Beri secawan air jagung percuma di persimpangan lampu isyarat. Pemuda ini tak sangka dapat tempahan sampai dari seorang cikgu ini

Viral

Bermula dengan pemberian secawan air jagung percuma di persimpangan lampu isyarat,tak sangka rezeki pemuda ini dipermudahkan. Melalui video Tiktoknya, terdapat guru yang menerima air jagung dan tak lama kemudian membuat tempahan air berkenaan untuk pelajar pelajar di sekolahnya pula.

Ahmad Shahrul Azhan Ibrahim berkata yang merupakan guru tersebut, kejadian berlaku pada minggu lalu ketika dalam perjalanan untuk membuat fotokopi bagi bahan pengajaran dan pembelajaran buat para pelajarnya yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.

Difahamkan lebih dikenali dengan panggilan Sir, katanya, dia pada mulanya terkejut apabila cermin keretanya diketuk oleh seorang penjual air jagung di persimpangan lampu isyarat dekat Kubang Kerian di Kota Bharu, Kelantan.Seorang pemuda menjual air jagung selepas bisnes terjejas akibat PKP.”Waktu tu saya baru selesai mengajar kira-kira pukul 2.30 petang. Mula-mula dia ketuk cermin kereta, saya tak buka sebab tak nak beli air jagung

Ahmad Shahrul yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Ghafar 2 di Kota Bharu berkata, anak muda itu baru saja menjual air jagung sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.”Lepas dia beri secawan air jagung secara percuma, dia berjalan dari satu kereta ke kereta yang lain. Saya berasa kasihan tetapi pada masa sama kagum dengan ketabahan dia.

“Saya kemudian hubungi dia, tawar dia datang ke sekolah untuk sediakan air jagung buat para pelajar saya pada waktu rehat selama 30 minit. Dengan lebih 40 cawan termasuk kakitangan, kesemuanya saya yang bayar,” ujar guru Bahasa Inggeris itu.Menurut guru yang berpengalaman selama 20 tahun itu, perkongsiannya di TikTok bagi memaklumkan tentang kegigihan seorang anak muda mencari rezeki.

“Dia mungkin rugi RM3 sebab beri saya secawan air jagung, jadi saya bantu dia lebih banyak lagi untuk sokong bisnes kecil-kecilan dia,” katanya.Sementara itu, penjual air jagung berusia 19 tahun itu, Muhammad Hanif Asyraf Mohammad Ali ketika dihubungi berkata, dia sebenarnya mengusahakan gerai makan di sebuah medan selera di Kota Bharu tetapi terpaksa ditutup sementara berikutan pelaksanaan PKP.

Hanif, pemuda yang berasal dari Besut, Terengganu itu menjelaskan bahawa hatinya terdetik untuk memberikan secawan air jagung secara percuma kepada guru tersebut dengan niat untuk bersedekah.”Bukan sekadar cikgu Shahrul, tapi ada juga beberapa pemandu lain pun ada yang saya sedekahkan air jagung ketika saya berniaga di persimpangan lampu isyarat.

“Lepas bagi air jagung kat cikgu Shahrul, balik tu dia puji kata sedap dan nak tempah untuk pelajar-pelajar dia. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat”Saya yakin rezeki itu amat luas. Kalau saya berbuat baik dengan orang lain, mudah-mudahan kebaikan saya juga terbalas,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Pengantin Baru Ini Terpaksa Lakukan Perkara Lain Selepas Diuji Dengan Kedai Makannya. Sekali Ini Yang Mereka Lakukan.

Pasangan suami isteri, Shazuwan dan Asyikin terpaksa memikirkan inisiatif lain selepas kedai makan mereka kekurangan pelanggan sejak PKP. Pengumuman kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sehingga 18 Februari ini nyata memberi kesan kepada peniaga kecil.

Begitu jugalah kisahnya dengan sepasang suami isteri ini apabila kedai makan yang diusahakan mereka sepi tanpa pelanggan sejak tiga minggu lalu. “Sedih tengok husband risau sales kedai makan dia makin kurang since Covid ni. Start PKP 2.0 ni lagi kurang customerArea Ipoh yang nak makan tomyam dan western boleh datang Din Bukit,” demikian ciapan si isteri di Twitter sehingga meraih 13,500 retweet.

Suaminya, Muhammad Shazuwan Shamsuddin berkata, jualan kedai makan yang diambil alih daripada ibu bapanya sejak tahun lalu, merosot lantaran kekurangan pelanggan. Malah dedah Shauzwan, ada ketika kedai makannya dikunjungi kurang daripada lima pelanggan sepanjang waktu operasi dibuka bermula 3 petang hingga 10 malam.

Posting isteri Shazuwan, Assyikin di Twitter meraih perhatian warganet

“Tak boleh nak digambarkan rasa ketika itu… bayangkan buka kedai berjam-jam tapi pelanggan sikit je. Sejak PKP dikuatkuasa 13 Januari lalu, memang slow sangat. Selepas isteri saya post dekat Twitter minggu lalu, Alhamdulillah boleh dikatakan keadaan bertambah okay. Walaupun slow tapi sedikit sebanyak ia lebih baik daripada sebelumnya. Ada yang pesan untuk COD, ada pelanggan datang ke kedai selepas posting tu viral. Kami mengagak mereka dapat tahu daripada Twitter. Untuk COD, saya boleh hantar ke kawasan yang dekat-dekat sekitar Klebang dan Ipoh saja. Untuk kawasan yang sedikit jauh, saya tak dapat COD. Sebab kami masih tiada pekerja. Sekarang ni hanya saya, isteri dan ibu bapa saja kerja. Ramai cadangkan untuk guna Foodpanda… buat masa sekarang masih dalam proses. Mudah-mudahan lepas dah selesai, permintaan pesanan meningkat,” katanya.

Shazuwan mengambil alih perniagaan kedai makan daripada ibu bapanya sejak tahun lalu.

Bercerita lebih lanjut, Shazuwan berkata ini merupakan ujian kali kedua dilaluinya sejak kerajaan menguatkuasakan PKP, Mac tahun lalu. Namun ujarnya, ujian kali ini dirasakan sedikit mencabar memandangkan dia baru saja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu. “Selepas tamat degree tahun lalu, saya ambil alih kedai makan ini daripada ibu dan bapa. Tapi ngam-ngam saja saya ambil alih, terus PKP. Masa tu PKP pun lama hingga Jun. Memang slow sangat sales masa tu.

Kami buat dalam 15 hingga 20 biji. Alhamdulillah, jualan selalu habis… cuma ada juga tiga jam pusing baru habis.

“Kami pun cuti berniaga selama kira-kira empat bulan. Baru je mula berniaga semula, kerajaan umum PKP 2.0 pula. Tipulah kalau tak rasa nak putus asa. Lagi-lagi pula baru kahwin dan nak bina kehidupan. Tapi kami suami isteri tak mahu duduk saja… kami jual burger naik motor sekitar Klebang dan Ipoh waktu tengah hari. Kami buat dalam 15 hingga 20 biji. Alhamdulillah, jualan selalu habis… cuma ada juga tiga jam pusing baru habis,” katanya lagi.

Shazuwan dan isterinya mengambil inisiatif menjual burger pada waktu tengah hari.

Tidak menyangka posting isterinya,Nurul Ain Assyikin Mohd Dzulkefly tular di Twitter, Shazwan berkata dia begitu terharu dengan maklum balas positif daripada warganet yang disifatkannya terlalu baik.

“Ramai yang order, ramai juga bagi kata-kata semangat serta cadangan. Terima kasih banyak-banyak. Rakyat Malaysia ni sangat baik hati. Saya tahu bukan saya seorang yang terkesan, ramai lagi alami nasib yang sama. Apa yang boleh saya katakan, janganlah kita putus asa dalam mencari rezeki. Teruskan saja… insyaAllah ada rezekinya nanti,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *