Cameraman ini sering diuji dengan ketinggiannya. Tak sangka sampai ada client yang melayaninya seperti ini.

Amalan Semasa Uncategorized Viral

Kimi berhadapan cabaran tersendiri kerana memiliki badan bersaiz kecil sehingga ada yang kurang yakin dengan bakatnya. Orangnya berbadan kecil molek, namun siapa sangka dia memiliki bakat yang besar? Muhammad Ikram Hakimi Abdul Samad, 20, pelajar yang membuat kerja sambilan sebagai jurugambar turut berkongsi cabaran yang dilalui kerana keadaan fizikalnya itu.

Mesra disapa Kimi, dia yang menetap di Shah Alam, Selangor mendedahkan pernah berdepan dengan individu yang tidak yakin dengan bakat yang dimilikinya, hanya kerana dia berbadan kecil.

“Ada pengalaman sebelum ini, client tak cam apabila saya datang untuk ambil gambar di majlisnya. Mungkin dia fikir saya budak-budak, tetamu yang datang. Kemudian dia hantar mesej tanya saya kat mana. Bila dah jumpa depan-depan, dia kata… la awak rupanya, kecilnya. Saya pun gelak je la. Kemudiannya, ada satu lagi peristiwa yang agak sedih sebab kena reject. Saya dah jumpa client masa meeting, lepas balik je terus lost contact, dia block saya. Jadi saya faham-faham sendiri je la,” ujarnya.

Menurut Kimi yang berketinggian 158 sentimeter dengan berat 41 kilogram itu, dia hanya melihat apa yang berlaku dari sudut positif sahaja. Malah, dia yang turut menawarkan khidmat video hanya mampu membuktikan bakat yang dimiliki dengan karya-karya yang sudah dihasilkan sebelum ini. Bercerita mengenai dirinya, pelajar sebuah kolej swasta di Subang itu berkata, dia mula membuat kerja sambilan ini sejak setahun lalu.

Dah terbiasa bersengkang mata sampai malam. Alhamdulillah, ia berbaloi.

Malah, dia bersyukur apabila ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk menampung kos pengajian dan tidak perlu bergantung sepenuhnya dengan keluarga.

“Saya sekadar cari pendapatan sampingan, nak berdikari. Saya tak nak la selalu minta duit dengan mak ayah. Alhamdulillah setakat ini dapat tampung pengajian saya. Keluarga pun beri sokongan. Mereka percaya dengan apa yang saya lakukan,” katanya lagi.

Menurut penuntut bidang pengajian media itu, dia juga perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan akademik. Namun kerana minat, dia tidak kisah untuk bersengkang mata sehingga ke tengah malam.

“Dah terbiasa bersengkang mata sampai malam. Alhamdulillah, ia berbaloi. Sebab dah minat, kita jadi tak kisah. Rasa seronok. Tapi agak mencabar bila nak kena siapkan tugasan, selepas itu nak fokus edit gambar dan video client pula,” ujarnya.

Dalam pada itu, video yang dikongsi Kimi mengenai dirinya menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok. Katanya, dia bersyukur dengan komen positif netizen yang mana ia memberi semangat dan keyakinan buat dirinya untuk meneruskan kerjayanya itu.

Dipertemukan Dengan Jurugambar Tak Profesional. Pasangan Pengantin Ini Cerita Detik Mereka Dengan Jurugambar Ini

Menggunakan khidmat jurugambar ketika mengadakan majlis-majlis penting seperti majlis perkahwinan seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat masa kini. Momen-momen indah tersebut akan diabadikan dalam bentuk gambar dan video serta boleh disimpan sebagai kenang-kenangan.

Tetapi lain pula yang jadinya kepada pasangan pengantin ini apabila mereka didakwa bernasib malang kerana ‘dipertemukan’ dengan jurugambar yang sangat tidak professional. Lebih menyakitkan hati adalah kebanyakan gambar yang diambil juga kualitinya sangat teruk!

Ambil pakej RM999

Kami terpaksa mempercepatkan majlis kami yg sepatutnya berlangsung pd 26/12 disebabkan kami takut pada 25/12 (krismas) tu tak boleh rentas negeri. Tiga minggu sebelum majlis kami dah survey photog utk sh0ot majlis kami. Semasa kami survey review, gambar semua okay.

Bila saya bertanya tarikh 12/12 tu kosong bagi company tersebut. Jadi company tersebut bersetuju dan buka tawaran pakej harga kepada saya. Saya bersetuju dengan tawaran pakej itu dan sertakan dengan bayaran. Saya jelaskan sekali lagi saya mengambil pakej RM999 untuk 1 events (bersanding sahaja).

Selepas kejadian ini terjadi, saya contact dengan xxxxx. Penjelasan yang saya dapat adalah si sho0ter sebelum tu beritahu kepada company bahawa untuk tarikh 12/12 tu dia takda job. Jadi xxxxx bagi dia job untuk sh0ot majlis kami. Serta si sh0oter juga beritahu kamera dia rosak, then company beri pinjam kamera kepada si sh0oter. Macam mana boleh kantoi si sh0oter ambil job lain? Si sho0ter sendiri terlupa untuk delete semua gambar yang dia ambil untuk job lain.

Sepatutnya kami bersanding pukul 12. Bayangkan aku yang nak berarak ni, ibu ayah aku yang tengah sibuk layan tetamu masa tu kelam kabut kena call photographer sebab tak sampai-sampai. Nak dekat pukul 1 petang baru sampai rumah pengantin. Alasan sebab location yang diberi salah. Bila ibu call dia cakap dah duduk kat rumah pengantin lain 2 jam!, baru tahu salah rumah. Lastly kantoi juga bukan salah rumah tapi sebab dia sh0ot tempat lain dulu!

Then bila dia dah sampai, dengan kelam kabut nak sho0t kami berarak. Then bila dekat pelamin langsung tak guide kami untuk posing, kami yang kena posing sendiri. Kedudukan bila ambil gambar ramai ramai langsung tak susun ke apa. Then ibu aku dah siapkan meja untuk kek lagi dekat depan meja makan pengantin, dia boleh suruh aku alihkan masuk dalam dekat pelamin sebab dekat luar ramai org. WHAT?!

Lepas dah potong kek, terus sh0ot aku sesorang dulu. Berapa keping je lepas tu dia suruh rehat. Yang dia suruh kitaorang rehat tu, dia tak ada buat apa-apa langsung pun masa tu. Duduk je dekat depan pelamin. Then bila tanya nak sh0ot pengantin laki dah ke? Dia cakap belum lagi. Sampai lah dia lupa terus nak sh0ot laki aku sesorang.

Then masa nak outdoor pulak, aku tny dia nak outdoor mana. Dia ckp belakang rumah aku ? Mula-mula dia cakap nak outdoor dekat bandara, lepas tu dia cakap Melaka hujan. Then dia nak tunda esoknya outdoor, tapi aku cakap baju aku nak pulangkan esoknya, then make up apa semua takkan nak kena bayar lagi.

Dia boleh cakap tak payah make up, dalam gambar tak nampak! Then dia cakap nanti berhenti je dekat ladang getah memana tepi jalan untuk sh0ot. Otak dia lah! Lastly, aku suggest pergi dekat taman belakang ST tu je. Punya besar tempat tu, dia sh0ot aku satu tempat tu je. Masa sh0ot dekat rumah dan outdoor, dia cakap aku tak payah pakai kasut kawin pun takpe, sebab tak nampak. Dah tu buat apa aku beli kasut kawin kalau tak pakai?

Sepanjang masa memang dia ikut bontot pengantin je. And aku yang kena panggil family untuk susun turn siapa untuk ambil gambar. Half gambar aku totally out. Means blur, candid lebih banyak dari yang okay and dah di edit oleh company tu. Even tak banyak tapi bermakna.

Dilabelkan Sebagai Antara Pasangan Kahwin Campur Yang Menjadi Kegemaran Rakyat Malaysia. Warganet Terhibur Lihat Pasangan Malaysia Amerika Ini

Keluarga Kumaar menarik perhatian ramai selepas video ‘burung merah’ menjadi tular, baru-baru ini.BUKAN mudah bagi pasangan yang berasal dari dua negara yang berbeza untuk menyesuaikan diri dalam budaya masing-masing.Sudah tentu aspek seperti agama, adat resam, makanan, bahasa pertuturan, pakaian dan sebagainya menjadi antara perkara utama yang menjadi cabaran.

Namun itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara, sebagaimana pasangan Malaysia-Amerika ini yang mula meraih tumpuan ramai sejak kebelakangan ini.Baru-baru ini video gelagat Logesh Kumaar dan isterinya, Rachel Kumaar yang sedang membeli belah di sebuah pasaraya menjadi tular selepas dimuat naik di Twitter.

Menerusi video tersebut, berlaku situasi lucu di mana Rachel yang sedang mencari bawang merah tersasul menyebut ‘burung merah’, malah dengan yakin mengulang perkataan tersebut ketika ditanya oleh suaminya.”Bukan senang nak ajar isteri omputih (orang putih) Bahasa Melayu. Tapi saya akan terus mencuba sampai dia fasih,” demikian kapsyen pada video tersebut yang mencecah 16,000 retweet.

Berkongsi cerita dengan mStar, Logesh yang berasal dari Selangor berkata dia sama sekali tidak menyangka video tersebut menjadi tular di media sosial.Gelagat keluarga ini yang dipaparkan menerusi saluran YouTube Kumaar Family menarik perhatian ramai.“Mula-mula rasa terkejut tengok reaksi warganet tetapi kami gembira kerana dapat membuatkan ramai orang ketawa dan terhibur. Matlamat memperkenalkan Malaysia memang lebih senang dengan sokongan rakyat Malaysia,” kata lelaki berusia 33 tahun ini yang kini menetap di California.

Logesh yang bekerja sebagai Media Strategist di sebuah agensi pemasaran di Amerika berkata, dia sememangnya menerapkan budaya masyarakat Malaysia dalam kehidupan keluarga kecilnya kerana mahu mengangkat identiti negara yang begitu indah.”Ya, saya memang selalu mengajar pasal budaya, pakaian dan perayaan Malaysia. Kalian boleh melihat video-video kami di YouTube channel yang ada merayakan Hari Raya, Deepavali dan juga sekeluarga memasak banyak masakan Malaysia termasuk nasi lemak, nasi ayam, kuih-muih dan banyak lagi.

“Dari mula, saya rasa kaedah terbaik mengajar isteri adalah melalui pengalaman bertutur dalam bahasa Melayu hari-hari.”Rachel kadang-kala stres kerana tak boleh faham bila kami bertutur dalam bahasa lain tetapi dia memang rasa seronok boleh belajar bahasa baharu. Dari mula kami dating pun, Rachel dah suka loghat saya bercakap bahasa Melayu,” katanya sambil menambah isterinya gemar menikmati hidangan ayam rendang, kuih Puteri Ayu dan teh tarik, selain gemar mengenakan sari.

Logesh menerapkan budaya Malaysia bukan sahaja kepada isteri, malah anak-anaknya turut diajar mengenali budaya Malaysia.Tambah Logesh, sebelum berpindah ke luar negara, dia sendiri tidak kisah mengenai budaya dan adat resam negara sendiri, namun situasi itu berubah selepas menetap di negara Uncle Sam itu.

“Setelah menetap di sini, baru saya sedar bahawa budaya kita memang sangat indah dan ia lambang identiti saya. Hargailah budaya dan asal usul kita kerana kitalah ‘duta’ kecil mewakili negara tercinta apabila merantau ke negara asing. Jangan malu untuk mempamerkan cara-cara hidup kita,” ujarnya.

Memiliki akaun YouTube, Kumaar Family yang mendapat 112,000 langganan sejak ditubuhkan pada Mei 2020, Logesh berkata idea asal mewujudkan akaun itu tercetus ketika tempoh kuarantin dikuat kuasakan di negara tersebut.”Dari mula, kami hanya memilih untuk membuat video pasal budaya dan makanan Malaysia kerana ramai di luar negara tidak pernah dengar pasal Malaysia. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia.

“Mula-mula kami memang tak sangka ramai orang akan menyukai konten kami ini kerana trend masa sekarang adalah video pranks (gurauan) dan juga video lawak. Tetapi kami tetap nak membuat konten yang kami suka dan mewakili identiti keluarga kami sebenarnya.”Dan kami sangat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia. Memang tidak boleh terus buat lebih banyak video tanpa sokongan semua,” ujarnya.

Dilabelkan sebagai antara pasangan kahwin campur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, bapa kepada Zaden Kumaar dan Kyren Kumaar ini begitu terharu dengan sokongan yang diterima.Kumaar tidak pernah melupakan adat dan budaya negara sendiri meskipun sudah 10 tahun menetap di Amerika.

“Kami masih rasa kami orang biasa. Tapi kami gembira kerana dapat mempamerkan yang pasangan interracial boleh hidup dengan harmoni antara satu sama lain sambil belajar mengenai budaya masing-masing,” ujarnya.Sudah menetap di negara itu hampir 10 tahun, Logesh mengakui dia begitu rindu untuk pulang ke Malaysia, namun terpaksa memendamkan hasrat tersebut susulan situasi pandemik Covid-19.

“Kali terakhir pulang ke Malaysia adalah 2019. Kami selalu balik sekali setiap tahun tetapi terpaksa membatalkan pelan balik 2020 kerana Covid-19. Sebaik sahaja situasi Covid tenang sedikit, kami akan terus pulang melawat Malaysia kesayangan kami,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *