Akhirnya gadis ini terlepas daripada dunia gelapnya. Sekali ada pula yang tampil lakukan ini.

Amalan Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga Semasa Uncategorized

Cikgu Mohd Fadli berkongsi kisahnya yang menyelamatkan seorang gadis, setahun lalu. Pernah hilang arah tuju, terumbang-ambing dan hampir menjadi salah seorang individu pada perbuatan yang negatif bapa tiri, namun nasib gadis ini akhirnya terbela.

Gadis ini merupakan antara kebanyakan insan kurang bernasib baik yang mendapat perhatian Cikgu Mohd Fadli Salleh, setahun lalu. Berkongsi serba sedikit mengenai kisah gadis tersebut dalam satu posting di Facebook, Mohd Fadli yang turut menguruskan pertubuhan kebajikan Dana Kita berkata, kini gadis berkenaan menjalani kehidupan dengan selamat selepas dikeluarkan daripada ‘neraka dunia’.

“Dah setahun rupanya anak ini dibawah jagaan aku. Ingat pula dia hari pertama aku jumpa dan bantu dia tu. Orang perempuan kalau dengan tarikh ni memang power kan? Anak ni aku selamatkan dari dilakukan perkara negatif oleh ayah tirinya, tersepit dan terhimpit di rumah sendiri. Pelajaran merosot, kehadiran sangat teruk. Sedangkan dia pelajar harapan sekolah. Aku cari dan heret dia keluar dari neraka dunia itu. Aku letakkan di tempat selamat bawah pemantauan aku sentiasa,”cerita guru

Mesej yang dihantar oleh gadis berkenaan kepada Cikgu Fadli.

Menurut Mohd Fadli, sejak dari detik gadis tersebut diletakkan di tempat baharu, tidak sekalipun dia gagal untuk mengirim duit belanja untuk keperluan gadis berkenaan.

“Setiap bulan aku akan jumpa dan tanya khabar berita. Mengirim duit belanja, menghantar bekalan makanan, mencukupkan apa jua keperluan. Kisah hitam yang perit, kesusahan hidup yang menghimpit, sejarah silam yang menghantui, kini tiada lagi. Aku jaga sungguh-sungguh macam jaga anak sendiri,” ceritanya lagi.

Mohd Fadli turut berkongsi mesej meruntun hati yang dihantar gadis tersebut pada perkongsian berkenaan. Mesej yang dihantar oleh gadis itu pada 12 Februari (Jumaat) sempena genap setahun pertemuan yang mengubah hidupnya, antara lainnya menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Mohd Fadli kerana menyelamatkannya dari menjadi individu kelakuan negatif bapa tiri sendiri.

Warganet turut meluahkan rasa terharu dengan kisah yang dikongsikan oleh guru berkenaan.

“Assalamualaikum Cikgu. Hari ini (12 Februari), genap setahun cikgu bersama dengan saya, bantu saya. Tahun lepas, tarikh ini kali pertama cikgu jumpa saya untuk menghulurkan bantuan. Tak ada apa saya nak cakap selain berterima kasih atas segala pertolongan cikgu. Banyak jasa cikgu dan saya takkan pernah lupakan cikgu. Saya minta maaf kalau selama setahun saya kenal cikgu, saya ada buat cikgu marah, terasa hati atau sebagainya. Saya memang tak mampu nak balas jasa cikgu tapi saya janji dengan diri saya insyaAllah saya akan jadi orang yang berjaya dan bantu orang lain juga satu hari nanti,” demikian antara coretan mesej berkenaan.

Aku cari dan heret dia keluar dari neraka dunia itu. Aku letakkan di tempat selamat bawah pemantauan aku sentiasa

Menurut Mohd Fadli lagi, gadis tersebut merupakan salah seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020. Apa pun, didoakan anak ini berjaya dunia akhirat. InsyaAllah otaknya sangat cerdas dan bijak sungguh budaknya. InsyaAllah budak ini akan menjadi seseorang pada masa akan datang.

“Dan masa tu dengan bangga aku akan berkata, ‘ini anak aku, yang pernah hilang arah tuju, yang pernah buntu, yang hilang semangat untuk hidup dulu kini di sini dia. Kini dah berjaya dan memberi manfaat pada orang lain pula. Cikgu bangga dengan kamu’. Aku tahu, suatu hari nanti aku akan ungkapkan ayat itu. Aku tahu. Dan aku yakin,” kata guru ini lagi.

Pertubuhan Dana Kita sangat aktif membantu golongan kurang berkemampuan.

Perkongsian tersebut turut mengundang rasa terharu warganet yang rata-ratanya tersentuh dengan ketulusan hati guru lelaki berkenaan.

“Tersentuh naluri saya sebagai seorang ibu. Terima kasih cikgu. Semoga anak perempuan cikgu terus berjaya dan sentiasa dalam rahmat Allah selalu,” komen seorang warganet. Semoga anak ini juga berjaya seperti ‘ayah kesayangannya'”, komen warganet lain pula.

Tular Seorang Pakcik Jual Air Kelapa Yang Tidak Dibantu Sesiapa. Sekali Ahli Keluarganya Tampil Jelaskan Hal Sebenar.

Beberapa hari lepas viral di laman media sosial perkongsian mengenai seorang pakcik warga emas yang dirakam ketika sedang menjual air kelapa. Perk0ngsian tersebut bukan sahaja mendapat perhatian dan simpati ramai malah membuatkan ramai dalam kalangan warganet yang tampil menghulurkan bantuan.

Walaupun ramai yang membantu dan menyatakan simpati, namun ada juga segelintir warganet yang dilihat mempersoalkan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan pakcik berkenaan. Tidak mahu perkara tersebut terus berlarutan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai, salah seorang wakil daripada keluarga lelaki tersebut kemudiannya tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurut individu yang hanya mahu dikenali sebagai @balqishmazlan itu, warga emas tersebut yang dikenali dengan ‘Atok Long’ mempunyai sebuah perniagaan iaitu menyediakan servis kanopi namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan beliau telah melibatkan diri di dalam perniagaan menjual air kelapa.

“Saya tiada niat lain selain membantu keluarga ini. Atok Long ini dia ada perniagaan kanopi, jadi faham-fahamlah apabila sudah PKP, business dia jatuh macam mana. Betullah apa yang dia kata, dia mempunyai anak dan cucu. Cucu pula dijaga oleh nenek. Saya nak tekankan yang Atok Long memang seorang yang kuat dan suka bekerja. Dia sejenis yang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja yang ingin dibuat. Anak-anak beliau sudah pesan banyak kali untuk duduk rumah namun beliau masih berdegil hendak membuat kerja,” jelas beliau melalui untaian (thread) berikut.

Menurut beliau, disebabkan oleh itu, anak-anak kepada ‘Atok Long’ tersebut tidak dapat lakukan apa-apa selain akur atas permintaan beliau ingin bekerja.

Sedih atas kritikan yang diberikan

Menjawab persoalan dari pihak The v0cket, apabila perkara tersebut v!ral di seluruh media sosial, ahli keluarga bagi ‘Atok Long’ tidak berapa senang kerana mereka jelasnya masih berkemampuan untuk membiayai keperluan warga emas tersebut.

“Mereka bersedih atas semua kritikan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap diri mereka. Yang menyatakan mereka tidak reti menjaga kedua ibu bapa. Mereka menangis atas kritikan yang diberikan sampai mereka berasa ketakutan. Nasihat saya, tidak salah memberikan bantuan kepada orang yang nampak di dalam kesusahan tetapi adalah satu tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menjaga mulut dari berkata kata buruk. Menol0ng orang itu amalan yang baik, namun andaian yang melampau tanpa soal siasat adalah bur0k,” jawab beliau.

Justeru, beliau berharap selepas dari perkara ini, setiap kali jika ternampak kisah-kisah yang seakan seperti ini dipersilakan untuk menol0ng namun simpanlah kata-kata berbentuk negatif di dalam hati sahaja kerana kita tidak tahu akan perkara sebenar. Diharap dengan perk0ngsian ini, ia dapat membantu menjawab persoalan serta andaian dari rata-rata rakyat Malaysia berkenaan isu tersebut. – Sumber dipetik dari The v0cket, Twitter@balqishmazlan

Sebak Lihat Pakcik Usia 80 Tahun Jual Air Kelapa. Seorang Pelanggan Ini Membuat Perkongsian Menyentuh Hati Perasaan Orang Ramai

Demi kelangsungan hidup,pakcik yang berusia lebih kurang 80 tahun tetap gigih bekerja untuk sara kehidupannya dan isteri serta cucu tercinta. Dan mungkin ini adalah pekerjaan yang sudah lama. Namun begitu, perkongsian kali ini telah menyentuh hati kecil ramai pembaca. Mana taknya,bila kita lihat pakcik ini,mula lah teringat mak ayah di kampung.

Perkongsian penuh hiba ini dikongsikan oleh salah seorang pelanggan tetap pakcik air kelapa ini yang dikenali sebagai Aida Aidil. Wanita ini berharap perkongsiannya akan dapat sambutan daripada orang ramai supaya dapat membantu pakcik ini.

Menurut wanita ini semasa dihubungi, lori pakcik ini akan berada di kawasan Bandar Puteri, Klang. Tempatnya agak tersorok sikit tetapi berdekatan dengan laluan yang orang ramai selalu guna. Jalan ini antara laluan untuk orang naik dan turun dari KESAS. Bagi yang tinggal di kawasan Johan Setia mungkin mereka lebih familiar.

Tambahnya, jangan take them for granted. Macam mana kita buat kat parents kita macam tu anak kita akan buat kat kita bila kita dah tua. Pakcik ni dah 80 tahun. Isteri jaga cucu kat rumah.Aku tak kenal pakcik ni tapi memang dah kebiasaan aku kalau membeli dengan orang macam ni aku suka nak tanya sebab kadang ada yang jenis nak share problem mungkin boleh tolong dorang ringankan beban sikit-sikit.

Bila aku tengok pakcik ni aku terbayang tokki aku dulu lebih kurang mcm ni la. Abah aku pun kalau dah umur macam ni mungkin macam ni juga susuk dia. Aku jarang balik kampung bila balik nampak sangat perubahan parents aku.

As a designer. Aku cuba buat mana yang aku rasa perlu untuk marketing pakcik ni. Harap sesiapa yang baca ni akan dapat manfaat dan its time for us to give back to our parents. Sedekah tu bukan dari aku sahaja, ada juga dari kawan2. tak dapt bantu banyak.

By the way, aku rakam sebab aku nak anak-anak yang ada mak bapak yang sebaya pakcik ni tengok and renung kat mak bapak masing-masing. Sanggup ke weh tengok dorang kerja mcm ni. Bagi dorang jaga cucu lagi. Pakcik cakap dia kerja sebab kena bayar bills aku tak nak tanya banyak nanti bngkak mata aku.Sesiapa yang nak derma dekat pakcik ni boleh bank in dekat bank saya 168621030856 -maybank -CHE ENGKU NUR AIDA .

Semoga dimurahkan rezeki korang semua Loudly crying face. Nanti pakcik ni nangis lagi. At least dia nangis kurang beban kan. yay! Thank you so much.The purpose saya buat thread ni bukan nak mengaibkan anak menantu pakcik ni ya. Focus saya hanya untuk kelangsungan hidup pakcik ni je. Meringankan beban dia. Maaf kalau ada yang rasa saya aibkan anak menantu dia. Saya sebak tengok org tua kena hadap benda mcm ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *