Ada warganet yang bertanyakan soal adiknya. Kini kakak dedahkan apa sebenarnya sakit adiknya.

Amalan KESIHATAN Uncategorized Viral

Nelysa berkongsi mengenai sindrom ‘rare’ yang dihidapi adiknya, Akif menerusi TikTok. Bukan calang-calang cabaran yang dilalui bagi sesebuah keluarga yang mempunyai anak istimewa. Sudah pastinya membesarkan anak seperti ini memerlukan dan kesabaran yang tinggi. Meskipun tidak sempurna insan lain, namun satu hal yang pasti adalah anak tersebut sudah dijanjikan syurga kelak.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, seorang wanita berkongsi kisah mengenai adik lelakinya yang menghidap sejenis sakit yang dikenali sebagai ‘cri du chat’ atau tangisan kucing.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi berkenaan, wanita tersebut menerangkan sakit tersebut terjadi disebabkan oleh kelainan genetik di mana bayi yang dilahirkan dengan sindrom ini mengalami kehilangan kromosom nombor 5 di tubuhnya. Tambah wanita tersebut, meskipun sudah berusia 17 tahun namun tumbesaran adiknya terbantut dari segi perkembangan fizikal mahupun mental.

Akif menghidap sakit ‘cri du chat’ di mana bayi yang dilahirkan dengan sakit ini mengalami kehilangan kromosom nombor 5 di tubuhnya.

Berkongsi cerita, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nelysa berkata dia terbuka untuk berkongsi perihal adiknya, Akif Naquiddin di media sosial kerana mahu memberi kesedaran dan juga pendedahan kepada umum mengenai sindrom berkenaan.

“Sebenarnya ramai yang tak tahu dan tak pernah dengar mengenai sakit ‘cri du chat ni’… selalunya orang tahu pasal autisme dan Sindrom Down saja. Jadi saya selalu share mengenai Akif untuk memberitahu serba sedikit mengenai sakit ini dan pengalaman kami,” katanya. Berkongsi serba sedikit mengenai satu-satunya adiknya itu, Nelysa berkata Akif adalah seorang yang peka meskipun perkembangannya tidak seperti remaja seusia.

“Dia boleh bertutur tapi sepatah-sepatah, tidak mampu bertutur dengan ayat yang panjang. Dia memahami apa yang kita sampaikan tapi sukar nak balas semula. Dia juga peka, contohnya walau tak tengok jam, dia tahu bila rancangan kegemarannya akan bermula. Kalau lihat saya pakai tudung, dia akan cakap tudung Neelofa. Dia juga ingat Datuk Vida dan pelawak Nabil Ahmad. Dia senang ‘catch up’ kalau tengok Maharaja Lawak… dia akan ketawa pada lawak-lawak yang dituturkan.

Tumbesaran Akif tidak seperti remaja seusianya, namun dia mampu memahami apa yang diperkatakan selain mempunyai kebolehan mengingati sesuatu perkara.

“Cuma dia cenderung sakitkan diri sendiri kalau dia dipaksa buat benda yang dia tak suka atau sewaktu bosan. Dia akan kopek muka dia sampai keluarkan cecair merah dan juga hentvkkan kepala,”cerita wanita dalam lingkugan usia 20-an ini.

Sebagaimana pengalaman keluarga lain yang berdepan cabaran membesarkan ahli keluarga yang istimewa, Nelysa juga mengakui hakikat berkenaan. Menurut wanita yang bekerja dalam sektor korporat ini, Akif memerlukan pemantauan yang teliti kerana dibimbangi melakukan perkara yang boleh membahayakan kesihatan dirinya.

Pernah bawa Akif berjalan-jalan, kemudian akan ada mata yang merenung seolah-olah Akif ni ‘monster’

“Pernah masa kecil, dia tertelan skru, terminum pencuci lantai Dettol… memang berderau juga. Bukan sebab kami cuai tapi Akif ni dia terlebih ‘laju’. Jadi memang selepas insiden-insiden itu, kami perlu lebih pantas daripadanya. Bercakap tentang penerimaan orang pula, memang tak semua dapat faham. Pernah bawa Akif berjalan-jalan, kemudian akan ada mata yang merenung seolah-olah Akif ni ‘monster’. Ada juga pernah cakap ‘eeeii tengok air liur dia meleleh’. Pernah sekali bawa dia pergi kolam renang. Sebaik saja Akif turun, budak-budak lain terus naik. Sedih dan kecil hati juga. Sebab itu saya cuba beri pendedahan mengenai sakit ini supaya ramai lebih peka,” ujar anak sulung daripada dua beradik ini.

Nelysa mahu menjaga Akif dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak sulung sungguhpun apabila sudah mendirikan rumah tangga kelak.

Menjadi satu-satunya anak tempat ibu bapanya bergantung, Nelysa berkata dia berikrar untuk menjaga Akif selagi hayatnya masih ada dan sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik buat keluarganya.

“Andai bertemu jodoh nanti, saya mengharapkan sangat bakal suami serta keluarganya dapat menerima Akif. Saya hanya akan terima insan yang dapat menerima Akif seadanya. Saya juga berharap diberi kekuatan untuk menjaga satu-satunya adik yang saya ada. Selain itu, tiada apa yang diharapkan melainkan masyarakat lebih terbuka dan hormat keluarga yang ada anak istimewa. Janganlah tenung umpama anak istimewa ini raksasa. Moga lebih ramai yang buka mata mengenai sindrom ini dan saya sendiri akan kerap berkongsi mengenai Akif di media sosial,” katanya lagi.

Tular Di Laman Tiktok Anak Merakam Video Bapanya Yang Sedang Makan Nasi Kosong. Sekali Jawapan Bapa Ini Buatkan Orang Lain Rasa Sebak.

Baru-baru ini viral di laman TikTok satu video seorang bapa makan nasi kosong sehingga undang simpati orang ramai. Video itu dirakam oleh anaknya sendiri yang sememangnya aktif di aplikasi tersebut dan sering berkongsi rutin sehariannya. Menurut bapa berkenaan, video itu bukan tujuan meraih simpati atau lakonan seperti did4kwa sesetengah warganet.

Video ini mula viral di TikTok selepas individu yang dikenali sebagai Nissa berkongsi video mereka di laman Twitter sehingga mendapat 7k retweet. Rata-rata sebak melihat video itu dan tak kurang juga yang tersentuh melihat kasih sayang dua anak beranak ini. Difahamkan anak beranak itu hanya tinggal di Kuala Nerus, Terengganu berdua selepas berpisah dengan bekas isteri pada tahun 2019.

Kami pilih doa lagi

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat. Memang ada setengah sahabat nak bantu, minta akaun kami. Kami terus terang cakap, kalau dengan duit beribu, kami pilih doa lagi dari duit. Itulah perjalanan kami. Doa lagi bernilai dari wang ringgit, dan kekayaan. Kami tak perlukan apa-apa, kami cuma perlukan doa untuk kami, sihat waalfiat. Syukur kepada Allah SWT.

Menurut lelaki itu, dia menerima banyak mesej untuk membantu dia dan sahabat kerana melihat kesusahan mereka. Namun dia tidak memerlukan duit, dia hanya memerlukan doa dari semua orang. Akhir sekali dia berterima kasih buat semua yang tidak henti-henti mendoakan mereka.

Sumber : OhBulan

Satu Keluarga Menjual Nasi Kukus Perniagaan Turun Temurun Dari Bapanya. Sekali Tak Sangka Pula Dulu Bapa Pergi Sebab Ini Tapi Kali Ini Ibu Pula.

Bapa Bella yang pergi pada tahun 2015 bersama ibunya yang kini terlantar sakit, dipercayai akibat terkena buatan orang. “Jangan malu nak mengaku kita susah.”

Itulah kata-kata yang menjadi pegangan Nur Salshabila Muhammad Rufdi, 21, sejak kematian bapanya pada tahun 2015. Terbaharu, kisah gadis itu serta perniagaan nasi kukus keluarganya yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas menjadi tular di laman Twitter.

Menurut gadis yang mesra disapa Bella itu, kedai nasi kukus mereka di Uptown Shah Alam, Selangor terpaksa dihentikan operasi dan ‘direhatkan’ sepanjang tahun lalu. Baru-baru ini, dia serta adik-beradik yang lain tampil dengan alternatif baharu dengan membuka gerai nasi kukus di Bandar Putera 2, Jalan Kebun Nenas, Shah Alam. Kata Bella yang juga anak kelima daripada enam beradik, dugaan itu cukup berat memandangkan dia dan adik beradiknya yang lain sama-sama mencari rezeki dengan perniagaan itu sejak sekian lama.

Bella bersyukur menerima sokongan ramai di Twitter.

“Kami berniaga di Uptown sejak tahun 2005. Jadi sekarang terpaksa cari alternatif lain, kami buka gerai. Kami bahagikan tugas, ada abang dan kakak uruskan gerai, saya dan kakak yang lain uruskan proses penyediaan di rumah. Masa awal PKP tahun lepas kami tak boleh berniaga langsung. Mama pun korek duit simpanan yang ada. Tahun lepas sangat sukar untuk kami. Tahun ni baru je bisnes nak elok, PKP lagi sekali,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah.

Menurut Bella, ibunya kini hanya berehat di rumah kerana uzur sejak beberapa tahun lalu. Dakwa Bella, ibunya terkena buatan orang yang dipercayai iri hati dengan perniagan mereka.

“Masakan nasi kukus tu memang resepi turun-temurun ibu. Tapi sekarang kakak saya yang masak. Mak sakit, berniaga ada orang dengki. Boleh cakap macam terkena buatan oranglah. Papa pun kena macam tu, tapi telah pergi kena sakit jantung.

Sebahagian ahli keluarga Bella.

“Mak sakit sejak 2016. Tak boleh nak jalan sangat, mak banyak berehat je,” ujarnya yang juga penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan. Dalam pada itu, Bella turut berkongsi kata-kata bapanya yang masih menjadi pegangan sehingga ke hari ini. Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah. Sebab kami memang susah dari dulu. Sebelum buka kedai nasi kukus, ibu bapa saya bangun pukul 3 pagi buat kuih, hantar ke kilang.

Hidangan nasi kukus ini menjadi punca pendapatan mereka sekeluarga sejak sekian lama.

“Itulah satu kata-kata semangat dari papa sebelum dia tinggalkan kami,” ujar Bella yang juga seorang model sambilan. Dalam pada itu, posting Bella mengenai gerai nasi kukus keluarganya menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Ujarnya, dia bersyukur menerima sokongan ramai, sekali gus membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga. “Sangat terharu sebab ramai bagi sokongan, ramai yang cakap nak datang,” ujarnya lagi.

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *