Jurugambar Malaysia ini dijodohkan dengan model Rusia. Sekali ianya menjadi bualan ramai.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Penyatuan cinta antara dua negara. Begitulah kisah seorang jurugambar Malaysia, Mohamad Anwar Mohd Yusli, 27, yang selamat mendirikan rumah tangga dengan model kelahiran Rusia, Anna Eltsova, 23, di Teluk Panglima Garang, Selangor pada Sabtu lalu. Pengantin lelaki yang mesra disapa Nuar mengakui bersyukur apabila perkenalan yang berputik pada tahun 2019 itu akhirnya membawa kepada penyatuan mereka secara sah sebagai suami isteri.

Nuar dan Anna mula berkenalan pada tahun 2019.

“Saya berkenalan dengan Anna pada Julai 2018 menerusi satu sesi photoshoot. Masa tu saya shoot dia untuk satu photoshoot pakaian. Dia pun memang full time model di Malaysia, dia dah datang sini dua tahun sebelum kami berkenalan. Mula-mula kenal, keluarga pun was-was. Tapi lama kelamaan, saya yakinkan keluarga. Sebab Anna ni lain dari yang lain. Bila lama kenal, dia boleh adapt dengan budaya kita. Saya nampak dia suka duduk sini. Kawan-kawan dan keluarga pun beri sokongan kepada kami,” ujarnya.

Tambah Nuar yang juga seorang kontraktor, dia pertama kali membuat lamaran kepada wanita itu pada Februari tahun lalu. Sepanjang bertunang, mereka turut melalui pelbagai cabaran, namun keikhlasan dalam perhubungan akhirnya menyatukan cinta antara dua negara itu.

“Saya minta semua bagi sokongan moral. Kita jemput saudara Islam baharu kita. Saya melamar Anna sewaktu hari lahirnya pada Februari 2020. Saya bagi cincin tanda pertunangan, Alhamdulillah dapat saya harungi dugaan pertunangan dengan Anna. Memang agak mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia. Tapi dia bukan mata duitan. Dia pandang keikhlasan saya dalam hubungan kami,” ujarnya.

Menurut Nuar, komunikasi tidak menjadi masalah besar buat mereka memandangkan Anna yang pernah bersekolah di Amerika Syarikat (AS) dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Malah, wanita itu juga kini semakin lancar bertutur dalam bahasa Melayu.

“Anna fasih berbahasa Inggeris, sebab dulu keluarga pernah hantar dia study di AS selama beberapa bulan. Dia juga sedang mendalami bahasa Melayu. Dia selalu tanya saya maksud perkataan yang tak difahami. Kalau saya berborak dengan sesiapa dalam bahasa Melayu, dia boleh je faham, bahasa Melayu sebenarnya lebih senang berbanding bahasa Rusia,” ujarnya lagi.

Antara foto kenangan sejurus mereka dinikahkan Sabtu lalu.

Tambah Nuar, isterinya juga kini semakin terbiasa dengan hidangan pedas di negara ini dan sangat menyukai juadah seperti ikan bakar dan nasi lemak. Dalam pada itu, video romantis menampilkan pasangan itu turut mencuri perhatian ramai sehingga menerima 1.5 juta tontonan di TikTok. Malah kata Nuar, dia bukan sahaja menerima ucapan tahniah dari Malaysia, malah turut dihujani komen-komen warganet Indonesia dan Singapura.

Nuar bersyukur apabila perkenalan itu membawa kepada penyatuan yang sah antara mereka berdua.

“Dapat 1.5 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Saya memang terkejut, ramai yang ucap tahniah. Saya dengan Anna memang gembira dengan respon mereka semua. Sangat terharu dengan komen-komen warganet. Terima kasih doakan saya dan isteri, harap hubungan kami kekal ke jannah. Saya minta semua bagi sokongan moral. Kita jemput saudara Islam baharu kita, dia masih dalam proses belajar lagi,” ujar Nuar.

Menurut jurugambar itu lagi, dia juga belum menetapkan tarikh resepsi memandangkan pandemik Covid-19 masih menular di negara ini. Namun jauh di sudut hatinya, dia berharap wab4k itu berakhir segera agar kehidupan dapat diteruskan seperti dahulu kala.

Dilabelkan Sebagai Antara Pasangan Kahwin Campur Yang Menjadi Kegemaran Rakyat Malaysia. Warganet Terhibur Lihat Pasangan Malaysia Amerika Ini

Keluarga Kumaar menarik perhatian ramai selepas video ‘burung merah’ menjadi tular, baru-baru ini.BUKAN mudah bagi pasangan yang berasal dari dua negara yang berbeza untuk menyesuaikan diri dalam budaya masing-masing.Sudah tentu aspek seperti agama, adat resam, makanan, bahasa pertuturan, pakaian dan sebagainya menjadi antara perkara utama yang menjadi cabaran.

Namun itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara, sebagaimana pasangan Malaysia-Amerika ini yang mula meraih tumpuan ramai sejak kebelakangan ini.Baru-baru ini video gelagat Logesh Kumaar dan isterinya, Rachel Kumaar yang sedang membeli belah di sebuah pasaraya menjadi tular selepas dimuat naik di Twitter.

Menerusi video tersebut, berlaku situasi lucu di mana Rachel yang sedang mencari bawang merah tersasul menyebut ‘burung merah’, malah dengan yakin mengulang perkataan tersebut ketika ditanya oleh suaminya.”Bukan senang nak ajar isteri omputih (orang putih) Bahasa Melayu. Tapi saya akan terus mencuba sampai dia fasih,” demikian kapsyen pada video tersebut yang mencecah 16,000 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, Logesh yang berasal dari Selangor berkata dia sama sekali tidak menyangka video tersebut menjadi tular di media sosial.Gelagat keluarga ini yang dipaparkan menerusi saluran YouTube Kumaar Family menarik perhatian ramai.“Mula-mula rasa terkejut tengok reaksi warganet tetapi kami gembira kerana dapat membuatkan ramai orang ketawa dan terhibur. Matlamat memperkenalkan Malaysia memang lebih senang dengan sokongan rakyat Malaysia,” kata lelaki berusia 33 tahun ini yang kini menetap di California.

Logesh yang bekerja sebagai Media Strategist di sebuah agensi pemasaran di Amerika berkata, dia sememangnya menerapkan budaya masyarakat Malaysia dalam kehidupan keluarga kecilnya kerana mahu mengangkat identiti negara yang begitu indah.”Ya, saya memang selalu mengajar pasal budaya, pakaian dan perayaan Malaysia. Kalian boleh melihat video-video kami di YouTube channel yang ada merayakan Hari Raya, Deepavali dan juga sekeluarga memasak banyak masakan Malaysia termasuk nasi lemak, nasi ayam, kuih-muih dan banyak lagi.

“Dari mula, saya rasa kaedah terbaik mengajar isteri adalah melalui pengalaman bertutur dalam bahasa Melayu hari-hari.”Rachel kadang-kala stres kerana tak boleh faham bila kami bertutur dalam bahasa lain tetapi dia memang rasa seronok boleh belajar bahasa baharu. Dari mula kami dating pun, Rachel dah suka loghat saya bercakap bahasa Melayu,” katanya sambil menambah isterinya gemar menikmati hidangan ayam rendang, kuih Puteri Ayu dan teh tarik, selain gemar mengenakan sari.

Logesh menerapkan budaya Malaysia bukan sahaja kepada isteri, malah anak-anaknya turut diajar mengenali budaya Malaysia.Tambah Logesh, sebelum berpindah ke luar negara, dia sendiri tidak kisah mengenai budaya dan adat resam negara sendiri, namun situasi itu berubah selepas menetap di negara Uncle Sam itu.

“Setelah menetap di sini, baru saya sedar bahawa budaya kita memang sangat indah dan ia lambang identiti saya. Hargailah budaya dan asal usul kita kerana kitalah ‘duta’ kecil mewakili negara tercinta apabila merantau ke negara asing. Jangan malu untuk mempamerkan cara-cara hidup kita,” ujarnya.

Memiliki akaun YouTube, Kumaar Family yang mendapat 112,000 langganan sejak ditubuhkan pada Mei 2020, Logesh berkata idea asal mewujudkan akaun itu tercetus ketika tempoh kuarantin dikuat kuasakan di negara tersebut.”Dari mula, kami hanya memilih untuk membuat video pasal budaya dan makanan Malaysia kerana ramai di luar negara tidak pernah dengar pasal Malaysia. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia.

“Mula-mula kami memang tak sangka ramai orang akan menyukai konten kami ini kerana trend masa sekarang adalah video pranks (gurauan) dan juga video lawak. Tetapi kami tetap nak membuat konten yang kami suka dan mewakili identiti keluarga kami sebenarnya.”Dan kami sangat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia. Memang tidak boleh terus buat lebih banyak video tanpa sokongan semua,” ujarnya.

Dilabelkan sebagai antara pasangan kahwin campur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, bapa kepada Zaden Kumaar dan Kyren Kumaar ini begitu terharu dengan sokongan yang diterima.Kumaar tidak pernah melupakan adat dan budaya negara sendiri meskipun sudah 10 tahun menetap di Amerika.

“Kami masih rasa kami orang biasa. Tapi kami gembira kerana dapat mempamerkan yang pasangan interracial boleh hidup dengan harmoni antara satu sama lain sambil belajar mengenai budaya masing-masing,” ujarnya.Sudah menetap di negara itu hampir 10 tahun, Logesh mengakui dia begitu rindu untuk pulang ke Malaysia, namun terpaksa memendamkan hasrat tersebut susulan situasi pandemik Covid-19.

“Kali terakhir pulang ke Malaysia adalah 2019. Kami selalu balik sekali setiap tahun tetapi terpaksa membatalkan pelan balik 2020 kerana Covid-19. Sebaik sahaja situasi Covid tenang sedikit, kami akan terus pulang melawat Malaysia kesayangan kami,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *