Kawood merupakan bukti kebangkitan 3 sahabat ini setelah hilang pekerjaan. Namun tak sangka ini yang terjadi dalam perniagaannya.

Amalan Dunia Kehidupan Keluarga Uncategorized

Tiga sahabat Nooradzrene Mohd Noor, Mohd Hafiz Johari dan Abdul Razak Latif mula perniagaan Kawood setelah mereka telah dibuang kerja pada Oktober 2019. Tiga sahabat baik ini menubuhkan Kawood iaitu salah sebuah perniagaan pembuatan perabot sejak Jun tahun lalu sewaktu penularan pandemik melanda negara. Bengkel yang terletak di Kampung Dato Tatah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur itu disifatkan sebagai penyelamat dan lembaran baharu dalam hidup mereka selepas kehilangan kerja lapan bulan sebelumnya. Ketiga-tiga mereka sebelum ini bergelar jurugambar di salah sebuah akhbar terkenal – ia juga pekerjaan pertama mereka selepas menamatkan pengajian di universiti.

Hafiz dan Bob sedang menyiapkan tempahan pelanggan di bengkel mereka yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

“Bergelar seorang jurugambar memang memberi pengalaman berharga dan menyeronokkan. Kami dapat bertemu pelbagai orang – daripada perdana menteri, selebriti, atlet dan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai cerita menarik di sebaliknya. Tugas ini juga membawa kami ke pelbagai tempat sehinggalah Oktober 2019, apabila kami tiba di pejabat, pihak pengurusan mengumumkan syarikat akan ditutup… dalam tempoh dua hari! Memang kami terkejut. Tiada pampasan diberikan. Malah, gaji kami tidak dibayar selama dua bulan sebelum itu,” cerita Abdul Razak, 35.

Tambahnya, setiap hari apabila bangun dan sebelum tidur, fikirannya tidak terhenti memikirkan bagaimana hendak menyara keluarganya. “Saya mempunyai tiga orang anak dan paling bongsu baru berumur empat tahun. Alhamdulillah, isteri masih ada pekerjaan. Saya buat pelbagai kerja namun hasilnya masih tidak mencukupi,” tambahnya.

Mohd Hafiz dan Nooradzrene juga dalam situasi sama; mereka membuat pelbagai kerja termasuk sebagai penghantar makanan dan pemandu e-hailing bagi mendapatkan wang.

“Apabila kehilangan kerja, kita kena buang ego. Saya bertanya kepada isteri sama ada dia OK jika saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan dia tidak kisah. Ketika itulah saya dapat panggilan daripada dua sahabat saya ini yang mengutarakan idea untuk memulakan perniagaan,” kata Nooradzrene yang lebih mesra disapa Bob.

“Kami bermula dengan apa yang ada sahaja. Hanya alat asas daripada simpanan saya dan Bob. Alhamdulillah, kami mendapat pesanan yang konsisten serta dapat membeli alatan yang lebih baik, sedikit demi sedikit setiap bulan.

Perniagaan perabot bukanlah idea asal, sebaliknya pada asalnya mereka sebenarnya mahu membuka gerai yang menjaul nasi kandar Melayu. “Bob sangat mahir memasak dan dia sebenarnya pernah membuka sebuah gerai sebelum ini tetapi ia tidak berjaya bertahan,” kata Abdul Razak

Nasib bagai tidak menyebelahi mereka, pada hari mereka berjumpa dengan lokasi sesuai untuk memulakan perniagaan, ia adalah hari sama perdana menteri mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kawood mula dapat perhatian pelanggan

Bagi Mohd Hafiz dan Bob yang memang meminati kerja-kerja pertukangan, mereka mempunyai pengalaman menghasilkan katil, meja atau rak untuk kediaman mereka sebelum ini sebagai hobi di waktu lapang. Sehinggalah pada suatu hari, isteri Mohd Hafiz bertanya sama ada dia boleh membina sebuah rak tanaman untuk meletakkan tanamannya.

Rak meletak tanaman telah membuka rezeki kepada mereka dalam bidang pembuatan perabot.

“Ketika itu saya tak bekerja, jadi saya bersetuju. Saya buat kajian sebelum menghasilkan rak itu. Isteri Abdul Razak juga mahukan rak sama. Apabila mereka memuat naik gambar rak tersebut di Instagram, tiba-tiba permintaan untuk rak sama semakin banyak. Bayangkan dalam tempoh tiga hari, saya dapat sekitar 10 pesanan!” kata Mohd Hafiz, 35.

Bermula saat itulah, Mohd Hafiz berjumpa dua sahabat baiknya itu dan mencadangkan mereka memulakan perniagaan perabot. “Saya dapat banyak tempahan, saya tahu saya tidak dapat lakukannya sendirian. Saya perlukan pertolongan. Kemudian, saya fikir ini boleh jadi perniagaan kami,” katanya. Pada mulanya, mereka bertiga bekerja dari rumah Hafiz di Pantai Dalam sebelum menyedari bahawa mereka perlukan ruang khas untuk membuat kerja-kerja pertukangan.

Abdul Razak (kiri) bertanggungjawab tentang menerima tempahan dan promosi Kawood.

“Kami bermula dengan apa yang ada sahaja. Hanya alat asas daripada simpanan saya dan Bob. Alhamdulillah, kami mendapat pesanan yang konsisten serta dapat membeli alatan yang lebih baik, sedikit demi sedikit setiap bulan. Kami mula memperoleh pendapatan. Pada satu tahap, kami mempunyai 20 ke 30 pesanan sehari dan saya memandu hampir 300km sehari untuk menghantar pesanan di sekitar Lembah Klang. Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang perkayuan tetapi saya belajar sehingga dapat membantu mereka berdua sekiranya kami mempunyai pesanan yang besar. Tetapi tugas saya mengendalikan operasi; mengambil pesanan, penghantaran, promosi dan pemasaran di media sosial. Itu kepakaran saya,” kata Abdul Razak.

Meskipun mereka bermula dengan membuat rak tanaman, namun kini mereka mempunyai 13 produk dalam portfolio mereka selain menerima tempahan khas. Mereka juga menggabungkan penggunaan logam dalam produk mereka untuk memenuhi permintaan pelanggan yang gemarkan gaya industri.

Ketiga-tiga sahabat ini pernah bergelar jurugambar di sebuah akhbar terkenal.

Ketiga-tiga anak muda ini bercita-cita tinggi untuk meningkatkan perniagaan mereka, namun Abdul Razak memberitahu mereka mengutamakan kejujuran dan kepuasan pelanggan.

“Sekiranya mereka minta kami hasilkan sesuatu perabot yang belum pernah kami hasilkan, kami akan jujur beritahu tak dapat buat kerana belum pernah ada pengalaman menghasilkannya. Saya rasa pelanggan akan menghargai kejujuran dan keikhlasan itu dan kami sendiri merendah diri dengan kepercayaan diberikan pelanggan,” jelasnya.

Peluang itu ada di mana-mana!

Kehilangan pekeerjaan kata Bob, 39, bukanlah pengakhiran dunia sebaliknya sekiranya seseorang itu sanggup bekerja keras pasti ada sesuatu yang dapat dilakukan sebagai punca rezeki. Syarat paling mudah kata Bob, seseorang perlu bersedia keluar daripada zon selesa dan melakukan perkara yang tak pernah dilakukan,” kata bapa kepada tiga cahaya mata ini.

Abdul Razak akan menghantar sendiri perabot yang siap kepada pelanggan.

Bagi Abdul Razak pula, seseorang itu tidak boleh mudah berasa berpuas hati dalam apa dilakukan sebaliknya perlu sentiasa meningkatkan kemahiran diri untuk lebih berjaya. Kepelbagaian kemahiran itu kata Abdul Razak dapat digunakan apabila berlaku sesuatu situasi buruk termasuk menjana pendapatan.

“Kadang-kadang pernah juga saya terfikir ketika berada di bengkel dengan debu dan peluh, saya tertanya-tanya bagaimana saya boleh sampai ke tahap ini. Bukan mengeluh, tetapi itu bukan sesuatu yang pernah saya bayangkan. Jika kami dapat lakukannya, kenapa tidak orang lain… Banyak perkara yang saya belajar sepanjang tahun lalu dan satu perkaranya adalah rakyat Malaysia cukup menyokong perniagaan kecil,” ujarnya.

Lain Daripada Yang Lain. Individu Ini Sanggup Jual Seulas Petai 30 Sen Bagi Sesiapa Yang Tidak Mempunyai Bajet Yang Cukup

Ada tak kat sini yang gemar makan petai? Mesti ada kan. Namun begitu ada juga individu yang tidak menyukai petai. Mungkin ia dianggap busuk dan tidak boleh diterima oleh sesetengah orang namun begitu petai menjadi ulam ulaman yang disukai oleh penggemar ulam ulaman

Tak dinafikan bau petai sememangnya mendatangkan ketidakselesaan namun ia juga mempunyai banyak khasiat.Pun begitu, terkadang petai sangat sukar untuk didapati terutama apabila berada di bandar bahkan harganya tersangatlah mahal.

Berbicara mengenai petai ini, perkongsian oleh Rob Machado di Facebook menarik perhatian warganet kerana petai yang dijual olehnya.Menerusi perkongsian itu, petai itu dibungkus sebiji-biji di dalam bungkusan lutsinar.Mungkin belum pernah dibuat oleh orang lain sebelum ini, ia menarik perhatian warganet dan ada yang tidak percaya bahawa ia betul-betul dijual.Ditanya mengenai hal itu, Rob berkata bahawa ia dijual sebegitu kerana ramai yang mengidam untuk memakan petai.

Gerai Beroperasi Depan Rumah Sahaja Dan Kelihatan Seperti Kafe Hipster. Wanita Ini Cerita Inspirasi Yang Dia Peroleh

Sempena musim PKP ketika ini membuatkan lebih ramai berusaha untuk menjana pendapatan dengan cara yang kreatif. Ini termasuklah bisnes secara kecil kecilan dari rumah.Walau hanya ‘kedai biasa’, tetapi gerai seorang wanita yang beroperasi di hadapan rumahnya kelihatan seperti sebuah kafe hipster.Pengusaha gerai berkenaan, Nur ‘Atiqah Bahirah Raidah Ahmad Zubaidi berkata, gerai tersebut dibuka di kediamannya di Seri Manjung, Perak.

Tambahnya Wanita berusia 36 tahun itu, idea untuk menjalankan bisnes tersebut adalah inspirasi daripada perniagaan ibunya yang sebelum ini mengusahakan gerai minuman.”Mak pernah buka gerai minuman selama lima tahun sehingga 2016. Mak jual cendol dan air Milo depan rumah, lokasi yang sama saya buka gerai jual kopi sekarang.

“Kebanyakan pelanggan mak adalah pelajar memandangkan rumah kami terletak berdekatan dengan sekolah dan menjadi laluan utama mereka,” katanya .Lebih mesra disapa ‘Atiqah, katanya, gerai kopinya mula beroperasi sejak pertengahan Januari lalu ketika PKP 2.0 mula dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak.



Persiapan untuk mengecat semula kabinet kayu lama.Tanpa perlu berbelanja besar, kabinet kayu lama di rumahnya telah diubah suai dan dan dicat semula, sebelum dijadikan sebagai kaunter yang beroperasi seawal pukul 8 pagi hingga 6.30 petang.”Dulu kabinet kayu tu jadi tempat simpan barang-barang lama, diletakkan di luar rumah. Daripada terbiar, saya ubah suai jadi kaunter untuk ambil pesanan pelanggan,” ujarnya.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia menghadapi cabaran kerana ketika PKP ini sebahagian besar pelajar masih menjalani kelas secara dalam talian dari rumah.”Jadi, tak ramai pelanggan yang datang. Tapi syukur, ada 11 cawan yang terjual masa hari pertama gerai beroperasi.”Bila ada rakan yang kongsi pasal gerai saya di laman Twitter dan menjadi viral, terus naik sebanyak 40 cawan pada hari ketiga dan pelanggan semakin bertambah,” ujar ‘Atiqah..Membuat persiapan di ‘dapur’.

Bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) itu berkata, kedai biasa yang diusahakannya itu juga mempunyai kelebihan kerana menjual kopi pada harga ‘biasa-biasa’.”Bukan semua orang mampu nak rasa minuman kopi di kafe-kafe popular sebab harganya bukan murah. Jadi, saya tawarkan harga mampu beli antara RM4 hingga RM7.

“Dan percaya atau tidak, budak-budak yang ramai datang membeli,” tambahnya.Gerai dikunjungi ramai pelanggan.Walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga mahupun menjadi barista sebelum ini, namun ‘Atiqah menjadikan kegigihan ibunya mencari rezeki sebagai idolanya.

“Mak dulu jual cendol tengah panas bila orang nak pergi atau balik sekolah. Ramai masa tu yang datang membeli. Kepuasan mak berniaga tanpa kenal penat lelah tu membakar semangat saya.”Kalau saya tak cuba, saya tak tahu. Sekurang-kurangnya mencuba dan banyak saya belajar dari laman YouTube.”Tak ada ilmu atau tak pernah kerja sebagai barista tak apa, yang penting saya belajar untuk jadi seperti mereka yang berpengalaman,” katanya yang mempunyai impian untuk mengusahakan kafe sendiri pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *