Gadis ini sebak kongsi sarung topi konvo pada bapanya dengan cara ini. Warganet sempat mendoakan kesejahteraan bapanya.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Kehilangan insan tersayang dalam kehidupan sememangnya sesuatu yang sangat memilukan. Lebih-lebih lagi jika insan itu merupakan ibu atau bapa kita. Baru-baru ini, seorang gadis berasal dari negara jiran, Indonesia memuat naik satu video menerusi akaun TikTok miliknya, @yussrilinnah.

Video pendek itu memaparkan gadis itu sedang menziarahi tempat persemadian bapanya, yang dipanggil ‘abah’, dan dia dilihat memakai jubah lengkap dengan ‘mortar board’ di atas kepala kerana baru sahaja menamatkan pengajiannya.

“Mungkin jika abah ada sewaktu majlis tamat pengajian kelmarin pasti seperti ini,” tulisnya pada video berkenaan. Namun, apa yang menyedihkan dalam video tersebut adalah saat dia menanggalkan ‘mortar board’ dan meletakkannya di atas batu tempat persemadian, seakan-akan dia sedang menyarungkannya di atas kepala bapanya. Akibat tidak dapat menahan kesedihan, dia mengusap kedua-dua pipinya berkali-kali untuk mengesat juraian air mata yang jatuh merindui bapanya.

Jika bapanya masih ada, kalau waktu diputar kembali, dia ingin meluahkan segala kegembiraan dalam hati, memandang tepat ke anak mata bapanya dan memberitahu: ‘Abah, anakmu ini telah berjaya membuat abah bangga!’. Tetapi sayang seribu kali sayang, luahan itu tidak akan sampai kepada orang yang dituju kerana bapanya itu telah pergi buat selama-lamanya. Tiada lagi senyuman serta pujian daripada seorang ‘bapa’, tanda bahagia tatkala melihat kejayaan yang diperoleh oleh anak gadisnya itu di dunia ini.

Di ruangan komen pula, rata-rata warganet sebak dengan tindakan dan situasi yang menimpa gadis ini. Tidak lupa juga, rata-rata mereka turut berkesempatan untuk mendoakan buat bapanya dan juga beri semangat buat gadis ini.

Semoga bapa kamu ditempatkan di syurg4 paling tinggi

Bapa kamu sangat bangga dengan kamu

Tahniah sis, kuatkan semangat

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan pergi menghadapNya. Sementara mereka masih bersama dengan kita, hargailah kedua orang tua kita dan luangkan masa bersama selagi berpeluang. Hidup ini sementara. Tunjukkan pada mereka betapa kita sayangkan mereka… Semoga sis itu kuat menghadapi segala ujian dalam hidupnya. Amin! Sumber: TikTok @yussrilinnah

Pemuda Ini Sehinggakan Menangis Teresak Esak Di Hari Konvo Hanya Kerana Satu Sebab Ini. Dan Lagi Yang Tak Disangka Pak Guard Garang Itu Datang Memujuknya Pada Hari Itu.

Fairuz mengimbas semula kenangannya sewaktu majlis konvokesyen di universiti. Majlis konvokesyen pastinya menggamit kenangan terindah buat mereka yang menamatkan pengajian di universiti. Namun, seorang pemuda melalui pengalaman yang menyayat hati apabila detik manis menerima skrol di atas pentas tidak dapat disaksikan oleh keluarganya.

Berkongsi pengalaman, pemuda itu, Mohammad Fairuz Junaidi berkata, kejadian berlaku selepas tamat pengajian peringkat Diploma Seni Reka Grafik dan Media Digital pada majlis konvokesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor pada 2009. Bagaimanapun, pemuda berusia awal 30-an itu mengakui sedih kerana majlis tersebut tidak disertai oleh keluarganya di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Jubah universiti yang mengingatkan Fairuz mengenai kenangan konvokesyen.

“Saya tahu famili tak dapat datang sehari sebelum majlis, masa tu saya okay je. Tapi bila tiba hari konvo, saya mula sebak bila tengok rakan-rakan dengan keluarga masing-masing. Perasaan sebak saya ditahan-tahan sehingga naik ke pentas terima skrol. Tapi bila semua keluar dewan tengok kawan-kawan peluk keluarga masing-masing dengan hadiah dan bunga, saya tak boleh tahan dah,” katanya kepada mStar sambil menambah dia merupakan pelajar di UiTM cawangan Melaka. Lebih mesra disapa Fairuz, katanya, dia kemudian pergi ke kawasan parkir berdekatan dewan bagi menenangkan perasaannya bersendirian.

Banyak kenangan suka duka Fairuz pada majlis konvokesyen.

“Masa tu saya duduk di tembok batu dan menangis teresak-esak. Tiba-tiba ada orang tegur dari belakang macam nak marah. Pak guard (pengawal keselamatan) di universiti memang terkenal dengan garangnya, susah nak cari yang friendly (mesra). Bila pak guard tu datang ke depan tengok saya menangis teresak-esak, personaliti dan riak mukanya yang garang berubah sama sekali,” ujarnya yang berasal dari Kuantan, Pahang. Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik itu, pengawal keselamatan berbadan gempal dengan ketinggian sederhana serta berkulit sawo matang itu kemudian duduk di sebelahnya.

Sebahagian keluarga yang hadir pada majlis konvokesyen di University of Sdyney.

Kata Fairuz, sesekali pengawal keselamatan berusia lewat 30-an itu menepuk-nepuk bahunya sebagai cubaan memujuk untuk menenangkannya. “Tak sangka pak guard yang pada mula garang itu memujuk saya dan beri kata-kata semangat. Walaupun sekejap, tapi saya rasa tenang. Saya masih ingat keperibadian dia yang baik hati tu. Sepanjang lima tahun saya di UiTM, hanya sekali tu saja saya bertemu dengan pak guard tu.

Setiap kali melihat jubah konvo, saya terkenang pertemuan singkat saya bersama pak guard garang tu

“Di manalah dia sekarang. Harapnya dia sihat bersama keluarga. Saya doakan dia sentiasa dimurahkan rezeki dan kalau ada anak, moga anaknya itu berjaya nanti,” katanya sambil menambah keluarganya hadir pada majlis konvokesyennya di UiTM pada 2011 selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik dan Media Digital. Fairuz yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Penerbitan di Universiy of Sydney di Sydney, Australia kemudian mengambil keputusan untuk membawa sebahagian keluarganya menyaksikan majlis konvokesyennya di negara Kangaroo itu, pada 2015.

Fairuz (kanan) bersama keluarganya di Sydney.

Tambahnya, semua perbelanjaan termasuk tiket penerbangan ditanggungnya, hasil simpanan dengan upah bekerja sebagai ‘housekeper’ sepanjang tempoh pengajiannya selama setahun di Sydney.

“Tak mahu kejadian sedih berulang, jadi saya bawa famili termasuk mak ke Sydney tengok saya konvo. Memang saya dah nekad sampai habis kosong baki akaun bank saya. Tapi saya puas hati dan gembira sebab famili ada bersama pada hari saya konvo. Walaupun tak menangis teresak-esak macam konvo diploma dahulu, tapi kenangan saya dipujuk pak guard garang tu memang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. Saya beli jubah konvo di University of Sydney untuk simpanan peribadi. Setiap kali lihat jubah tu, saya terkenang pertemuan singkat bersama pak guard garang tu,” katanya.

Tular Pemuda Ini Buat Majlis Konvo Di Rumahnya Sendiri. Ibu Serah Sijil Dengan Beruniform Lengkap.

Umum sedia maklum bahawa tahun ini, tiada sebarang majlis ataupun istiadat konvokesyen dilakukan di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) baik awam ataupun swasta. Hal tersebut berikutan wabak pandemik yang melanda negara bahkan seluruh dunia sehingga membuatkan seluruh masyarakat perlu menjalani norma baharu kehidupan dengan sentiasa menjaga jarak. Oleh sebab itu, sesetengah IPT di Malaysia mengambil inisiatif dengan menghantar sahaja sijil para graduan menggunakan perkhimatan pos ke rumah masing-masing.

Posmen hantar dekat rumah

Perkara tersebut turut dirasai sendiri oleh seorang graduan daripada Universiti Kuala Lumpur apabila menerima sijil ijazahnya melalui pos dan membuat video penyerahan ijazah tersebut yang dilakukan oleh ibunya sendiri yang masih lengkap beruniform kerja.

Mak yang serah skrol ijazah

Video dimuat naik oleh Ahmad Nabil di Twitter telah tular dan mendapat perhatian warganet kerana terhibur melihat ‘majlis konvokesyen’ yang hanya dibuat di dalam rumah sahaja.

Terima kasih buat semua insan disekeliling

Dalam perkongsian tersebut, Nabil sempat menulis sedikit ucapan penghargaan buat insan-insan disekelilingnya kerana berjaya menggenggam ijazah setelah tamat belajar walaupun tiada sebarang upacara konvokesyen dijalankan.

Tahniah bil walaupun kelakar

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah diatas kejayaannya menamatkan pelajaran. Ada juga sebahagian daripada mereka mengenang nasib yang sama apabila terpaksa berkonvokesyen di rumah sahaja memandangkan penularan pandemik masih berlaku.

Patut kena ada bunyi alat tradisional ni

Tinggi pangkat mak dia ni

Sumber: Ahmad Nabil

Ekoran Kes Makin Naik. Timbalan Menteri Pendidikan Dedahkan Tempoh Sekolah Akan Ditutup Sekiranya Kes Masih Berlarutan

SUNGAI BESAR: Penutupan sekolah di empat kawasan di Kedah dan dua di Perlis susulan penularan COV1ID-19 perlu dilakukan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum dibenarkan dibuka semula. Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya, berkata Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menentukan jumlah bilangan hari yang sepatutnya pelajar dan murid bercuti.

“Selagi tidak mendapat persetujuan dan nasihat dari Kementerian Kesihatan dan MKN, selagi itu sekolah akan ditutup,” katanya kepada media, hari ini. Terdahulu, Muslimin yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar melepaskan Konvoi Jelajah Info On Wheels (IOW) Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Selangor di Dataran Tonggak 9, Stadium Sungai Besar, di sini.

Pada 3 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat kawasan di Kedah iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu; Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap berikutan penularan COV1ID-19 yang berpunca daripada Kluster Sivagangga.

Pada 10 Ogos pula, dua kawasan di Perlis iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul turut dikenakan PKPD Secara Pentadbiran sehingga 31 Ogos. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kes Jalur Gemilang yang dipamer secara terbalik, Muslimin menasihatkan supaya pemasangan bendera itu dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah. – BH

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM), melalui pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), akan berbincang bersama pihak berkaitan jika terdapat keperluan menutup sekolah bagi mencegah penularan COVI1D-19 di kawasan yang terlibat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin berkata, di peringkat negeri, KPM akan memantau perkembangan sesi persekolahan melalui JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan pengarah JPN ialah ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPPN).

“Selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di negeri Sarawak pada 29 Julai lalu, JPPN Sarawak dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 buah sekolah di daerah Kuching.

“Ini melibatkan 87 buah sekolah di bawah PPD Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan), dan 27 sekolah (PPD Samarahan). Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos lalu telah ditangguh ke 17 Ogos. “Bagaimanapun, kelas bagi prasekolah, Tingkatan 5 dan 6 beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD tersebut,” katanya menjawab pertanyaan Teo Nie Ching (PH-Kulai) pada sesi soal jawab yang ingin tahu jika KPM merancang untuk menutup sekolah di Zon Merah COVID-19, seperti Kuching, Sarawak.

Bagi negeri Kedah pula, Radzi berkata, kerajaan negeri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar di empat mukim iaitu Mukim Ah, Mukim Hosba, Mukim Binjal dan Mukim Padang Serai bermula 2 Ogos. Berikutan itu, beliau berkata, JPPN Kedah dengan persetujuan KPM telah memutuskan untuk tutup empat buah sekolah di bawah PPD Kubang Pasu, sebuah sekolah di PPD Padang Terap bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos.

Menjawab soalan tambahan Teo sekiranya KPM bercadang menutup sekolah di Sabah susulan terdapat kes positif dalam kalangan murid di negeri itu, Radzi berkata, perkara itu akan dilihat mengikut kes. “Jika ada keperluan untuk menutup sekolah tersebut, kami di KPM, berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaan negeri (akan) berbincang (dan) kita bersedia (untuk tutup sekolah).

“Setiap kes yang berlaku berbeza, seperti di Sarawak banyak sekolah (dengan) lebih 200 buah sekolah ditutup tetapi di Kedah kita tutup lima sekolah berdasarkan kes yang ada dan berdasarkan risiko dan cara menangani risiko tersebut,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *