Ibu tak pernah belikan hadiah untuk anak tapi anak dia sanggup belikan sesuatu ini. Lelaki ini kongsi cara dia gembirakan ibunya

Kehidupan

Semasa dia menonton video yang memaparkan ibunya sedang menangis, anak bongsu daripada empat adik beradik ini tak dapat nak menahan air matanya dari mengalir. Demikianlah kisah pelajar yang bernama Amirul Ameen Hazahar, 20, yang cukup terharu atas reaksi ibunya, Noraini Misman, 53, yang menerima hadiah sebuah telefon baharu pada Ahad.Mesra disapa Ameen, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) itu berkata, dia gagal menahan sebak atas reaksi yang ditunjukkan ibunya, biarpun tidak menyaksikan detik itu dengan matanya sendiri.

“Saya tinggal berasingan dengan ibu. Tapi kami dalam kampung sama. Selepas beli telefon baharu untuknya, saya terfikir nak buat kejutan.”Tapi bila balik ke rumah ibu, dia sedang menerima tetamu. Jadi saya tinggalkan telefon dalam bilik dan pulang ke rumah saya kerana ada hal lain.

“Jadi adik sepupu yang rakam reaksi ibu selepas dia dapat telefon itu. Kemudian dia hantar pada saya.Ameen membelikan ibunya sebuah telefon baharu pada Ahad lalu.”Saya menangis tengok video tu. Saya jenis hati lembut, senang jatuh air mata walaupun lelaki. Dengar suara ibu, saya bersyukur dapat gembirakan dia walau tak semewah mana,”

Jelas penuntut bidang keusahawanan itu, dia turut sebak mengenangkan pemberian itu memandangkan dia pernah dibesarkan dalam suasana serba kekurangan suatu masa lalu.Malah kata Ameen, dia juga ralat kerana tidak sempat memberi apa-apa hadiah buat bapanya yang sudah tiada beberapa tahun lalu.

“Mak menangis sebab terharu, dia kata dia tak pernah belikan apa-apa hadiah hari lahir untuk saya. Sebelum ni pun dia nak bagi hadiah jam, tapi saya kata tak perlu beli untuk saya.”Telefon mak masih berfungsi, cuma skrin pecah. Mata saya tak boleh tengok macam tu. Saya terfikir, kalau saya pakai telefon elok, kenapa mak kena pakai telefon skrin pecah?

“Saya dah lama niat, cuma tak ada rezeki. Saya bukan orang senang. Kena fikir dua ke tiga kali. Tapi bila ke kedai pada Ahad, saya terus beli.”Alhamdulillah, ada duit simpanan sikit-sikit. Lagipun dia ibu saya, kenapa nak berkira? Tambah-tambah lagi, hari ulang tahun ibu dengan ayah jatuh pada 19 Februari ini,” ujarnya yang menetap di Jeram, Selangor.

Ameen turut berkongsi video kejutan itu di TikTok.Dalam pada itu, Ameen berkata, dia sekadar berkongsi video kejutan itu di TikTok untuk menyimpan memori, di samping memberi inspirasi kepada kawan-kawan yang lain.Malah, dia juga terharu apabila rakan-rakan yang lain turut mengirim mesej kepadanya, mengakui turut terinspirasi untuk melakukan tindakan sama kepada ibu ayah masing-masing.

“Saya tiada niat apa-apa. Cuma kongsi cerita. Mungkin orang fikir, setakat telefon je… tak penting.Ameen merupakan penuntut bidang keusahawanan di Upsi.”Bila dapat tahu ramai kawan-kawan TikTok kata mereka dapat inspirasi, nak bagi hadiah pada mak ayah mereka, saya rasa sangat dihargai.”Impian saya, saya nak tunaikan apa sahaja kemahuan ibu saya. Kalau dia nak pusing seluruh dunia, saya akan bawa. Itu impian saya.”Saya akan bekerja keras untuk ke tahap itu,” ujarnya yang turut mengumpul wang hasil berniaga dalam talian sebelum ini.

Berjaya Menjadi Jutawan Muda Pada Usia 22 Tahun Dan Mempunyai Produk Berjenama Serta Syarikat Sendiri. Di Usia Muda Dia Mampu Bagi Hadiah Ini Kat Ibu Bapanya

Lazimlah setiap ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik buat anak anak. Pelbagai kerjaa dilakukan bagi memastikan anak anak cukup makan pakai dan membesar dengan sihat. Malahan,ada yang terpaksa terus bekerja biarpun umur sudah menjengah ke usia senja.

Bagi seorang wanita bernama Nur Atiqah (@deebulaneqa), perbualan ibu bapanya beberapa tahun lalu sentiasa segar di ingatan, membuatkan wanita ini cekal bekerja keras mencari wang untuk membantu si ayah menyara keluarga.

Sebagai anak nelayan, hidup mereka sekeluarga tidak mudah. Peristiwa yang menyentuh hati masih segar di ingatan Atiqah ketika si ayah membawa pulang wang RM30 selepas seharian turun ke laut.“Masa tu umur saya dalam 14-15 tahun, ayah keluar dari pagi sampai malam cari udang. Bila balik, saya tanya berapa hasil yang dia dapat sebab sehari suntuk kat laut. Saya ingat mesti la banyak.“Ayah dengan muka letih tu senyum je bagitahu, “Alhamdulillah dapat RM30.”

Kata Atiqah, kata-kata ayahnya itu membuatkan dia nekad bekerja keras untuk mencari wang dengan titik peluh sendiri bagi membantu keluarga.Bukan itu sahaja, kata-kata ibunya yang mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci juga sentiasa melekat di ingatannya.“Pagi-pagi lepas subuh arwah mak suka tengok TV, siaran langsung Mekah tu. Perbualan dia dengan ayah selalu, “Semoga kaki kita sampai kat tanah suci suatu hari nanti ye bang”.

“Benda tu la yang berulang-ulang kat telinga saya. Saya nekad, “Satu hari aku akan bawa mak ayah aku pergi umrah dengan duit hasil titik peluh aku sendiri,” ujar wanita itu.Bagi merealisasikan hajat terpendam ibu dan ayahnya, Atiqah mengambil keputusan untuk bekerja seawal usia 13 tahun sebagai dropship.“Umur saya 14-15 tahun macam tu saya dah mula cari duit sendiri. Saya jadi dropship orang. Dropship macam-macam benda. Minyak wangi, baju, kosmetik untuk kumpul modal buka kedai burger depan rumah.”

Selepas lebih kurang dua tahun mengumpul modal, anak gadis ini akhirnya berjaya membuka sebuah gerai burger diidamkannya.“Umur 16 tahun saya berjaya buka kedai burger depan rumah hasil kumpul duit dropship tu. Saya tak minta kat mak ayah, sebab mak ayah saya orang susah, kan. Dari meniaga burger tu saya kumpul duit juga sikit-sikit untuk jadi agen produk orang.”

Tak mudah mencari wang. Kongsi Atiqah, dia perlu menaiki bas untuk ke pusat kurier bersama bungkusan besar tempahan pelanggan dengan kudrat sendiri. Hasil kerja kerasnya, Atiqah akhirnya berjaya membeli sebuah kereta untuk memudahkan pergerakannya ke sana sini.

“Beli stok, hasil jadi agen produk orang dan meniaga burger tu, umur saya 17 tahun saya berjaya beli kereta Gen2 tunai, RM16k masa tu. Kereta tu la yang saya bawak sana sini pergi pos barang orang, beli stok barang burger,” ujarnya.Penat lelah mula menunjukkan hasil. Gadis itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menjadi agen sepenuh masa dan berhenti meniaga burger kerana kekangan masa.

Pada usia 17 tahun, dia sudah menjadi agen sepenuh masa selama kira-kira setahun dan mula mengeluarkan produk sendiri pada usia 18 tahun.Berkat kerja kerasnya, Atiqah sudah mampu berjaya membawa ibu bapanya ke Mekah untuk menunaikan umrah ketika usianya masih 19 tahun menggunakan 80 peratus daripada simpanannya.

“Ayah saya dah tua, keluar pagi sampai malam dapat RM30 je. Walaupun usia saya baru 13-14 tahun, saya tertanya-tanya apa fungsi saya untuk bantu mereka.“Benda tu yang buat saya tersentak, sampai bila saya nak tengok mak ayah saya susah. Apa guna saya sebagai anak kalau saya tak mampu senangkan dan tolong mak ayah saya,” katanya menamatkan perbualan.

Kini, berkat kerja keras dan bakti kepada orang tua, Atiqah sudah berjaya menjadi jutawan muda pada usia 22 tahun dan mempunyai produk berjenama serta syarikat Sdn Bhdnya sendiri.“Tanpa impian dan pengorbanan tiadalah kejayaan. Kejayaan datang dengan usaha, dan jangan sesekali menyerah dalam kehidupan.” -Nur Atiqah, @deebulaneqa

Masa Dulu Tampal Tracking Number Di Bilik. Mengejutkan Sekali Pelajar U Ini Mampu Buka Usat Kurier Sendiri Hasil Buat 9 Bisnes

Bermula membuat penghantaran untuk barang pelanggan, Shafiq kini mengusahakan bisnes kurier sendiri. SIAPA sangka bermula dengan tampalan salinan rujukan tracking number untuk penghantaran barang-barang yang dibeli pelanggan di dinding, seorang pemuda kini melangkah ke hadapan dengan mengusahakan bisnes perkhidmatan kuriernya sendiri.

Peniaga dalam talian itu pada tahun lalu tular di media sosial, kerana memberi semangat kepada adik lelakinya dengan membuka ‘studio kasut’ di dalam bilik tidur.Awal tahun 2021 menyaksikan dia kembali tular apabila berjaya membuka francais perkhidmatan kurier J&T Express pada usia muda iaitu 24 tahun.

Pemuda berkenaan, Mohamad Alif Shafiq Abdul Hisham memberitahu, dia melihat terdapat prospek dalam servis penghantaran sejak berniaga secara dalam talian empat tahun lalu.Salinan ‘tracking number’ yang ditampal di dinding bilik tidur.Katanya, pandemik Covid-19 yang melanda negara tahun lalu membuatkan orang ramai lebih cenderung untuk membuat pembelian dalam talian, sekali gus merancakkan bisnesnya.

“Bila pelanggan beli dalam talian, saya kena guna khidmat kurier untuk penghantaran dan ia mempunyai kos. Bayangkan pernah sehari kos penghantaran sebanyak RM400.”Jadi, satu malam saya terfikir alangkah bagusnya kalau saya ada bisnes servis penghantaran sendiri, mudah-mudahan ramai yang menyokong,” katanya kepada mStar.

Antara bungkusan barang sebelum ini untuk penghantaran kepada pelanggan.Lebih mesra disapa Shafiq, anak muda itu berkongsi mengenai kebiasaannya yang suka mengambil gambar termasuk foto dirinya setiap kali menghantar barang-barang pelanggan.”Sama ada gambar bungkusan barang atau saya selfie di hadapan kedai (pusat kurier). Setiap kali saya buat postage, pasti saya akan kongsi di laman sosial saya.

“Ada sekeping gambar saya di hadapan kedai tu dimuat naik di Instagram story kerana terfikir nak buka servis kurier suatu hari nanti. Seorang kawan yang melihat foto berkenaan secara tiba-tiba turut memberi cadangan yang sama dalam fikiran saya,” katanya yang kemudian menimba pengalaman daripada tiga pengusaha servis kurier.

Shafiq suka bergambar di pusat kurier setiap kali menguruskan penghantaran barang untuk para pelanggannya.Pemuda yang berasal dari Ijok di Kuala Selangor, Selangor itu mengakui bukan mudah untuk mengusahakan bisnes berkenaan kerana banyak perkara dan proses yang perlu dipelajari.”Bagi saya, kalau saya hendak mencapai sesuatu, saya perlu lakukannya sampai dapat. Macam sekarang, saya berniaga sambil belajar.

“Macam-macam bisnes yang saya buat, dari jual gajet, aksesori telefon hingga jual telefon, kasut dan cermin. Sejak empat tahun berniaga, kira-kira sembilan bisnes yang saya telah usahakan secara dalam talian,” ujar pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor.

Hasil simpanan dalam pelbagai bisnes sejak empat tahun itu juga membolehkan anak ketiga daripada lima beradik itu mempunyai modal sendiri untuk mengusahakan servis kurier.Menurut Shafiq, francais servis kurier yang diusahakannya di Ampang, Selangor itu mula beroperasi pada Isnin, menggunakan modal sebanyak RM100,000.

“Ayah saya merupakan mutawif yang bertugas mengiringi jemaah umrah serta haji tetapi pendapatannya terjejas berikutan pandemik Covid-19, manakala ibu bekerja sebagai guru tadika.”Hanya 20 peratus simpanan keluarga menyumbang kepada modal bisnes kurier saya ini, selebihnya adalah hasil titik peluh saya buat sembilan bisnes.”Saya bukan dari keluarga yang senang. Tak perlu jadi orang senang untuk senang, tapi apa yang penting adalah kita berusaha untuk capai apa yang kita nak sampai berjaya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *