Pengantin baru ini terpaksa lakukan perkara lain selepas diuji dengan kedai makannya. Sekali ini yang mereka lakukan.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Pasangan suami isteri, Shazuwan dan Asyikin terpaksa memikirkan inisiatif lain selepas kedai makan mereka kekurangan pelanggan sejak PKP. Pengumuman kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sehingga 18 Februari ini nyata memberi kesan kepada peniaga kecil.

Begitu jugalah kisahnya dengan sepasang suami isteri ini apabila kedai makan yang diusahakan mereka sepi tanpa pelanggan sejak tiga minggu lalu. “Sedih tengok husband risau sales kedai makan dia makin kurang since Covid ni. Start PKP 2.0 ni lagi kurang customerArea Ipoh yang nak makan tomyam dan western boleh datang Din Bukit,” demikian ciapan si isteri di Twitter sehingga meraih 13,500 retweet.

Suaminya, Muhammad Shazuwan Shamsuddin berkata, jualan kedai makan yang diambil alih daripada ibu bapanya sejak tahun lalu, merosot lantaran kekurangan pelanggan. Malah dedah Shauzwan, ada ketika kedai makannya dikunjungi kurang daripada lima pelanggan sepanjang waktu operasi dibuka bermula 3 petang hingga 10 malam.

Posting isteri Shazuwan, Assyikin di Twitter meraih perhatian warganet

“Tak boleh nak digambarkan rasa ketika itu… bayangkan buka kedai berjam-jam tapi pelanggan sikit je. Sejak PKP dikuatkuasa 13 Januari lalu, memang slow sangat. Selepas isteri saya post dekat Twitter minggu lalu, Alhamdulillah boleh dikatakan keadaan bertambah okay. Walaupun slow tapi sedikit sebanyak ia lebih baik daripada sebelumnya. Ada yang pesan untuk COD, ada pelanggan datang ke kedai selepas posting tu viral. Kami mengagak mereka dapat tahu daripada Twitter. Untuk COD, saya boleh hantar ke kawasan yang dekat-dekat sekitar Klebang dan Ipoh saja. Untuk kawasan yang sedikit jauh, saya tak dapat COD. Sebab kami masih tiada pekerja. Sekarang ni hanya saya, isteri dan ibu bapa saja kerja. Ramai cadangkan untuk guna Foodpanda… buat masa sekarang masih dalam proses. Mudah-mudahan lepas dah selesai, permintaan pesanan meningkat,” katanya.

Shazuwan mengambil alih perniagaan kedai makan daripada ibu bapanya sejak tahun lalu.

Bercerita lebih lanjut, Shazuwan berkata ini merupakan ujian kali kedua dilaluinya sejak kerajaan menguatkuasakan PKP, Mac tahun lalu. Namun ujarnya, ujian kali ini dirasakan sedikit mencabar memandangkan dia baru saja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu. “Selepas tamat degree tahun lalu, saya ambil alih kedai makan ini daripada ibu dan bapa. Tapi ngam-ngam saja saya ambil alih, terus PKP. Masa tu PKP pun lama hingga Jun. Memang slow sangat sales masa tu.

Kami buat dalam 15 hingga 20 biji. Alhamdulillah, jualan selalu habis… cuma ada juga tiga jam pusing baru habis.

“Kami pun cuti berniaga selama kira-kira empat bulan. Baru je mula berniaga semula, kerajaan umum PKP 2.0 pula. Tipulah kalau tak rasa nak putus asa. Lagi-lagi pula baru kahwin dan nak bina kehidupan. Tapi kami suami isteri tak mahu duduk saja… kami jual burger naik motor sekitar Klebang dan Ipoh waktu tengah hari. Kami buat dalam 15 hingga 20 biji. Alhamdulillah, jualan selalu habis… cuma ada juga tiga jam pusing baru habis,” katanya lagi.

Shazuwan dan isterinya mengambil inisiatif menjual burger pada waktu tengah hari.

Tidak menyangka posting isterinya,Nurul Ain Assyikin Mohd Dzulkefly tular di Twitter, Shazwan berkata dia begitu terharu dengan maklum balas positif daripada warganet yang disifatkannya terlalu baik.

“Ramai yang order, ramai juga bagi kata-kata semangat serta cadangan. Terima kasih banyak-banyak. Rakyat Malaysia ni sangat baik hati. Saya tahu bukan saya seorang yang terkesan, ramai lagi alami nasib yang sama. Apa yang boleh saya katakan, janganlah kita putus asa dalam mencari rezeki. Teruskan saja… insyaAllah ada rezekinya nanti,” katanya lagi.

Banyak Perniagaan Yang Menggunakan Modal Yang Kecil Tapi Membawa Pulangan Yang Besar. Ini Antara Ideanya Dan Tips.

3 Perniagaan modal yang kecil tapi membawa pulangan yang besar sekiranya anda bijak menguruskannya. Perniagaan sememangnya boleh memberikan pulangan yang sangat besar jika kena pada tempat dan gayanya dalam perniagaan terdapat 1001 jenis perniagaan yang mudah untuk dilakukan tetapi boleh memberikan keuntungan yang besar, berikut kami berikan 3 jenis perniagaan yang mampu berikan keuntungan yang besar walaupun dengan gunakan modal yang kecil.

Menjual Nasi Yang Sedap

Cuba anda lihat dikawasan-kawasan berdekatan rumah anda yang mempunyai penduduk yang ramai ataupun menjadi tempat laluan utama.  Sekiranya anda menjumpai tempat sebegini kami sarankan anda untuk menjual nasi bungkus yang sedap kepada mereka. Untuk menjual nasi bungkus yang bernilai rm4 sebanyak 150 bungkus bukanlah perkara yang sukar RM150 x 4 = RM600 dan keuntungan bagi perniagaan nasi selalunya 50% ini bermakna pendapatan bersih anda sehari rm300 x 30 hari = RM9000 sebulan Keuntungan bersih.

Berniaga Buah Potong

Antara Port terbaik untuk jual buah potong adalah tempat yang ramai pengunjung kanak-kanak, di luar masjid, ataupun taman-taman riadah. Keuntungannya untuk penjualan buah selalunya sekitar 40% – 50% andaikan anda menjual RM1/plastik dan sehari anda berjaya menjual 300 plastik ini bermakna sehari anda memperoleh keuntangan kasar RM300 dan keuntungan bersih RM150 x 30 hari = RM4500 sebulan keuntungan bersih.

Agent Jualan Produk

Ramai yang tidak tahu bahawa seorang agent jualan mampu memperoleh pendapatan melebihi RM10,000 sebulan dan antara agent jualan yang mampu menjana pendapatan RM10,000 adalah agent jualan kereta,agent insurance,agent coway dan kalau anda berminat untuk menjadi salah seorang agent jualan coway anda boleh baca di laman webnya. Banyak lagi agent jualan yang mampu memberikan anda pulangan yang sangat lumayan termasuk menjadi agent farida atau agent jualan tudung neelofa.

Kesimpulannya kesemua jenis perniagaan ada cabaran yang harus ditempuhi dan bagi kami perkara utama untuk menentukan kejayaan perniagaan adalah lokasi jadi kami sarankan kepada anda sebelum memulakan sebarang perniagaan cuba anda teliti dan mengkaji lokasi yang ingin anda jalankan perniagaan jika mempunyai pontensi barulah anda mulakan perniagaan anda. Kami harap dengan post 3 Perniagaan modal kecil tapi untung besar ini mampu memberikan sedikit sebanyak idea untuk anda memulakan perniagaan anda sendiri.

Graduan Ini Pilih Untuk Menjadi Usahawan Di Kampungnya. Tak Sangka Perniagaannya Mendapat Sambutan Dan Berharap Akan Lebih Berkembang Pada Tahun Baru Ini.

Persekitaran kampung di tempat tinggalnya cukup sesuai untuk menjalankan perniagaan dan perusahaan ikan air tawar. Lepasan universiti pada era pandemik pastinya berdepan detik sukar untuk melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Dengan ekonomi yang tidak menentu, banyak syarikat tidak membuka peluang kerjaya, sekali gus memberi kebimbangan kepada para graduan. Namun, lain pula kisah graduan Sains Marin dari Univerisi Malaysia Sabah (UMS) ini yang memilih untuk menjadi usahawan akuakultur.

Menurut Noel Juvinol Joimil Regencia, 24, dari Penampang, Sabah, minat sejak sekian lama terhadap bidang itu baru dapat direalisasikannya sebulan yang lalu.

Noel merupakan graduan UMS dalam bidang Sains Marin.

“Ia bermula dari hobi sewaktu saya masih belasan tahun lagi. Saya gemar ikan air tawar. Dari situ saya timba pengalaman untuk penjagaan ikan. Bidang akuakultur ni memang impian saya sebelum masuk UMS lagi. Memang minat nak buka bisnes. Di UMS, makin banyak ilmu yang saya pelajari. Bermula dengan penjagaan akuarium kecil, kini saya menggunakan kolam kanvas besar,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Noel, perniagaan melibatkan ikan gapi dan talapia itu diusahakan di belakang kediamannya yang mana dia turut mendapat sokongan keluarga, rakan-rakan serta mentor. Jelasnya, persekitaran kampung di kawasan itu juga cukup sesuai untuk dia menjalankan perniagaan berkenaan yang diharap mampu berkembang luas suatu masa nanti.

Bagi saya, saya lebih suka masa sendiri. Risau terikat dengan masa pejabat sehingga impian saya akan hilang.

“Saya tinggal di kawasan kampung. Kolam kanvas juga belum siap sepenuhnya, ada yang masih dalam pembinaan. Kita buat berperingkat mengikut fasa. Kolam kanvas ni dibuat di atas darat. Modal dalam RM15,000, tapi nanti perlu tambah lagi. Selain sokongan dan bantuan keluarga, rakan-rakan serta mentor dalam bidang ini juga banyak membantu saya,” ujarnya lagi.

Perniagaan itu baru sahaja bermula sekitar Disember lalu.

Tambahnya lagi, dia turut bersyukur apabila rakan-rakan di media sosial turut membantu dan membuat hebahan mengenai perniagaan yang diusahakannya. Dalam pada itu, Noel berkata dia selesa memilih pekerjaan sebagai penjual ikan dan tidak mengimpikan untuk berpakaian segak ke pejabat seperti kebanyakan graduan lain. Malah, dia bersyukur apabila perniagaan yang baru bertapak ini menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Noel mahu perniagaannya itu berkembang sehingga ke luar Sabah suatu masa nanti.

“Bagi saya, saya lebih suka masa sendiri. Risau terikat dengan masa pejabat sehingga impian saya akan hilang. Sambutan sangat menggalakkan dari hari ke hari. Cuma kadang-kadang risau dengan cuaca. Nak jaga ikan hidup, kena monitor 24 jam. Perubahan suhu mendadak juga boleh sebabkan ikan mati. Bisnes saya baru satu langkah, perjalanan masih jauh lagi. Saya harap 2021 jadi year for growth. Saya juga impikan agar dapat supply ikan sehingga ke luar negara suatu hari nanti,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *