Pemuda ini tak sangka pertemuan di KLIA bersama bapa itu adalah kali terakhir. Sekali bila dengar suara ini baru dia percaya.

Amalan Kehidupan Keluarga KESIHATAN Uncategorized Viral

Zahid mengimbas kembali mengenai bapanya dijemput Ilahi ketika menunaikan umrah di tanah suci Makkah. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Itulah pengalaman yang dilalui oleh seorang pemuda yang mengimbas semula kejadian yang tak diingini yang menyayat hati, membabitkan salah seorang ahli keluarganya.

Berkongsi kisahnya, pemuda berkenaan, Mohd Zahid Baharom berkata, kejadian berlaku pada 2013 ketika dia menjadi calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Dia yang kini berusia 25 tahun memberitahu, keluarganya telah membuat tempahan awal untuk mengerjakan umrah di Makkah, tanpa menyedari ia dilakukan sepanjang tempoh peperiksaan percubaan SPM.

Bapa Zahid (kanan) bersama ibu (belakang) dan kakak.

“Saya dan keluarga baru tahu tentang tarikh peperiksaan percubaan tu. Segala tempahan untuk pakej umrah melibatkan kira-kira 10 ahli keluarga termasuk hotel telah dibuat. Takkan sebab saya, mereka perlu batal atau tunda umrah. Jadi, saya buat permohonan bertulis kepada warden dan pihak sekolah untuk diberikan pelepasan kira-kira dua minggu bagi menyertai rombongan umrah bersama keluarga,” katanya.

Zahid yang ketika itu merupakan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh berkata, permohonan tersebut bagaimanapun tidak diluluskan atas sebab tertentu, dipercayai mempunyai kaitan dengan prestasi sekolahnya.

Arwah bapa Zahid (kiri) bersama sebahagian keluarga ketika menunaikan umrah.

“Dengan hati yang berat, saya terpaksa akur dengan keputusan itu. Keluarga seramai kira-kira 10 orang termasuk mak abah serta adik-beradik lain meneruskan rancangan mereka menunaikan umrah,” ujarnya yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu.

Namun, di akhir rombongan tersebut, pemuda yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu menerima berita yang tidak disangka-sangka dari tanah suci Makkah.

“Masa tu saya sedang belajar di asrama waktu petang. Warden datang ke kelas dan panggil saya keluar untuk maklumkan sesuatu secara private…. warden kemudian beritahu yang abah saya baru saja meninggal dunia di Makkah.

Di balai berlepas, abah sempat berbisik pada saya sebelum pergi. Abah pesan belajar rajin-rajin dan banggakan abah.

“Saya macam tak percaya apa yang saya dengar, langsung tak terfikir abah pergi kat sana. Sejam kemudian, saya dapat bercakap dengan mak yang call dari sana, bila dengar suara mak menangis, barulah saya percaya. Saya menangis teruk sangat masa tu sebab sedih dengan kehilangan abah. Urusan persemadian juga terpaksa disempurnakan di sana, dan saya seorang saja ahli keluarga yang tidak berada di sana sehingga abah disemadikan,” tambahnya.

Zahid merupakan penyelidik dalam bidang marin.

Menurut Zahid, dia terkilan kerana tidak berada di samping bapanya ketika detik-detik terakhirnya sebelum pergi pada usia 65 tahun akibat sakit jantung. Menyifatkan bapanya seorang yang garang tetapi pada masa sama mempunyai sikap lemah-lembut, Zahid sehingga kini mengingati momen terakhirnya bersama arwah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke tanah suci Makkah.

Zahid mengimbas semula kenangan bersama bapanya.

“Abah saya ni susah untuk tunjukkan dia sayang depan-depan anak-anak, tapi abah begitu mementingkan pendidikan anak-anak dia. Abah juga begitu percayakan saya. Semasa di balai berlepas, arwah abah peluk saya kuat-kuat dan usap belakang saya, malah sempat berbisik pada saya sebelum pergi. Abah pesan belajar rajin-rajin dan banggakan abah. Saya dan abah jarang berpeluk walaupun masa Hari Raya, tapi itulah pelukan saya dengan abah yang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila,” ujarnya yang kini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Sains Marin di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu.

Zahid yang juga bertugas sebagai penyelidik dalam bidang marin berharap agar wabak Covid-19 segera berakhir bagi menziarahi pusara arwah bapanya Makkah. “Sehingga kini, saya belum ada rezeki untuk ke Makkah. Tapi saya dan keluarga merancang untuk menunaikan umrah apabila keadaan kembali pulih, dan masa tu nanti saya akan ziarah pusara abah buat pertama kali,” katanya.

Dapat Upah RM5 Dan Mampu Beli Seekor Ikan Keli. Bapa Ini Jelaskan Punca Dia Padam Perkongsian Tersebut Selepas Kisah Dia Tular

Baru baru ini tular video Tiktok yang dirakam oleh seorang anak berusia 10 tahun yang hanya makan nasi putih. Dalam video tersebut , bapanya dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap,itu pun baki selepas anaknya makan tengahari.

Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya.Bapa kepada anak cilik ini, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam.

“Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk.”Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk.


Rata rata yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia.Ngah, yang berasal dari Kuala Nerus, Terengganu, berkata dia memadam video tersebut kerana tidak mahu timbul isu lain selain enggan meraih simpati orang ramai yang melihat kehidupan mereka dua beranak.

“Saya padam bukan sebab malu hidup susah tapi saya tak nak anak saya sedih dengan keadaan saya serba kekurangan ini.”Selama ini saya tak kongsi keperitan hidup dengan dia apatah lagi nak kongsi dengan orang ramai, tetapi bila dah tular saya rasa perlu memberi sedikit penjelasan,” jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai apa yang ditonjolkan dalam video tersebut, Ngah berkata pada hari itu dia cuma mempunyai wang sebanyak RM5 sebelum mendapat upah melakukan kerja memotong rumput pada sebelah petang.Dengan wang RM5 tersebut, dia membeli lauk seekor ikan keli pada harga RM4

“Bila sampai rumah saya terus masak nasi dan pesan dekat anak saya untuk makan. Saya tak makan sebab nak terus keluar pergi mesin rumput.”Balik dari mesin rumput, saya lapar sangat dan tengok lauk anak saya dah makan habis… Alhamdulillah… dia tak membazir.

“Saya intai tengok dia dalam bilik leka main telefon, terus saya ambil lebihan nasi putih dan makan. Masa tu la iba-tiba dia keluar dan rakam sambil tanya saya makan tak ada lauk ke?” ujarnya.Ngah yang bekerja mengambil upah mesin rumput berkata dia telah menasihati anaknya agar lebih berhati-hati dengan tidak memuat naik video seperti itu lagi selepas ini.

Tambahnya, dia juga akan memantau penggunaan telefon bimbit yang baru dibeli itu untuk tujuan belajar secara dalam talian, menggunakan duit tabung anaknya.Jelasnya, sebagai kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ibu, dia mempunyai cara sendiri dalam mendidik anak supaya anaknya itu tidak bersedih dan tidak memberontak.

“Saya tak pernah pukul dia, hanya nasihat saja itu pun dalam nada bergurau bimbang dia terasa hati atau memberontak.”Maklumlah hidup hanya berdua dengan anak, dia tak dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu jadi saya perlu faham dia dengan lebih mendalam,” katanya.DAlam pada itu, Ngah juga memohon maaf atas tindakan anaknya sehingga menimbulkan kerisauan dan mengundang simpati masyarakat.
Malah dia berharap warganet akan berhenti mengecam dirinya dan anak kerana tiada seorang pun faham keadaan yang mereka lalui sekarang ini.

“Bila saya dihubungi, bagus juga sebab saya nak mohon maaf atas apa yang berlaku dan boleh beri penjelasan,” katanya.Bagaimanapun, Ngah berkata dia tidak memerlukan sumbangan wang, cukuplah sekadar mendoakan mereka murah rezeki dan kekal bahagia bersama.”Sejujurnya kami tak perlu sumbangan, hami hanya perlu saham akhirat.”Biarpun kami makan tak ada lauk, doa kalian adalah lauk kami sampai ke akhirat,” katanya yang sering berkongsi kisah hidup bersama anak tunggalnya di akaun TikTok.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tular Di Laman Tiktok Anak Merakam Video Bapanya Yang Sedang Makan Nasi Kosong. Sekali Jawapan Bapa Ini Buatkan Orang Lain Rasa Sebak.

Baru-baru ini viral di laman TikTok satu video seorang bapa makan nasi kosong sehingga undang simpati orang ramai. Video itu dirakam oleh anaknya sendiri yang sememangnya aktif di aplikasi tersebut dan sering berkongsi rutin sehariannya. Menurut bapa berkenaan, video itu bukan tujuan meraih simpati atau lakonan seperti did4kwa sesetengah warganet.

Video ini mula viral di TikTok selepas individu yang dikenali sebagai Nissa berkongsi video mereka di laman Twitter sehingga mendapat 7k retweet. Rata-rata sebak melihat video itu dan tak kurang juga yang tersentuh melihat kasih sayang dua anak beranak ini. Difahamkan anak beranak itu hanya tinggal di Kuala Nerus, Terengganu berdua selepas berpisah dengan bekas isteri pada tahun 2019.

Kami pilih doa lagi

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat. Memang ada setengah sahabat nak bantu, minta akaun kami. Kami terus terang cakap, kalau dengan duit beribu, kami pilih doa lagi dari duit. Itulah perjalanan kami. Doa lagi bernilai dari wang ringgit, dan kekayaan. Kami tak perlukan apa-apa, kami cuma perlukan doa untuk kami, sihat waalfiat. Syukur kepada Allah SWT.

Menurut lelaki itu, dia menerima banyak mesej untuk membantu dia dan sahabat kerana melihat kesusahan mereka. Namun dia tidak memerlukan duit, dia hanya memerlukan doa dari semua orang. Akhir sekali dia berterima kasih buat semua yang tidak henti-henti mendoakan mereka.

Sumber : OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *