Tular muka pekerja kurier ini terus jadi macam ni setelah seekor anjing cuba lakukan ini padanya. Sekali ini respon warganet.

Amalan Infomaklumat Uncategorized Viral

Tular di media sosial apabila seorang pekerja penghantar barang luka teruk di muka selepas seekor anjing mula melakukan sesuatu padanya ketika menghantar barang di kawasan perumahan.

Cedera diserang anjing

Menurut aplikasi Tiktok milik Asri Izham, pemuda yang yang dipercayai adiknya mengalami luka teruk di muka dan telah dikejarkan ke klinik selepas mengalami luka dalam setelah seekor anjing itu lakukan ini padanya. Dalam kapsyen yang disertakan dengan video kecederaan adiknya itu, Asri meminta agar mana-mana pemilik rumah yang membela anjing mengawasi haiwan peliharaan mereka kerana boleh membahayakan orang lain. Jadi, dia berharap agar para rider yang menjalankan khidmat penghantaran barangan berhati-hati dengan situasi tersebut.

Boleh saman ni tuan

Sehubungan dengan perkongsian video itu, ramai yang meluahkan rasa geram terhadap tuan anjing yang tidak peka dengan reaksi haiwan peliharaan mereka jika melihat orang asing di kawasan rumah.

Selain itu, warganet turut menzahirkan rasa simpati terhadap pemuda berkenaan dan mendoakan agar diberi kesembuhan selepas mendapat rawatan susulan menjadi mangsa serangan anjing semasa bekerja.

Mana tuan anjing tu?

Bawa je kayu lepas ni

Kesian jugak dekat brader2 courier ni

Kesiannya dik!

Walau bagaimanpun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan tepat berkenaan kejadian yang tak diingini tersebut. Hal ini kerana kenyataan yang dimaklumkan oleh pemilik akaun Tiktok itu tidak selaras dengan jawapan pemuda tersebut yang ada menyebut tentang anjing dalam perbualan yang dirakam itu. Sumber: Asri_Izham

Masa Dulu Tampal Tracking Number Di Bilik. Mengejutkan Sekali Pelajar U Ini Mampu Buka Usat Kurier Sendiri Hasil Buat 9 Bisnes

Bermula membuat penghantaran untuk barang pelanggan, Shafiq kini mengusahakan bisnes kurier sendiri. SIAPA sangka bermula dengan tampalan salinan rujukan tracking number untuk penghantaran barang-barang yang dibeli pelanggan di dinding, seorang pemuda kini melangkah ke hadapan dengan mengusahakan bisnes perkhidmatan kuriernya sendiri.

Peniaga dalam talian itu pada tahun lalu tular di media sosial, kerana memberi semangat kepada adik lelakinya dengan membuka ‘studio kasut’ di dalam bilik tidur.Awal tahun 2021 menyaksikan dia kembali tular apabila berjaya membuka francais perkhidmatan kurier J&T Express pada usia muda iaitu 24 tahun.

Pemuda berkenaan, Mohamad Alif Shafiq Abdul Hisham memberitahu, dia melihat terdapat prospek dalam servis penghantaran sejak berniaga secara dalam talian empat tahun lalu.Salinan ‘tracking number’ yang ditampal di dinding bilik tidur.Katanya, pandemik Covid-19 yang melanda negara tahun lalu membuatkan orang ramai lebih cenderung untuk membuat pembelian dalam talian, sekali gus merancakkan bisnesnya.

“Bila pelanggan beli dalam talian, saya kena guna khidmat kurier untuk penghantaran dan ia mempunyai kos. Bayangkan pernah sehari kos penghantaran sebanyak RM400.”Jadi, satu malam saya terfikir alangkah bagusnya kalau saya ada bisnes servis penghantaran sendiri, mudah-mudahan ramai yang menyokong,” katanya kepada mStar.

Antara bungkusan barang sebelum ini untuk penghantaran kepada pelanggan.Lebih mesra disapa Shafiq, anak muda itu berkongsi mengenai kebiasaannya yang suka mengambil gambar termasuk foto dirinya setiap kali menghantar barang-barang pelanggan.”Sama ada gambar bungkusan barang atau saya selfie di hadapan kedai (pusat kurier). Setiap kali saya buat postage, pasti saya akan kongsi di laman sosial saya.

“Ada sekeping gambar saya di hadapan kedai tu dimuat naik di Instagram story kerana terfikir nak buka servis kurier suatu hari nanti. Seorang kawan yang melihat foto berkenaan secara tiba-tiba turut memberi cadangan yang sama dalam fikiran saya,” katanya yang kemudian menimba pengalaman daripada tiga pengusaha servis kurier.

Shafiq suka bergambar di pusat kurier setiap kali menguruskan penghantaran barang untuk para pelanggannya.Pemuda yang berasal dari Ijok di Kuala Selangor, Selangor itu mengakui bukan mudah untuk mengusahakan bisnes berkenaan kerana banyak perkara dan proses yang perlu dipelajari.”Bagi saya, kalau saya hendak mencapai sesuatu, saya perlu lakukannya sampai dapat. Macam sekarang, saya berniaga sambil belajar.

“Macam-macam bisnes yang saya buat, dari jual gajet, aksesori telefon hingga jual telefon, kasut dan cermin. Sejak empat tahun berniaga, kira-kira sembilan bisnes yang saya telah usahakan secara dalam talian,” ujar pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor.

Hasil simpanan dalam pelbagai bisnes sejak empat tahun itu juga membolehkan anak ketiga daripada lima beradik itu mempunyai modal sendiri untuk mengusahakan servis kurier.Menurut Shafiq, francais servis kurier yang diusahakannya di Ampang, Selangor itu mula beroperasi pada Isnin, menggunakan modal sebanyak RM100,000.

“Ayah saya merupakan mutawif yang bertugas mengiringi jemaah umrah serta haji tetapi pendapatannya terjejas berikutan pandemik Covid-19, manakala ibu bekerja sebagai guru tadika.”Hanya 20 peratus simpanan keluarga menyumbang kepada modal bisnes kurier saya ini, selebihnya adalah hasil titik peluh saya buat sembilan bisnes.”Saya bukan dari keluarga yang senang. Tak perlu jadi orang senang untuk senang, tapi apa yang penting adalah kita berusaha untuk capai apa yang kita nak sampai berjaya,” katanya.

Bukan Setakat Rajin Berbisnes Malah Ada Bakat. Ramai Sebak Lihat Remaja Jual Fries Feeling Habis Sambil Nyanyi Lagu Yonnyboii

Peniaga kentang goreng ini meraih perhatian ramai dengan video nyanyiannya di TikTok.NYANYIAN penuh emosi seorang remaja berusia 19 tahun ternyata meraih perhatian warganet.Buktinya, beberapa video nyanyian Adam Nuqris Ahmad Kamarulzaman menerima ratusan ribu jumlah tontonan dalam masa singkat.

Paling popular tentunya apabila dia menyanyikan lagu Salahku dendangan asal Yonnyboii.Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Adam mendedahkan sukar untuk percaya bahawa namanya kini menjadi sebutan ramai menerusi aplikasi itu.

“Saya memang suka menyanyi dari dulu. Tapi tak pernah masuk pertandingan. Biasanya nyanyi dalam tandas atau dalam kelas.”Gitar pula saya belajar dengan kawan-kawan je. Tak pernah belajar secara profesional. Saya juga baru je berjinak-jinak dengan TikTok.

Adam mula aktif di TikTok pada Disember lalu.“Saya mula post cover lagu pada Disember lepas. Saya terkejut bila lagu cover Yonnyboii dapat perhatian ramai,” ujarnya.Dedah Adam, dia cukup terharu dengan sokongan yang diterima menerusi aplikasi itu dan menganggap ia sebagai satu rezeki buatnya.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan memuji nyanyian penuh penghayatan dan emosi serta ada mengakui sebak mendengar suaranya.Menurut Adam lagi, dia tidak menolak seandainya diberi peluang mengembangkan kerjaya seni suatu masa nanti.

“Saya terharu dengan sokongan semua orang. Saya anggap mereka semua macam geng saya je. Terharu sebab saya bukan sesiapa pun.Kalau ada yang komen negatif tu, saya tak ambil hati. Saya ikut flow je. Jika ada tawaran untuk masuk industri muzik, saya juga terima.”Saya baru nak bermula, apa je peluang saya akan terima,” ujarnya yang meminati penyanyi Alif Satar.

Adam berniaga bersama sahabatnya sejak PKP.Tambah Adam, dia juga akan memulakan saluran YouTube tidak lama lagi untuk berkongsi video-video nyanyian yang sebelum ini hanya dimuat naik di Instagram dan TikTok.Bercerita mengenai dirinya, Adam merupakan seorang peniaga kentang goreng bersalut keju bakar di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut remaja itu, perniagaan berkenaan dilakukan bersama rakannya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac tahun lalu.Nyanyian penuh emosi Adam menerima pujian ramai.Selain bakat nyanyian dan memasak, Adam juga berkebolehan dalam bidang dandanan dan pernah bekerja sebagai tukang gunting rambut sewaktu berusia 18 tahun.”Dulu masa kerja barber, kalau tak ada customer saya akan menyanyi. Sekarang saya buat perniagaan dengan kawan pula.”Jual fries tu mula-mula depan rumah je, kemudian kami buka kedai pula,” ujarnya lagi.

Sifat Kawannya Ini Dipuji Oleh Warganet. Dia Sering Memasak Makanan Istimewa Untuk Kawan Kawannya Di Rumah Sewa Mereka Sehinggakan Masaklah Makanan Apa Pun Dia Boleh Buat.

Syahmie menyifatkan Farizuan sebagai rakan serumah yang cukup baik. Dikurniakan rakan serumah yang baik juga boleh dianggap sebagai satu rezeki. Di Twitter misalnya,warganet kagum melihat perkongsian seorang jejaka mengenai rakan serumahnya yang rajin memasak.

Menurut Mohammad Syafi Syahmie Abdul Samat, 25, dia bersyukur apabila rakan serumah yang dikenali sejak tujuh tahun lalu itu tidak lokek berkongsi rezeki sepanjang menyewa bersama di Gombak, Selangor. Ujarnya, dia dan Mohd Farizuan Abdullah yang digelar ‘housemate kiriman Tuhan’ mula menyewa bersama dengan dua lagi rakan yang lain selepas mereka menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun lalu.

“Kami dah kenal dari tahun 2013. Baru habis belajar tahun lepas, kami ambil keputusan untuk menyewa bersama. Selain saya dan Farizuan, ada dua lagi rakan kami dalam rumah tu. Walaupun berbeza jurusan, kami berempat sekarang bekerja sebagai pegawai bank di bank yang berbeza. Sekarang Farizuan banyak kerja dari rumah. Jadi dia selalu masak sendirian. Habis masak dia akan post dalam grup untuk ingatkan kami supaya jangan lupa makan. Sebelum ni pun kami selalu masak sama-sama kalau berkelapangan. Kami juga akan bantu mengemas,” katanya kepada mStar.

Antara masakan yang dihasilkan pemuda dari Kelantan itu.

Mesra disapa Syahmie, dia mendedahkan rakannya yang sebaya itu sememangnya berkebolehan dalam bidang masakan sejak dulu lagi. Malah, Farizuan bukan sahaja berkebolehan membuat juadah tempatan, sebaliknya turut menguasai resepi masakan barat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *