Setiap orang pasti belum jelas dengan keadaan di MAEPS. Kini tampil lagi seorang pesakit yang berkongsikan rutin hariannya dari mula berada di sana.

Amalan Covid 19 KESIHATAN Uncategorized Viral

Setiap orang pasti akan masih tertanya-tanya macam mana situasi sebenar di Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS, Serdang. Sewaktu dikuarantin, rasa takut dan bimbang pasti merupakan perkara utama yang sedang membelenggu diri pesakit covid-19 walaupun dirinya bakal duduk bersama orang yang senasib dengannya. Kini ada seorang pesakit yang disahkan positif Covid-19 sejak seminggu yang lepas. Pesakit ini yang bernama Amir Aizat tampil ceritakan dari awal bagaimana dia dan seisi keluarganya dijangkiti wabak ini dan apa yang dilakukannya sepanjang kuarantin di PKRC.

Mula-mula rasa takut

Foto: Amir Aizat bersama keluarganya

Menurut Amir Aizat, dia adalah salah seorang kontak rapat rakan sekerjanya. Malah, ibu dan adiknya pula menjadi kontak rapatnya. Pada mulanya, dia telah pun melakukan ujian swab di Klinik Ampang pada 25 Januari yang lalu sebelum mengetahui dirinya positif wabak ini. Malah ibu dan adiknya pula telah melakukan ujian swab di sebuah hospital swasta di Kuala lumpur. Tiada apa yang berbeza, satu keluarga ini turut mengalami simptom yang sama seperti orang lain iaitu demam, batuk, selsema, sesak nafas serta hilang deria rasa dan bau.

Mereka turut akui pada mulanya perasaan mereka agak takut sebab mereka menganggapkan keadaan di MAEPS itu sama sahaja di wad dan kesemua pesakit berada di dalam keadaan yang teruk dan sangat memerlukan perhatian petugas barisan hadapan.Tapi untuk kebaikan bersama, mereka cekalkan hati masing-masing dan tetap pergi ke sana. Namun, adik dan mak ditempat di dewan yang berbeza. Sampai sahaja di sana, sudah tentu anggapan pertama sudah mulai berubah. Ini disebabkan suasana di dalam pusat kuarantin itu sangat happening sebab pelbagai lapisan masyarakat berada di situ.

 Malah, mereka seolah mengalukan kedatangan pesakit baru dan memberi semangat untuk terus kuat. Saya nampak ada kanak-kanak sehinggalah golongan warga emas. Pelbagai bangsa pula tu. Semua sambut pesakit baru dengan baik. Oleh itu, mereka mengambil langkah awal untuk kuarantin di dalam rumah selama tujuh hari sebelum pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghantar ambulans dan mengambil mereka bertiga untuk dibawa ke MAEPS. Jelas Boy, ayahnya seorang sahaja yang disahkan negatif pada masa tersebut.

Rutin harian ketika kuarantin

Disoal mengenai aktiviti dan rutin harian sepanjang tempoh kuarantin di MAEPS, Boy memberitahu bahawa mereka akan melakukan solat jemaah setiap waktu. Di samping itu, mereka akan bermain ping pong dan carrom sekiranya berasa bosan. Bukan itu sahaja, mereka juga dibenarkan menonton televisyen yang disediakan oleh KKM semasa menjalani kuarantin di situ. Bercerita mengenai soal makanan, Boy memberitahu bahawa pihak KKM menyediakan makanan sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Setakat ini, dia tidak mendengar sebarang aduan mengenai makanan dan mereka semua sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh petugas barisan hadapan.

Malah mengenai barang-barang yang dibawa seperti pakaian dan barangan keperluan diri adalah amat penting untuk dibawa selain dari ubat-ubatan dan vitamin C. KKM juga akan beri satu set pakaian sewaktu pesakit itu tiba sahaja di sana. Boy juga beritahu kebanyakan pesakit di sana adalah pesakit yang hanya memakai gelang bewarna putih sahaja iaitu maksudnya golongan yang tidak bergejala dan mempunyai simptom kecil sahaja. Sepanjang berada di sana, dia hanya berhubung melalui whatsapp sahaja bersama ibu dan adiknya.

Mengenai perkembangan terkini tahap kesihatan mereka bertiga, Boy memberitahu ibunya sudah dibenarkan pulang ke rumah dan dia juga bakal pulang dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Manakala, adiknya masih belum mendapat keputusan kerana perlu berada di bawah pemantauan doktor. Ini kerana, hasil ujian x-ray mendapati ada sesuatu di paru-parunya.

Sebagai pesakit Covid-19, Boy memberi nasihat kepada semua individu di luar sana agar jangan memandang Covid-19 ini sebagai wabak yang biasa. Patuhilah SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan keluar rumah sekiranya ada urusan penting sahaja. Boy turut memberitahu bahawa setiap individu mempunyai daya tahan yang berbeza. Oleh itu, kita tidak tahu bagaimana wabak ini akan bertindak balas dengan diri kita sekiranya kita disahkan positif. Sumber: Amir Aizat

Baru Sahaja Dirinya Masuk Ke Pusat Kurantin MAEPS Tapi Esoknya Terus Tengok Senarai Nama Discaj. Gelagat Suaminya Ini Mencuit Hati Warganet.

Peningkatan jumlah kes Covid-19 di sekitar Selangor, kali ini semakin membimbangkan rakyat. Susulan daripada kes yang berlaku, kebanyakan pesakit yang berisiko rendah akan ditempatkan di (PKRC) MAEPS, Serdang. Tapi lain pula di tiktok apabila ada seorang wanita bernama Putri Renaejon berkongsi video saat suaminya dibawa ke pusat kuarantin di MAEPS.

Husband kena kuarantin

Menerusi video itu, suaminya kelihatan tenang saat ambulans datang membawanya ke Pusat Kuarantin. Renaejon sempat menggalas beg dan lakukan panggilan video bersama-sama isteri dan anak-anaknya setibanya di pusat kuarantin.

Cepat pulang ke rumah

Lebih mencuit hati warganet ketika gelagat suaminya yang sedang fokus menyemak senarai nama yang dibenarkan discharge dari pusat kuarantin. Pastinya setiap orang yang dijangkiti, pasti akan sentiasa berharap dirinya kembali pulih dari penyakit itu. Wajahnya seakan-akan sangat berharap namanya ada terselit di dalam senarai nama tersebut. Gelagat itu telah mendapat hampir 500 ribu tontonan setakat ini.

Mana tahu nama terselit

Sumber: Renaejon

Kini Hari Demi Hari Kes Semakin Meningkat. Hospital Bersepadu MAEPS Bakal Dijalankan Pada 24 Januari.

Disebabkan bilangan kes pesakit positif Covid-19 saban hari semakin meningkat, Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang akan mula beroperasi pada 24 Januari 2021 ini. Memetik laporan Harian Metro, hospital tersebut akan beroperasi bagi merawat pesakit C0vid-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum dihantar mendapatkan rawatan rapi.

Menyediakan fasiliti yang sama

Tambah Menteri Kesihatan itu lagi, strategi tersebut adalah bertujuan bagi merawat kes-kes pesakit positif Covid-19 dari Pusat Kuarantin dan Rawatan C0vid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS 2.0 untuk kategori satu dan dua yang tiba-tiba ke kategori tiga atau empat dan lima. Hospital berkenaan menyediakan fasiliti yang sama di hospital lain seperti peralatan tekan4n dar4h dan negative pressure tent. Selain itu, ianya juga menempatkan 30 katil bagi kategori tiga dan empat dan di luar dewan sebuah khemah untuk transit Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 10 katil tersedia.

Diteliti rapi

Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan persiapan untuk Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia itu sudah diteliti rapi sebelum menempatkan pesakit-pesakit C0vid-19 di sana. Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan meningkatkan jumlah petugas di sini termasuk pakar penyakit berjangkit dan intensivis yang boleh mengendalikan kes C0vid-19 yang lebih kompleks dan membabitkan rawatan rapi.

Saya sudah meninjau tempat baharu yang hendak diisi dan tempatnya adalah kondusif kerana persiapan begitu teliti dan rapi termasuk juga tempat khas untuk keluarga yang positif C0vid-19. PKRC MAEPS 2.0 juga akan menerima pesakit C0vid-19 kategori satu dan dua yang sudah sembuh daripada kategori tiga, empat dan lima yang dirawat di hospital C0vid-19 selain pesakit dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan Lembah Klang.

CAC bakal ditubuhkan di setiap daerah

Dr Adham Baba turut berkata Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) bakal ditubuhkan di setiap daerah di seluruh negeri. Mereka yang asimpt0matik dan mempunyai tempat untuk dias1ngkan di dalam rumah akan dipertimbangkan. Sekiranya datang dari rumah semp1t dan ses4k serta mempunyai penyakit sampingan, kami tidak benarkan dan perlu ke hospital. Sumber: Harian Metro

PM Sudah Mengumumkan PKP Sudah Bermula Pada Hari Ini. Sekali Warganet Terus Siap Sedia Dengan Resepi Dalgona Versi Ini Pula.

Baru sahaja kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, media sosial sudah penuh dengan usikan kreatif warganet. Warga Twitter terutamanya sudah mula mengimbau semula memori PKP yang diperkenalkan pada Mac tahun lalu.

“Usikan warga Twitter tidak pernah menghampakan”, itulah antara ayat yang boleh disimpulkan selepas melihat pelbagai tweet kreatif dan lucu warganet. Masih ingat kegilaan warganet terhadap resipi viral minuman, Dalgona Coffee? Kali ini Dalgona kembali tetapi dalam versi upgrade yang diberi nama Dalgona 2.0! Hebat betul kan?

Bagaimanapun versi kali ini menunjukkan kreativiti warganet ‘menaik taraf’ resipi tersebut dengan lebih baik. Antara menu baru yang diperkenalkan adalah Dalgona Horlick, Dalgona Oreo, Dalgona Teh Susu dan Dalgona Coklat. Dalgona 2.0 juga sudah mula trending di Malaysia sejak PKP diumumkan semalam (11 Januari 2021)

Jadi guys apa tunggu lagi, mungkin boleh cuba resipi warganet ni kan? Why not!

Jual Kerepek Dan Pakaian Terpakai Bagi Menampung Perbelanjaannya. Kisah Pakcik Ini Undang Sebak Bila Dia Dapat Tahu PKP Bakal Bermula

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai BilFami, berkongsi satu video yang membuatkan ramai orang sebak. Video tersebut menunjukkan dia sedang bersembang dengan seorang peniaga yang berusia 50-an.Menerusi video berdurasi satu minit yang tular di media sosial itu, seorang lelaki merakamkan dari jauh aktiviti seorang pakcik yang dipercayai sedang menjual barangan di tepi jalan. Pakcik itu dilihat hanya mengharapkan lampu jalan bagi menerangi barangan jualannya.

Namun, apa yang menyedihkan apabila lelaki ini menggambarkan kesan yang bakal diterima oleh pakcik ini, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Rabu ini.Ketika disapa, pakcik ini memberitahu dia menjual kerepek dan pakaian terpakai bagi menampung perbelanjaannya. Lelaki ini turut memaklumkan PKP bakal bermula Rabu dan reaksi pakcik ini cukup menyedihkan. Dia hanya mampu tersenyum mengenangkan nasibnya.

Menerusi ruangan komen, lelaki itu menceritakan kejadian tersebut berlaku di Batu Pahat, Johor.Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet sebak dengan keadaan pakcik itu. Tambahan pula, mereka turut mendoakan supaya pakcik ini terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *