Sepatutnya sampai KLIA pukul 6.30 petang tetapi gadis ini masih di tepi jalan. Gadis ini kongsi kenangan bersejarah dia sebelum tiba di Seoul

Viral

Betul betul hari bersejarah buat gadis yang bernama Irdina Azzahra,20 pada Jumaat lalu. Difahamkan ketika itu dia dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Korea Selatan bagi melanjutkan pengajian.

“Budak-budak Mara (Majlis Amanah Rakyat) perlu sampai sebelum pukul 6.30 petang dekat airport, kereta atuk pula buat hal overheat tak boleh jalan pukul 6.25 petang. Nasib ada pakcik Dahlan tolong hantarkan saya, ” tulisnya di Twitter.Perkongsian mengenai kejadian penuh mendebarkan itu menarik perhatian warga Twitter sehingga mendapat 23,000 likes dan hampir 10,000 retweets.

Gadis yang berasal di Jitra,Kedah menjelaskan apa yang berlaku mengajar dirinya supaya tidak lagi bersikap suka bertangguh dan melakukan urusan penting pada saat akhir. “Sehingga hari ini saya macam tak percaya apa yang berlaku. Memang panik sangat sebab saya patut sampai KLIA sebelum 6.30 petang tapi lima minit sebelum tu saya masih di tepi jalan… kereta atuk overheat.

“Apa yang boleh saya katakan semua salah sendiri sebab suka buat kerja ‘last minute’ dan keadaan pula serba tak kena… ia pengajaran berharga untuk saya, ” katanya yang sudah selamat tiba di Seoul, Korea Selatan ketika dihubungi.Mengimbas kembali insiden tersebut, dia yang mesra disapa Dina berkata hampir semua persiapan dan persediaan sebelum berlepas ke Seoul dilakukannya sendiri memandangkan dia sudah terbiasa hidup berdikari sejak kecil.

Jelas anak sulung daripada empat beradik ini lagi, dia dibesarkan oleh datuk dan nenek yang meletakkan kepercayaan penuh kepada dirinya berhubung urusan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara termasuklah merancang perjalanan ke KLIA.“Dari dulu keluarga memang harapkan saya. Mereka tahu saya ni seorang yang berdikari dan boleh buat semua sendiri.

“Tapi masa nak pergi Korea ni mereka pelik juga sebab mereka tengok saya tenang sangat. Macam tak buat persediaan apa-apa. “Sejujurnya, saya memang sibuk sebelum nak bertolak. Banyak benda saya kena uruskan apatah lagi saya merupakan seorang presiden mewakili ‘batch’ saya.

“Bukan langsung tak buat persediaan, cuma bagi saya mungkin saya tak rancang dengan teliti, ” katanya.Mengenai rancangan asal untuk ke KLIA, Dina memberitahu dia sepatutnya menaiki kapal terbang dari Kedah.Bagaimanapun, disebabkan tidak peka dengan muatan ditetapkan oleh syarikat penerbangan, dia terpaksa membatalkan rancangan itu dan membuat pilihan lain sama ada menaiki bas ekspres atau ETS (perkhidmatan tren elektrik) untuk ke Kuala Lumpur.

“Saya pilih bas sebab senang nak letak beg yang beratnya lebih 50kg tu kat bahagian bawah bas. Tren bagi saya susah sikit sebab bagasi saya berat dan besar.“Bila dah beli tiket bas pukul 8 pagi saya lega sebab ingatkan sempat sampai Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan kemudian pensyarah akan ambil dan hantar ke KLIA… tapi nak dijadikan cerita bas pula lewat sampai.

“Sampai saja di terminal bas di Kedah, saya dan keluarga dimaklumkan bas akan tiba pada pukul 10.30 pagi, ” katanya.Sebaik sahaja bas tiba, dia sempat bertanyakan kepada pemandu sama ada sempat sampai di TBS jam 6 petang namun terkejut apabila diberitahu bas hanya akan tiba pada waktu malam.

“Saya pun turun dari bas dan beritahu keluarga. Tak ada cara lain memang kena pergi sendiri. Saya, atuk dan nenek terus ke balai ambil surat, kemudian balik rumah ambil barang mereka sikit terus gerak ke KL, ” ujarnya.

Dina melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah di Korea University dalam bidang Kejuruteraan Sains Komputer.Disebabkan terlalu mengejar masa, Dina berkata datuknya memandu agak laju tanpa berhenti sehingga enjin kereta panas.“Mula-mula dah rasa aircond panas, tapi macam tak kisah sangat. Lagi sikit nak sampai terus kereta tak boleh jalan.

“Nasib baik ada polis bantuan dengan peronda Plus datang tolong. Bila atuk terangkan pada mereka saya dah lambat, salah seorang daripada mereka yang dipanggil Encik Dahlan terus suruh tinggalkan kereta dan bawa kami sekeluarga ke KLIA.“Saya terharu sangat dan masa yang sama sebak sebab rasa menyusahkan ramai orang.

“Sampai hari ni masih rasa serba salah kepada semua ahli keluarga kerana buat mereka risau terutama atuk dan nenek, ” katanya.Dina berkata dia bersyukur kerana akhirnya selamat tiba di Seoul untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah di Korea University dalam bidang Kejuruteraan Sains Komputer.

Selain menzahirkan penghargaan kepada polis bantuan dan anggota peronda Plus, Dina juga mengucapkan terima kasih kepada datuk dan neneknya, Khairul Anuar @ Izhar Halim, 63, dan Hasidah Hassan, 61 kerana selama ini sanggup bersusah payah berkorban untuk dirinya.Gadis ini berharap pengalaman ini akan memberi pengajaran kepada dirinya untuk membuat perancangan teliti dalam menguruskan sesuatu.

Sanggup Minta Restu Ibu Untuk Buat Tiktok. Dalam Masa Yang Singkat Doktor Ini Berjaya Kumpul 300 000 Followers Masuk Bulan Kedua

Sebelum ini,ramai yang menganggap aplikasi popular iaitu Tiktok hanya sekadar menayangkan aksi tarian terkinja kinja semata mata. Sebenarnya mereka yang mempunyai tanggapan itu silap kerana selain hiburan,pelbagai manfaat dan maklumat yang berguna turut dikongsikan di platform media sosial itu.

Dan terbukti,ramai figura pelbagai latar belakang dan kerjaya,malahan golongan doktot yang mula menjadikan Tiktok untuk sampaikan informasi dan nasihat berkaitan dengan perubatan. Terbaru, salah seorang daripada mereka adalah Dr Ahmad Samhan Awang,doktor tular yang sering berkongsi pengalaman mengenai dunia kedoktoran,perubatan dan kemasyarakatan.

Antara tips yang dikongsi Dr Ahmad Samhan di TikTok.Walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata, doktor berusia 35 tahun itu tetap merendah diri dengan mendapatkan restu daripada ibunya.”Ma, abe nak buat Tiktok. Ma doakan ok? Apa benda pula Tiktok?

“Itulah aku. Tiap kali nak buat sesuatu aku minta Ma doakan. Biarpun aku tahu, satu benda pun Ma tak faham pasal Tiktok,” tulisnya di halaman Facebook milik beliau.Namun, beliau tetap menjelaskan kepada ibunya mengenai aplikasi itu dengan kebanyakan pengguna membuat video tarian.

“Kenapa nak kena joget. Tak payah jogetlah, ” ujar ibu Dr Ahmad Samhan.”Mana ada nak joget. Nak buat video kongsi ilmu, Ma. Ma doakan ramai yang follow. Makin ramai follow makin ramai dapat belajar dan dapat manfaat.”Kalau gitu Ma doakan followers abe 150,000 bulan ni. Ah sudah. Tepuk dahi. Ni Ma betul-betul tak faham pasal Tiktok ni. Mana lojiknya orang follow ramai tu dalam sebulan,” kata doktor yang berpengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Aksi Dr Ahmad Samhan memberi penerangan.Menurut Dr Ahmad Samhan, beliau memuat naik video pertama di TikTok pada 1 Disember lalu dan bermula secara konsisten sebanyak satu video dimuat naik setiap hari.Beliau bagaimanapun kecewa kerana jumlah pengikutnya ketika itu kurang daripada 100 orang.

“Ma, dah seminggu abe post video. Tak ramai pun follow.Jangan bimbang. Betulkan niat. Tengok nanti hujung bulan ni. 150,000 yang follow. Bulan depan jadi 300,000,” ujar beliau yang mengimbas kembali perbualan bersama ibunya.



Ibu kepada Dr Ahmad Samhan. foto facebook Ahmad Samhan.Tanpa disangka-sangka jumlah pengikut beliau di TikTok mencecah 150,000 orang pada 31 Disember, dan ia meningkat sekali ganda kepada 300,000 pengikut pada 31 Januari.

“Tak kurang seorang tak lebih seorang. Sebiji macam yang Ma cakap. Termenung kejap aku. Berbisa betul doa mak ni.”Sebab itulah kalau aku harapkan sesuatu, aku minta Ma Abah doa. Pasti ada keajaiban berlaku. Benar, doa ibu ayah tiada hijab. Allah makbul.

“Ya Allah, panjangkan usia ibu dan ayahku kerana disitulah terletaknya keberkatan hidupku,” katan Dr Ahmad Samhan yang kini menghasilkan lebih 85 video berkaitan kesihatan di TikTok.Setakat ini juga Dr Ahmad Samhan menerusi akaun Dr.Samhan di TikTok mempunyai lebih 319,000 pengikut dan meraih lebih 1.5 juta likes (tanda suka).

Pintu Belakang Van Terbuka Secara Tiba Tiba. Tindakan Pemuda Ini Meraih Perhatian Ramai Setelah Video Rakaman Tersebut Tular Di Tiktok

Pemuda yang bernama Qush ini berkongsi video itu menerusi IG dan Tiktok. Dalam hidup ini , kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat baik,malah kita patut mengajak orang lain agar melakukan kebaikan. Begitu juga dengan jejaka ini yang berkongsi video di saat dia membantu seorang pemandu van di Subang Bestari,Selangor,Ahad lalu.

Kata Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar,25, menceritakan semula kejadian yang berlaku dalam tempoh singkat itu.” Saya tengah memandu di di kawasan rumah sebenarnya masa itu. Tiba tiba pintu belakang van di hadapan kereta saya terbuka.”

“Terbuka masa van tengah bergerak, pakcik tu pula tak perasan. Kebetulan lampu isyarat merah, saya pun tahu lampu isyarat di situ memang lama.Qush berkata, dia sekadar mahu membantu dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.“Jadi saya turun dan tolong tutup pintu belakang van itu. Lepas saya tutup, nampak macam dia intai. Tapi kami tak sempat bertegur,” ujarnya.Berkongsi video di Instagram dan TikTok, usahawan kosmetik yang mesra disapa Qush itu turut menerima reaksi positif warganet.

Katanya lagi,dia menerima satu komen yang mempersoalkan kewajaranannya merakam video sambil membuat amal kebaikan. Tambahnya lagi yang merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik ,dia secara spontan merakam vieo itu langsung tiada niat untuk menunjuk nujuk. Tambahan pula,telefon miliknya diletakkan di atas dashboard kereta dan dia yang bersendirian membuat rakaman berkenaan.

“Saya sebenarnya risau barang dalam van tu terjatuh ke atas jalan raya. Saya nampak macam ada tong cat.Qush merupakan seorang usahawan kosmetik.”Risau jika ia jatuh dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.”Ada seorang individu tanya di ruangan komen, kenapa saya rakam video? Pada saya, kenapa tidak kita kongsi perkara positif.

“Bukan nak menunjuk. Cuma dalam tempoh sekarang, dengan pandemik Covid-19 lagi, inilah masanya kita gunakan hashtag #KitaJagaKita.”Sama-sama membantu masyarakat. Saya pun rakyat biasa je. Mana tahu hari ni dia susah, mungkin esok kita pula yang memerlukan pertolongan,” ujarnya lagi

Paparan skrin video tular itu.Namun katanya, dia bersyukur ramai yang faham mesej video tersebut dan turut berkongsi kata-kata positif menerusi ruangan komen.Tambah Qush lagi, dia tidak dapat membayangkan sekiranya pemandu tersebut merupakan ayahnya sendiri.Dalam perkongsian sama, dia turut mendoakan kesejahteraan individu itu dan berharap dia dapat pulang dengan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *