Pelanggan ini sanggup kata begini soal tips pada foodrider ini hanya kerana makanan yang ditempah tidak cukup. Sekali ini yang dia balas.

Amalan Dunia Uncategorized Viral

Ramai warganet luah rasa simpati terhadap nasib rider itu. Pekerjaan sebagai rider penghantar barang atau makanan bukanlah sesuatu yang asing lagi di negara ini. Malah, pelbagai kisah suka duka dalam kerjaya itu sering tular di media sosial sehingga mendapat perhatian warganet.

Kali ini, seorang rider dikenali sebagai Khairul Haffendy Othman turut meraih perhatian ramai selepas berkongsi mesej yang diterimanya daripada seorang pelanggan. Menurut mesej WhatsApp itu, seorang pelanggan memaklumkan dia tidak menghalalkan wang yang telah dibayarnya kerana makanan yang dihantar pemuda itu tidak mencukupi.

Perkongsian tular di Facebook.

“Dik, kak tak halalkan duit terlebih kak bagi. Sebab makanan tak cukup. Call center pun tak dapat,” tulis pelangan itu kepada Khairul Haffendy.

Tidak cepat melenting, pemuda itu bagaimanapun membalas mesej berkenaan dan menjelaskan dia hanyalah seorang rider dan sama sekali tiada kaitan dengan kerja-kerja penyediaan makanan itu. “Kak saya hantar yang mana kedai bagi kak,” tulisnya.

Saya tak mahu rosak rezeki saya dengan famili saya kak.

Lebih mengejutkan, Khairul Haffendy turut memberitahu wanita itu bahawa dia sudah menyedekahkan wang sebanyak RM2 yang tidak dihalalkan wanita itu ke tabung sebuah masjid.

“Kak terima kasih kerana tak halal duit RM2 kak tu. Duit tu nanti saya masuk tabung masjid kak. Saya tak mahu rosak rezeki saya dengan famili,” balasnya.

Kisah rider berhadapan ragam pelanggan sering tular dan meraih perhatian ramai di media sosial.

Bukan sekadar cakap kosong, dia selepas itu turut menghantar gambar tabung besi Masjid Sembilang Seberang Jaya, Pulau Pinang sebagai bukti kata-katanya kepada wanita itu. Paparan perbualan itu kemudiannya turut dimuat naik di Facebook miliknya sehingga meraih hampir 5,000 perkongsian.

Malah, hampir 1,000 komen turut ditinggalkan warganet, rata-ratanya berpihak kepada Khairul Haffendy. Kata warganet, mereka simpati dengan nasib rider itu dan turut mengkritik keras sikap wanita berkenaan.

Rider hanyalah penghantar makanan, bukannya individu yang terlibat dalam penyediaan makanan buat pelanggan.

“Kak RM2 je, bukan RM2,000 mahupun 2 juta. Otak kak tu tertinggal kat perhentia bas mana yang terlupa nak fikir benda kecil macam ni? Makanan tak cukup? Dia ingat rider tu masak sendiri ke apa? Makanan jadi darah daging. Macam mana sakit hati pun, jangan berkira sangat,” tulis beberapa warganet.

Disebabkan Pelanggan Cancel Beratus Pesanan Ini. Rider Foodpanda Ambil Inisiatif Ini Pula Pada Pesanan Itu.

Bersedekah merupakan satu amalan yang mulia. Terutamanya apabila kita bersedekah dengan ikhlas, ia akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga.

Baru-baru ini, tular di laman sosial tentang kisah seorang pelanggan yang membatalkan ‘order’ makanan berharga ratusan ringgit melalui seorang ‘rider’ Foodpanda.

‘Rider’ yang dikenali sebagai Anas Mansor berkenaan meluahkan rasa terkilan apabila pelanggannya memberikan alamat yang salah, sekali gus membuatkan dirinya terpaksa menunggu dan berpanas di bawah cahaya matahari terik.

Namun, apa yang lebih mengecewakan adalah pelanggan berkenaan bertindak tidak menjawab panggilan walaupun Anas sudah banyak kali menghubunginya. Anas yang kebingungan dengan situasi menimpanya itu, akhirnya bercadang untuk melakukan sedekah makanan tersebut kepada orang ramai di kawasan berdekatan.

Sambil menunggang motor, Anas mencari kelibat orang sebelum mengagihkan satu per satu makanan kepada mereka. Dari ‘rider’ lain hinggalah penjual jeruk tepi jalan malah, pelajar sekolah juga tidak terkecuali mendapat makanan yang diberi oleh ‘rider’ pemurah tersebut.

Tindakan ‘rider’ itu telah meraih pujian ramai warganet yang membanjiri ruang komen menerusi aplikasi TikTok. Mereka teruja melihat kebaikan yang ditunjukkan oleh Anas, walaupun pada awalnya dia telah dianiaya oleh orang lain.

Semoga dimurahkan rezeki

Seronok dan bahagia bila sedekah kepada orang lain

Terharu, semoga dipermudahkan urusan

Kesian, semoga sabar

Alhamdulillah, sikap tidak mementingkan diri dan pemurah Anas wajar dicontohi oleh orang ramai di luar sana. Semoga murah rezeki! Sumber: TikTok @anasmansor99

Tular Pengalaman Abang Food Panda Ini Bila Dapat Pesanan Di Suatu Tempat Misteri Ini. Tapi Bila Dihubungi Ini Pula Yang Berlaku.

Dunia yang serba teknologi ini, sangatlah menyenangkan kehidupan seseorang itu dalam hariannya. Sebagai contoh, aplikasi makanan antara dunia teknologi yang dapat membantu kehidupan seseorang serba sedikit. Walaupun begitu, tular pula video yang dikongsikan seorang penghantar makanan yang digelar Abang Panda, di laman Tiktok berkongsikan nasibnya yang ditipu oleh pelanggan misteri. Lebih misteri lagi, apabila pelanggannya itu meminta supaya dia menghantar makanan tersebut di tempat perkuburan Cina. Bila telefon tak angkat pula, haish seram!

Sekarang siapa yang order?

Menerusi video TikTok itu, lelaki ini menceritakan pengalamannya menghantar makanan yang ditempah oleh seorang pelanggan di tempat perkuburan Cina. Namun, apa yang lebih pelik apabila dia cuba untuk menghubungi pelanggannya itu, namun panggilan tersebut tidak dijawab. Malahan, ketika sampai di tempat tersebut, tidak kelihatan sesiapa pun melainkan hanya kubur yang berada di situ.

Ada orang ordercall tak angkat. Memang prank orderlocation dia bagi dekat kawasan perkuburan Cina. Persoalannya siapa yang order dekat sini? Manalah tahu penggali kubur yang order. Jelasnya lagi, tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung menyusahkan ramai pihak dan dia terpaksa membatalkan pesanan itu. Pada masa yang sama, dia juga sempat membayangkan jika pesanan itu diterima pada waktu malam dan dia terpaksa menghantar makanan itu secara bersendirian di tempat yang sunyi.

Prank order memang berlaku, setiap minggu mesti ada rider yang kena. Seseorang rider tu tak tahu pon dia kena prank ke apa unless lepas dia pick up makanan tu. Sebelum buat tu fikir dulu, jangan menyusahkan rider. Menerusi video kedua, lelaki ini turut menceritakan jika seseorang itu bertindak melakukan prank order perkara itu secara tidak langsung merugikan pelbagai pihak termasuk rider itu sendiri. Malahan, pemilik akaun itu juga boleh disekat dan tidak boleh lagi membuat sebarang pesanan pada masa yang akan datang. Takkan penggali kubur yang order?

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *