Setiap individu pasti akan tertanya bila waktu sebenar covid 19 akan berakhir. Sekali pakar dedahkan ramalan jangkaannya.

Amalan Covid 19 Dunia Semasa Uncategorized

Persoalan kini timbul tentang bilakah waktu sebenar pandemik Covid-19 akan berakhir selepas ia menjangkiti lebih 105 juta orang dan menyebabkan kira-kira 2.3 juta kematian di seluruh dunia. Pangkalan data terbesar Covid-19 direka Bloomberg menunjukkan jawapan tersebut boleh diperoleh dengan cara mengukur tahap program vaksinasi yang sedang dilancarkan di kebanyakan negara dan lebih 119.8 juta dos suntikan telah diberikan sehingga awal Februari 2021.

Analisis baharu mereka berdasarkan kadar program vaksinasi meramalkan pandemik tersebut akan berlarutan untuk tempoh tujuh tahun lagi sebelum mencapai sasaran imuniti kelompok. Selain itu, ia juga bergantung kepada keberkesanan vaksin sedia ada untuk mencegah virus bermutasi yang dikesan di Afrika Selatan, Brazil dan United Kingdom (UK).

Data diperoleh daripada lebih 67 negara juga menunjukkan pemberian lebih 4.5 juta suntikan dos vaksin pada setiap hari yang menyaksikan lebih 119 juta dos suntikan telah diberikan setakat ini. Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci menganggarkan kehidupan akan kembali normal jika program vaksinasi itu meliputi 70 hingga 85 peratus populasi dunia.

AS yang berada di tangga keenam untuk kadar kecepatan program vaksinasi, ia meramalkan negara itu dapat mencapai tahap imuniti kelompok menjelang Tahun Baharu 2022. Pada Jumaat, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa penghasil vaksin supaya meningkatkan pengeluaran secara dramatik berikutan jumlah individu yang diberikan dos suntikan vaksin sudah mengatasi angka jangkitan global dan lebih tiga perempat daripada dos vaksin itu diedarkan ke 10 negara kaya.

“Hampir 130 negara dengan 2.5 bilion penduduk masih belum diberikan suntikan dos pertama,” ujarnya. Ketika ini, kira-kira 10 vaksin berbeza termasuk dihasilkan Moderna dan Pfizer-BioNTech telah diberi kelulusan untuk kegunaan kecemasan di seluruh dunia manakala sebanyak 175 vaksin berpotensi dalam fasa penghasilan praklinikal.

Ujian klinikal berskala besar oleh Johnson & Johnson (J&J) baru-baru ini pula menunjukkan keputusan positif dengan hanya menggunakan satu dos suntikan. Penularan pandemik itu yang masih tinggi menyebabkan kebanyakan negara terutamanya di rantau Eropah bergelut dengan langkah lockdown dan peraturan lain yang bertujuan untuk membendung penularan wabak tersebut. – sumber : Sinar Harian

Ibu Lakukan Ini Hanya Semata Tak Beri Anak Tidur. Rupanya Anaknya Positif Covid 19 Sehingga Tahap Ini.

Isu soal kesahihan pandemik ini bukanlah hanya berlaku di negara kita sahaja. Malah ia juga ada berlaku di negara luar cuma dari segi yang berbeza. Secara dasarnya, Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini amatlah berbahaya. Ianya juga boleh sehingga mengambil nyawa orang yang tersayang dalam sekelip mata tanpa kita sangka. Malahan, ramai juga yang telah berkongsikan pengalaman mereka dan juga cabaran yang mereka lalui selama ini. Namun, ianya tidak mengenal usia. Yang terbaru kini ia juga ada menimpa seorang bayi ini.

“C0vid is real”

Video yang dimuatnaik di Tiktok viraI di platform media sosial lain apabila ramai yang bersimpati melihat bayi ini. Kita sedia maklum bahawa terdapat 3 golongan yang berisiko dijngkiti Covid-19 adalah kanak-kanak, warga emas dan mereka yang ada sakit teruk.

Ini kerana Pakar Pediatrik Hospital Pakar KPJ Selangor, Datuk Dr Zulkifli Ismail pun sebelum ini ada menjelaskan sistem imuniti mereka lebih rendah berbanding orang dewasa normal, lapor Sinar Harian. Jadi, dalam video ini dapat dilihat kanak-kanak itu mengalami simptom utama apabila dijangkiti Covid-19 iaitu sukar untuk bernafas. Dapat dilihat ibunya sedaya upaya untuk elak bayinya lemah daripada tidur sementara menunggu masa untuk dihantar ke hospital. Ibunya Stephanie Urich tidak dapat mendampinginya kerana dia juga dijngkiti virus tersebut. Dalam video itu, ibunya turut menjelaskan bahawa C0vid-19 bukanlah demam atau selsema biasa, ia adalah satu sakit yang sangat bahaya. Dia menggesa warganet supaya patuh dengan arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Pemuda Ini Buat Kekecohan Di Wad Unit Rawatan Rapi Setelah Tak Percayakan Covid 19. Sekali Dia Sanggup Jadikan Warga Emas Ini Sebagai Ini Pula.

Rakaman menunjukkan kekecohan yang berlaku di sebuah wad Unit Rawatan Rapi. Polis mencari seorang individu yang tidak mempercayai Covid-19 dan berhadapan dengan pegawai perubatan di hospital, dan mengatakan mahu membawa seorang pesakit Covid-19 warga emas pulang ke rumah.

Menerusi satu rakaman menunjukkan kejadian berlaku di Hospital East Surrey, apabila seorang lelaki mengkritik mereka menjadikan pesakit warga emas sebagai ‘tebusan’. Polis berkata, kata-kata negatif dilemparkan terhadap kakitangan hospital selepas sekumpulan individu memasuki ke unit rawatan rapi.

Antara mereka dalam kumpulan itu tidak memakai pelitup muka. Polis Surrey berkata, Tobe Hayden Leigh, 45, dari Maidstone di Kent, dikehendaki kerana dikaitkan dengan insiden kekecohan yang berlaku pada Khamis. Rakaman tersebut menjadi tular, menunjukkan seorang doktor memberi amaran kepada pesakit warga emas bahawa nyawanya dalam bahaya apabila tahap oksigennya pada tahap rendah.

Menolak cubaan doktor berusaha untuk membantu, kedengaran seorang lelaki mempersoalkan kewujudan Covid-19. Seorang doktor memberitahu kumpulan itu yang mahu membawa pesakit pulang:

“Keutamaan saya adalah keselamatannya dan pada masa ini anda menjadikannya tidak selamat. Dia mengeluarkan topeng oksigennya, dia akan pergi selamanya jika kita tidak menggunakannya kembali.”

Seorang lelaki memberitahu doktor bahawa warga emas itu boleh dirawat dengan vitamin C, vitamin D dan zink. Polis kini sedang menyiasat perkara tersebut dan memburu lelaki berkenaan.

Sebak Isteri Sanggup Minta Maaf Berkali Kali Kepada Suami. Doktor Ini Kongsi Kisah Sebak Tentang Keadaan Pesakit Ini Dan Isterinya

Macam yang kita semua tahu, jodoh, pertemuan serta bila kita akan pergi adalah ketentuan Tuhan. Kita sebagai mnusia hanya mampu merancang,tetapi dia yang menentukan. Begitulah juga seorang doktor,mereka hanya mampu berusaha untuk merawat pesakit dengan harapan diberikan kesembuhan dan kembali sihat.

Menurut seorang doktor,dia berasa sebak berkongsi kisah beliau yang menyaksikan pelbagi derma air mata antara seorang pesakit dan isterinya di hospital. “Baru saja aku terangkan “Baru saja aku terangkan kepada isteri pesakit. Pesakit perlu diberi bantuan pernafasan kerana keadaan semakin teruk.”Dia mengangguk faham dan bersetuju. Tapi mata sudah berkaca. Aku beri ruang padanya untuk berjumpa suami sebelum diintubasi,” tulis Dr Ahmad Samhan Awang di Facebook. Sambil memeluk tubuh suaminya, wanita itu berulang kali berkata sesuatu kepada suaminya yang terlantar di katil.

“Maafkan Ida bang, maafkan Ida bang. Halal makan minum Ida bang. Tangan suaminya mengusap lembut kepala isteri. Abang redakan Ida,” kata Dr Ahmad Samhan mengimbas kembali perbualan suami isteri itu.Menurut Dr Ahmad Samhan, sudah jadi kebiasaan mereka akan memberi penerangan dan mendapat persetujuan daripada pesakit dan waris sebelum melakukan intubasi.

Jelas doktor berusia 35 tahun itu, pesakit akan diberi ubat tidur dan dimasukkan tiub yang disambungkan pada alat bantuan pernafasan (ventilator).”Setelah diintubasi, mereka akan dipantau di ICU (unit rawatan rapi). Jika keadaan pesakit semakin baik, maka tiub tersebut akan dicabut.

“Tetapi jika keadaan semakin teruk, pesakit takkan sedarkan diri dan terus pergi tanpa dapat berbicara lagi,” ujar beliau yang berpengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Tr4uma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Memantau keadaan, Dr Ahmad Samhan yang berada dari kepala katil dapat melihat pergerakan dada pesakit selain nafasnya yang tercunga-cungap.”Turun naik dada pesakit. Mulutnya tercungap-cungap untuk memastikan lebih banyak oksigen memasuki paru-paru. Encik A, kami akan masukkan ubat tidur ya. Dia mengganguk.

“Ikut saya mengucap, Lailahaillah muhammadurrasullah. Terkumat-kamit mulutnya mengikuti,” kata beliau yang memimpin pesakit itu untuk mengucap dua kalimah syahadah.Walau bagaimanapun, Dr Ahmad Samhan berkata, setiap manusia tidak akan tahu bagaimana pengakhiran yang bakal dihadapi ketika ajl datang menjemput.

“Kita tidak pasti bagaimana pengakhiran yang bakal kita hadapi. Ada orang berakhir di atas jalan raya. Ada orang berakhir lemas dalam air. Ada orang berakhir terlantar di atas katil.”Yang pasti kita semua akan mati. Yang paling kaya pun mati. Yang paling miskin pun mati. Yang sihat mati, yang sakit apatah lagi.

“Kita cuma perlu doa, moga dipermudahkan saat-saat roh kita terpisah dari tubuh. Dapat lafaz kalimah syahadah dengan baik dan diampunkan segala dosa sebelum diambilnya nyawa kita… dan berharap kita tidak menyusahkan sesiapa dan tidak tinggalkan beban pada mereka yang masih hidup,” kata beliau.

Rasa Kenyang Sebelum Habis Makan Dan Hilang Berat Badan. Doktor Ini Ulas Lebih Lanjut Sakit Yang Akan Muncul Sekiranya Kerap Makan Mi Segera

Macam yang kita semua tahu,mi segera merupakan antara makanan paling disukai orang ramai. Ciri-ciriny a yang berharga murah dan mudah disediakan telah membuatkannya sungguh popular terutamanya di kalangan belia. Namun begitu,benarkah makan mi segera kerap boleh menyebabkan masalah yang serius seperti sakit teruk

Menerusi posting dikongsikan @ZaharahHafizah di Twitter, ramai yang bertanyakan kepadanya sama ada mi segera boleh menyebabkan kanser perut atau tidak. Wanita bergelar doktor ini memberitahu bahawa makanan yang diperasakan, disalai atau telah diawet merupakan salah satu faktor terjadinya stomach cncer. Namun begitu, ia juga boleh berlaku disebabkan beberapa faktor lain seperti jangkitan pada perut (H. Pylori Infection) ataupun gangguan genetik.

Dr Hafizah berkata jarang sekali seorang remaja berumur 18 tahun menghidap sakit tersebut hanya kerana kerap memakan mi segera. Merujuk kepada rajah dikongsikan wanita itu, masalah berkenaan sering dihidapi oleh golongan yang lebih dewasa.

Beliau memberitahu bahawa ia amat mustahil bagi seseorang itu untuk menghidap sakit tersebut hanya kerana mi segera, melainkan jika dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Wanita ini turut menasihati orang ramai supaya bertemu doktor dengan kadar yang segera jika mempunyai simptom-simptom sakit tersebut. Antaranya adalah merasa kenyang sebelum habis makan, kehilangan berat badan dengan tiba-tiba, pedih ulu hati dan masalah gastrik serta penghadaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *