja genap 10 tahun berkahwin. Alhamdulillah, hidup kami sekeluarga sangat bahagia dan turut dikurniakan sepasang cahaya mata yang berusia 6 tahun dan 4 tahun. Namanya, Amar dan Alisa. Sepanjang perkahwinan, suami melayani saya dengan sangat baik dan selalu pentingkan keluarga dahulu berbanding perkara lain. Malah, dia juga tidak pernah mengabaikan saya termasuk tanggungjawab zahir dan batin. Anak-anak juga lebih manja dengan bapa mereka.

Sekitar 2 bulan yang lalu, saya dikunjungi seorang pesakit yang bernama Farah. Dia tampil kerana ingin melakukan pemeriksaan lanjut. Sewaktu saya sedang menjalankan rawatan padanya, tiba-tiba dia bertanyakan soal suami saya. Saya agak terkejut dengan soalan itu dan terus saya bertanyakan bagaimana dia boleh mengenali suami saya. Lalu, dia terus akui dia adalah kekasih suami saya.

Saya agak terkejut dengan kenyataan yang dia berikan walhal saya tidak pernah mengenali dirinya di luar. Namun, saya cuma ragu-ragu dengan apa yang dia katakan itu kerana saya tidak rasa suami saya akan berbuat begitu. Malah, suami saya juga kerap berada di rumah dan tidak pernah keluar sendirian tanpa saya. Waktu pagi, kami akan pergi kerja bersama-sama dan waktu petang juga dia akan menjemput saya untuk pulang. Pada hujung minggu pula, kami akan meluangkan masa kami bersama anak-anak.

Disebabkan saya tak nak perkara itu kerap bermain di fikiran saya, jadi saya ambil keputusan untuk bertanyakan pada suami. Namun, dia turut menafikan perkara itu. Jadi, saya pun menyangka mungkin Farah sengaja untuk melakukannya ataupun dia tersalah orang.

Tiba-tiba sewaktu suami saya pergi ke tandas dan saya sedang mula untuk memejamkan mata, telefonnya kerap bergetar menandakan ada orang menghantar pesanan ringkas di Whatsapp. Dan bila saya lihat mesej dari orang yang dinamakan sebagai ‘sayang’. Saya turut terkejut dengan apa yang saya lihat. Malah, latar belakang Whatsapp nya juga gambar dirinya bersama Farah.

Luluh hati saya sebagai seorang isteri bila melihat itu semua. Saya menangis tanpa suara. Tuhan je tahu apa yang saya rasa ketika itu. Saya cuba untuk berdiam tapi terkantoi juga pada suami. Dan saya berterus terang apa yang saya nampak sebentar tadi. Suami tidak henti-henti keluarkan perkataan maaf dan menjelaskan siapa wanita itu.

Rupa-rupanya wanita itu adalah rakan sekerjanya. Mereka mula rapat sejak 1 tahun yang lalu dan suami akui dia hanya berhubung melalui telefon sahaja. Mereka kerap bertemu sewaktu keluar makan tengahari bersama-sama. Saya akui saya bukanlah seorang isteri yang kerap memeriksa telefon bimbit suami. Suami juga akui dia cuba untuk memberitahu, tapi dia sering merasakan keadaan tidak mengizinkannya. Saya merasakan hari itu adalah hari yang paling buruk seumur hidup saya. Saya mohon agar Allah berikan saya kekuatan untuk saya tempuhi semua ini.

Sejak itu, saya membuat keputusan untuk duduk semeja bersama suami saya dan juga Farah. Suami akui situasi inilah situasi yang paling dia takuti selama ini. Dia juga katakan yang dia memang sayangkan saya dan pada masa yang sama dia juga amat menyayangi Farah. Malah, dengan tiada rasa segan silunya dia meminta izin untuk bernikah dengan Farah dan berjanji dia akan berlaku adil pada saya.

Dari segi luaran, Farah nampak sopan, bertudung tutup dada, berstokin dan tutur katanya lembut. Berkali-kali dia memohon maaf kerana mengguriskan hati saya dan menjelaskan dia tiada niat untuk menghancurkan rumah tangga saya, tetapi sekadar menumpang kasih.

Saya tidak tahu dari mana akalnya seorang suami sanggup menduakan seorang isteri tanpa alasan yang kukuh sekalipun. Bagaimana seorang wanita sanggup memikat hati seorang suami orang untuk dirinya sendiri. Bertepuk sebelah tangan pastilah tiada bunyi kan ? Mustahil untuk saya tidak merasakan apa-apa sedangkan orang yang saya telah percayai selama ini lakukan begini pada saya.

Menurut Farah, dia terpikat dengan suami saya kerana sikap suami yang baik dan mengutamakan keluarga. Malah dia langsung tidak malu mengakui bahawa dialah yang mula mendekati suami. Nekad betul ye? Saya suka sikapnya yang berterus terang itu walaupun hanya mengambil masa 1 tahun. Namun agak terkilan sedikit kerana dalam masa 1 tahun itu saya dibiarkan syok sendiri dan yakin hati suami hanya untuk saya. Namun Allah Maha Kuasa. Setelah mendengar penjelasan mereka, maka saya beri keizinan tetapi dengan syarat, suami perlu melepaskan saya. Suami tidak setuju dan meminta saya menerima Farah sebagai madu. Farah pula menangis memohon agar saya tidak merumitkan lagi keadaan.

Siapa yang mahu dirinya bertukar status janda. Saya tidak mahu pun jadikan hal ini bertambah kelam kabut. Saya cuma tidak sanggup untuk dimadukan. Sekiranya suami sudah pilih untuk menduakan saya selama ini pastilah ada kelebihan Farah tapi tiada pada saya. Mungkin saya sudah tidak boleh menjadi yang terbaik untuk suami saya.

Perbincangan hari itu tidak berakhir dengan baik. Saya tetap dengan keputusan saya meminta untuk dilepaskan. Selepas pertemuan itu juga, suami berkali-kali merayu agar saya menerima perkahwinan itu. Malah dia melabelkan keengganan saya sebagai ego dan tamak. Ego ke saya? Tamak ke saya? Sepanjang perkahwinan saya cuba menjadi isteri terbaik. Saya jalankan tanggungjawab dan hanya cintakan suami saya sepenuh hati. Rasanya saya berhak untuk mendapat sepenuh cinta juga. Setiap suami pasti takkan faham apa perasaan seorang isteri saat dia tahu dia bakal dimadukan.

Tolonglah, tidak mudah bagi saya. Saya tidak mampu. Saya percaya satu hati untuk satu nama. Saya percaya hati itu milik Allah, Allah juga yang mengubah hatinya untuk wanita itu. Saya tidak menolak poligami itu sunnah Rasul tetapi saya juga manusia biasa. Saya tidak yakin saya akan ikhlas, maka lebih baik berundur lebih awal.

Saya meminta untuk dilepaskan bukan kerana tak sayang, tetapi kerana suami tidak jujur. Walaupun suami tiada niat untuk berkahwin dengan wanita itu, saya akan tetap meminta untuk dilepaskan. Saya tidak boleh menerima apa yang suami lakukan ini. Sungguh sakit untuk ditelan, perit. Tak apalah, semoga semuanya selamat.

Dengan anak-anak juga saya telah jelaskan yang ibu dan ayah dah tak boleh duduk bersama-sama. Nanti mereka akan ada ibu yang baru dan perlu hormat serta sayang dia seperti mana mereka hormat dan sayang saya. Alhamdulillah, anak sulung faham, tetapi yang bongsu ini belum mengerti sepenuhnya. Maklumlah baru berusia 4 tahun. Syukur saya dikurniakan anak-anak yang kuat seperti ibunya.

Saya nekad untuk dilepaskan. Saya lakukan ini bukannya sya tak fikirkan nasib dan perasaan anak-anak. Tapi perasaan saya sendiri sudah tidak boleh menerima kenyataan ini. Saya yakin suatu hari nanti anak-anak pasti akan memahami tindakan saya ini. Khamis depan, saya akan dilepaskan. Wallahi, saya redha, rela dan pasrah.

Kepada suami, semoga bahagia selamanya. Jagalah keluarga baru awak elok-elok. Terima kasih sebab jaga saya selama ini. Saya harap bakal isteri awak dapat menjaga Along dan baby seperti anak sendiri. Saya tak menyimpan perasaan negatif dalam diri saya pada suami mahupun Farah, saya okey. Awak tahu saya kuat kan? Terima kasih sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *