Khairul Aming akui Sambal Nyet sudah dijual selama 4 tahun. Kini dia turut dedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

Amalan selebriti Semasa Uncategorized

Sebelum ini, Khairulaming terpaksa menghentikan jualan ‘Sambal Nyet’ buat sementara waktu bagi menyusun kembali strategi pemasaran, memandangkan terdapat beberapa masalah dihadapi.

Terbaru, selebriti media sosial itu berkongsi kisah di mana dia merupakan penjual sambal sejak tahun 2017 lagi. Namun, perniagaan yang diusahakan itu terpaksa dihentikan kerana mempunyai beberapa masalah. Bangkit dari kekecewaan yang lalu, Khairulaming turut memberitahu bagaimana dia rebuild semula branding yang pernah ada dan menepis segala dakwaan di mana dia rebrand jenama sambal lain. Jom baca!

Pemilik sambal sejak 2017

“In 2017, i spent two months untuk develop sambal king. setiap hari balik dari office aku pegi beli cili kat supermarket, balik rumah and try masak. lepas dah develop resepi, saya try jual 200 botol my fb page. Alhamdulillah video tu viral and smua sold out. Tapi disaster. The first batch we sold dalam botol plastic. Semua pecah sebab saya tak tahu method untuk preserve sambal. We had to refund all 200 bottles and saya murung kaw-kaw time tu sebab dah kecewakan pelanggan. Lepas dah buat mistake tu, saya belajar cara simpan sambal dalam botol kaca. Alhamdulillah finally tahan lama and disebabkan video penyet ni still viral, demand masuk beribu nak beli. Disebabkan permintaan tinggi, saya terus all out buka production center. I hired a team, keluarkan savings, beli equipment dan lain-lain. A few weeks after that Facebook tukar algorithm and my views dropped banyak. So bad sampai tak ada orang beli sambal. Saya clueless time tu sebab dah habis duit savings.”

Menurut Khairulaming, sekitar tahun 2017, dia pernah menghabiskan masa selama dua bulan untuk membangunkan perniagaan ‘Sambal King’. Malah, duit simpanannya turut habis kerana begitu komited dalam perniagaan tersebut. Ujarnya lagi, permintaan sambal pada ketika itu sangat memberangsangkan meskipun terdapat masalah pada mulanya. Namun, semuanya berubah apabila Facebook menukar algorithm dan sambutan dalam kalangan pembeli semakin berkurang.

Susulan daripada itu, Khairulaming memberitahu kakaknya bahawa mereka perlu menjual semula peti sejuk beku yang dimiliki dan terpaksa memberhentikan kesemua staff kerana tidak mampu bayar. Tambahnya, kakaknya masih nekad untuk meneruskan perniagaan sambal tetapi dibuat secara kecil-kecilan sahaja.

Mula azam baru

“In 2018 saya mula azam baru untuk build personal branding. Saya tebalkan muka utk buat video masak kat IG and tunjuk my face. Saya buat lawak cringe dekat video sampai saya rasa malu gila. Bila my video went viral on IG, ramai suruh saya start jual barang sementara famous. I said no. i’m not ready yet. Sambal ni still lagi ada masalah. Bau hangit still tak hilang. 4 years later, in January 2021, baru saya ready untuk release. So sepanjang 4 tahun ni we sold sambal king secara kecil-kecilan. Sebulan terjual tak sampai 100 botol. Tapi dari sini i developed r&d untuk improvekan sambal ni. Dulu awal-awal sambal ni selalu hangus, botol pecah sebab packaging salah. It took me 4 years untuk r&d sepenuhnya.”

Sementara itu, Khairulaming turut berkongsi bahawa produk ‘Sambal Nyet’ sekarang ini merupakan hasil usaha kerasnya selama empat tahun yang lalu. Bagi membuat pelancaran produk tersebut, dia perlu rebrand nama sambal itu semula seperti nama yang sekarang ini. Ujarnya lagi, dia masih mengekalkan design dan maklumat pembungkusan yang sama seperti ‘Sambal King’. Selebriti media sosial ini juga meluahkan rasa terharu apabila 10 ribu botol ‘Sambal Nyet’ telah berjaya dijual sebaik sahaja dia melancarkan produk itu semula. Dia juga berjaya mengambil semula pekerja bagi meneruskan perniagaan yang diusahakan semula ini.

Menjawab soalan daripada warganet mengapa tidak kembangkan perniagaan ‘Sambal Nyet’ ini lagi, Khairulaming menjelaskan bahawa dia belajar daripada pengalaman yang lalu. Dia lebih suka mengambil langkah kecil dahulu sebelum melebarkan perniagaan tersebut. Di akhir perkongsian, dia berharap masyarakat faham mengenai ‘Sambal Nyet’ dan sambal tersebut tidak dihantar ke mana-mana syarikat.

Sumber: Khairulaming

Khairul Aming Tak Sangka Produknya Laku Keras Dalam Masa 54 Minit Sahaja Selepas Pelancaran. Dan Selamba Sahaja Tunjuk Kelemahannya.

Warganet rasa senang hati dan memuji sikap jujur yang ditunjukkan oleh pemuda kelahiran Kelantan ini yang dikenali sebagai Khairul Aming. Dahulu Khairul Aming dikenali kerana sering berkongsi video masakan yang menarik minat orang ramai dan suasana ketika itu. Di media sosial, nama Khairul Aming ini sememangnya cukup terkenal di negara ini.

Pada awal tahun ini, Khairul Aming cuba menceburi bidang perniagaan apabila dia mengambil keputusan untuk melancarkan produk sambal jenamanya sendiri. Lebih mengagumkan apabila ianya mencatatkan jualan yang agak tinggi iaitu 10,000 botol hanya dalam tempoh 54 minit pada hari pertama pelancarannya.

Rekod jualan yang didapatinya itu agak luar biasa. Pemilik sambal ini yang bernama Khairul Amin Kamarulzaman itu masih mencuti hati warganet dengan sifatnya yang sentiasa merendah diri.

Menerusi Twitter, tindakan dia membuat siri perkongsian dengan menyenaraikan kelemahan perniagaannya menerima pujian ramai. “Berdasarkan pengalaman minggu ni, ada beberapa kelemahan yang aku jumpa, and ini post mortem dari batch yang pertama,” tulisnya. Antara kesilapan yang disenaraikan olehnya termasuklah kesilapan bil, kerosakan bungkusan, masalah kapasiti gudang, kehadiran jualan ejen palsu dan juga sistem tempahan sambal tersebut.

Khairulaming terkenal dengan pelbagai video masakan di media sosial.

“Bila stock up terlalu banyak, dan jualan sold out sekali gus, proses membungkus parcel menjadi terlampau jammed. Daripada 10,000 terjual, ada orang dapat parcel dalam masa sehari, ada orang dapat hari ke sembilan. Jadi customer experience tu dah tak seimbang untuk semua. Untuk hari pertama ke hari ketiga, proses jadi perlahan sebab pasukan kami tak biasa sepenuhnya dengan sistem.

Tak salah idolakan dia. Seorang yang sangat merendah diri.

“Ada waybill yang tak cetak dan yang tersalah cetak. Jadi proses untuk kenal pasti masalah tu ambil masa lama dan buat kesemua parcel jadi delay,” ujarnya. Namun, dia masih bersyukur apabila hanya satu sahaja yang pecah daripada 10,000 botol sewaktu dihantar. Namun perkara itu sudahpun diselesaikan dengan menggantikan tempahan tersebut. Pemuda kelahiran di Kota Bharu Kelantan ini mahu menggunakan kaedah yang baharu untuk memudahkan lagi sistem perniagaannya.

“Keutamaan saya ialah untuk jaga kualiti produk dan juga customer experience. Dua benda ni paling penting yang aku belajar selama handle logistics sebelum ni. Saya faham ada yang kecewa stok tak ada dan tak cukup penuhi permintaan. Tapi saya kena hadkan untuk jaga kualiti dan kebajikan sfaf semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya lagi.

Ada warganet menggelarkan Khairulaming sebagai idola mereka.

Posting yang meraih hampir 30,000 ulang kicau itu turut dibanjiri dengan komen warganet yang kagum dengan sikap jujur Khairulaming. Kata warganet, kebanyakan peniaga enggan mendedahkan kelemahan mereka dan cepat hanyut dengan kejayaan yang diraih. Namun, sikap yang dipamerkan Khairulaming cukup berbeza sehingga digelar sebagai sumber inspirasi warganet.

“Orang lain dapat jualan berjuta biasanya tunjuk kemehawan. Awak berbeza, buat post mortem dan tunjuk kelemahan sistem dan cuba perbaiki. Jelas sekali dia yang layak digelar influencer, bukannya mereka yang buat video bodoh. Tak salah idolakan dia. Seorang yang sangat merendah diri. Khairulaming tak pernah gagal jadi sumber inspirasi,” tulis beberapa warganet.

Ada Yang Sanggup Menyamar Jadi Ejen Sambal Nyet Khairul Aming. Khairul Aming Buat Perkongsian Tentang Individu Yang Tak Bertanggungjawab Tersebut

Siapa je yang tak kenal dengan Khairul Aming kan? Baru-baru ini, sambal jualan Khairul Aming iaitu Sambal Nyet telah habis terjual dalam masa lebih kurang sejam je. Korang bayangkan 10 ribu botol sambal tu sold out, memang hebat lah penangan Khairul Aming ni kan. Admin pun tak sempat nak beli. 

Namun, ada pula yang cuba mengambil kesempatan dengan menyamar menjadi ejen dan dropship Sambal Nyet Khairul Aming ni. Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Khairul Aming menerusi Twitter.Untuk pengetahuan korang, sambal tersebut hanya dijual di platform jualan Shopee sahaja buat masa sekarang ni. Jadi, kalau ada yang menyamar cakap dorang ejen Sambal Nyet, jangan mudah percaya sebab sah-sah dorang tu scmmer.

Menurut Khairul Aming, ejen yang menyamr terbabit dikenali sebagai Nur Fatihah di Facebook. Katanya, dia sendiri pun tak kenal orang yang bernama Fatihah ni.Difahamkan, wanita terbabit juga menu pelanggan dengan mengatakan sesiapa yang berminat boleh menjadi ejen sambal tersebut. Namun, mereka yang berminat menjadi ejen harus membayar duit pendaftaran. Suka hati dia je scam duit orang macam ni. 

Khairul Aming juga menasihati sesiapa yang dah tertipv agar berusaha mendapatkan duit mereka semula. Ye lah, dah lah ada yang dah transfer beratus-ratus ringgit dekat scammer ni untuk beli sambal tu. Kalau tak dapat duit tu balik, memang kecewa lah kan. 

Ada warganet yang mencadangkan agar Khairul Aming patenkan sambal jualannya supaya takde lagi orang yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan macam scmmer ni.Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa Khairul Aming patut membuat laporan polis terhadap terhadap scmmer tersebut. Betul jugak tu, barulah scmmer lain tak berani nak tipv orang. 

Sehingga kini, Tweet tersebut telah mendapat sebanyak 20 ribu Retweet dan 15 ribu likes daripada warganet(ketika artikel ini ditulis). So, korang jangan mudah terpedaya dengan modus operandi scmmer ni tau.Apa-apa pun, sebagai pelanggan dan pembeli, lebih baik kita check dulu sebelum membeli sesuatu barangan secara online. Sekarang ni ramai sangat yang sanggup men1pu untuk kaut untung lebih. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *