Karya anak Malaysia jadi tatapan dunia. Lelaki ini langsung tak sangka karya dia pada tahun 2019 terpilih dan menjadi perhatian dunia

Viral

Pihak Instagram baru baru ini telah membuat perkongsian tentang gambar dari udara yang dirakam menggunakan dron oleh Heri pada 2019 dan tiba tiba sahaja menjadi perhatian dunia. Sekali lagi karya anak Malaysia menjadi tatapan dunia apabila foto dari udara memaparkan binaan ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC) dipaparkan melalui laman media rasmi IG

Kata Nazarizal Mohammad,42 foto tersebut dirakam menggunakan dron pada tahun 2019 dan dia langsung tak menyangka ia menjadi tatapan di seluruh dunia. Lebih gemar dipanggil Heri, dia akui terkejut apabila menerima noto mengenai muat naik perkongsian itu pada pagi isnin.”Dapat tahu dalam pukul 7.30 pagi. Sebenarnya pihak Instagram sudah maklumkan menerusi email. Mereka minta tunggu, tapi mereka tak maklumkan bila tarikh sebenar ia akan dikongsi.

“Saya fikir mungkin dua ke tiga bulan lagi. Rasa teruja, terperanjat pun ada. Kita tak jangka.Antara koleksi foto yang dihasilkan jurutera itu.”Untuk dipaparkan di Instagram mereka, kita kena bersaing dengan jurufoto seluruh dunia,” ujarnya. Tambah Heri yang merupakan jurutera yang menetap di Shah Alam itu, dia turut dihujani pelbagai mesej dan ucapan sejurus pihak Instagram berkongsi gambar miliknya.

Selain itu, dia dengan merendah hati menitipkan rasa terima kasih buat semua atas sokongan yang tidak putus-putus selama ini.”Banyak komen masuk, yang follow pun bertambah. Ramai bagi ucapan tahniah. “Ia bagaikan hadiah awal hari lahir saya yang jatuh pada 20 Februari ini.”Untuk warganet, kawan-kawan, saya nak ucapkan terima kasih kerana sokong saya. Saya akan terus menghasilkan gambar terbaik selepas ini,” ujarnya yang menjadikan fotografi sebagai hobi masa lapang sahaja.

Difahamkan foto yang dikongsi oleh IG untuk tatapan lebih 385 juta pengikut mereka sehingga kini meriah lebih 600,000 tanda suka. Kembali bercerita mengenai foto ikonik yang kini menjadi tatapan lebih 385 juta pengikut media sosial IG,dia berkata foto itu dirakam pada awal pagi, sekitar dua tahun lalu.

“Gambar tu dalam tahun 2019. Saja-saja ambil, sebab saya suka tangkap gambar seni bina di Kuala Lumpur.Heri menjadikan fotografi sebagai hobi masa lapang sahaja.”KLCC memang spot terbaik, tapi bukan mudah nak dapatkan angle terbaik. Saya sampai di KLCC dalam jam 6.50 pagi.

“Kena tunggu kat bawah, nak tunggu detik terbaik dan angle bersesuaian untuk ambil gambar itu,” ujarnya yang kini sudah memiliki lima dron dalam koleksi peribadinya.Selain bersyukur dengan pendedahan oleh pihak Instagram, dia turut menyifatkan pencapaian itu sebagai salah satu cara untuk mempromosikan lagi pelancongan Malaysia di mata dunia.Sehingga kini, foto itu sudah menerima lebih 600,000 tanda suka.Untuk rekod, kisah Heri dan dron miliknya juga pernah mendapat liputan mStar menerusi segmen I-Suke pada Julai tahun lalu.

Pelajar Malaysia Di Universiti Al Azhar Berani Lakukan Ini Di Negara Orang. Sehinggakan Tular Dan Ada Orang Yang Minta Hati Hati.

Video Muhammad Syukri menegur bahasa Arab orang Mesir menjadi viral di saluran penyiaran terkenal dunia, Al-Jazeera. Gara-gara lantang mengkritik Bahasa Arab yang digunakan di Mesir, pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar ini menjadi tular di media antarabangsa Al-Jazeera.

Menerusi video berdurasi lebih daripada seminit itu, Muhammad Syukri Abdullah berhujah dengan menegaskan kepentingan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab Asli (Fushah) yang merupakan bahasa Al-Quran, bukannya berbahasa Arab pasar (Ammiyah) seperti mana orang Mesir gunakan untuk bertutur dalam kehidupan seharian.

Gara-gara menyuarakan pandangan tersebut, videonya terus viral sekali gus menimbulkan rasa kurang senang segelintir rakyat negara berkenaan apabila bahasa dan cara komunikasi seharian mereka ditegur oleh ‘orang luar’. Berkongsi ceria dengan mStar, pelajar yang senang disapa sebagai Syukri berkata, ketika itu dia dan dua lagi pelajar terpilih menjadi wakil Malaysia untuk menyertai projek memperkasa Bahasa Arab Fushah.

Ia adalah program bulanan Bahasa Arab anjuran Fakuti Media Universiti Al-Azhar yang mana ia turut melibatkan penyertaan mahasiswa dari beberapa negara lain termasuk Indonesia, Burkina Faso dan Mesir.

Syukri (empat,kiri) bersama rakan-rakan Indonesia yang sama-sama merupakan ahli sukarelawan YOSH Afrika dan Mesir.

“Saya ceritakan mengenai kepentingan untuk bertutur dalam Bahasa Arab Asli. Bahasa Arab diturunkan dalam bahasa asli, iaitu bahasa Al-Quran, yang dituturkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat serta akan jadi bahasa syurga kelak. Bahasa pasar pula wujud akibat penjajahan. Saya kaitkan dengan satu peristiwa yang dialami diri sendiri ketika mula-mula tiba di sini. Apabila saya naik bas dan nak beli tiket, saya bertutur Arab Fushah tapi penjual tiket tak faham. Malah mereka gelakkan saya. Daripada peristiwa itu, saya jadikan point ketika bercakap di program berkenaan. Saya bukan kritik namun mengajak semua untuk bertutur dalam Bahasa Arab Asli kerana ia bahasa Al-Quran. Tapi daripada semua video, video saya ketika ditemuramah pula yang jadi viral. Sebab ‘sentuh’ tentang mereka sedangkan saya ini orang luar,” ujarnya lagi.

Ketika pandemik Covid-19, Syukri tetap aktif beraktiviti antaranya mengajurkan kelas memperbaiki bacaan Al-Quran secara online dengan orang di Malaysia.

Menurut Syukri, meskipun ada yang memberikan reaksi negatif khususnya daripada rakyat negara berkenaan, namun dia bersyukur kerana lebih ramai yang memberikan maklum balas positif. “Ada yang komen dan menyokong apa yang saya perkatakan kerana adalah lebih elok kita memelihara Bahasa Arab asli kerana ia bahasa Al-Quran sedangkan bahasa pasar ni banyak yang bercampur-baur,” ujarnya. Sejak video berkenaan viral di Al-Jazeera yang sehingga kini meraih lebih 380,000 tontonan dan 3,900 shares, Syukri menambah bahawa dia sendiri tidak menjangka tempias yang diterimanya.

Sungguh tak terbayang dengan apa yang berlaku namun saya bersyukur kerana dapat menyampaikan sesuatu mesej.

“Dalam seminggu tu, setiap jam dapat panggilan terutama daripada kawan-kawan dan orang yang mengenali saya. Namun dalam banyak-banyak yang ucap tahniah, ada seorang yang minta saya hati-hati terutama jika dipanggil untuk diwawancara… takut nanti jadi isu lain. Sungguh tak terbayang dengan apa yang berlaku namun saya bersyukur kerana dapat menyampaikan sesuatu mesej,” katanya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Bercerita serba sedikit mengenai situasinya di Mesir kala pandemik Covid-19 masih menular, Syukri yang juga pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab berkata dia tetap aktif terlibat dengan pelbagai program.

Antara kejayaan sukarelawan YOSH adalah menyiapkan ‘tube well’ untuk penduduk di Malawi.

“Sebenarnya ketika ini banyak perkara yang boleh saya buat. Saya sukarelawan Youth of Strenght & Happiness (YOSH) MyFundAction, jadi banyak program kami buat antaranya agihan makanan Kotak Rezeki Umat. YOSH bukan sahaja membantu masyarakat Malaysia tetapi membantu masyarakat pelbagai negara dari seluruh dunia. Selain itu saya juga anjur kelas memperbaiki bacaan Al-Quran secara online dengan orang di Malaysia. Ini kerana bagi saya sendiri, saya berpegang kepada kata-kata manfaatkanlah sekecil-kecil kelebihan kita dan sebarkan kebaikan ke seluruh dunia,” katanya lagi.

Ditawarkan Melanjutkan Pelajaran Ke Sebuah Institusi Pengajian Tinggi Dalam Jurusan Perubatan Tapi Terpaksa Tolak. Mengagumkan Sekali Hadiah Yang Dia Beri Kepada Ayahnya

Demi membalas jasa, Syazwan menunaikan impian bapanya untuk mempunyai rumah sendiri.WALAU segunung emas permata diberi, namun ia tetap takkan mampu membalas jasa ibu dan bapa.Justeru selagi hayat masih ada, tunaikanlah apa jua hasrat orang tua dan jangan sekali-kali berkira dengan mereka.

Begitulah kisah Mohd Syazwan Hasanul yang sanggup melaburkan wang demi menyediakan kediaman selesa buat kedua ibu bapanya di kampung.”Sepanjang hidup saya, dari belajar sampai bekerja, niat saya satu sahaja iaitu semua benda adalah untuk ibu dan abah saya. Masuk saja kerja, terus saya buat pinjaman peribadi dan bagi semuanya pada abah, dicampur dengan duit simpanannya, siaplah rumah keluarga kami,” demikian antara coretannya di laman Facebook Tukang Apa Hari Ini yang meraih sehingga hampir 200 shares.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, dia yang senang disapa sebagai Syazwan berkata coretan tersebut dikongsikan secara suka-suka kerana terkenangkan pengrbanan bapanya, Hasanul Ridza, 62, yang membanting tulang empat kerat dan bekerja sebagai tukang rumah demi menyara mereka sekeluarga.

“Kami bukanlah keluarga yang senang… abah hanya bekerja sebagai tukang rumah manakala ibu pula suri rumah. Kami hanya menyewa rumah kecil dua bilik.”Pada tahun 1997 ketika ekonomi meleset, abah terpaksa berhenti kerja sebagai tukang rumah dan berniaga buah salak dan makanan lain secara kecil-kecilan. Ingat lagi, yuran sekolah pun bertangguh bayar sebab abah tak ada duit.

Bapa Syazwan membina rumah untuk keluarganya dengan kudrat sendiri.“Teringat ketika Tingkatan 1 di mana saya ikut abah ke rumah orang yang minta abah betulkan tandasnya tersumbat. Saya duduk jauh dan perhati saja abah buat kerja, seluk tangan dalam lubang kumbahan.

“Pakcik tuan rumah tu tanya, ‘tengok abah kamu, penat tak dia buat kerja?’. Saya pun jawab ‘Penat’. Spontan pakcik tu kata, kalau tak mahu penat, belajar rajin-rajin, besar nanti kerja bagus dan tolong ayah. Kata-kata itu seolah-olah tamparan untuk saya,” katanya mengimbas kembali kenangan bersama bapa.

Menurut Syazwan, dia berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tinggi dalam jurusan perubatan.”Namun saya terpaksa tolak kerana kos yang perlu dibayar mencecah ribuan ringgit. Saya tolak tawaran tu dan tak beritahu abah dan ibu sampai sekarang.

“Alhamdulillah saya sambung pelajaran di institusi lain dan mendapat pekerjaan sebagai penolong pegawai perubatan. Dapat saja kerja, terus saya buat pinjaman dan campur duit simpanan abah untuk buat rumah.Bagi membalas jasa dan pengrbanan ibu bapa, Syazwan dan adik-adiknya berpakat membelikan kereta baharu buat orang tua mereka.

“Memandangkan abah adalah seorang tukang rumah, maka rumah tu abah bina sendiri. Memang dia gembira sangat kerana impiannya memang nak ada sebuah rumah sendiri selepas 22 tahun menyewa. Alhamdulillah kini dah lebih lapan tahun dah duduk di rumah sendiri di sebuah kampung di Temerloh, Pahang,” ujar anak sulung daripada lima adik beradik ini.Bukan sahaja rumah, malah Syazwan dan adik-adiknya kemudian sepakat menghadiahkan sebuah kereta baharu untuk keselesaan kedua ibu bapanya memandangkan kereta lama mereka kerap rosak.

“Kereta lama Nissan Sunny abah guna sampai bocor bumbung… dan asyik rosak saja. Susah juga sebab abah kena ulang alik temujanji selepas pembedahan jantungnya. Jadi kami pun berpakat dalam diam. Saya janji dengan ibu untuk baiki kereta itu.”Kami buat kejutan pada hari raya tahun 2018. Terkejut mereka bila nampak saya bawa pulang kereta baharu, model Nissan Sylphy.

Tidak menyangka perkongsiannya mendapat perhatian, Syazwan dalam masa yang sama berasa terharu dan berbesar hati coretan tersebut dapat memanfaatkan dan memberi mesej kepada warganet.”Bagi saya, kalau nak kecapi kejayaan dalam hidup, utamakan dahulu ibu bapa. Sebelum kita miliki sesuatu, pastikan mereka juga memilikinya. Memang mereka tak minta, tapi itulah tanggungjawab kita sebagai anak-anak.

“Satu lagi impian saya untuk ibu dan abah adalah menghantar mereka ke Tanah Suci Makkah. Sebelum ini hasrat mereka tertangguh kerana abah diserang sakit jantung. Mudah-mudahan hasrat ini akan terlaksana.”Bagi adik-adik pula, belajarlah bersungguh-sungguh. Ilmu itu sangat penting. Dengan ilmulah kita dapat bantu ibu bapa serta keluarga,” katanya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *