Ada yang kata semua yang dibuat Shuk adalah gimik. Shuk Sahar tampil perjelaskan hal sebenar yang berlaku di sebalik kejutan itu

artis

Sebelum ini,heboh tentang Shuk sanggup bawa rombongan meminang semula isterinya. Shuk Sahar yang merupakan pelawak,pengacara dan penyampai radio menafikan kenyataan yang kejutan membawa rombongan meminang semula itu adalah gimik dilancarkan untuk pelancaran produk.

Mohammad Shukri Mohamed Sahar atau nama glamornya Shuk menjelaskan kejutan yang dibuat itu bukan gimik kerana ia sama sekali tidak diketahui langsung oleh isterinya.”Selepas apa yang berlaku terhadap rumah tangga kami, saya memang sentiasa memujuk Sera untuk berbaik semula. Ini kerana saya sangat sayangkan dia, anak-anak dan keluarga serta tidak mahu kehilangan mereka.

“Saya tahu Sera selalu membuat ulasan produk termasuklah Puteh Wow itu. Suatu hari, pengasasnya, Joe menghubungi saya meminta izin untuk bekerjasama dengan isteri serta membuat pelancaran produk itu di rumah kami.”Memikirkan ia rezeki Sera dan keluarga, saya beri keizinan. Namun, Joe meminta saya buat kejutan untuk Sera bagi menjernihkan situasi hubungan kami dengan permohonan maaf terbuka dan secara langsung,” katanya.

Menurut Shuk, apa yang dilakukan hanya mahu memiliki keluarganya semula dan dia memang betul-betul menyesal dengan kesilapan sudah dibuat serta mahu melakukan yang terbaik untuk isteri dan anak-anaknya.”Kalau nak buat gimik pelancaran produk, takkanlah saya sampai sanggup hilang keluarga dan kerja. Sampai sekarang pun, saya masih lagi kena gntung kerja di Hot FM.

Tambahnya lagi,”Saya pun tak tahu sehingga bila akan digntung kerja dan kini dengan sepenuh harapan masih menunggu keputusan Hot FM. Saya rindu nak bekerja semula di konti kerana dah lama tak ‘on air’ (ke udara),” katanya.Mengakui sudah lali menghadapi kritikan, Shuk berkata, dia tahu mengenai dakwaan gimik pelancaran produk yang diperkatakan itu tetapi enggan ambil peduli kerana sudah faham dengan sikap warganet.

“Permohonan maaf secara terbuka kepada isteri adalah ikhlas. Saya berjuang untuk mendapatkan semula keluarga dan alhamdulillah, Sera dapat menerima serta memaafkan saya. Kemaafan diberikan Sera itu sangat saya hargai.”Bagi saya kalau berani buat salah, kita kena berani mengakui kesalahan itu dan harus berani juga meminta maaf serta berusaha mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Shuk bersyukur sudah kembali ke pangkuan keluarganya semula, Shuk berkata, dengan peluang sekali lagi diberikan Sera itu, dia tekad mahu memperbaiki diri menjadi lebih baik untuk keluarga.Malam Isnin lalu, Shuk berjaya memujuk dan berbaik semula dengan isterinya apabila muncul membawa rombongan meminang ke kediamannya.Segak mengenakan baju pengantin berwarna biru, Shuk memohon maaf secara terbuka kepada isterinya yang ketika itu membuat siaran langsung pelancaran produk kecantikan.

Siap Ada Barang Hantaran Macam Beg Berjenama Dan Bermacam Lagi. Shuk Kejutkan Orang Ramai Dengan Bawa Rombongan Datang Pinang Balik

Baru beberapa minggu yang lalu,heboh tentang cerita panas berkaitan pelawak,penyampai radio iaitu Shuk Sahar yang dikatakan menjalinkan hubugan dengan wanita lain. Dan lebih mengejutkan lagi, Masalah rumah tangga telah dibongkarkan oleh isterinya iaitu Rossalennah Natassiah Asshaferah menerusi beebrapa posting di laman IG.

Malahan lebih mengejutkan apabila semalam Shuk membuat kejutan yang tak disangka sangka dengan muncuk dalam keadaan yang mencurigakan melalui IG Live yang dibuat oleh isterinya. Lengkap memakai persalinan seperti raja sehari, artis tersebut meminta kebenaran isterinya untuk berkahwin lagi. Sera yang ketika itu terkejut dengan permintaan tiba ti a itu hanya mampu tercengang sambil ditenagkan oleh rakannya.

Ternyata semua itu helah pengacara tersebut untuk memujuk kembali isteri kesayangan. Shuk siap datang berjumpa Sera dengan satu rombongan meminang dengan pelbagai barang hantaran seperti beg tangan berjenama,barang kemas dan sebagainya. Tambahan pula, pengacara berusia 34 tahun tersebut juga dilihat sempat membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan isteri, selain mengaku kesalahan yang dibuat. Usaha tersebut dibuat untuk memperbaiki kembali hubungan antara mereka berdua.

Isteri Shuk Dikatakan Mudah Maafkan Suami. Kali Ni Isteri Shuk Tampil Beri Jawapan Padu Kat Warganet Susulan Isu Tersebut

Baru baru ini,di IG kepada pelawak terkenal ,Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassiyah Asshaferah atau Sera,banyak menerima pelbagai komen negatif dan berunsur negatif semasa membuat review berbayar di media sosial tersebut.

Berikutan dengan kejadian tersebut, Shuk mohon warganet untuk menghemtikan kritikan terhadap isterinya. Kata Shuk,isterinya hanya menjalankan tanggungjawab yang telah amanah yang telah diberikan oelh peniaga peniaga online di luar sana. Katanya,apa yang berlaku di antara mereka merupakan masalah peribadi dan tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan pekerjaan yang dilakukan oleh isterinya itu.

Katanya, masalah kerja dan rumah tangga tidak sepatutnya dicampur adukkan. Isteri saya ada hak untuk meneruskan kerja kerja yang dilakukan. Warganet tidak sepatutnya salahkan isteri saya dia bekerja. Dia menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan untuk semua paid review tersebut. Saya merayu berhenti bercakap bukan bukan tentang isteri saya.

Manakala Shuk turut memaklumkan yang dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi yang telah berlaku dan status terkini mereka suami isteri.Tak boleh hidup tanpa hang. Maaf ya, perempuan bukan untuk ditndas. Kalau macam tu awak anggap perempuan, awak tak layak bernikah dan hidup berumah tangga. Isteri bukan sekadar lmpias nafsu.

Dan sejak dari kontroversi yang berlaku, Instagram Sera dihujani dengan pelbagai komen negatif. Terbaru, seorang individu telah tinggalkan komen berunsur tak elok dan meminta Shuk untuk melayan isterinya semula bagi menghilangkan perasaan merajuk. Ternyata, komen tersebut turut mendapat perhatian Sera.Jelas Sera, kaum wanita bukannya golongan untuk ditinds dan tempat untuk golongan lelaki melmpiskn nfsu sahaja. Tambahnya, individu tersebut tidak layak berkahwin seandainya mempunyai mentaliti sebegitu.

Keinginan untuk hidup berpasangan merupakan salah satu fitrah yang telah Allah ciptakan ke atas manusia. Perkahwinan dan kehidupan yang bahagia selamanya merupakan harapan kedua pasangan sewaktu terlafaznya akad ikatan yang suci.

Setiap pasangan mengimpikan kesejahteraan kehidupan yang harmoni dan jauh daripada perbalahan apatah lagi berakhir dengan perpisahan.Apabila berlaku perselisihan faham antara suami isteri maka syarak menggalakkan agar suami dan isteri tahammul (bertahan) tetapi apabila melibatkan soal hati dan perasaan yang dipendam, bukan semua manusia mampu bertahan dan bersabar.

Mutakhir ini, kita dapat lihat fenomena membuka aib pasangan secara terang-terangan sudah menjadi sakit dalam masyarakat kita tanpa ada perasaan bersalah atau malu dengan apa yang mereka lakukan. Lagi-lagi hari ini penyebaran ai.b makin meluas dengan menggunakan teknologi serba canggih.A.ib pasangan tidak boleh dibuka atau disebarkan kepada orang lain.Terdapat di dalam sebuah hadis yang meminta supaya kita menutup keaiban sendiri ataupun orang lain. Sabda Baginda Rasulullah:Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau kamu mengmpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. [HR Tirmizi 1955]

Hadis ini menuntut kita supaya menyembunyikan aib sendiri dan menutup keaiban orang lain kerana boleh jadi suatu hari nanti sang pendosa akan menjadi orang yang baik bahkan lebih baik daripada kita yang mencela.Aib pasangan adalah perkara yang tidak boleh dibuka atau disebarkan kepada orang lain sewenang-wenangnya. Umat Islam juga dilarang membuka aib pihak lain walaupun dianggap sebagai mush dan tidak disukainya.

Hari ini ada pasangan yang menggunakan internet untuk menceritakan keburukan pasangannya. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang ditegah dan dilarng di dalam Islam melainkan kita menggunakan saluran yang betul seperti mana kata Imam Nawawi dalam menceritakan perihal seseorang khususnya suami isteri dibenarkan seperti berikut:

1. Membuat aduan apabila dizlimi kepada sultan atau hakim.2. Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.Jaga keharmonian rumah tangga agar tetap bahagia.Perbuatan menyebarkan aib pasangan berlaku dalam pelbagai bentuk. Ada menjaja kisah keruntuhan rumah tangga, merakam video, menyebar gambar mengaibkan pasangan.

Bahkan kebebasan dalam media sosial juga menyaksikan pasangan tanpa segan-silu menandakan nama pasangan atau tag di post-post yang berkaitan yang mana tanpa kita sedar telah membuka aib pasangan.Maka kepada pasangan suami isteri yang melakukan perbuatan terkutk menyebarkan aib pasangan harus memikirkan keadaannya pada hari kiamat kelak kerana pada hari itu Allah akan bertanyakan mengenai perbuatan mereka itu.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 187: Mereka (isteri-isterimu) merupakan pakaian bagimu dan kamu merupakan pakaian bagi mereka.Ayat itu mengisyaratkan, suami atau isteri adalah pakaian yang sepatutnya dijaga dengan cermat dan menutupi hal peribadi agar tidak diketahui orang lain. Jika seorang suami atau isteri mudah mendedahkan aib pasangannya, tanpa sedar mereka membiarkan diri seolah-olah tanpa berpakaian.

Sepatutnya, suami dan isteri perlu saling menjaga kekurangan diri kerana di sebalik kekurangan itulah yang akan melengkapkan kehidupan antara dua insan yang dihalalkan melalui perkahwinan.Berpandukan sebuah hadis, daripada Abu Sa’id al-Khudriy, beliau berkata bahawa Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya manusia yang paling jelik kedudukannya pada hari kiamat adalah seorang lelaki (suami) yang bercampur (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian menyebarkan rahsia isterinya tersebut. [HR Muslim 1437]

Walaupun yang dimaksudkan ayat itu adalah suami, tidak bererti isteri bebas mendedahkan aib pasangannya kepada orang lain.Buat pasangan suami isteri yang sedang dalam menghadapi masalah, berbincanglah dengan penuh kedamaian. Waspadalah dalam memuat naik apa-apa status di media sosial kerana ia bukanlah medium untuk meluahkan perasaan bahkan ia boleh menjadi satu tempat tercetusnya masalah yang lebih besar.

Ia hanya membuka ruang untuk warganet dan orang luar menghakimi rumahtangga kita sedangkan apa yang mereka tahu hanyalah sejengkal daripada keseluruhan cerita.Berwuduk dan solatlah dua rakaat untuk memohon ketenangan daripada Allah kerana hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Minta petunjuk Allah dan jalan penyelesaian dariNya. Luahkanlah kepada Allah sama ada kecewa atau marah.

Diceritakan bahawa Baginda Rasulullah tertekan oleh sesuatu urusan, maka Baginda akan mengerjakan solat. [HR Abu Daud 1124]Kepada para suami jadilah qudwah dihadapan isteri dan sentiasa dekatkan diri kepada Allah. Ini kerana isteri dan anak-anak merupakan satu amanah yang sangat besar.

Kepada para isteri jadikanlah diri sebagai seorang isteri yang solehah dalam memelihara maruah suami dan anak-anak. Ini kerana kehebatan seorang suami disebabkan oleh seorang isteri yang sentiasa di samping keluarga.***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *