Isteri ajak berdepan bersama suami dan kekasihnya untuk selesaikan masalah. Sekali tak sangka ini pula yang suami cakap pada isteri.

Kehidupan Keluarga kisah rumah tangga

Nama saya Aina dan suami saya Zikri. Saya bekerja sebagai doktor dan suami pula Engineer. Baru-baru ini, kami baru sahaja genap 10 tahun berkahwin. Alhamdulillah, hidup kami sekeluarga sangat bahagia dan turut dikurniakan sepasang cahaya mata yang berusia 6 tahun dan 4 tahun. Namanya, Amar dan Alisa. Sepanjang perkahwinan, suami melayani saya dengan sangat baik dan selalu pentingkan keluarga dahulu berbanding perkara lain. Malah, dia juga tidak pernah mengabaikan saya termasuk tanggungjawab zahir dan batin. Anak-anak juga lebih manja dengan bapa mereka.

Sekitar 2 bulan yang lalu, saya dikunjungi seorang pesakit yang bernama Farah. Dia tampil kerana ingin melakukan pemeriksaan lanjut. Sewaktu saya sedang menjalankan rawatan padanya, tiba-tiba dia bertanyakan soal suami saya. Saya agak terkejut dengan soalan itu dan terus saya bertanyakan bagaimana dia boleh mengenali suami saya. Lalu, dia terus akui dia adalah kekasih suami saya.

Saya agak terkejut dengan kenyataan yang dia berikan walhal saya tidak pernah mengenali dirinya di luar. Namun, saya cuma ragu-ragu dengan apa yang dia katakan itu kerana saya tidak rasa suami saya akan berbuat begitu. Malah, suami saya juga kerap berada di rumah dan tidak pernah keluar sendirian tanpa saya. Waktu pagi, kami akan pergi kerja bersama-sama dan waktu petang juga dia akan menjemput saya untuk pulang. Pada hujung minggu pula, kami akan meluangkan masa kami bersama anak-anak.

Disebabkan saya tak nak perkara itu kerap bermain di fikiran saya, jadi saya ambil keputusan untuk bertanyakan pada suami. Namun, dia turut menafikan perkara itu. Jadi, saya pun menyangka mungkin Farah sengaja untuk melakukannya ataupun dia tersalah orang.

Tiba-tiba sewaktu suami saya pergi ke tandas dan saya sedang mula untuk memejamkan mata, telefonnya kerap bergetar menandakan ada orang menghantar pesanan ringkas di Whatsapp. Dan bila saya lihat mesej dari orang yang dinamakan sebagai ‘sayang’. Saya turut terkejut dengan apa yang saya lihat. Malah, latar belakang Whatsapp nya juga gambar dirinya bersama Farah.

Luluh hati saya sebagai seorang isteri bila melihat itu semua. Saya menangis tanpa suara. Tuhan je tahu apa yang saya rasa ketika itu. Saya cuba untuk berdiam tapi terkantoi juga pada suami. Dan saya berterus terang apa yang saya nampak sebentar tadi. Suami tidak henti-henti keluarkan perkataan maaf dan menjelaskan siapa wanita itu.

Rupa-rupanya wanita itu adalah rakan sekerjanya. Mereka mula rapat sejak 1 tahun yang lalu dan suami akui dia hanya berhubung melalui telefon sahaja. Mereka kerap bertemu sewaktu keluar makan tengahari bersama-sama. Saya akui saya bukanlah seorang isteri yang kerap memeriksa telefon bimbit suami. Suami juga akui dia cuba untuk memberitahu, tapi dia sering merasakan keadaan tidak mengizinkannya. Saya merasakan hari itu adalah hari yang paling buruk seumur hidup saya. Saya mohon agar Allah berikan saya kekuatan untuk saya tempuhi semua ini.

Sejak itu, saya membuat keputusan untuk duduk semeja bersama suami saya dan juga Farah. Suami akui situasi inilah situasi yang paling dia takuti selama ini. Dia juga katakan yang dia memang sayangkan saya dan pada masa yang sama dia juga amat menyayangi Farah. Malah, dengan tiada rasa segan silunya dia meminta izin untuk bernikah dengan Farah dan berjanji dia akan berlaku adil pada saya.

Dari segi luaran, Farah nampak sopan, bertudung tutup dada, berstokin dan tutur katanya lembut. Berkali-kali dia memohon maaf kerana mengguriskan hati saya dan menjelaskan dia tiada niat untuk menghancurkan rumah tangga saya, tetapi sekadar menumpang kasih.

Saya tidak tahu dari mana akalnya seorang suami sanggup menduakan seorang isteri tanpa alasan yang kukuh sekalipun. Bagaimana seorang wanita sanggup memikat hati seorang suami orang untuk dirinya sendiri. Bertepuk sebelah tangan pastilah tiada bunyi kan ? Mustahil untuk saya tidak merasakan apa-apa sedangkan orang yang saya telah percayai selama ini lakukan begini pada saya.

Menurut Farah, dia terpikat dengan suami saya kerana sikap suami yang baik dan mengutamakan keluarga. Malah dia langsung tidak malu mengakui bahawa dialah yang mula mendekati suami. Nekad betul ye? Saya suka sikapnya yang berterus terang itu walaupun hanya mengambil masa 1 tahun. Namun agak terkilan sedikit kerana dalam masa 1 tahun itu saya dibiarkan syok sendiri dan yakin hati suami hanya untuk saya. Namun Allah Maha Kuasa. Setelah mendengar penjelasan mereka, maka saya beri keizinan tetapi dengan syarat, suami perlu melepaskan saya. Suami tidak setuju dan meminta saya menerima Farah sebagai madu. Farah pula menangis memohon agar saya tidak merumitkan lagi keadaan.

Siapa yang mahu dirinya bertukar status janda. Saya tidak mahu pun jadikan hal ini bertambah kelam kabut. Saya cuma tidak sanggup untuk dimadukan. Sekiranya suami sudah pilih untuk menduakan saya selama ini pastilah ada kelebihan Farah tapi tiada pada saya. Mungkin saya sudah tidak boleh menjadi yang terbaik untuk suami saya.

Perbincangan hari itu tidak berakhir dengan baik. Saya tetap dengan keputusan saya meminta untuk dilepaskan. Selepas pertemuan itu juga, suami berkali-kali merayu agar saya menerima perkahwinan itu. Malah dia melabelkan keengganan saya sebagai ego dan tamak. Ego ke saya? Tamak ke saya? Sepanjang perkahwinan saya cuba menjadi isteri terbaik. Saya jalankan tanggungjawab dan hanya cintakan suami saya sepenuh hati. Rasanya saya berhak untuk mendapat sepenuh cinta juga. Setiap suami pasti takkan faham apa perasaan seorang isteri saat dia tahu dia bakal dimadukan.

Tolonglah, tidak mudah bagi saya. Saya tidak mampu. Saya percaya satu hati untuk satu nama. Saya percaya hati itu milik Allah, Allah juga yang mengubah hatinya untuk wanita itu. Saya tidak menolak poligami itu sunnah Rasul tetapi saya juga manusia biasa. Saya tidak yakin saya akan ikhlas, maka lebih baik berundur lebih awal.

Saya meminta untuk dilepaskan bukan kerana tak sayang, tetapi kerana suami tidak jujur. Walaupun suami tiada niat untuk berkahwin dengan wanita itu, saya akan tetap meminta untuk dilepaskan. Saya tidak boleh menerima apa yang suami lakukan ini. Sungguh sakit untuk ditelan, perit. Tak apalah, semoga semuanya selamat.

Dengan anak-anak juga saya telah jelaskan yang ibu dan ayah dah tak boleh duduk bersama-sama. Nanti mereka akan ada ibu yang baru dan perlu hormat serta sayang dia seperti mana mereka hormat dan sayang saya. Alhamdulillah, anak sulung faham, tetapi yang bongsu ini belum mengerti sepenuhnya. Maklumlah baru berusia 4 tahun. Syukur saya dikurniakan anak-anak yang kuat seperti ibunya.

Saya nekad untuk dilepaskan. Saya lakukan ini bukannya sya tak fikirkan nasib dan perasaan anak-anak. Tapi perasaan saya sendiri sudah tidak boleh menerima kenyataan ini. Saya yakin suatu hari nanti anak-anak pasti akan memahami tindakan saya ini. Khamis depan, saya akan dilepaskan. Wallahi, saya redha, rela dan pasrah.

Kepada suami, semoga bahagia selamanya. Jagalah keluarga baru awak elok-elok. Terima kasih sebab jaga saya selama ini. Saya harap bakal isteri awak dapat menjaga Along dan baby seperti anak sendiri. Saya tak menyimpan perasaan negatif dalam diri saya pada suami mahupun Farah, saya okey. Awak tahu saya kuat kan? Terima kasih sekali lagi.

Kasih Sayang Isteri Buat Suaminya Kekal Utuh Sehingga Hujung Nyawa. Sekali Tak Sangka Si Isteri Sanggup Lakukan Ini Sewaktu Peluang Terakhirnya.

Gambar sekadar hiasan.

Ketika sedang uruskan suaminya di bilik wakaf, pemuda ini diberi peluang untuk melihat reaksi sifat setianya seorang isteri terhadap suaminya. Si isteri mula berbisik sambil menangis teresak-esak sehinggakan mencium berulang kali wajah suaminya. Si isteri menggunakan bahasa yang tak dikenali sewaktu berbisik kepada suaminya. Ini disebabkan melalui borang maklumat yang menunjukkan si isteri adalah berasal dari Kampung Gelam Gelam, Semporna, Sabah.

Si isteri mulai berbicara dengan menggunakan bahasa dialeknya daripada Bajau, Sabah. Setelah selesai mencium wajah suaminya, si isteri mulai berundur sehingga ke bahagian kaki. Pada mulanya, pemuda ini menyangkakan si isteri mula memberi ruang untuknya menutup wajah suaminya.

Tetapi sangkaan saya meleset…

Tapi rupanya salah, si isteri terus mencium kaki suaminya dan sambung berbisik sesuatu dan terus menangis. Pemuda ini akui sepanjang dirinya menguruskan urusan persemadian ini, ini adalah kali pertama buat dirinya melihat situasi seperti ini. Pemuda ini yakin sewaktu itu pasti si isteri sedang memohon ampun dan maaf buat suaminya.

Apabila sedang asyik melihat situasi tersebut, pemuda ini teringat satu kata-kata yang mengatakan “Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki seorang suami”.

Kelakuan si isteri membuatkan saya terfikir…

Kasih sayang seorang isteri kepada suaminya ini boleh menampakkan yang isteri ini sangat setia sehingga ke hujung nyawa dan pasti mereka sangat sayang antara satu sama lain sewaktu hidupnya. Hampir 10 minit situasi ini terjadi. Pemuda ini dan rakan sekumpulannya membiarkan sahaja dan memberi ruang buat si isteri itu untuk berbuat demikian. Sebab pastina itu sahajalah peluang terakhir buat isterinya untuk memohon maaf pada suaminya.

Untuk makluman pembaca.. Maklumat tentang kehilangan suaminya disalurkan kepada kumpulan pemuda tersebut oleh seorang staff forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Katanya ada seorang perempuan yang juga isteri kepada seorang suaminya memerlukan bantuan pengurusan untuk suaminya.

Staff forensik tersebut memberitahu si isteri tidak mempunyai duit untuk membayar kos pengurusan. Lalu kumpulan pemuda tersebut telah menawarkan diri untuk membantu pengurusan itu secara keseluruhan. Ianya telah kami uruskan di tanah persemadian Islam Seksyen 21 Shah Alam.

Segala pengurusan untuk Zulbasir Bin Sulaiman, mereka gunakan dari tabung pengurusan yang diinfaq oleh orang ramai. Kos liang lah4d untuk suaminya juga dibayar menggunakan dari dana yang ada. Terima kasih kepada semua penyumbang. Kerana anda operasi mereka masih berjalan sehingga hari ini.. Alhamdulillah. Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, haliabara

Si Isteri Menangis Apabila Gagal Keluarkan Wang KWSP Suami Yang Telah Tiada. Bila Tunjuk Surat Apa Pun Semuanya Dah Jadi Tak Laku. Sekali Ini Respon Dari Perunding Takaful.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang perunding takaful mengenai seorang wanita yang gagal mengeluarkan wang EPF arw4h suaminya bertujuan membuka mata orang ramai akan pentingnya melakukan persediaan awal. Tiada siapa yang mampu meneka bilakah mereka akan dijemput menghadap pencipta-Nya.

Justeru, adalah digalakkan untuk setiap daripada kita khususnya ketua keluarga untuk melakukan persediaan awal bagi menghadapi apa jua kemungkinan andai kata dijemput secara mengejut. Mungkin ramai yang masih belum sedar atau menganggap ia isu yang tidak perlu dirisaukan, tetapi hakikatnya ketiadaan persedian awal daripada pihak suami atau ketua keluarga bakal menyebabkan timbulnya pelbagai masalah berkaitan urusan pembahagian harta sebagaimana yang dikongsikan seorang perunding takaful bernama Asyraf Zakhi ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Asyraf turut menceritakan kisah benar yang berlaku di mana seorang isteri tidak dapat mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) milik suaminya yang sudah meninggal dunia. Hal tersebut berlaku kerana suami kepada wanita berkenaan tidak meletakkan penama di dalam akaun EPF miliknya dan wanita tersebut tidak mempunyai surat kuasa bagi tujuan pengeluaran wang berkenaan. Walaupun wanita berkenaan mengemukakan sijil kehilangan suaminya dan surat nikah, namun dokumen tersebut tidak boleh digunakan bagi tujuan pengeluaran wang EPF tersebut kerana sudah menjadi prosedur institusi kewangan itu.

Dokumen seperti sijil kehilangan tidak boleh digunakan untuk tujuan pengeluaran wang EPF si suami yang telah tiada sekiranya tidak mempunyai surat kuasa. Gambar hiasan

“Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka. Tahu tak surat kuasa tu menatang apa? Sila ingat ya. Sijil kehilangan dan permit pengebumian saja tidak laku untuk membuat pentadbiran harta pusaka. Berlaku saja kehilangan dan setelah didaftarkan kehilangan tersebut, maka terbekulah segala harta dan aset si suami yang telah tiada itu. Jadi, semua institusi kewangan (harta alih) dan pejabat tanah (harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut,” katanya yang sudah dua tahun berkecimpung sebagai perunding takaful. Jelasnya lagi, penama yang diletakkan di dalam akaun EPF itu juga bukan bermakna individu berkenaan berhak sepenuhnya ke atas tinggalan si suami itu, sebaliknya dia berperanan sebagai pengurus tadbir.

Asyraf Zakhi sudah dua tahun berkecimpung sebagai perunding takaful.

“Selalu orang ingat, letak penama maka terus penama dapat wang. Tapi sebenarnya, penama ini adalah pengurus tadbir. Ia ada beberapa peringkat proses lain. Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang EPF tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris. Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun. Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun. Selepas tahu jumlah wang, kena tolak hutang-hutang dulu, dan seterusnya proses mahkamah untuk pembahagian,” kata lelaki berusia 30 tahun ini.

Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang EPF tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.

Dalam pada itu, Asyraf turut menekan betapa perlunya seseorang ketua keluarga untuk mengambil perlindungan insurans serta pelan hibah (pemberian harta) untuk keluarganya sebagai persediaan awal, tambahan pula jika si isteri merupakan seorang suri rumah sahaja.

“Banyak sebenarnya manfaat hibah ni. Ia boleh digunakan sebagai nafkah oleh isteri dan waris untuk meneruskan kehidupan. Ia juga digunakan untuk membantu proses faraid terutama berkaitan dokumentasi dan proses lain, dan ia juga boleh digunakan untuk membantu membayar hutang si suami yang telah tiada. Tapi masih ada segelintir yang mempunyai ‘mindset’ konon kalau ambil hibah, nanti bila dia tiada , isterinya boleh bersenang lenang dengan pasangan baru. Sebenarnya, ia untuk kemudahan isteri dia sendiri. Senang cerita, semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita. Buatlah pelantikan pentadbir harta supaya apabila kita telah pergi kelak, harta dapat ditadbir dengan cepat,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *