Tular pemuda ini buat show pusing 360 darjah hanya didalam ruang ini. Sekali dia selamba tangkap bilah kipas sewaktu lakukan show.

Amalan Dunia Uncategorized Viral

Sharm berkongsi pengalamannya membuat video TikTok ala ‘Jemimah Challenge’. “BANG, pening bang.” Demikian antara komen warganet yang menyaksikan satu klip video menunjukkan seorang pemuda yang menyahut cabaran yang tular iaitu ‘Jemimah Challenge’.

Cabaran yang menjadi perhatian selepas seorang peserta Indonesian Idol 2021, Jemimah Cita menyanyikan lagu Cinta Dalam Hati dendangan asal kumpulan Ungu, dan pengguna sosial menyanyikan semula lagu tersebut mengikut teknik nyanyian Jemimah. Bagaimanapun, pemuda berkenaan tidak menyanyi, sebaliknya menari dengan teknik rakaman berputar 360 darjah seperti pertunjukan pentas di TV.

Sharm membuat rakaman dengan meletakkan telefonnya di tripod yang digantung pada kipas.

“Nak menyanyi tak mampu, menari jelah yang boleh,” ujar pemuda berkenaan di TikTok. Pemuda berkenaan, Syamsudin Noh berkata, teknik rakaman tersebut sebenarnya menggunakan tripod dan telefon bimbitnya yang digantung pada kipas di bilik tidurnya. Pemuda berusia 29 tahun itu memberitahu, ia mahu memberi kelainan kepada video-video TikTok yang dihasilkannya bagi menaikkan mood pada gaya tarinya.

“Ia bukanlah pertama kali saya menggunakan kipas untuk membuat rakaman dan ini kali ketiga, tetapi video Jemimah Challenge membuatkan ia menarik perhatian ramai. Ada follower mempersoalkan siapa yang rakam video saya yang berpusing-pusing tu. Sampaikan follower minta saya dedahkan siapa yang rakam,” katanya.

Ketinggian Sharm membolehkannya mencapai kipas di bilik.

Lebih dikenali sebagai Sharm, katanya, dia begitu sinonim dengan kipas di bilik tidurnya kerana sering membuat rakaman yang membabitkan kemudahan itu. Berkongsi kisah mengenainya, pelajar Ijazah Sarjana Muda Tari (Koreografi) di Universiti Malaya itu pernah membuat tugasan tarian di dalam biliknya.

Bila buat rakaman begitu, orang boleh tengok seluruh bilik saya. Jadi, saya kena pastikan bilik sentiasa bersih dan kemas

“Kami mengikuti kelas secara dalam talian buat masa ini. Dan satu hari pensyarah beri tugasan kepada kami untuk menari di dalam bilik. Dan disebabkan ketinggian saya 190 sentimeter, jadi tangan saya mudah untuk terkena bilah kipas di siling ketika rakaman dibuat di bilik,” ujarnya.

Sharm sering membuat video menari di dalam bilik.

Pemuda berasal dari Shah Alam, Selangor itu turut mendedahkan tangannya beberapa kali terkena bilah kipas berkenaan ketika membuat rakaman video.

“Tapi syukur alhamdulillah tangan saya okay, tak tercedera. Bila dah selalu sangat tangan terkena bilah kipas tu yang saya terus buat video ‘tangkap’ kipas tu,” ujarnya secara berseloroh. Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia turut berpengalaman menjadi guru tari akrobatik kontemporari serta membuat pertunjukan sarkas.

Antara bakat Sharm membuat pertunjukan pentas.

Gara-gara video rakaman 360 darjahnya meraih perhatian ramai, Sharm perlu lebih peka terhadap keadaan dan kebersihan di biliknya. “Bila buat rakaman begitu, orang boleh tengok seluruh bilik saya. Jadi, saya kena pastikan bilik sentiasa bersih dan kemas terlebih dahulu. Nanti lain yang dirakam, lain pula yang orang komen. Sama macam rakaman 360 darjah tu, ramai yang nak tahu sangat siapa yang rakam. Apapun, selepas ini saya rancang nak tambah lagi lampu di bilik bagi menimbulkan lagi pencahayaan supaya ‘show’ saya nanti lebih menarik,” katanya.

Tular Perkongsian Ini Pemuda Ini Sebak Apabila Tempahan 60 Bungkus Makanan Dibatalkan Secara Tiba-Tiba. Dan Rupanya Dia Ada Lakukan Ini Sebelum Menyiapkan Tempahan Tersebut.

Satu video yang memaparkan seorang lelaki menangis ketika memasak menjadi tular di media sosial. Cerita mengenai nasib yang menimpa lelaki ini agak menyedihkan. Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok bernama @heppy08 itu memaparkan seorang lelaki menangis kerana didakwa tempahan 60 bungkus nasi yangditempah secara tiba-tiba dibatalkan.

Video itu menunjukkan beberapa bahan makanan yang sedang disediakan. Bermula dari sayur-sayuran, cili, bawang, keropok, semuanya sudah dibeli dalam jumlah yang banyak. Menurut portal suara.com, lelaki itu difahamkan membuat pinjaman untuk membeli segala bahan-bahan masakan tersebut. Ianya kerana, duit pendahuluan yang diberikan kepadanya tidak mencukupi untuk dia membeli bahan-bahan tersebut.

“Padahal dia meminjam untuk belanja bahan mentah”

Pada ketika itu, keadaan kewangan lelaki itu agak sempit. 60 bungkus nasi yang dipesan itu diharapkan dapat memberinya nafas sedikit namun lain yang terjadi. Lelaki di Sumatera Utara, Indonesia itu menangis teresak-esak sambil mengacau sayur yang dimasaknya. Dia juga turut menangis di pangkuan isterinya atas kejadian itu.

“Wahai pembeli, bayangkan anda yang berada di tempatnya. Lihatlah tangisan itu. Adakah anda boleh menghadapinya?” ulas kapsyen individu yang memuat naik video tersebut. Lelaki itu mengakui bahawa dia tidak tahu bagaimana dia hendak mencari duit bagi menggantikan duit yang telah dipinjamnya.

Makanan yang telah dimasaknya itu akhirnya dilaporkan disumbangkan ke rumah anak yatim dan juga ke masjid. Perakam video tersebut berharap agar sumbangan itu dapat menjadi pembuka rezeki untuk lelaki terbabit. Kisah pilu berkenaan lelaki itu telah menjadi tular di TikTok. Hanya kurang daripada 24 jam, video itu telah ditonton hampir 7 juta kali. Sumber: Suara.com

Tular Perkongsian Video Ini Remaja Bantu Bapa Jual Kopi Tepi Jalan Sehingga Jadi Begini Hanya Untuk Mencari Rezeki. Warganet Turut Sebak.

Seorang pemuda, Dodi Hidayatullah ada memuat naik video di aplikasi TikTok yang memberi motivasi dan kesedaran mengenai kepayahan hidup dalam mencari sesuap nasi. Video yang telah tular di media sosial itu memaparkan seorang remaja sedang kepenatan dan tertidur di pingg1r jalan sambil memegang barangan jualannya.

Tolong bapa untuk ringankan beban

Menerusi video yang berdurasi satu minit tersebut, Dodi berkata remaja berusia 15 tahun itu baru sahaja sebulan menetap di Kota Bandung. Tambahnya lagi, remaja dipanggil Endra itu datang ke Bandung untuk membantu bapanya mencari rezeki yang menjual roti dan dia memilih untuk menjual air minuman kopi Sumantra dengan harga 4,000 rupiah.

Bawa makan bersama

Menerusi perkongsian video kedua pula, selepas Dodi selesai bertemu rakannya dia kembali ke tempat remaja itu untuk mengajak makan. Pada mulanya tawaran itu dit0lak oleh remaja tersebut, namun dia akur sebelum mengikut Dodi makan tengahari bersama. Setibanya di kedai makan, remaja itu makan dengan begitu laju kerana kelaparan dan kepenatan mencari rezeki.

Di akhir video, dia mengucapkan terima kasih kepada Dodi kerana sanggup memberi makanan dan membeli kopi yang dijualnya itu. Dodi juga sempat mendoakan agar Endra dalam keadaan yang baik-baik, menjadi anak yang soleh dan mampu meringankan beban keluarga.

Sebak Lihat Pakcik Usia 80 Tahun Jual Air Kelapa. Seorang Pelanggan Ini Membuat Perkongsian Menyentuh Hati Perasaan Orang Ramai

Demi kelangsungan hidup,pakcik yang berusia lebih kurang 80 tahun tetap gigih bekerja untuk sara kehidupannya dan isteri serta cucu tercinta. Dan mungkin ini adalah pekerjaan yang sudah lama. Namun begitu, perkongsian kali ini telah menyentuh hati kecil ramai pembaca. Mana taknya,bila kita lihat pakcik ini,mula lah teringat mak ayah di kampung.

Perkongsian penuh hiba ini dikongsikan oleh salah seorang pelanggan tetap pakcik air kelapa ini yang dikenali sebagai Aida Aidil. Wanita ini berharap perkongsiannya akan dapat sambutan daripada orang ramai supaya dapat membantu pakcik ini.

Menurut wanita ini semasa dihubungi, lori pakcik ini akan berada di kawasan Bandar Puteri, Klang. Tempatnya agak tersorok sikit tetapi berdekatan dengan laluan yang orang ramai selalu guna. Jalan ini antara laluan untuk orang naik dan turun dari KESAS. Bagi yang tinggal di kawasan Johan Setia mungkin mereka lebih familiar.

Tambahnya, jangan take them for granted. Macam mana kita buat kat parents kita macam tu anak kita akan buat kat kita bila kita dah tua. Pakcik ni dah 80 tahun. Isteri jaga cucu kat rumah.Aku tak kenal pakcik ni tapi memang dah kebiasaan aku kalau membeli dengan orang macam ni aku suka nak tanya sebab kadang ada yang jenis nak share problem mungkin boleh tolong dorang ringankan beban sikit-sikit.

Bila aku tengok pakcik ni aku terbayang tokki aku dulu lebih kurang mcm ni la. Abah aku pun kalau dah umur macam ni mungkin macam ni juga susuk dia. Aku jarang balik kampung bila balik nampak sangat perubahan parents aku.

As a designer. Aku cuba buat mana yang aku rasa perlu untuk marketing pakcik ni. Harap sesiapa yang baca ni akan dapat manfaat dan its time for us to give back to our parents. Sedekah tu bukan dari aku sahaja, ada juga dari kawan2. tak dapt bantu banyak.

By the way, aku rakam sebab aku nak anak-anak yang ada mak bapak yang sebaya pakcik ni tengok and renung kat mak bapak masing-masing. Sanggup ke weh tengok dorang kerja mcm ni. Bagi dorang jaga cucu lagi. Pakcik cakap dia kerja sebab kena bayar bills aku tak nak tanya banyak nanti bngkak mata aku.Sesiapa yang nak derma dekat pakcik ni boleh bank in dekat bank saya 168621030856 -maybank -CHE ENGKU NUR AIDA .

Semoga dimurahkan rezeki korang semua Loudly crying face. Nanti pakcik ni nangis lagi. At least dia nangis kurang beban kan. yay! Thank you so much.The purpose saya buat thread ni bukan nak mengaibkan anak menantu pakcik ni ya. Focus saya hanya untuk kelangsungan hidup pakcik ni je. Meringankan beban dia. Maaf kalau ada yang rasa saya aibkan anak menantu dia. Saya sebak tengok org tua kena hadap benda mcm ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *