Tular perkongsian pelanggan ini yang menerima bungkusannya dengan dibaluti sesuatu ini. Sekali ada pula warganet yang kata begini.

Amalan ISU SEMASA Kehidupan Uncategorized Viral

Baru-baru ini, tular di media sosial pekerja syarikat kurier yang membaling-baling bungkusan dari pelanggan yang diketahui mogok akibat majikan yang mengurangkan komisen kerjanya. Rakaman video berdurasi 15 saat itu yang berada di salah satu hub kurier milik syarikat itu. Ianya turut menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang mengalami kelewatan penghantaran.

Ternyata rakaman itu mendapat berbagai komen dari warganet. Ada juga yang turut meluahkan rasa kesal terhadap tindakan daripada pekerja tersebut atas sebab khuatir akan merosakkan barangan di dalam bungkusan terbabit. Hari ini tular lagi soal satu masalah yang melibatkan penghantaran barang pelanggan yang mendakwa ada yang menerima bungkusan dalam keadaan yang memalukan.

Menurut gambar yang tular, barangan pelanggan ini dibaluti dengan sehelai seluar dalam yang bewarna merah jambu. Namun dalam masalah ini, tidak dapat sahkan siapa yang sebenarnya bersalah sama ada ianya datang dari penjual ataupun syarikat penghantaran tersebut.

Pelanggan ini tidak menyangka apabila beli kotak pensel dan terdapat pula percuma seluar dalam wanita yang berkongsikan gambar itu di media sosial. Menerusi perkongsian di Facebook, Mamaayu Admia Ayunormaslinda menyatakan tindakan itu sangat melampau walaupun barangan yang diterimanya dalam keadaan baik.

Berikut status yang di muat naik 

“Sangat mengecewakn kami sebagai seller dn juga Customer. “Hari ni barang yang husband order sampai. “Dengan box dibalutkan menggunakan seluar dalam ni. Sangat2 melampau. “Barang memang dalam keadaan baik. “Kotak kemek habis saya tak kisah sangat. “Tapi kenapa sampai dalam keadaan mcm ni. “Pihak atasan J&T tolong selesaikan masalah ini. Hak saya sebagai pengguna. “Jangan kerana nila setitik habis susu sebelanga. Kredit: Mamaayu Admia Ayunormaslinda

Sementara itu di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi dari warganet ada yang beranggapan syarikat penghantaran tidak bers4lah dan mendakwa penjual yang bersalah.

“Kalau i rider nak hantar benda macam ni , ingat ke i nak hantar barang ? memalukan diri sendiri siap kena marah siapa nak hantar ? Kak pakai logic sikit ya kalau membuat kritikan kepada courier,” kata Andre Hoe.

“Kritik ke ni ha…. Takkanlah awak terima je kalau betul brother jnt tu hantar depan mata awak camni rupa…. Biar betul…,” kata Nor Adila Ali. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan yang selanjutnya dari pihak terbabit

TIPS HANTAR BARANG PELANGGAN.

Haa bagi yang baru berjin4k dengan berniaga online ni pastu proses menghantar barang kepada pelanggan ini ada dua kaedah samada secara penghantaran (kita pergi hantar sendiri) atau melalui pos. Mungkin bagi yang baru berjinak dalam perniagaan ini akan rasa bimbang macam mana nak uruskan penghantaran barang kepada pelanggan secara pos. Antara yang korang kena lalui antaranya fasa pembungkusan, fasa pengeposan/penghantaran dan maklumkan status penghantaran kepada pelanggan.

1. Fasa Pembungkusan

Fasa ni sangat lah penting. Korang kena check betul kualiti barang dalam keadaan bank sebelum packing untuk pos atau delivery. Bagi kaedah delivery biasanya pelanggan akan memilih COD (cash on delivery- bayar masa dapat barang) atau kalau yang dah biasa berurusan dengan kita dia akan transfer duit dan tunggu kita hantar barang sahaja. Tips untuk ambil hati pelanggan, korang selit la skit free gift kosnya tak lah mahal boleh cari kat kedai ECO. Pastu pelanggan akan berbunga bunga hati bila dapat free gift, kalau boleh yang sesuai dengan produk dia beli. So diorang boleh guna sekali. Contoh free gift banyak Ada dapat beg, eye brow pencil dapat kurma, dapat pin shawl haaa memang berbunga hati pelanggan terus nak repeat lagi

Untuk pengeposan, fasa pembungkusan ni penting. Bungkus dalam keadaan baik dan kemas supaya mengurangkan risiko barang rosak bila sampai pada pelanggan. Jangan lupa selitkan jugak free gift menarik. Kalau barang jenis berkotak korang bungkus la dengan bubble wrap at least kotak tak la remuk bila sampai ke tangan pembeli.

2. Fasa Pengeposan

Untuk pos ni saya biasa guna pos laju sebab di putrajaya ni pos laju yang dekat dan mudah. Ada 3 kaedah yang korang boleh gunakan untuk pos barang iaitu;

Sampul pra bayar ni banyak saya guna sebab mudah sangat. Beli siap siap ada yang order terus packing dan nanti boleh drop di ezi box pos laju atau kaunter pos laju. Tapi sampul ni untuk items yang kecil dan ringan tak lebih sekilo kot.Biasanya part time online seller akan guna ni sebab tak perlu nak beratur panjang dan Had kadar berat untuk sampul pra bayar boleh rujuk disini.

EZi Box pos laju ni cara nak guna dia mudah sahaja, korang ikut je arahan yang tertera kat scrin step by step kemudian scan consigment note , lepas ruang drop barang terbuka korang letak barang dan tutup ruang yang terbuka tu. Nanti resit akan keluar. Simpan resit untuk simpanan incase ada apa2. Apa yang best guna ezi box ni korang boleh guna 14/7 memang dia macam mesin ATM berfungsi je 24/7 kecuali out of service. Walau bagaimapun,rasanya pos laju akan proses untuk amek barang dalam box tu sebelum kul 4 petang hari bekerja. Hari cuti umum tu tak pasti la yer. Box ini amat memudahkan bagi anda yang menjalankan bisnes secara part time. Yelah, anda hanya ada masa selepas waktu bekerja sahaja untuk hantar barang.

Dalam perkembangan lain, Tujuh pekerja Syarikat kurier J&T Express (J&T) Perak, tampil memoh0n m4af berhubung insid3n memb4ling barang pelanggan yang tular di media sosial. Menerusi video berdurasi 57 saat dimuat naik menerusi J&T Express Malaysia – Perak, seorang pekerja itu menegask4n tiada isu dalaman atau potongan gaji membabitkan pekerja dan syarikat itu.

“Kami ingin jelaskan bahawa tiada tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia. Kami sedaya upaya akan proses dan hantar barang pelanggan secepat mungkin,” katanya dalam rakaman video itu.

Terdahulu, J&T dalam satu kenyataan menjelaskan, insid3n itu berlaku disebabkan sistem pengagih4n bonus yang kurang jelas dalam kalangan kakitangan jabatan sehingga menjadi punc4 kejadi4n m0gok serta tindakan memb4ling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu. Sumber : http://trendingsangat.pw/

Tular Muka Pekerja Kurier Ini Terus Jadi Macam Ni Setelah Seekor Anjing Cuba Lakukan Ini Padanya. Sekali Ini Respon Warganet.

Tular di media sosial apabila seorang pekerja penghantar barang luka teruk di muka selepas seekor anjing mula melakukan sesuatu padanya ketika menghantar barang di kawasan perumahan.

Cedera diserang anjing

Menurut aplikasi Tiktok milik Asri Izham, pemuda yang yang dipercayai adiknya mengalami luka teruk di muka dan telah dikejarkan ke klinik selepas mengalami luka dalam setelah seekor anjing itu lakukan ini padanya. Dalam kapsyen yang disertakan dengan video kecederaan adiknya itu, Asri meminta agar mana-mana pemilik rumah yang membela anjing mengawasi haiwan peliharaan mereka kerana boleh membahayakan orang lain. Jadi, dia berharap agar para rider yang menjalankan khidmat penghantaran barangan berhati-hati dengan situasi tersebut.

Boleh saman ni tuan

Sehubungan dengan perkongsian video itu, ramai yang meluahkan rasa geram terhadap tuan anjing yang tidak peka dengan reaksi haiwan peliharaan mereka jika melihat orang asing di kawasan rumah.

Selain itu, warganet turut menzahirkan rasa simpati terhadap pemuda berkenaan dan mendoakan agar diberi kesembuhan selepas mendapat rawatan susulan menjadi mangsa serangan anjing semasa bekerja.

Mana tuan anjing tu?

Bawa je kayu lepas ni

Kesian jugak dekat brader2 courier ni

Kesiannya dik!

Walau bagaimanpun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan tepat berkenaan kejadian yang tak diingini tersebut. Hal ini kerana kenyataan yang dimaklumkan oleh pemilik akaun Tiktok itu tidak selaras dengan jawapan pemuda tersebut yang ada menyebut tentang anjing dalam perbualan yang dirakam itu. Sumber: Asri_Izham

Masa Dulu Tampal Tracking Number Di Bilik. Mengejutkan Sekali Pelajar U Ini Mampu Buka Usat Kurier Sendiri Hasil Buat 9 Bisnes

Bermula membuat penghantaran untuk barang pelanggan, Shafiq kini mengusahakan bisnes kurier sendiri. SIAPA sangka bermula dengan tampalan salinan rujukan tracking number untuk penghantaran barang-barang yang dibeli pelanggan di dinding, seorang pemuda kini melangkah ke hadapan dengan mengusahakan bisnes perkhidmatan kuriernya sendiri.

Peniaga dalam talian itu pada tahun lalu tular di media sosial, kerana memberi semangat kepada adik lelakinya dengan membuka ‘studio kasut’ di dalam bilik tidur.Awal tahun 2021 menyaksikan dia kembali tular apabila berjaya membuka francais perkhidmatan kurier J&T Express pada usia muda iaitu 24 tahun.

Pemuda berkenaan, Mohamad Alif Shafiq Abdul Hisham memberitahu, dia melihat terdapat prospek dalam servis penghantaran sejak berniaga secara dalam talian empat tahun lalu.Salinan ‘tracking number’ yang ditampal di dinding bilik tidur.Katanya, pandemik Covid-19 yang melanda negara tahun lalu membuatkan orang ramai lebih cenderung untuk membuat pembelian dalam talian, sekali gus merancakkan bisnesnya.

“Bila pelanggan beli dalam talian, saya kena guna khidmat kurier untuk penghantaran dan ia mempunyai kos. Bayangkan pernah sehari kos penghantaran sebanyak RM400.”Jadi, satu malam saya terfikir alangkah bagusnya kalau saya ada bisnes servis penghantaran sendiri, mudah-mudahan ramai yang menyokong,” katanya kepada mStar.

Antara bungkusan barang sebelum ini untuk penghantaran kepada pelanggan.Lebih mesra disapa Shafiq, anak muda itu berkongsi mengenai kebiasaannya yang suka mengambil gambar termasuk foto dirinya setiap kali menghantar barang-barang pelanggan.”Sama ada gambar bungkusan barang atau saya selfie di hadapan kedai (pusat kurier). Setiap kali saya buat postage, pasti saya akan kongsi di laman sosial saya.

“Ada sekeping gambar saya di hadapan kedai tu dimuat naik di Instagram story kerana terfikir nak buka servis kurier suatu hari nanti. Seorang kawan yang melihat foto berkenaan secara tiba-tiba turut memberi cadangan yang sama dalam fikiran saya,” katanya yang kemudian menimba pengalaman daripada tiga pengusaha servis kurier.

Shafiq suka bergambar di pusat kurier setiap kali menguruskan penghantaran barang untuk para pelanggannya.Pemuda yang berasal dari Ijok di Kuala Selangor, Selangor itu mengakui bukan mudah untuk mengusahakan bisnes berkenaan kerana banyak perkara dan proses yang perlu dipelajari.”Bagi saya, kalau saya hendak mencapai sesuatu, saya perlu lakukannya sampai dapat. Macam sekarang, saya berniaga sambil belajar.

“Macam-macam bisnes yang saya buat, dari jual gajet, aksesori telefon hingga jual telefon, kasut dan cermin. Sejak empat tahun berniaga, kira-kira sembilan bisnes yang saya telah usahakan secara dalam talian,” ujar pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor.

Hasil simpanan dalam pelbagai bisnes sejak empat tahun itu juga membolehkan anak ketiga daripada lima beradik itu mempunyai modal sendiri untuk mengusahakan servis kurier.Menurut Shafiq, francais servis kurier yang diusahakannya di Ampang, Selangor itu mula beroperasi pada Isnin, menggunakan modal sebanyak RM100,000.

“Ayah saya merupakan mutawif yang bertugas mengiringi jemaah umrah serta haji tetapi pendapatannya terjejas berikutan pandemik Covid-19, manakala ibu bekerja sebagai guru tadika.”Hanya 20 peratus simpanan keluarga menyumbang kepada modal bisnes kurier saya ini, selebihnya adalah hasil titik peluh saya buat sembilan bisnes.”Saya bukan dari keluarga yang senang. Tak perlu jadi orang senang untuk senang, tapi apa yang penting adalah kita berusaha untuk capai apa yang kita nak sampai berjaya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *