Seorang remaja ditemui menumpang di roda pesawat secara percuma dar UK ke Belanda. Lebih mengejutkan dia hanya duduk seperti ini sepanjang penerbangan.

Amalan ISU SEMASA KESIHATAN Uncategorized

Seorang remaja terselamat dari penerbangan dari London ke Belanda setelah berpaut pada gear pendaratan dan mampu bertahan dalam keadaan sejuk melampau pada ketinggian 19,000 kaki.

Menumpang di gear pendaratan pesawat

Remaja berumur 16 tahun itu ditemui bersembunyi pada roda bahagian gear pendaratan. Lebih mengejutkan apabila remaja tersebut dianggap berpaut pada bahagian gear pendaratan pesawat tersebut ketika pesawat tersebut mencecah ketinggian sebanyak 19,000 kaki. Dalam tweet mengenai kejadian itu, jurucakap Royal Marechaussee Belanda menyatakan bahawa remaja tersebut bertuah kerana terselamat dan masih hidup.

Pesawat tersebut merupakan pesawat Airbus A330 milik Turkish Airlines. Manakala, sehari sebelum kejadian, pesawat tersebut berlepas dari Nairobi, Kenya menerusi Istanbul untuk ke Lapangan Terbang Stansted di London.

Menurut LADbible, pihak mereka telah menghubungi Lapangan Terbang Stansted untuk mendapatkan komen. LADbible memberitahu bahawa Jurucakap dari Lapangan Terbang Stansted menyatakan bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan remaja itu memasuki penerbangan ketika pesawat mendarat di London.

Menurut laporan, budak lelaki itu dipercayai menaiki penerbangan di Nairobi, Kenya, sebelum menuju ke Turki dan kemudian ke UK. Difahamkan, remaja tersebut dikejarkan dan dirawat di hospital kerana mengalami hipotermia. Remaja tersebut bertuah kerana dengan penerbangan mencapai ketinggian sehingga beribu-ribu kaki, peluang untuk remaja tersebut selamat adalah sangat tipis dan selalunya penumpang haram yang menggunakan cara yang sama akan ditemui mati beku ataupun telah tiada kerana kekurangan oksigen.

Pihak berkuasa juga akan menyiasat sama ada kes ini melibatkan pemerdagangan manusia kerana ianya berpotensi tinggi disebabkan penemuan penumpang haram di ruang bersebelahan gear pendaratan pesawat. Sumber: Evening Standard

Influencer Di Tiktok Ini Dikritik Apabila Dia Sendiri Sarankan Untuk Ambil Vitamin C Sebanyak Ini. Sekali Rupanya Ia Ada Risikonya Yang Tersendiri.

Tidak kira samada kaum lelaki mahupun wanita, rata-rata ingin memiliki kesihatan tubuh badan yang baik serta kualiti kulit wajah yang berseri. Untuk tujuan itu , pengambilan pelbagai makanan tambahan atau supplement  seperti Vitamin C menjadi ikutan dan trend dalam kalangan masyarakat kita.

Namun, baru-baru ini tular sebuah perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter @ekynaris mengenai salah seorang influencer TikTok yang memberikan hujahan serta mengesyorkan pengambilan supplement vitamin C  pada kadar dos maksimum yang terbaik 2,000 mg sehari. Menerusi hantaran tersebut, influencer berkenaan mendakwa bahawa dos vitamin C sebanyak 2,000mg sehari (500mg bersamaan satu biji vitamin C) adalah paling disyorkan pengambilannya untuk sehari tambahan pula pada musim Covid-19 kini.

Di samping itu, beliau juga menjamin kesemua dos berkenaan akan diserap sepenuhnya ke dalam tubuh badan tanpa berlaku pembaziran dos yang dibuang menerusi pencernaan air kencing.

Boleh mendatangkan bahaya dan mudarat

Namun, menerusi hantaran rakaman video tangkap layar (screen recording) berkenaan, pengguna Twitter @ekynaris_ sempat merakam dan menjengah ke ruangan komen yang dilontarkan oleh warganet di TikTok berserta kapsyen “Hahaha sis apa ni, 2,000mg tu too much for body. Boleh jadi dangerous tahu. 500mg sudah okay dah. Even 1,000mg doktor kata boleh memudaratkan.” Rata-rata lontaran komen warganet yang mendakwa kandungan dos vitamin C 2,000mg sehari mampu memudaratkan kesihatan itu sempat dibalas oleh influencer Tiktok berkenaan dan dengan sombongnya beliau membalas dengan kapsyen “Google sebelum hujah”.

Isu ini turut menjadi perbualan oleh warganet di Twitter dan rata-rata mereka menganggap bahawa influencer berkenaan lebih mementingkan pendirian beliau sendiri berbanding apa saranan yang disyorkan oleh mereka yang pakar dalam bidang kesihatan. Ya betul, seperti yang kita tahu, kadar dos vitamin C yang paling tinggi mampu mencerahkan kulit wajah serta baik bagi sistem pencernaan tubuh badan. Namun, jika dicari info menerusi Google, rata-rata pakar kesihatan telah menjelaskan bahawa kandungan dos vitamin C yang paling maksimum diperlukan oleh tubuh badan manusia hanyalah 400 mg sehari.

Jika vitamin C diambil 2,000mg sehari, 400mg sahaja yang diserap oleh badan manakala kadar dos yang selebihnya akan diproses menjadi air kencing melalui proses penapisan bu4h pinggang. Proses ini membuatkan bu4h ping4ng berkerja keras untuk menapiskan kandungan vitamin C dalam badan. Jika diamalkan selalu, bu4h pinggang akan menjadi rosak serta menyebabkan batu karang yang kronik.

Betul kata orang “kecantikan itu menyakitkan” namun janganlah sampai ianya mampu memudaratkan kesihatan yang kronik. Dalam kes ini, dos vitamin C 2,000mg sehari adalah yang paling terbaik bagi influencer berkenaan sedangkan 400mg sudah memadai. Seelok-eloknya, jadikanlah sayuran serta buah-buahan yang bernutrisi sebagai pengganti supplement vitamin C agar kesihatan bu4h pingg4ng anda terjamin.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Ada sebahagian besar individu yang pernah dijangkiti Covid19 memiliki antivodi yang mampi bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank. Berdasarkan kajian tersebut,sebanyak 88 peratus pesakit yang sudah dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

Difahamkan hasil kajian ini selaras apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil laim sebelumnya iaitu ketahanan tubuh mamp bertahan dalam tempoh itu. Ketua Penyelidikan di UK Biobank,Profeser Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid19 dengan varian baru yang dilaporkan mula merebak.

Macam yang dilaporkan Bloomberg,kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid19 dengan melakukan ujian sampel darh bulanan dan memeriksa data gejala mereka. Dilaprkan dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan,namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau. Ad ajuga satu perepat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.

Baru Sehari Sahaja Lepas Terima Vaksin Covid19. Ramai Menganggap Ia Merupakan Kesan Vaksin Namun Ternyata Ini Punca Sebenar

Ternyata berita seorang doktor hembuskan nafas terakhir selepas mendapat suntikan vaksin covid19 heboh di Indonesia. Perkongsian rakan beliau di FB turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang risau sselepas mendapat tahu berita tersebut.

Bahkan Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan, beliau telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada pemergian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”Beliau pergi buat selamanya sebab…

Susulan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai pergi buat elamanya akibat sakit jantung.Ia susulan keadaan beliau ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dihentikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka beliau juga sudah membiru.Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Ada sejarah rawatan sakit jantung.Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati beliau parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.Hasil siasat juga menemukan bintik pendarhan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Rakyat Indonesia Khuatir Sama Ada Vaksin Covid19 Halal Atau Tidak. Kerajaan Indonesia Sanggup Guna Taktik Ini Untuk Yakinkan Penduduk

Ketika berita negara mereka bakal menerima vaksin Covid-19, ramai rakyat Indonesia menyatakan kerisauan dan keraguan sama ada ianya halal di sisi agama Islam.Hal itu menyebabkan kerajaan terpaksa merancang strategi bagi meyakinkan penduduk negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin. Menurut AsiaOne, selain Presiden Joko Widodo yang mendapat suntikan, beberapa orang artis dipilih untuk menjadi antara yang terawal menerima vaksin tersebut.

Raffi Ahmad selebriti pertama dapat vaksin.Mempunyai 50 juta pengikut di Instagram, Raffi Ahmad terpilih menjadi selebriti Indonesia pertama yang mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Kelmarin, artis berusia 33 tahun itu telah melalui prosedur suntikan dan ada memuat naik gambar bersama Presiden Joko Widodo serta video ketika dia disuntik oleh doktor.Alhamdulillah vaksin. Semangat semuanya. Ayuh (dapatkan suntikan) vaksin, jangan takut vaksin.”

Selain Raffi Ahmad, Ariel Noah dan penulis, Risa Saraswati juga telah mendapatkan suntikan vaksin semalam. Menurut CNN, mereka ini selain Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa halal, barisan selebriti atau influencer ini diharap akan membuat rakyat mereka mendaftar dalam program vaksinasi nasional.

Taktik kerajaan untuk ‘tarik’ orang muda dapatkan suntikan vaksin.Pegawai kanan kementerian kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, keputusan untuk meletakkan selebriti di dalam senarai individu awal menerima suntikan bersama dengan hampir 1.5 juta pekerja kesihatan, adalah satu strategi untuk dirancang oleh kerajaan. Menurutnya, ia bertujuan agar selebriti ini semua dapat ‘menarik’ dan meyakinkan golongan muda bahawa vaksin tersebut selamat dan tidak memberikan kesan buruk.

Selain barisan menteri dan frontliners, Indonesia kini sedang dalam perancangan dan dijadualkan akan menyuntik vaksin Covid-19 kepada hampir 180 juta rakyatnya dalam tempoh 15 bulan akan datang.Negara itu mencatatkan 870,000 jumlah kes Covid-19 setakat ini dengan lebih 25,000 pemergian manakala seramai lebih 711,000 dilaporkan sembuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *