Hafiz Mahamad kini tampil untuk bantu keluarga ini. Tak sangka ini yang berlaku pada keluarga ini.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Instafamous dan usahawan, Hafiz Mahamad membuatkan orang ramai memberikan pujian kepadanya apabila dia berkongsikan kisah tentang pasangan yang menghadapi kesulitan lalu dibantunya. Suami kepada usahawan terkenal, Syafiqah Aina ini memberitahu bahawa dirinya ke Johor Bahru kerana sedih melihat keluarga berkenaan yang mana suami kehilangan kerja akibat PKP manakala rumah dan kereta juga sudah banyak bulan tidak dibayar.

Perkongsian Hafiz Mahamad bagaimanapun disertakan bersama satu rakaman video memaparkan sepanjang dia memberikan bantuan kepada keluarga itu dengan membantu mencarikan rumah serta terus membayarkan sewa sehingga lelaki itu kembali mempunyai perkerjaan.

“Hari ini saya pergi carikan rumah sewa dan bayarkan terus sewa dia sehingga suami dia ada kerja balik. Kereta & roadtax yang tertunggak saya bayar untuk suami dia buat kerja ninja Van. Saya tanya mereka, makan minum macam mana. Suami dia cakap, sejak hilang kerja. Duit makan minum Alhamdulillah ada sedikit sebab isteri berniaga @ainaabeautyofficial, isteri dia team saya.”

Ruangan posting dikongsikan Hafiz Mahamad bagaimanapun mengundang peminat dan pengikut membanjiri ruangan komen bagi memuji tindakannya itu.

Sumber: BacaViral

Kini Hafiz Mahamad Pula Tampil Memberi Bantuan Pada Tok Wan Yang Memerlukan. Turut Siap Bantu Uruskan Barang Keperluan Utamanya Ini.

Personaliti media sosial, Hafiz Mahamad mendapat perhatian selepas membantu mangsa kebakaran yang dikenali sebagai Tokwan.Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Hafiz memberitahu dia telah membina sebuah rumah baharu buat Tokwan bagi meringankan bebannya. Menurut Hafiz, bukan rumah Tokwan sahaja yang terbakar sebaliknya wang hasil pencarian titik peluh dan motosikal anaknya juga turut musnah.

“Sedih dengar cerita mereka, motor dua biji habis dan barang-barang dalam rumah semua habis. Paling sedih, duit Tokwan hasil dari padi baru je dapat pun habis terbakar. Saya cuba bantu mereka untuk bina sebiji rumah yang baru atas tanah yang sama. Alhamdulilah cukup semuanya cost yang diperlukan setakat ini. Saya belikan motor untuk anak bongsu Tokwan, sebab motor yang biasa dia hantar anak-anak pergi sekolah dah terbakar juga. Walaupun rumah terbakar, Tokwan setiap hari datang rumah tu pukul 8 malam – 11 malam. Dia tak sayang rumah tu, dia rindu kenangan yang ada bersama isterinya dalam rumah tu. Mereka tak henti ucap terima kasih. Alhamdulilah walaupun saya baru kenal mereka dari ujian ni. Mereka adalah sahabat sahabat saya. Ada sedikit bahagian dari perniagaan saya dan sahabat sahabat saya semua. Saya kongsikan pada sahabat kita yang memerlukan, kamu semua sahabat saya. Terima Kasih, saya sayang awak semua,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih kepada Hafiz atas niat murninya. “Alhamdulillah… Moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada Hafiz dan keluarga. Moga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah juga buat Tokwan dan keluarga,” komen @_wanisrosley_.“Allahuakhbar, sedihnya! Semoga dipermudahkan dan semoga abang Hafiz sekeluarga murah rezeki amin,” doa @ zahirahabdullah_.Hafiz yang juga merupakan suami kepada Instafamous Syafiqah Aina sebelum ini terkenal sebagai antara individu pemurah.

Hafiz Mahamad Sanggup Nak Belanja 100 Orang Untuk Sesuatu Ini. Ramai Yang Mendoakan Kesejahteraannya.

Sebelum ini, usahawan dan personaliti media sosial Hafiz Mahamad disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Pulau Pinang atas urusan kerja. Hari ini, usahawan berusia 27 tahun itu terpanggil untuk membantu seramai 100 individu yang tidak berkemampuan bagi melakukan ujian saringan Covid-19.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Hafiz berkongsi berita baik tersebut kepada para pengikutnya demi membantu mereka yang memerlukan.

“Esok saya nak bantu 100 orang untuk buat swab test. Minta doa sahabat semua, ada sebab saya buat. Swab test harga RM200-300. Bukan semua yang mampu & mereka tak tahu macamana keadaan mereka. Saya kesian sangat bila dengar ada yang cakap ‘nak buat mcmana bang, ok tak ok kami kena kerja mcm biasa sebab nak buat swab pun kami kena perah tenaga. InsyaAllah, apa sedikit yang ada saya cuba bantu sebab awak semua sahabat-sahabat saya,” tulisnya pada kapsyen posting.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan usahawan tersebut kerana sering menghulurkan bantuan kepada insan yang memerlukan. Malah, ada juga yang ingin mengambil ujian secara percuma berkenaan serta mencadangkan individu yang perlu diberi keutamaan.

Alhamdulillah! Moga dimewahkan rezeki

Semoga dilimpahkan rezeki untuk Hafiz sekeluarga

Mashaa Allah baik sangat

Beri keutamaan kepada mereka…

Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Syafiqah Aina pada 24 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Raisya Arisa. Sumber: Instagram Hafiz Mahamad

Hafiz Mahamad Dan Syafiqah Aina Tidak Sangka Boleh Terima Bantuan Tepi Jalan. Rupanya Ini Ceritanya Bagaimana Dia Bertemu Individu Ini.

Nama Hafiz Mahamad sememangnya sudah dikenali ramai lebih-lebih lagi selepas video beliau membantu menguruskan sahabat baiknya tular sehingga ke negara jiran, Indonesia. Kini, giliran Hafiz dan Aina pula dibantu oleh penduduk kampung di sekitar Gua Musang.

Semenjak 3 Disember lepas, kita telah dikejutkan dengan berita kejadian banjir, tanah runtuh serta kesesakan jalan raya di seluruh negara. Seperti biasa, Hafiz pastinya akan kongsikan apa-apa update yang berlaku sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan tanpa disangka keluarga kecilnya itu turut memerlukan bantuan segera.


Tidak menyangka akan tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas, Hafiz dan Aina tidak menyangka bahawa susu dan pampers anak mereka iaitu Raisya Narisa tidak mencukupi. Disebabkan itu, Hafiz telah membuat Instagram live untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk setempat mengenai kedai runcit yang berhampiran.

Tidak sangka rupa-rupanya ada pemandu lain berdekatan telah menonton siaran Instagram live Hafiz dan bergegas memberi bantuan kepada mereka. Terharu dengan apa yang berlaku, Hafiz berjanji untuk berjumpa dengan dua individu berkenaan selepas tiba di Kuala Lumpur nanti.

Rata-rata warganet terharu dengan kejadian tersebut dan meninggalkan komen bahawa ini merupakan balasan kepada Hafiz yang sentiasa bermurah hati untuk membantu orang lain. Semoga perkara ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua untuk terus membuat kebaikan kepada orang lain.

Dulu Hafiz Mahamad Ada Wakafkan Van Ni Di Masjid. Tidak Sangka Hari Ini Van Ini Juga Dapat Membawa Temannya Ke Rumah Abadinya.

Seorang usahawan dikenali ramai Hafiz Mahamad berkongsi berita duka apabila sahabat baiknya, Loh atau nama sebenarnya Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor telah pergi selamanya, pagi semalam. Hafiz yang juga seorang instafamous berkata, dia telah bergegas pulang ke Kelantan dengan menaiki kapal terbang pada pukul 10 pagi.

” Sahabat saya Loh baru saja pergi pagi tadi. Jadi, 10 pagi saya akan ke Kelantan. Masa terakhir saya jumpa, masa tu saya dah tau berapa lama jangka hayat dia boleh bertahan. Sebab saya ada juga tanya jururawat,” katanya menerusi Instagram Stories. Hafiz turut menulis entri yang menyentuh perasaan ramai.

Siapa sangka Allah membuka hatinya sebelum ini untuk mewakafkan sebuah van jnzah kepada sebuah masjid, kini van itu juga Hafiz pandu untuk membawa jnzah sahabat baiknya itu.

” Ini kali terakhir aku datang sahabat. Subuh tadi saya terima call sahabat saya loh dah tak ada. Ya Allah, sebak dan terkejut terus hati saya. Saya terus beli ticket flight dan fly ke Kelantan. Keluarga sahabat semua tunggu saya sampai untuk uruskan jnzah. Waktu di Airport, menitis air mata saya. Rindu dan cinta sangat dkt sahabat saya. Bila sampai di Kelantan terus ke bilik jnzah, Ya Allah saya tak boleh tahan lagi diri ni. Sahabat yg membesar dan selalu sokong. Sekarang berada dalam alam lain dan saya hanya mampu rasa tangan sahabat dgn sentuh kain tu. Tangan sahabat tu lah yg selalu angkat doa dan usap kepala saya dulu untuk tenangkan saya.”

Guna van jnzah yang diwakafkan untuk bawa Loh

” Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jnzah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jnzah sahabat saya loh. Sampai di Masjid, saya imamkan solat jnzah. Orang orang kampung saya ramai sangat datang untuk solat. Takbir pertama saya okay, takbir seterusnya. Saya start menangis, sebak, badan saya menggigil dan suara saya tak dapat tahan lg sebak tu. Saya ke tempat persemadian, saya turun ke lubang itu. Saya nak sentuh dan rasa tubuh sahabat saya hingga ke penamat. Loh, aku dh laksanakan janji aku dkt mu sebagai sahabat. Dari mu sakit sampai ke penamat, aku ada dgn mu. Sebab apa? Sebab aku tahu mu nampak aku dan aku nak mu tahu aku betul-betul nak jadi sahabat mu dunia akhirat. Tiba waktu aku nanti loh. Selepas mu tarik keluarga ke syurga, tarik lah aku ke syurga wahai sahabat. Tenanglah mu ktsana. Aku disini akan terus berjuang untuk keluarga, team, orang memerlukan dan sahabat sahabat kita yg lain loh. Ini semua “Kejayaan Demi Kebahagiaan”. Jumpa mu nanti disana nanti,” akhiri Hafizi.

Berkawan sejak kecil, berjanji untuk saling membantu

Sebelum ini, kisah Hafiz pernah menarik perhatian ramai apabila sanggup merentas negeri untuk bertemu dan menghadiahkan dia sebuah kerusi roda elektrik bagi memudahkan pergerakan sahabat baiknya itu. Melihat keadaan sebegitu, Hafiz akui mahu menitiskan air mata namun dia kuatkan diri dan terus siapkan sahabatnya itu untuk dibawa ke hspital Katanya, mereka sudah berkawan baik sejak kecil dan masing-masing pernah berjanji untuk saling membantu jika ada antara mereka yang memerlukan pertolongan.

” Bila sampai rumah tadi, Ya Allah. Nak nangis tapi tahan, pakaikan dia spender baju dan angkat dia ke hospital. Kami selalu mandi sungai kecik kecik dulu, ingat lagi. Bawah jambatan, kita 4 sahabat janji. Time tu saya cakap,” tulis Hafiz Mahamad sebelum ini di mana kisah mereka menjadi tular.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *