Pesan air kosong dan tak sangka ini layan yang dia dapat. Usahawan kosmetik ini kongsi layanan yang dia dapat semasa beratur panjang di drive thru

Kehidupan

Perkongsian yang dibuat oleh lelaki ini secara tak langsung raih perhatian. Dikatakan hampir sejam beratur di lorong pandu lalu,lelaki yang bernama Qush hanya memesan ais kosong. Sikap yang baik ini memang wujud dan disaksikan sendiri oleh Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar,25 di saat dia singgah di lorong pandu lalu sebuah kedai menjual minuman kopi popular pada tengah hari Ahad.

Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi berkongsi kejadian yang berlaku apabila dia hanya bertindak memesan segelas air kosong daripada pelayan yang bertugas ambil pesanan.“Tengah hari macam ini haus jadi saya ke Starbucks tetapi hanya pesan ais kosong sahaja… sebak dan sayu kerana dulu saya pernah bekerja sebagai khidmat pelanggan, ” tulisnya pada kapsyen video tersebut yang dikongsi TikTok sebelum ia tular.

Sebelum ini, video Qush pernah tular sebelum ini apabila dia merakam video di lorong pandu lalu McDonald’s dan meminta pelayan memilih salah satu nombor antara 1 hingga 5 sebelum memberikan tip kepada staf yang mengambil pesanannya.Qush, seorang usahawan kosmetik berkata pada mulanya dia langsung tidak berniat untuk membuat sebarang rakaman video tetapi disebabkan terpaksa menunggu giliran di lorong pandu lalu itu terlalu lama, idea tersebut tiba-tiba muncul.

Jelas Usahawan kosmetik muda ini tdak kisah dikritik, janji dia tahu niat sebenar di hatinya.“Hampir sejam saya tunggu dan tiba-tiba muncul la idea untuk rakam sesuatu yang sedikit berbeza dengan apa yang pernah saya rakam dan tular dulu.“Lagipun, bila tunggu lama sangat memang rasa sangat haus dan bagi saya ais kosong sesuai sangatlah dengan tekak, ”

Kata Qush yang menetap di Subang Bestari, Selangor itu juga menegaskan bahawa dia memutuskan untuk membuat rakaman itu selepas mendapat permintaan dalam kalangan pengikutnya yang mahu dia membuat satu lagi rakaman situasi di lorong pandu lalu selain restoran McDonald’s.

“Sampai saja giliran saya untuk buat pesanan, saya terus minta satu air ais kosong dan memberitahu barista tersebut yang saya terlalu haus.“Sungguh tak sangka layanan yang diberikan sangat baik walau masa tu ramai pelanggan. Dia siap offer nak hantar air kosong tu ke kereta saya sebab barisan masih panjang… lambat lagi untuk saya sampai di kaunter buat bayaran dan terima air,” katanya.

Bagaimanapun, Qush menolak tawaran itu sebaliknya bersabar menunggu sehingga gilirannya tiba di kaunter bayaran. Di situlah berlaku satu lagi kejutan!“Saya tanya berapa ringgit terus dia cakap ‘tak apa dia belanja’. Masa tu memang nampak saya senyum tapi rasa sebak sangat sebab dia sanggup layan pelanggan nak beli air kosong dengan baik walau tengah sibuk. Saya terus hulurkan tip pada dia.

“Reaksi dia pun biasa sahaja. Tak ada pun nak marah, buat muka dan sebagainya. Layan mesra sahaja,” katanya.Menurut Qush, walaupun pada mulanya barista lelaki tersebut menolak menerima tip, tetapi setelah dipujuk dia akhirnya menerima pemberiannya dan mengucapkan terima kasih.

“Saya buat rakaman ni bukannya sebab nak tunjuk baik dan nak tular. Saya nak ramai orang faham dan jangan ambil kesempatan dengan istilah ‘customer always right’.“Faham kerja mereka ni. Bukan mudah nak layan semua kehendak pelanggan dalam satu masa. Jadi hargailah mereka, ” katanya.Sehingga kini perkongsian video yang dimuat naik Qush di aplikasi TikTok mendapat 16,000 tontonan dan 1,000 tanda suka.

Sanggup Minta Restu Ibu Untuk Buat Tiktok. Dalam Masa Yang Singkat Doktor Ini Berjaya Kumpul 300 000 Followers Masuk Bulan Kedua

Sebelum ini,ramai yang menganggap aplikasi popular iaitu Tiktok hanya sekadar menayangkan aksi tarian terkinja kinja semata mata. Sebenarnya mereka yang mempunyai tanggapan itu silap kerana selain hiburan,pelbagai manfaat dan maklumat yang berguna turut dikongsikan di platform media sosial itu.

Dan terbukti,ramai figura pelbagai latar belakang dan kerjaya,malahan golongan doktot yang mula menjadikan Tiktok untuk sampaikan informasi dan nasihat berkaitan dengan perubatan. Terbaru, salah seorang daripada mereka adalah Dr Ahmad Samhan Awang,doktor tular yang sering berkongsi pengalaman mengenai dunia kedoktoran,perubatan dan kemasyarakatan.

Antara tips yang dikongsi Dr Ahmad Samhan di TikTok.Walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata, doktor berusia 35 tahun itu tetap merendah diri dengan mendapatkan restu daripada ibunya.”Ma, abe nak buat Tiktok. Ma doakan ok? Apa benda pula Tiktok?

“Itulah aku. Tiap kali nak buat sesuatu aku minta Ma doakan. Biarpun aku tahu, satu benda pun Ma tak faham pasal Tiktok,” tulisnya di halaman Facebook milik beliau.Namun, beliau tetap menjelaskan kepada ibunya mengenai aplikasi itu dengan kebanyakan pengguna membuat video tarian.

“Kenapa nak kena joget. Tak payah jogetlah, ” ujar ibu Dr Ahmad Samhan.”Mana ada nak joget. Nak buat video kongsi ilmu, Ma. Ma doakan ramai yang follow. Makin ramai follow makin ramai dapat belajar dan dapat manfaat.”Kalau gitu Ma doakan followers abe 150,000 bulan ni. Ah sudah. Tepuk dahi. Ni Ma betul-betul tak faham pasal Tiktok ni. Mana lojiknya orang follow ramai tu dalam sebulan,” kata doktor yang berpengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Aksi Dr Ahmad Samhan memberi penerangan.Menurut Dr Ahmad Samhan, beliau memuat naik video pertama di TikTok pada 1 Disember lalu dan bermula secara konsisten sebanyak satu video dimuat naik setiap hari.Beliau bagaimanapun kecewa kerana jumlah pengikutnya ketika itu kurang daripada 100 orang.

“Ma, dah seminggu abe post video. Tak ramai pun follow.Jangan bimbang. Betulkan niat. Tengok nanti hujung bulan ni. 150,000 yang follow. Bulan depan jadi 300,000,” ujar beliau yang mengimbas kembali perbualan bersama ibunya.



Ibu kepada Dr Ahmad Samhan. foto facebook Ahmad Samhan.Tanpa disangka-sangka jumlah pengikut beliau di TikTok mencecah 150,000 orang pada 31 Disember, dan ia meningkat sekali ganda kepada 300,000 pengikut pada 31 Januari.

“Tak kurang seorang tak lebih seorang. Sebiji macam yang Ma cakap. Termenung kejap aku. Berbisa betul doa mak ni.”Sebab itulah kalau aku harapkan sesuatu, aku minta Ma Abah doa. Pasti ada keajaiban berlaku. Benar, doa ibu ayah tiada hijab. Allah makbul.

“Ya Allah, panjangkan usia ibu dan ayahku kerana disitulah terletaknya keberkatan hidupku,” katan Dr Ahmad Samhan yang kini menghasilkan lebih 85 video berkaitan kesihatan di TikTok.Setakat ini juga Dr Ahmad Samhan menerusi akaun Dr.Samhan di TikTok mempunyai lebih 319,000 pengikut dan meraih lebih 1.5 juta likes (tanda suka).

Pintu Belakang Van Terbuka Secara Tiba Tiba. Tindakan Pemuda Ini Meraih Perhatian Ramai Setelah Video Rakaman Tersebut Tular Di Tiktok

Pemuda yang bernama Qush ini berkongsi video itu menerusi IG dan Tiktok. Dalam hidup ini , kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat baik,malah kita patut mengajak orang lain agar melakukan kebaikan. Begitu juga dengan jejaka ini yang berkongsi video di saat dia membantu seorang pemandu van di Subang Bestari,Selangor,Ahad lalu.

Kata Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar,25, menceritakan semula kejadian yang berlaku dalam tempoh singkat itu.” Saya tengah memandu di di kawasan rumah sebenarnya masa itu. Tiba tiba pintu belakang van di hadapan kereta saya terbuka.”

“Terbuka masa van tengah bergerak, pakcik tu pula tak perasan. Kebetulan lampu isyarat merah, saya pun tahu lampu isyarat di situ memang lama.Qush berkata, dia sekadar mahu membantu dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.“Jadi saya turun dan tolong tutup pintu belakang van itu. Lepas saya tutup, nampak macam dia intai. Tapi kami tak sempat bertegur,” ujarnya.Berkongsi video di Instagram dan TikTok, usahawan kosmetik yang mesra disapa Qush itu turut menerima reaksi positif warganet.

Katanya lagi,dia menerima satu komen yang mempersoalkan kewajaranannya merakam video sambil membuat amal kebaikan. Tambahnya lagi yang merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik ,dia secara spontan merakam vieo itu langsung tiada niat untuk menunjuk nujuk. Tambahan pula,telefon miliknya diletakkan di atas dashboard kereta dan dia yang bersendirian membuat rakaman berkenaan.

“Saya sebenarnya risau barang dalam van tu terjatuh ke atas jalan raya. Saya nampak macam ada tong cat.Qush merupakan seorang usahawan kosmetik.”Risau jika ia jatuh dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.”Ada seorang individu tanya di ruangan komen, kenapa saya rakam video? Pada saya, kenapa tidak kita kongsi perkara positif.

“Bukan nak menunjuk. Cuma dalam tempoh sekarang, dengan pandemik Covid-19 lagi, inilah masanya kita gunakan hashtag #KitaJagaKita.”Sama-sama membantu masyarakat. Saya pun rakyat biasa je. Mana tahu hari ni dia susah, mungkin esok kita pula yang memerlukan pertolongan,” ujarnya lagi

Paparan skrin video tular itu.Namun katanya, dia bersyukur ramai yang faham mesej video tersebut dan turut berkongsi kata-kata positif menerusi ruangan komen.Tambah Qush lagi, dia tidak dapat membayangkan sekiranya pemandu tersebut merupakan ayahnya sendiri.Dalam perkongsian sama, dia turut mendoakan kesejahteraan individu itu dan berharap dia dapat pulang dengan selamat.

Tweet Yang Dibuat Suka Suka Disiarkan Di Saluran Berita. Pemuda Ini Terkejut Melohat Tweet Yang Ditulis Terpampang Dan Ini Pula Reaksi Ahli Keluarganya

LAMAN sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok kini menjadi tempat berkongsi pendapat, mencari informasi terkini serta menjadi satu bentuk hiburan kepada penggunanya.Di Twitter misalnya, kebanyakan tweet yang menarik pantas meraih perhatian warganet sekali gus juga akan tular di laman sosial yang lain.

Tetapi lain pula kisah seorang pemuda apabila tweet mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuatnya bukan sahaja tular di media sosial, tetapi turut masuk dalam Buletin Utama yang disiarkan di TV3 pada Rabu.Berkongsi cerita dengan mStar, Muhamad Asrhaf Mohd Nasir, 20, yang menetap dari Pasir Mas, Kelantan berkata dia amat terkejut apabila melihat tweet yang ditulis tiba-tiba terpampang di televisyen.

Ciapan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai pelaksanaan PKP dan ia menerima banyak retweet.”Sedang kami sekeluarga tengok berita, tiba-tiba keluar tweet tu sekali nama saya. Terbahak-bahak satu keluarga ketawa.

“Tweet tu memang sengaja saya buat nak hiburkan hati semua tak sangka sampai masuk TV. Tweet hampir sama sebelum ini pun orang lain pernah buat juga. Saya tiru je, tiba-tiba ramai pula yang retweet.Asrhaf menggangap tweetnya itu sekadar menghiburkan hati mereka di luar sana lebih-lebih dalam dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

“Baguslah, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan hati mereka di luar sana dalam keadaan yang sukar ini,” katanya sambil menambah ketika itu dia sedang menonton bersama ibu, bapa dan abangnya.Tambah Asrhaf, ibu dan bapanya merupakan orang paling teruja apabila mengetahui mengenai perkara itu

“Sebelum ada juga mereka tengok posting orang lain yang dikongsi d TV, tapi mereka tak sangka pula tweet anak sendiri pun sampai boleh masuk TV, apatah lagi pasal PKP,” katanya.Menurut Asrhaf, walaupun apa yang berlaku dianggap sebagai hiburan semata-mata, ada juga warganet yang tinggalkan komen-komen negatif kepadanya termasuklah menudh tweet tersebut palsu dan disunting.

“Mula-mula tu ada yang kata edit. Saya balas komen dia dengan bagi screenshot dekat YouTube. Lepas tu yang lain, saya dah malas layan.”Biarlah nak kata edit ke apa. Janji saya seronok, family pun terhibur.”Lagipun saya kongsi seronok-seronok je, bukannya saya dapat apa-apa pun kalau tweet masuk berita,” katanya.

Asrhaf (depan) bersama keluarga.Asrhaf yang kini bekerja sambilan dengan berniaga dalam talian mengakui dirinya turut terkesan gara-gara pandemik Covid-19 ini.”Biasalah saat macam ini siapa je yang tak serabut. Banyak perniagaan yang lebih besar pun terjejas apatah lagi perniagaan kecil macam saya.”Tetapi saya tetap bersyukur biarpun berniaga kecil-kecilan ja, ada juga rezeki orang beli cookies dan brownies saya,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *