Tular pelajar ini yang sedang khusyuk menyanyi di tangga hanya kerana rindukan seseorang ini. Sekali tak sangka sampai ada yang minta untuk dia lakukan sesuatu ini.

Amalan Kehidupan Uncategorized Viral

Rakaman pada Sabtu itu menjadi tular di aplikasi TikTok. Video memaparkan seorang remaja sedang menyanyi di tangga sebuah kediaman tular sehingga menerima lebih 300,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam.

Menurut individu yang berkongsi video itu, dia secara spontan membuat rakaman rakannya yang menyanyi sambil melayan perasaan kerana baru sahaja putus cinta. Empunya badan, Muhammad Ramadan Ramli, 18, mengakui apa yang diceritakan rakannya menerusi kapsyen pada video itu adalah benar dan bukan cerita rekaan.

Malah katanya, dia yang tak sedar dirinya sedang dirakam turut terkejut apabila video nyanyian lagu Bicara Rasa dendangan asal Arif Bahran dan Sarah Suhairi itu meraih perhatian ramai di TikTok.

Ramadan minat menyanyi sejak kecil lagi.

“Video itu dirakam di tangga rumah kawan saya pada hari Sabtu. Saya memang suka menyanyi dari zaman tadika lagi. Saya tak sedar dia rakam video. Lepas tu bila dia post di TikTok, saya ingat biasa-biasa je, tiba-tiba ramai yang tengok. Saya putus cinta pada November tahun lepas. Tak ada pengganti, masih tak boleh move on. “

Kalau ada rezeki jadi penyanyi, saya tak tolak.

“Di TikTok, ramai orang komen. Ada ramai perempuan cakap nak jadi pengganti bekas kekasih saya. Saya anggap mereka bergurau saja,” ujarnya yang mesra disapa Ramadan.

Namun katanya, dia enggan mendedahkan lanjut mengenai identiti gadis itu serta punca kepada perpisahan mereka. Menurut calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, dia juga bersyukur apabila ramai yang mula mengenali dirinya serta bakat yang dimiliki selepas video berkenaan tular. Malah kata Ramadan, dia tidak menolak rezeki seandainya diberi peluang untuk menjadi penyanyi suatu masa nanti.

Antara komen mengenai nyanyian Ramadan di TikTok.

“Selain menyanyi, saya juga boleh main gitar. Saya belajar gitar sendiri sejak tahun lepas. Dulu pun pernah saya buat persembahan nyanyian di sekolah. Kalau ada rezeki jadi penyanyi, saya tak tolak. Mak ayah pun bagi sokongan, mereka kata janji buat kerja halal. Saya bersyukur orang mula kenal bakat saya. InsyaAllah lepas ni akan buat banyak video cover nyanyian. Kalau ada orang request lagu pun, InsyaAllah saya akan cuba penuhi,” ujarnya yang meminati Bruno Mars dan Zamani.

Dedah Ramadan, dia juga bakal menduduki SPM tidak lama lagi. (Gambar Hiasan)

Dalam pada itu, Ramadan yang akan menduduki SPM tidak lama lagi turut menyuarakan rasa risau. Ujarnya, situasi pandemik Covid-19 memberi cabaran buat dia dan rakan-rakan untuk memberi fokus penuh terhadap peperiksaan. Namun katanya, dia berdoa agar SPM akan berjalan dengan lancar dan dia mendapat keputusan yang cemerlang.

“Risau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19. Sekarang saya banyak study, tak nyanyi sangat. Pergi sekolah pun risau. Tapi kalau tak pergi, macam mana nak belajar,” ujarnya lagi.

Tak Sangka Akhirnya Bekas Kekasih Lamanya Juga Yang Jadi Bini. Ramai Warganet Memuji Cara Pemuda Itu Dan Ada Yang Mahu Menggunakan Taktiknya Yang Ini Juga.

Mesej antara pasangan ini pada 2018 menjadi tular di laman Twitter. Ramai sebenarnya yang masih buntu bagaimana untuk memulakan langkah menuju ke alam perkahwinan. Antara masalah utama, bagaimana untuk memulakan bicara dan menzahirkan lamaran kepada si dia. Di Twitter, tular satu paparan skrin perbualan WhatsApp memaparkan cara seorang lelaki melamar rakannya secara spontan dan bersahaja.

“Wei nak kahwin tak? Tapi ni jujur ni. kalau tuhan jodohkan aku dengan kau kan, kau nak kahwin tak?” soal lelaki itu. Bercerita kepada mStar, Saidatul Athirah Mohd Zafri mengaku mesej berkenaan dihantar oleh Muhammad Hafizuddin Bujang yang kini sah menjadi suaminya sejak 27 November lalu.

Saidatul Athirah berkata dia berkongsi paparan mesej itu kerana mendapat inspirasi daripada posting seorang rakan dan sama sekali tidak menyangka ia akan tular.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November lalu.

“Saya nampak kawan saya buat posting macam tu. Jadi saya buat juga, tapi tak sangka dapat perhatian ramai. “Rata-rata warganet terhibur sebab cara dia mesej ajak saya kahwin. Ramai yang kata nak take note, nak cuba cara itu. Saya dan suami pun ada baca komen. Kami gelak-gelak sebab ia kelakar,” ujarnya,

Menurut wanita dari Melaka yang mesra disapa Athirah itu, perjalanan ke arah penyatuan dirinya dan suami bukanlah seringkas yang disangka, sebagaimana ringkasnya cara dia diajak berkahwin dalam mesej tersebut. Katanya, mereka yang sudah berkenalan sejak tamat sekolah pernah membawa haluan masing-masing sebelum kembali berkawan sekitar dua tahun lalu.

“Saya dan suami dah kenal masa lepas sekolah pada tahun 2013. Kenal melalui kawan-kawan, kami dalam satu geng sama. Kami bercinta sekejap dan putus pada tahun 2014. Sejak itu, kami bawa haluan masing-masing sehinggalah dia start contact balik pada tahun 2018.

Kawan-kawan semua terkejut. Mereka tak sangka kami akan bersama semula.

“Dalam tempoh senyap lama tu, dia ada orang lain… begitu juga saya. Memang tak pernah terfikir akan bersama semula,” imbasnya. Menurut Athirah lagi, dia dan suaminya, masing-masing berusia 26 tahun mengambil keputusan untuk berkahwin selepas mereka kembali bersahabat pada 2018.

“Saya terima balik sebab saya pun dah kenal dia. Masa tu kami pun tiada sesiapa. Dia pun nak settle down. Kalau dah betul-betul serius nak kahwin, InsyaAllah dua-dua pihak akan cuba untuk ke arah yang lebih baik,” ujarnya. Dedah Athirah lagi, rakan-rakan dia dan suaminya turut terkejut apabila mendapat tahu perhubungan yang ternoktah pada 2014 itu kembali terjalin semula pada 2018.

Athirah tidak sangka dia dan suami akan kembali berhubung selepas membawa haluan masing-masing pada 2014.

“Kawan-kawan semua terkejut. Mereka tak sangka kami akan bersama semula. Sebab selama ni dah bawa haluan sendiri. Kebanyakannya memang terkejutlah. Tapi saya percaya dengan ketentuan Allah,” ujarnya.

Tambahnya, dia kini turut bekerja sebumbung dengan suaminya di sebuah syarikat di Melaka. Sehingga kini, posting di Twitter wanita itu turut menerima lebih 2,200 ulang kicau dan dihujani pelbagai komen warganet.

“Kau nak kahwin tak? Seronok kalau betul mudah sebegini. “Simple and direct. Saya suka. “Senangnya dia ajak kahwin,” tulis beberapa warganet

Gadis Ini Tak Sangka Selama Ini Bertahun Tahun Cuba Move On Dari Bekas Kekasih. Sekali Tak Sangka Tiba Tiba Bekas Kekasihnya Masuk Meminang.

Meskipun sudah lama menyulam cinta dan putus di pertengahan jalan, namun andai sudah ditakdirkan berjodoh tetap bersatu jua akhirnya. Walaupun bunyinya kedengaran agak tidak masuk akal, begitulah yang terjadi kepada pasangan kekasih ini.

Menerusi sebuah perkongsian video di aplikasi TikTok, gadis bernama Siti sempat menceritakan kisahnya yang telah dilamar oleh bekas teman lelakinya sendiri. Gadis berkenaan menjelaskan hubungan antara dia bersama pemuda yang dikenali sebagai Azri pernah berakhir tiga tahun lalu iaitu pada 2017. Selepas melalui fasa sedih untuk ‘move on’ daripada kisah cinta silam, siapa sangka rupa-rupanya jodoh mereka masih kuat.

Bukan dilamar kekasih, tapi bekas kekasih!

Alkisahnya sebaik Azri mendapat tahu Siti kembali ‘single’, dia terus masuk meminang. Berkat restu daripada kedua ibu bapa, kini hari bahagia mereka bergelar suami isteri semakin hampir.

Rata-rata warganet berasa gembira dan membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan mendoakan kebahagiaan pasangan terbabit. Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang memberi reaksi sebaliknya kerana bukan semua orang sanggup berjodoh dengan bekas kekasih.

Orang yang betul pada masa yang salah

Inilah namanya jodoh

Tak nak kahwin dengan ‘ex’, penat kot nak ‘move on’

Orang cakap, kalau dah jodoh tu takkan kemana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh jumpa juga akhirnya. Moga terus hingga ke jinjang pelamin! Sumber: TikTok Yayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *