Tular Pak cik jual rojak buah yang tidak pernah berkira ini disahkan telah tiada. Gadis ini tampil ceritakan apa yang terjadi.

Amalan Kehidupan KESIHATAN Viral

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang pak cik yang menjual rojak buah di Pasar Malam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Apa yang istimewa adalah sikap pemurahnya yang ‘menghempas-hempas’ gelas rojak dan menekan hirisan buah sehingga padat telah menerima pujian daripada warganet.

Posting dua tahun lalu

Lebih mengejutkan, petang semalam seorang gadis ini @sitisuaimii tampil memberitahu satu berita pilu pada warganet yang mengatakan pakcik tersebut telah pun pergi buat selamanya.

pak cik ini baru sahaja pergi menghadap illahi.

“Untuk makluman semua, pakcik ini baru sahaja pergi menghadap illahi. Minta sedekahkan al-Fatihah buat Pak Long,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter. Dan rupanya, gadis yang menyampaikan berita ini merupakan salah seorang jiran niaga ibu bapanya sewaktu pasar malam di Jalan Gambut dahulu. Dia termasuk gadis ini menggelarkan pak cik ini sebagai ‘Pak Long’ kerana dari dahulu lagi mereka berniaga di tiga kedai bersebelahan antara satu sama lain.

Selain itu, @sitisuamii turut memberitahu bahawa selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pakcik itu sudah lama tidak berniaga di pasar malam sebab sakit. Malah, dia sekeluarga baru sahaja mengetahui tentang kehilangan pak cik ini semalam.

Hidap sakit teruk di tulang

Ramai yang sedih

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan takziah dan turut bersedih atas berita kehilangan insan berhati mulia berkenaan. Mereka tidak putus-putus mendoakan agar Pak cik ini ditempatkan di syurga. Bahkan, ada yang sedih sebab tidak berkesempatan menjamah ‘air tangan’ pak cik ini.

Al-Fatihah

Besar pahala orang kuat sedekah

Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Takziah diucapkan kepada keluarga Pak cik ini. Semoga dia tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin. Sumber: Twitter @sitisuamii

Pemuda Ini Nekad Ingin Berniaga Takoyaki Selepas Melihat Sesuatu Di Gerai Ini. Sekali Tak Sangka Selepas 3 Tahun Ini Pula Yang Dia Perolehi Daripada Hasil Niaga Tersebut.

Setiap kejayaan memerlukan usaha. Semakin besar kejayaan yang ingin dicapai, semakin getir jugalah dugaan yang perlu ditempuhi. Lebih-lebih lagi jika ingin menuai hasil dalam bidang perniagaan, usaha dari segi wang, masa, dan tenaga bukanlah sedikit. Tanyalah mana-mana peniaga yang anda kenal, kejayaan yang mereka raih tidak datang sekelip mata, malah banyak pula onak dan duri yang perlu diredah. Sama seperti kisah yang ingin dikongsikan oleh seorang anak jati yang berasal dari Telok Panglima Garang Selangor ini.

Sama seperti anak muda lain, beliau juga perlu memerah keringat setiap hari semata-mata mahu mencari rezeki untuk mengisi perut diri sendiri dan orang tersayang, apatah lagi beliau mendirikan rumah tangga seawal usia 22 tahun. Tanggungan yang perlu dipikul sentiasa membuatkannya ligat mencari duit. Tapi bukan semuanya mudah buat anak bongsu dari tiga adik-beradik ini. Nekad memulakan perniagaan di usia 18 tahun, empayar yang dibina tidak bertahan lama seperti yang diimpikan malah terpaksa menanggung kerugian akibat tiada ilmu dan bimbingan.

Perniagaan pertama yang beliau ceburi adalah menjual burger secara francais dan setelah 2 tahun beliau pula membuka sebuah kafe berkonsepkan makanan “western” yang menelan belanja agak besar dan akhirnya terpaksa ditutup setelah 6 bulan mengusahakan kafe tersebut kerana kurang sambutan pada waktu itu. Biarpun begitu, semangatnya tidak pernah patah. Ketika menyambung pengajian di menara gading, beliau menjadikan masa lapang yang ada sebagai ruang untuk mencari duit poket dan mengumpul modal untuk sekali lagi mencuba nasib dalam bidang perniagaan.

Sehari demi sehari, jika ada masa lapang dan tiada kelas, beliau memilih untuk berada di jalan sebagai pemandu Grab. Dalam masa sama beliau turut berniaga air balang bagi menampung belanja harian waktu itu. Ditakdirkan suatu hari beliau melihat posting di fb dimana satu gerai tepi jalan yang dipenuhi orang ramai. Keadaan itu menimbulkan tanda tanya dalam dirinya, benda apa yang dijual oleh peniaga itu hingga pelanggan tak putus-putus singgah.

Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak dalam diri, beliau mula mencari maklumat dan akhirnya menemui perniagaan tersebut adalah bisnes takoyaki oleh jenama Chef Tako. Entah bagaimana, tiba-tiba menyala harapan dalam diri bahawa perniagaan ini boleh menjadi batu loncatan dalam hidupnya.

“Ini kalilah, apa nak jadi, jadilah…”, katanya bermonolog membulatkan tekad. Beliau kemudian menghubungi pihak pengurusan Chef Tako dan menyatakan hasrat untuk menyertai perniagaan tersebut. Bila dah berpayung di bawah Chef Tako, mana-mana bisnes tetap tak dapat lari dari ujian dan cabaran cuma kali ini menjadikan beliau tidak mudah putus semangat ialah kerana beliau sentiasa dibimbing dan diberi ilmu.

Kini, setelah 3 tahun bersama Chef Tako sebagai Agen Chef Tako Teluk Panglima Garang, terlalu banyak pengalaman pahit manis yang jika dikenang pasti membuatkan air mata beliau menitis terutamanya saat beliau “struggle” menjadi pemandu Grab demi mengumpul wang untuk dijadikan modal perniagaan. Antara saat yang paling cemas ialah beliau pernah berdepan situasi apabila khemah gerainya terbang dan terkena pada salah seorang pelanggan. Situasi berkenaan nampak biasa pada orang lain, tetapi tidak pada peniaga seperti Encik Harqil.

“Tetapi yang paling saya tak sangka, perniagaan ini mampu memberikan pulangan yang sangat-sangat lumayan, lebih dari apa yang saya jangkakan sewaktu di awal menyertai Chef Tako,’’ kata Encik Harqil lagi.

Benarlah kata orang, titik peluh orang yang kuat berusaha pasti akan dibalas dengan hasil yang mampu membuat hati berbunga. Perniagaan tako beliau kini konsisten memberikan pulangan purata RM 100,000 setiap bulan. Pada tahun 2020,jumlah jualan beliau melebihi RM 860,000. Dari perniagaan tako yang bermula di tepi jalan, beliau sudah pun mampu menghantar kedua ibu bapa menunaikan umrah dan dapat beri duit belanja bulanan kepada kedua orang tuanya.

Beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Perodua Axia kepada isteri dan seutas gelang emas untuk ibu sebagai tanda menghargai jasa dan usaha ibu beliau.

Dengan hasil jualan takoyaki juga, beliau kini mampu membeli sebuah MPV mewah, Toyota Vellfire dan merancang untuk membeli sebuah rumah dalam masa terdekat. Isteri mahu sambung belajar pun sudah tidak menjadi masalah memandangkan pendapatan dari jualan takoyaki sudah mencukupi untuk membiayai yuran pengajian orang tersayang.

Beliau juga meluahkan rasa syukur kerana asbab perniagaan Chef Tako yang dimulakan dengan keringat sendiri kini sudahpun mampu menawarkan pekerjaan kepada anak muda. Setiap kali ada untung lebih, bonus pasti dikongsi bersama-sama dengan mereka. Sungguh, kejayaan itu hanya boleh dimiliki oleh mereka yang benar-benar mahukan kejayaan. Tak kisah bermula dari titik yang paling rendah untuk menggapai titik yang paling tinggi. Seperti Encik Harqil, anda juga mungkin ditakdirkan untuk berjaya dengan Chef Tako.

Ramai Peniaga Yang Terkesan Dikala Waktu Pandemik Ini. Sekali Penjaja Makanan Ini Tampil Menyatakan Harapannya Untuk Waktu Pandemik Ini.

“Jika kami dibenar meletakkan sebuah meja untuk dua orang pelanggan menjamu selera di sini, kami masih boleh bertahan untuk meraih rezeki,” itulah harapan kebanyakan penjaja makanan yang ditemui di Pusat Penjaja Persiaran Gurney di sini. Mereka berharap sekiranya kebenaran diberi kepada pelanggan untuk makan di kedai makan (dine in) iaitu mengehadkan dua orang untuk satu meja, sudah pasti dapat meringankan beban mereka menghadapi gel0mbang kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penjual Rojak, Tan Swee Hoe, 59, memberitahu Bernama perniagaannya meros0t semasa PKP kali ini dan kebanyakan yang datang untuk membeli makanan berbungkus di gerainya adalah pelanggan tetapnya atau penghantar makanan. Beliau berkata sekiranya kebenaran itu diberi, ia akan memudahkan kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan peniaga.

“Sekiranya pelanggan dibenarkan makan di sini, kami boleh menghidangkan makanan terus kepada mereka dan pembeli dapat menikmati makanan yang masih panas dan segar,” katanya. Tan juga berkata, bulan lalu ketika Pulau Pinang berada dalam fasa pemulihan (PKPP), perniagaan jauh lebih baik kerana sasaran utama mereka adalah pelancong.

“Sekarang ini kita kembali kepada PKP, apabila perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan dan makan di restoran dilarang, apa yang boleh kita lakukan sekarang hanyalah berdoa agar keadaan bertambah baik,” katanya lagi. Menurutnya, terdapat sekitar 111 gerai penjaja di Persiaran Gurney dan jika tiada PKP, sekurang-kurangnya 40 gerai akan dibuka pada hari Jumaat.

Bagaimanapun tinjauan Bernama di pusat penjaja di sini semalam mendapati hanya enam gerai beroperasi Sementara itu, pemilik gerai pasembur rojak, P Devi, 40, berharap wabak itu akan berakhir dan PKP akan ditamatkan tidak lama lagi, supaya perniagaan yang diusahakan bersama suaminya, M Raja, 45, dapat kembali ber0perasi seperti biasa.

Katanya, pada bulan lalu, musim cuti persekolahan yang panjang, perniagaan mereka berjalan lancar dan mereka mampu meraih pendapatan antara RM800 dan RM1,000 pada hujung minggu. “Sekarang, kami betul-betul sukar mendapat pelanggan termasuk daripada servis penghantaran makanan. Minggu lepas kami buka dari Jumaat hingga Ahad, kami tidak dapat jual satu makanan pun untuk tiga hari itu,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang 28 tahun berniaga pasembur rojak, mereka tidak pernah mengalami keadaan sedemikian. Beliau berharap kerajaan dapat mempertimbangkan untuk membenarkan pelanggan makan di situ supaya perniagaan mereka dapat terus bertahan dalam menghadapi keadaan yang suk4r ini.

“Bukan sahaja dapat memberi kemudahan untuk penjual dan pembeli dalam menyediakan perkhidmatan yang cepat, tetapi pelanggan juga boleh menikmati suasana di sini,” tambahnya. Pada 21 Jan lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi sehingga 10 malam, berkuat kuasa semalam

Pemilik gerai Muar Chee, yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Miss Lai’, berkata, ia adalah langkah positif bagi penjaja apabila Kerajaan Persekutuan membenarkan melanjutkan waktu operasi dari 8 malam hingga 10 malam. Peniaga berusia 51 tahun itu berkata, lanjutan waktu operasi itu dapat memberi pelanggan lebih banyak masa untuk membuat pesanan makan malam mereka.

“Ketika kami terpaksa menutup gerai seawal 7.30 malam, kebanyakan orang baru hendak pulang ke rumah dan tidak mempunyai masa untuk memesan makanan untuk makan malam, jadi apabila 0perasi ini dilanjutkan ia memberi kelegaan kepada penjaja dan pelanggan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *