Ada warganet buat perbandingan antara transformasi fizikal Rina dengan Adele. Sekali ini reaksi warganet

Viral

Baru baru ini,heboh tetang transformasi kurus Datuk Seri Rina Mohd Harun dengan penyanyi luar negara, Adele. Nama Datuk Seri Mohd Harun tiba tiba sahaja trending susulan penampilan terbarunya dengan penampilan fizikal tubuh yang semakin langsing berbanding sebelum ini.

Perkongsian foto perbandingan fizikal baharu itu turut menerima reaksi berbeza-beza warganet . Melihat perkongsian itu, rata-rata warganet memuji penampilan terbaharu itu.Kata warganet, biarpun berbeza fahaman politik, mereka harus mengakui fakta bahawa Rina kini kelihatan lebih bergaya dan menawan.

Tambahan pula, ada warganet yang turut membuat perbandingan antara transformasi fizikal Rina dengan penyanyi popular antarabangsa, Adele.”United Kingdom (UK) ada Adele, Malaysia kita ada Rina Harun,” tulis @ChrisEnteri di Twitter.

Adele yang sebelum ini terkenal sebagai penyanyi berbadan besar pernah mengejutkan dunia apabila tampil dengan imej kurus pada Disember 2019.Dalam pada itu, bagaikan menjadi lumrah media sosial, pasti ada juga yang memberi komen negatif.Antaranya, warganet mempertikaikan tugas-tugas Rina di kementeriannya.

Selain itu, ada juga yang tergamak membuat komen berunsurkan kritikan fizikal (body shaming).”Ok semua. Kamu boleh persoalkan apa dia buat tetapi tak perlulah hina rupa paras dia yang sebelum ini,” tegur seorang warganet kepada individu yang mengkritik Rina.”Tapi jika ada duit pun. Kalau tiada usaha, disiplin, tak boleh juga nak kuruskan badan. Ingat senang ke?” kata seorang lagi waragnet yang mempertahankan Rina.

Ada Yang Bangga Hilang 50 Kg Dalam Masa 3 Bulan. Pakar Diet Ini Dedahkan Sesuatu Tentang Diet Yang Ramai Tak Tahu Sebenarnya Ada Keburukannya

Salah satu perkara yang ramai orang kita impikan adalah memiliki tubuh badan yang ideal, pasti akan ter inspired bila tengok kebolehan individu yang mampu turun kan berat badan dalam masa yang singkat bukan?Tapi sebenarnya, pakar diet Jazeera Julaili berkata cara itu bukan makin menyihatkan malah akan memudaratkan lagi diri tau!

Memandangkan dah musim-musim hujung tahun dan ramai dah tanam azam nak kurus, hadamkan perkongsiannya ini supaya dapat membuka mata kita semua bahawa penurunan berat badan secara drastik ini bahaya kerana….Boleh rosakkan jantung!

Menurut Jazeera, ada sebab kenapa dietitian/nutritionist menasihatkan seseorang yangt ingin menurunkan berat badan itu, dilakukan secara perlahan-lahan dan teratur. Turun berat tapi tambah sakit lain, untuk apa?”Kata Jazeera, cara dietyang salah boleh membuatkan seseorang itu kekurangan nutrisi dan sekaligus boleh menghilangkan lemak dan secara langsung akan menghilangkan jisim otot juga (muscle mass).

Kesannya, salur darh akan jadi rosak dan membuatkan kadar denyutan jantung (heart rate) akan semakin menurun.Jantung susah nak pump darah, cardiac arrest, jantung in a very fragile mode. kita pulak pergi gym, buat exercise lebih dari HR. Sebab nak turun berat cepat. Push beyond limit katanya.”

Disebabkan itu, risiko untuk menghadapi kegagalan jantung berfungsi amatlah tinggi. Katanya, lagi cepat turun berat, lagi cepat jugalah kena. Maka lagi banyak komplikasi pada kesihatan korang.“Kita bukan sembang saja saja lose 0.5-1.0kg/week berat badan tu. Ada sebab.

This is one of the reason. 500 x 7 hari. = 3500Kcal deficit = 1kg weight lost. Kita nak make sure, lose weight tp nutrient cukup. Tak bagi pressure kat you. Mntal health, physical health terjaga.”Disebabkan itu, Jazeera menasihati untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, lakukanlah dengan secara teratur dan tak perlu nak terburu-buru.Remember this.

Qoute this if you need this. GREAT THINGS TAKE TIME. Losing weight faster than the other does not make you superior. It does not make you a warrior, oh one more losing weight bukan penyebab you boleh jadi coach orang tiba tiba.”Apa yang boleh dirumuskan diri adalah cara kita ‘catu makanan’ dan bersenam melampaui had kemampuan kita itu sebenarnya boleh memudaratkan kita.Jadi, Jazeera ada pesan adalah lebih baik kalau kita makan secara calorie deficit yang betul. Malah, pesannya lagi, kita boleh membuat pemeriksaan darah dan ujian penanda jantung (cardiac marker).

Terkini Dr Zubaidi Ahmad Bongkarkan Punca Penularan Pandemik Covid 19 Yang Melibatkan Kehidupan Seharian Masyarakat Kini Dan Ini Tips Yang Dikongsikan

SHAH ALAM – Cara hidup dan pemakanan masyarakat hari ini menjadi punca berlakunya penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kata pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad. Menurut beliau, sikap sambil lewa orang ramai dalam hal itu memberi kesan kepada kesihatan masyarakat sekeliling.

“Masyarakat hari ini melakukan perubahan kelakuan apabila sudah ramai mula membela haiwan-haiwan yang tidak sepatutnya dibela seperti biawak, ular dan sebagainya yang dikhuatiri mempunyai kuman yang boleh memberi kesan kepada kehidupan kita. “Begitu juga dengan pemakanan di mana ada dalam kalangan masyarakat mencuba makanan eksotik sedangkan kita tahu ada dalam kalangan haiwan ini berisiko kepada kesihatan.

“Jadi tidak hairanlah sekiranya wabak Covid-19 boleh menular di seluruh negara dan sehingga kini belum ada vaksin ditemui untuk menyembuhkan penyakit itu,” katanya di sini semalam. Berikutan itu, Dr Zubaidi berkata, pemilihan makanan yang halal serta bernutrisi tinggi penting dalam kehidupan seharian.

“Dalam Islam sendiri kita sememangnya perlu memakan makanan halal selain mempunyai nutrisi yang tinggi. Kita juga perlu memilih makan yang tidak berlebihan iaitu makanan yang memberi tenaga dan merawat tubuh kita. “Islam juga menitikberatkan soal kebersihan dan dalam amalan seharian kita. Kita sudah terapkan perkara itu melalui wuduk. Lima kali sehari kita membasuh tangan ketika mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardu. Selain itu kita turut digalakkan berpuasa dan tidur yang mencukupi bagi meningkatkan daya ketahanan.

“Amalan spiritual seperti bersedekah juga perlu diamalkan. Ada kajian membuktikan manusia yang mengamalkan aktiviti spiritual itu, kadar kesembuhan penyakit lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengamalkan amalan itu. Malah sebagai orang Islam, kita perlu meletakkan kebergantungan kita kepada ALLAH SWT agar sentiasa dilindungi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat, Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim) berkata, kawalan pergerakan penduduk di zon merah kes positif Covid-19 perlu diperketatkan bagi mengekang penularan wabak itu di kawasan lain. Ujar beliau, total lockdown atau perintah berkvrung lebih praktikal supaya pihak keselamatan dapat fokus kepada sesuatu kawasan dan penugasan pengawalan yang lebih spesifik.

“Ini adalah pandangan peribadi saya apabila ada jangkitan penyakit berlaku di zon merah, kerajaan perlu perketatkan lagi langkah-langkah keselamatan. Tidak ada aktiviti keluar masuk dibenarkan di kawasan berkenaan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya.- SINARHARIAN

Terkini Dr Noor Hisham minta semua orang duduk di rumah dalam satu tempoh ini jika tidak mahu sesuatu ini terjadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih berkesan. “Kalau kita tiada urusan penting di luar, kalau boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu, kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu kita boleh memutuskan penularan COVID-19.

“Kalau kita terpaksa keluar daripada rumah pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan,” katanya. Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video dalam media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.

Beliau berkata orang ramai perlu mengamalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual dalam jarak dekat. “Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP yang diketengahkan,” katanya. Katanya isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP dan semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat dan negara.- BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *