Tular adik ini kantoi dengan polis apabila tengah sibuk main di tepi sungai. Sekali bila ditanya ini pula jawapannya pada polis tersebut.

Amalan Dunia Uncategorized Viral

Bukan sehari dua tapi sudah lama anak-anak terkurung tidak dapat ke mana-mana sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sampailah ia dilonggarkan ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kembali kepada PKP semula. Meskipun ada sektor dibuka secara perlahan lahan dan ada beberapa aktiviti dibenarkan, kebanyakan ibu bapa masih kurang berani membenarkan anak beriadah di luar kerana tidak mahu sebarang risiko.

Apatah lagi apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering mengingatkan bahawa kanak-kanak tergolong dalam kelompok berisiko tinggi dijangkiti Covid 19 sekiranya terdedah kepada rantaian penularan wabak pandemik itu.

Justeru, dalam tempoh yang panjang ini, dengan kehidupan baharu yang anak-anak terpaksa lalui, tidak dapat dibayangkan bagaimana keluh kesah jiwa mereka kerana sebelum ini mereka dapat bersama rakan dan bermain.

Kantoi Dengan Abang Polis

Seperti yang tular di media sosial hari ini, dilihat abang polis sedang menasihati dua kanak kanak yang sedang bermain di tepi sungai telah menarik perhatian warganet.

Reaksi Orang Ramai

Budak 2org tu buat lawakk sungguh. Ckp pun pandai budak belah belah mana tu. Bagus tuan ni.. macam ni la menasihat sambil layan budak budak ni… Budak budak ni dia nakal tapi bila kita nasihat dia akan dengar dan faham.

Tang jawab keje sekolah siap dah tu tak tahan, Bagus budak ni takut pulak kan ngan polis pandai. Paddu la hang adik…pandai cakap noh. apa-apa pun terbaik PDRM. Comel2 adik2 ini hehehe mana ibu bapa tidak larang mandi sungai kan bahaya nanti tiba2 banjir aduhai mambang kenapa lah melintang terus. Bagus abg polis ni.. cara ayah mngajar anak moga abam polis ni dirahmati dn dipermudahkn sgala urusan beliau amin.

PKP: Hanya 2 wakil isi rumah dibenar keluar dapatkan bekalan keperluan

Terdahulu kerajaan  Hanya dua wakil isi rumah dibenarkan keluar bagi mendapatkan bekalan seperti makanan, penokok diet, ubat dan barangan keperluan asas lain, di negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka hanya dibenarkan keluar untuk mendapatkan bekalan itu dalam radius tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman masing-masing.

“Bagi khidmat penjagaan kesihatan, maksimum tiga orang dibenarkan, termasuk pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan atau perubatan (hospital atau klinik) dalam radius tidak melebihi 10km. Bagaimanapun, mereka dibenarkan ke lokasi paling hampir dengan kediaman jika perkhidmatan kesihatan atau perubatan itu tidak berada dalam radius 10km yang dibenarkan,” katanya pada sidang media di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pergerakan di dalam atau keluar masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti kematian, dibolehkan selepas mendapat kebenaran pihak polis.

Ketua Polis PJ Ini Terima Aduan Di Balai Soal Isu Jiran. Sekali Polis Ini Tampil Dan Lakukan Ini.

Umum sedia tahu bahawa ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH Nik Ezanee Bin Mohd Faisal sememangnya akrab dengan masyarakat. Baru-baru ini, pihak Balai Polis Sg Way telah menerima satu laporan berkaitan perselisihan faham yang berlaku di sebuah kejirananan.

Hadir sebagai pendamai

Jadi, bagi membantu menyelesaikan masalah, Nik Ezanee dan Ketua Ketua Polis Balai Sg Way Insp. Zulfadly Bin Yacob telah mengambil satu inisiatif dengan meluangkan masa menjenguk kedua jiran dan mendamaikan perselisihan faham yang berlaku.

Datang bawa hadiah

Kehadiran beliau secara santai turut membawa hadiah berupa limau sempena dengan Tahun Baru Cina yang bakal disambut tidak lama lagi. Selain itu, beliau turut membawa pasu bunga dan dihadiahkan kepada sebuah lagi keluarga sebagai tanda menjernihkan keadaan antara jiran-jiran di kawasan tersebut.

Semoga Tuhan merahmati Tuan

Pastinya perkongsian tersebut membuatkan warganet tersenyum melihat keprihatinan Ketua Polis Petaling Jaya yang menyelesaikan isu tersebut secara lebih santai. Mereka juga berharap supaya perselisihan faham yang berlaku dapat diselesaikan sebaiknya tanpa melibatkan undang-undang hingga merosakkan hubungan baik sesama jiran tetangga.

Contoh terbaik!

Semua benda beliau kasi settle

Turut bersama YB menteri

Selain daripada itu, menerusi perkongsian di Laman Facebook Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPeIM), Nik Ezanee juga dilihat meluangkan masa bersama Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Albakri memberikan makanan kepada penduduk Desa Mentari dan membantu memberi sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya, YaPEIM

Heboh Sama Ada Boleh Makan Makan Dine In Dalam Kereta. Sekali Ini Respon Ketua Polis PJ Bagi Menjelaskan Segalanya.

Macam yang kita semua sedia maklum, buat masa ini (PKP) tidak membenarkan mana mana individu untuk makan atau dine in di kedai mahupun di restoran. Malahan hanya perkhidmtan take away sahaja yang dibenarkan.

Jika dilihat, sekarang sudah menjadi trend orang ramai menikmati makanan di dalam kereta dan kenderaan dipakir di hadapan kedai makan berkenaan. Situasi tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai terhadap penularan Covid-19. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ada jawapan dan responnya.

Persoalan terhadap isu ‘dine-in’ makan di dalam kenderaan ini bagaimanapun telah ditanya oleh penyampai radio Kool FM iaitu Izwan Azir Saleh kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.Menurut Asisten Komisioner Nik Ezanee, dia tiada masalah dengan mana-mana individu yang parkir dan makan di dalam kenderaan selagi tidak melnggar syarat dan SOP.

Kalau dia duduk di dalam kenderaan, dia tidak lnggar jumlah tu tak apalah. Kalau dia single atau dua orang, okaylah. Bagi saya, saya tengok tiada pelanggaran syarat di situ. Syarat kata dua orang dalam satu kereta.Tambahnya, sehingga kini di daerah Petaling Jaya masih belum menerima laporan dari mana-mana individu berhubung isu ini. Malah, dia tidak mempunyai masalah dengan konsep ‘dine-in’ di kedai makan tersebut selagi tidak menerima arahan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi saya, tiada pelanggaran kecuali kalau keluar SOP baharu kata tidak boleh makan dalam kereta, baru saya kena lakukan sesuatu di situ. Saya tidak peduli warganet, saya ambil kira arahan pucuk pimpinan saya. Di Petaling Jaya, tiada orang complain atau laporan dibuat.

Tular Pula Servis Dine In Dalam Kereta. Sekali Ini Respon Warganet Lepas Perkongsian Itu Dibuat

Macam yang semua orang sedia maklum.PKP tidak membenarkan orang awam untuk makan di luar ataupun dine in serta di restoran. Hanya perkhidmatan bungkus iaitu take away sahaja dibenarkan buat masa ini. Dan beberapa hari lalu,tular di media sosial orang ramai yang makan di dalam kereta menggunakan sebuah meja kecil yang diletakkan di bahagian sterimg. Susulan tindakan segelinit pengusaha kedai makan yang menawarkan perkhidmatan ini demi memudahkan pelanggan.

Perkongsian yang berdurasi seminit itu memaparkan pasangan ini makan menggunakan meja tersebut di dalam kereta. Menarik sekali apabila makanan tersebut dihidang menggunakan pinggan seperti di dalam restoran. Namun ada segelintir warganet beranggapab dine in dalam kereta seperti ini tak perlu diteruskan bagi menyekat penularan pandemik. TAmbah mereka,orang ramai perlu bungkus dan makan di rumah atau di tempat tertutup sahaja memandangkan PKP kini dilaksanakan di seluruh Malaysia kecuali Sarawak.Sumber : Amey Musa

Warganet Ini Tampil Berani Kritik Kepada Peniaga Yang Tak Pandai Masak Dan Masih Jual Makanan. Sekali Ini Respon Warganet Lain

Bak kata warganet,tak semua orang meiliki kebolehan untuk memasak dalam skala yang agak besar,khususnya dijadikan sebagai bahan jualan. Banyak ragam pelanggan yang menjadi cabaran utama buat setiap peniaga. Tak dinafikan ada pelanggan yang cerewet,mengada ngada dan ada pula yang baik hati dan cukup memahami kesusahan para peniaga.

Terkini,lain pula ceritanya apabila rungutan seorang pelanggan yang tular di laman FB dan Twitter.Kata individu yang tidak dikenali itu,dia memohon mereka yang tidak pandai memasak agar tidak menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan.

“Siapa yang tak pandai masak, tolonglah jangan berniaga. Stress betul la, beli-beli tak sedap.”Bukan tak bersyukur, tapi kalau dah tak reti masak tu, tak payah berniaga boleh tak?” soal individu itu.Rungutan seorang individu mengenai kualiti rasa makanan yang dibeli tular di media sosial.

Katanya lagi, dia berhak berkata demikian memandangkan makanan tersebut dibeli menggunakan wang miliknya sendiri.”Ingat orang beli guna daun ke? Kalau tak reti masak, belajarlah. Ni dah tahu tak sedap, masih nak jual.”Time awak masak, awak tak try ke benda tu sedap atau tak?” soalnya lagi.

Dikongsi di Facebook, paparan skrin kenyataan lelaki itu ditularkan pula ke laman Twitter sehingga menerima lebih 5,600 ulang kicau (Retweet).Jika disoroti ruangan komen, ramai warganet turut meluahkan pendapat dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Tambah warganet lagi, tak semua individu memiliki kebolehan untuk memasak dalam skala besar, khususnya untuk dijadikan sebagai bahan jualan.Malah, ada dalam kalangan peniaga sendiri yang turut bersetuju degan kenyataan itu.”Betul tu! Dulu sebelum saya mula niaga pun saya test banyak kali sampai kena kat tekak baru jual. Kesianlah kat pembeli kan kalau dapat yang tak sedap.

“Betul. Tekak nak makan laksa, bila dapat rasa macam makan cuka je. Kurang sedap tak apa, jangan sampai hilang rasa makanan tu.”Yang paling sedih bulan puasa, mak ayah kumpul duit nak beli makanan kesukaan anak-anak, last-last dapat yang entah apa-apa.”Yang aku pelik tu, keluarga dia tak rasa dulu ke makanan tu sebelum jual?” soal beberapa wargamet di Twitter.

Tak Sangka Ikan Ini Hanya Chef Ternama Yang Sering Masak. Warganet Terkejut Dengan Harga Ikan Yang Semahal Ini Dan Ini Respon Warganet.

Pastinya di pasar-pasar basah terdapat macam-macam jenis ikan yang tersediakan untuk dijual pada orang ramai. Harga-harganya juga mengikuti jenis ikan dan berat ikan itu sendiri. Malah, tahukah anda, ada juga ikan yang mencecah sehingga ribuan ringgit. Namun siapa sangka, walaupun harganya yang begitu mahal, permintaannya juga tetap tinggi dalam kalangan peminatnya sendiri. Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Humansicks, menceritakan mengenai spesis ikan yang dijual dengan harga yang mahal. Rata-rata warganet terkejut apabila mengetahui harga sebenar ikan tersebut, memang ikan kayangan ni!

Ikan kayangan

Mengikut gambar tersebut, Ikan sejenis Empurau ini kebiasaannya dijual dengan harga RM500 per kilo. Jadi jika dikirakan semua, ikan ini seberat 11 kilogram dan menjadikan harganya sebanyak RM5,700. Dengan harganya yang sebanyak ini dah mampu beli Iphone 12 Pro Max.

Hasil info yang diperoleh, ikan ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sarawak dan ia merupakan ikan paling mahal pernah dijual di Malaysia. Malahan, ikan Empurau ini mempunyai beberapa nama lain iaitu Raja Ikan Sarawak, Ikan Kelar dan bagi di semenanjung ikan ini dikenali sebagai Ikan Tengas. Manakala, dari segi rasa pula, ikan ini dikatakan mempunyai rasa-rasa lemak-lemak manis.

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersetuju dan menyatakan ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga mahal berikutan kesukaran untuk mendapatkan ikan jenis ini. Malahan, ikan-ikan ini lazimnya dimasak di hotel dan restoran-restoran mahal mengikut permintaan pelanggannya.

Info ikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *